Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin


bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai
memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.
Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan
pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus
Dewan 1994). Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan
mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteriakriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh
memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk
tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan
corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan
(Halpin 1960). Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada
semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu
yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah
empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera,
politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani dan
bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.
Seseorang

pemimpin

yang

autokratik

adalah

mementingkan

pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa


formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan
yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan
arahan itu dipatuhi. Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat di dalam
industri. Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang
lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang
baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan
semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan
permuafakatan. Stail kepimpinan demokratik

dikenali juga

sebagai

pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri


dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk
memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan

diambil. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak


begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau
biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada
padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua
keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
LATAR BELAKANG INDUSTRI

Syarikat Buyung Sakti Enterprise telah ditubuhkan oleh En. Azmi Bin
Mokhtar pada tahun 2005. Syarikat ini beroperasi di Felda Kemelah
Segamat Johor. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membekal bahan
binaan, perpaipan, pendawaian elektrik dan pembinaan rumah. En. Azmi
mempunyai seramai 38 orang staf dan kakitangan yang terdiri daripada 7
orang pekerja tempatan dan 31 orang pekerja asing. Ketika ini, syarikat ini
telah memberi perkhidmatan di hampir seluruh Segamat dan beberapa
negeri lain termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala
Lumpur.
Pada awal penubuhan syarikat ini, beliau hanya menyediakan
perkhidmatan

hiasan landskap. Ketika ditanya mengenai

sumber

kewangan semasa memulakan perniagaan ini, beliau memaklumkan


hanya

mempunyai

RM30

sahaja.

Walau

bagaimanapun,

beliau

menegaskan modal adalah perkara terakhir. Perkara utama adalah minat


dan pengetahuan. Untuk mendapatkan pengetahuan dan atas semangat
ingin memajukan diri, beliau telah mengikuti kursus-kursus keusahawanan
yang dianjurkan oleh oleh pihak swasta. Sebelum ini, beliau hanya bekerja
sebagai pemandu lori selama 16 tahun. Setelah mengikuti kursus yang
ianjurkan, beliau akhirnya dapat membuka sebuah syarikat membekal
barangan bahan binaan dan seterusnya dapat memajukan syarikat
tersebut dengan bantuan modal dari pihak bank dan Tekun.
En. Azmi Bin Mokhtar seorang yang berpandangan jauh. Beliau mula
mempelbagaikan bidang perniagaan antaranya pembinaan resort dan
kedai makanan di Felda Kemelah. Usaha beliau membuahkan hasil apabila

kedai makan yang diusahakan mendapat sambutan baik daripada


masyarakat sekeliling. Pembinaan resort beliau telah membuka mata
banyak pihak dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan
untuk masyarakat setempat. Dengan segala usaha yang telah dibuat
beliau mengharapkan nama Felda Kemelah akan lebih dikenali dan akan
menjadi tumpuan masyarakat luar.

STRUKTUR ORGANISASI INDUSTRI

Hasil dari temubual bersama beliau, di dapati beliau terlibat secara


langsung dalam urusan pentadbiran dan pengurusan syarikat. Beliau
menguruskan hal-hal kewangan dan urusan yang berkaitan dengan
urusan pelanggan seperti tempahan bahan binaan dan pembinaan
bangunan. Beliau hanya di bantu oleh 4 orang staf kanan yang
memainkan peranan sebagai penyelia projek bagi memastikan kerja-kerja
berjalan dengan lancar. Staf kanan beliau juga
penyampai

maklumat

kepada

pekerja

selain

berperanan sebagai
memastikan

pekerja

mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan oleh En. Azmi. Selain itu,
tugas

dan

tanggungjawab

beliau

beliau

ialah

mempromosi perkhidmatan syarikat.

En. Azmi Bin Mokhtar


Pengarah dan Pengurus Syarikat
Peranan dan Tugas:
-

Menguruskan kewangan syarikat


Perunding pelanggan
Promosi dan pemasaran

Staf Kanan
Peranan dan Tugas:
-

menyelia projek
menyampaikan arahan ketua
mengurus dan menjaga kebajikan
pekerja

memperkenal

dan

Pekerja:
Peranan dan Tugas:
-

Melaksanakan tugas dan kerja yang


diarahkan penyelia projek

KAEDAH DAN TEKNIK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN.


Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung
kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang
pemimpin

yang

baik

harus

mempunyai

ciri-ciri

khusus

tertentu

dalam

menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran


yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat
organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi

bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah


kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin atau Ketua Jabatan
secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada
rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau
lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Dari aspek kepimpinan dan pengurusan, En. Azmi mengamalkan


kepimpinan demokrasi. Dalam hal berkaitan syarikat, beliau banyak
melibatkan staf dan pekerja dalam menentukan hala tuju syarikat dan
dalam soal berkaiatan membuat keputusan. Beliau sentiasa bersifat
terbuka dalam menerima idea dan pandangan pekerja tanpa mengira
pangkat atau jawatan seseorang pekerja. Ini menjadikan pekerja beliau
sentiasa

proaktif

dalam

mengeluarkan

pendapat

atau

pandangan.

Sekiranya berlaku sesuatu masalah, beliau tidak meletakkan sepenuhnya


kesalahan kepada pekerja sebaliknya beliau memanggil semua pekerja
bagi

membincangkan

cara-cara

mengatasinya.

masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan.

Bagi

beliau,

segala

Beliau

banyak

bertoleransi

dan

bertimbang

rasa

dalam

hal

pengurusan pekerja. Sebagai contoh, dalam situasi pekerja tidak hadir


bekerja, beliau tidak terus bertindak memecat pekerja. Sebaliknya
memberi peluang kepada pekerja untuk berubah. Sekiranya pekerja
mengalami masalah kewangan sehingga menjejaskan prestasi kerja,
beliau tidak keberatan untuk membantu. Hal ini adalah kerana beliau
pernah melalui situasi tersebut. Ini secara tidak langsung

dapat

memastikan pekerja sentiasa komited dalam bekerja dan setia kepada


syarikat.
Untuk menaikan motivasi dan semangat pekerja untuk bekerja, beliau
menawarkan bonus berupa wang tunai

bagi setiap projek yang

dilaksanakan. Sebagai contoh, apabila pekerja dapat melaksanakan dan


menyiapkan

projek

dalam

temph

masa

yang

ditetapkan,

beliau

memberikan bonus sebanyak 5% daripada keuntungan keseluruhan


projek. Justeru itu tidak timbul masalah yang berkaitan dengan gaji
pekerja. Untuk menghargai jasa dan usaha pekerja dalam memajukan
syarikat, beliau mengadakan hari keluarga bersama pekerja. Beliau akan
membawa pekerja bercuti ke sesuatu tempat bagi mengeratkan hubungan
majikan dengan pekerja. Beliau berpendapat bahawa pekerja adalah
sebahagian daripada aset syarikat.
Dari aspek pengurusan kewangan, beliau lebih yakin dan
mampu untuk menguruskan secara bersendiri. Hal ini kerana beliau
merasakan urusan kewangan adalah perkara yang paling penting dalam
menentukan kestabilan sesebuah syarikat.

TINJAUAN PERSEPSI PEKERJA


SYARIKAT BUYUNG SAKTI

TERHADAP

PENGURUSAN

DAN

KEPIMPINAN

A) PANDANGAN TERHADAP MAJIKAN

Hasil temubual dan dapatan daripada borang soal selidik, kami mendapati
pekerja memberikan pandangan yang positif terhadap majikan dan
pengurusan syarikat. Antara pandangan pekerja terhadap majikan ialah:
1) Mudah didekati.
- Para pekerja berasa selesa bekerja di bawah kepimpinan beliau
kerana beliau mudah didekati dan hampir semua pekerja
mengenali beliau kerana sifat beliau yang mudah mesra dan
ramah terhadap pekerja. Beliau sering bertemu dan berbual
bersama pekerja mengenai pelbagai topik dan tidak hanya
bercakap mengenai urusan perniagaan.
2) Mudah menerima idea dan pandangan.
- Walaupun beliau merupakan majikan
berkuasa

memberi

arahan

serta

kepada

keputusan

pekerja
namun

dan

beliau

bersikap terbuka untuk menerima apa-apa jua cadangan, idea


dan pendapat yang diberikan oleh pekerja. Beliau sering
mengajak pekerja untuk berbincang bagi mengatasi apa-apa
masalah yang dihadapi syarikat.
3) Mengambil berat.
- Para pekerja merasakan beliau seorang majikan yang sentiasa
mengambil berat hal yang berkaitan dengan kebajikan dan
masalah pekerja. Pekerja berasa selesa dan selamat untuk
berkongsi masalah dengan beliau.
bersedia

menghulurkan

pertolongan

Sebagai contoh,
seperti

masalah

beliau
yang

melibatkat kewangan, kesihatan dan pengurusan keluarga.


4) Bermotivasi
- Semasa bertemu dengan pekerja, beliau sering memberikan
semangat dan motivasi kepada pekerja. Ini menaikkan semangat
pekerja untuk bekerja dengan lebih gigih untuk menaikkan
prestasi syarikat. Sebagi contoh, ketika bermesyuarat beliau
sering menyelitkan kata-kata motivasi terhadap semua pekerja.
5) Menghargai
- Bagi
pekerja-pekerja

yang

menjalankan

tugas

dan

tanggungjawab dengan cemerlang, beliau sering memberikan


insentif dan ganjaran seperti bonus. Ini menjadikan pekerja saling
bersaing secara sihat untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja
dari masa ke semasa.
6) Kebolehpercayaan terhadap pekerja.
- Dari aspek kawalan pekerja, majikan meletakkan kepercayaan
kepada pekerja agar dapat menyempurnakan kerja mengikut
kemampuan dan kemahiran pekerja. Kesaannya, pekerja berasa
lebih selesa dan tidak terlalu tertekan terhadap kerja yang
dilaksanakannya.
7) Berpandangan jauh.
- Beliau sangat berpandangan jauh dalam mengembangkan lagi
bidang perniagaan yang dijalankan. Beliau mengambil inisiatif
dengan menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus
yang berkaitan dengan kemahiran seperi kursus yang dianjurkan
oleh Kolej Komuniti Segamat. Kemahiran yang diperoleh oleh
pekerja secara tidak langsung dapat merealisasikan impian

beliau untuk mengembangkan dan memajukan lagi perniagaan


beliau.
8) Berfikiran positif
- Persaingan merupakan

asam

garam

dalam

perniagaan.

Berdasarkan kepada bidang perniagaan yang diceburi, beliau


sedar akan risiko yang akan dialami kerana perniagaan ini
biasanya dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera. Namun,
beliau sentiasa berfikiran positif dan hasilnya beliau berjaya
memajukan syarikat yang ditubuhkan dan kekal beroperasi
sehingga ke hari ini.

CABARAN

1. Persaingan
- Persaingan sentiasa berlaku dalam dunia perniagaan. Menurut
En.

Azmi,

beliau

telah

melalui

banyak

persaingan

dalam

perniagaan yang diceburi. Hal ini kerana, perniagaan pembinaan


banyak dimonopoli oleh masyarakat bukan bumiputera. Pada
mulanya, beliau berasa terlalu kerdil dalam perniagaan ini.
Namun atas semangat ingin berjaya dan tiada yang mustahil,
beliau

akhirnya

berjaya

memajukan

syarikatnya.

Untuk

mengatasi masalah persaingan, beliau cuba menjual dengan


harga yang berpatutan walaupun memperoleh untung yang
sedikit. Konsep yang digunakan beliau akhirnya membantu beliau
bertahan sehingga ke hari ini.
2. Pekerja
- Sebahagian pekerja beliau merupakan pekerja asing. Oleh sebab
itu, timbul pelbagai masalah dan risiko. Antaranya, pekerja
melarikan diri setelah menerima permit. Selain itu, sering berlaku

perselisihan di antara pekerja tempatan dan pekerja asing.


Dalam menangani hal ini, beliau melantik penyelia projek dan
memberikan

tanggungjawab

menguruskan

pekerja

kepada

penyelia projek. Penyelia projek akan menghantar laporan


kepada beliau dan beliau akan bertindak mengikut laporan yang
diberi.
3. Kewangan
- Kestabilan sesebuah syarikat adalah bergantung kepada sumber
kewangan syarikat. Bagi beliau, dengan keadaan ekonomi pada
masa kini, beliau perlu bijak dalam urusan kewangan. Banyak
perkara yang akan beliau pertimbangkan sebelum meluluskan
hal berkaitan kewangan. Sebagi contoh, untuk mengambil apaapa tempahan pembinaan, beliau akan memastikan semua kos
dikira secara terperinci bagi memastikan tiada keciciran yang
berlaku. Keciciran yang berlaku terhadap kos bahan mentah akan
membuatkan beliau menanggung kerugian. Beliau juga turut
menekankan dasar penjimatan kepada pekerja supaya tiada
pembzikan

berlaku

dan

secara

tidak

langsung

akan

mengurangkan kos operasi.


4. Keluarga
- Walaupun keluarga menjadi sumber kekuatan kepada beliau
untuk berjaya dalam perniagaan namun beliau juga tidak
menafikan keluarga menjadi cabaran dalam perniagaan. Bnyak
yang perlu beliau korbankan termasuk masa untuk bersama
keluarga. Menurut beliau, isteri beliau banyak membantu beliau
dari

segi

masa

menguruskan

anak-anak.

Justeru,

bagi

mengelakkan jurang antara beliau dan keluarga, beliau akan


mencari masa yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Masa
bercuti akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki hubungan
kekeluargaan. Bagi
keutamaan.
5. Penipuan

beliau,

urusan

keluarga

tetap

menjadi

Perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perniaagaan ialah


penipuan. Menurut beliau, sehingga ke hari ini, beliau telah ditipu
hampir RM400 000 apabila pelanggan enggan membayar baki
bayaran projek yang telah beliau siapkan. Menurut beliau lagi,
kebanyakkan pelanggan sanggup melarikan diri dan mengelak
untuk berjumpa dengan beliau. Oleh sebab itu, beliau mengambil
langkah berhati-hati dengan menggunakan surat perjanjian
sebagai bukti. Ini bagi memastikan perkara yang sama tidak
berulang lagi.

6. Pemasaran
- Pada awal penubuhan syarikat, beliau menghadapi kesukaran
untuk memasarkan dan mempromosikan perniagaan beliau.
Namun, dengan perkembangan teknologi yang berlaku, akhirnya
beliau menggunakan media soasial sebagai medium pemasaran.
Beliau mendapati, urusan pemasaran menjadi lebih mudah dan
syarikat beliau mula dikenali. Kini, beliau tidak menang tangan
untuk

mengendalikan

mendapatkan

pelanggan-pelanggan

perkhidmatan

beliau.

yang

Kebnyakan

ingin

pelanggan-

pelanggan beliau dari Segamat dan ada juga yang datang dari
luar Johor seperti Melaka.
7. Kemahiran
- Untuk memenuhi permintaan pelanggan, beliau memrlukan
tenaga kerja yang ramai. Justeru, beliau mengambil pekerja asing
untuk bekerja dengan beliau. Ada di kalangan pekerja asing yang
tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan tetapi
beliau kagum dengan semangat mereka untuk belajar. Akan
tetapi ia mengambil masa untuk memperoleh kemahiran. Justeru,
beliau

sentiasa

menambah
pembinaaan.

ilmu

menghantar
kemahiran

pekerja

untuk

terutama

berkursus

kemahiran

bagi
dalam

BIODATA PEMILIK SYARIKAT BUYUNG SAKTI ENTERPRISE

Nama penuh beliau ialah Azmi Bin Mokhtar. Beliau dilahirkan pada
14 Februari 1969 di Felda Kemelah, Segamat. Beliau merupakan anak ke 3
dari 4 adik beradik. Berlatar belakangkan anak peneroka, beliau
mendapat pendidikan sekolah rendah di SK LKTP Kemelah. Seterusnya
beliau menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional Kluang,
Johor. Ketika itu beliau mengikuti kursus perdagangan. Setelah tamat
pengajian, beliau mencari peluang pekerjaan dan akhirnya mendapat
pekerjaan sebagai pemandu lori. Beliau telah mendirikan rumah tangga
pada tahun 1982 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Setelah hampir 16 tahun

bekerja sebagai pemandu lori, beliau

akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti. Beliau mengikuti kursus


keusahawan

yang

dianjurkan

mengambil keputusan untuk

oleh

pihak

swasta.

Akhirnya,

beliau

menubuhkan syarikat berasaskan bahan

binaan. Pada peringkat permulaan, beliau hanya menjalankan kerja- kerja


landskap sebelum mengorak langkah kepada kerja-kerja pembinaan.
Beliau berjaya dalam perniagaan yang diceburi dan mula dikenali
masyarakat di Segamat sebagai antara kontraktor yang berjaya.

Selain terlibat sebagai ahli perniagaan, beliau turut aktif sebagai


ahli jawatankuasa UMNO sebagai Ketua Pemuda kawasan DUN Kemelah.
Beliau turut aktif dalam Persatuan Belia Kemelah, Yang Dipertua PIBG SK
LKTP Kemelah, Yang Dipertua PIBG Sekolah Agama Kemelah dan Ahli
Jawatankuasa Kampung. Melalui penglibatan beliau secara aktif dalam
persatuan dan kejayaan dalam perniagaan, beliau telah mendapat banyak
penghargaan.

Antara

penghargaaan

yang

diterima

ialah

Anugerah

Usahawan Tekun Cemerlang (2010), Anugerah Usahawan Felda (2012),


Anugerah Belia Harapan (2012) dan Anugerah Tokoh Kepimpinan (2014).

Anda mungkin juga menyukai