Anda di halaman 1dari 1

Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin

IPGM Kampus Pendidikan Teknik


Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.
Puan Yong Lee Choo
IPGM Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan

17 OKTOBER 2014

TIDAK MENGHADIRI KULIAH


Merujuk perkara diatas, saya Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin dari 8 PISMP TESL 1 Ambilan Januari
2011 telah melakukan perkara seperti yang dinyatakan diatas.
2.

Saya gagal menghadirkan diri untuk sesi kuliah pada 8 September 2014 selama 7 jam atas faktor

kesihatan. Pada hari berikut, saya telah mengalami demam selsema berserta sakit kepala (migrain). Dek
kerana memikirkan perjalanan, jarak dan masa yang diperlukan untuk ke klinik yang berdekatan, saya hanya
mengambil inisiatif sendiri dan langkah mudah dengan mengambil dua pil ubat Panadol lalu berehat di bilik
asrama kolej kediaman. Sebagai kesan, saya tidak sempat untuk mendapatkan MC (medical certificate) pada
hari berkenaan dan tidak dapat menghadirkan diri sepanjang sesi kuliah yang telah dijalankan di Bilik Tutorial
25. Disebabkan kesuntukan masa dan jadual kuliah yang padat pada keesokan harinya, 9 September 2014
dan seterusnya pada minggu tersebut, saya tidak sempat untuk ke klinik dan memohon MC pada tarikh 8
September 2014 tersebut. Natijahnya, saya tidak mempunyai apa-apa surat sokongan bagi memperkukuhkan
lagi faktor kesihatan yang menjadi penghalang kehadiran saya sepanjang sesi kuliah (7 jam) pada hari berikut.
3.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon maaf dan telah melakukan refleksi diri. Saya berjanji

bahawa perkara sedemikian tidak akan berulang pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
__________________
Noor Syuhadah binti Mohd Salehhudin
911121-01-5450

Anda mungkin juga menyukai