Anda di halaman 1dari 6

Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran menggalakkan seseorang

guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman pelajar dalam proses


pembelajaran dan seterusnya membuat perancangan untuk memperbaiki pelajar.
Contohnya dalam kelas Sejarah, guru boleh menapis dan membuat klasifikasi muridmurid tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti dan guru akan menilai pada masa tersebut.
Lazimnya, pentaksiran pembelajaran biasanya akan diadakan selepas suatu
jangka masa tertentu, misalnya selepas lapan minggu sesuatu kursus dijalankan. Tujuan
pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai dan
sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir
sesuatu program.
Kesahan kandungan menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang
ujian yang hendak diuji. Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah
ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif
pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Antara ciri-ciri kesahan kandungan ialah
kandungan ujian perlulah mempunyai perkara-perkara yang hendak diukur atau diuji,
mengukur penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran
tertentu. Misalnya, guru sejarah memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap
aspek penting pelajaran yang telah diajar dan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) untuk memastikan kesahan ujian Sejarah.
Dalam bidang psikologi, kesahaan gagasan merupakan kesahan yang paling
penting sekali digunakan bagi memastikan sesuatu ujian mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Mohd Majid Konting mendefinisikan kesahan gagasan ialah suatu
alat ukuran sejauh mana alat itu menghasilkan gerak balas yang mewakili gagasan yang
diukur. Pembina ujian mestilah terlebih dahulu mendefinisikan makna sesuatu gagasan
yang dikaji terlebih dahulu. Sebagai contoh, gagasan penguasaan murid mengenai
zaman prasejarah, guru boleh mencerapkan kesan gagasan penguasaan murid
terhadap kemahiran asas ini yang ditunjukkan oleh cirri-ciri seperti mengenali tempoh
masa, kebolehan memberi lokasi pra sejarah dan membincangkan kegiatan masyarakat
alatan dan kegunaan serta kepercayaan masyarakat pra sejarah. Dengan ini, gagasan
tersebut adalah berdasarkan kesan-kesan dan juga cirri yang mewakili apa yang hendak
diukur.

Kesahan ramalan pula bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan


sebenar seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada
masa depan. Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat
mana ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang
dikumpulkan pada masa hadapan. Contohnya, guru Sejarah meramal bilangan murid
yang dapat memperolehi A dalam mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan akhir
tahun berdasarkan kebolehan murid-murid yang diajar. Untuk mendapat kesahan
ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar
menguji perkara berkaitan dengan kebolehan, kemahiran atau kelayakan yang
diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.
Kesahan serentak pula merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu
ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia
mempunyai hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan kriteria
tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.
Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika item-item ujian dapat
mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam pengukuran.
Contohnya, sekiranya membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian
tersebut diulangi dan anda masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh
dikatakan mempunyai kesahan serentak.
2.0
Penilaian merupakan elemen pengajaran yang amat penting. Penilaian adalah
proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berkenaan memajukan
perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Ujian adalah
alat pengukuran dalam proses penilaian. Menurut Ashworth (1982) dalam Abd.Rahim
Abd Rashid (1992), merumuskan beberapa sebab guru menggunakan ujian, iaitu untuk
dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramalkan.
Manakala, Dorothy C. Adkins (1974) dalam Abd.Rahim Abd Rashid (1992) pula
menyatakan tujuan umun ujian pencapaian pendidikan ialah untuk menguji perbezaaan
individu, ujian sebagai peramal dan ujian sebagai alat pembantu pengajaran.
Secara keseluruhannya, proses penilaian yang dilakukan dalam bilik darjah
harus melalui satu tahap ke tahap yang lain. Dalam erti kata yang lain, proses secara
tersusun dan sistematik dititikberatkan agar penilaian yang dilakukan dapat mencapai

objektifnya. Kegagalan memahami proses ini akan mengakibatkan terganggunya


kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang
guru. Hal ini kerana proses penilaian merupakan salah satu daripada kompenen penting
semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, keberkesanan proses ini juga bergantung kepada kebijaksanaan guru
menyesuaikan proses yang berlaku dengan keadaan semasa murid dan bilik darjah.
Guru Sejarah khususnya harus mempunyai kemahiran yang baik untuk melihat
perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah
pengajaran, bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi murid terhadap
perkara-perkara tersebut.
Sesuatu

ujian

diagnosis

memberi

kesan

secara

langsung

kepada

pembelajaran murid. Hal ini disebabkan ujian tersebut bukan sahaja meningkatkan lagi
dorongan kepada murid, malahan meningkatkan daya ingatan dan transformasi
pembelajaran. Di samping itu, guru juga mampu memahami diri sendiri. Dua elemen
utama diagnosis adalah diagnosis keperluan dan kemajuan individu serta diagnosis
kurikulum dan pengajaran. Diagnosis bagi keperluan dan kemajuan Murid ialah
bermaksud mengenal pasti atau menentukan kelemahan dan kekuatan murid dalam
sesuatu topik atau sesuatu isi pelajaran. Diagnosis kurikulum dan pengajaran adalah
bertujuan mengenal pasti atau menilai cara dan pendekatan pengajaran guru yang
berkaitan dengan kelemahan murid.
Dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah (P&P), proses
penilaian sememangnya amat diperlukan kerana dapat membantu guru-guru mengesan
keberkesanan

proses

p&p,

kesesuaian

isi

kandungan

pengajaran,

kaedah

penyampaian, pemahaman murid terhadap sesuatu topik yang dibincangkan dan


sebagainya. Ia bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengajaran
guru dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan murid. Hasil maklumat daripada
penilaian akan digunakan oleh guru untuk membuat tindakan susulan sekiranya terdapat
kelemahan murid melalui aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk murid yang
berpotensi. Maka, dalam hal ini dapat dilihat bahawa proses penilaian bukanlah sesuatu
yang boleh diambil mudah. Sebaliknya, proses ini perlu dijalankan dengan lebih
sistematik dan dilaksanakan secara holistik. Dalam hal ini, penilaian yang dibuat
mestilah dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang
melibatkan murid, ibu bapa serta organisasi luar.

Angella Cooze (2012) berpendapat bahawa penilaian adalah sebahagian yang


penting dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 Hal ini kerana ia akan mewujudkan
semangat pertandingan sesama murid, membuat perancangan guru, meramal
kebolehan murid, menggalakkan murid bergiat cergas dalam kegiatan pembelajaran,
menentukan aliran bidang yang akan murid ceburi dan sebagai maklum balas bagi kayu
ukur proses pengajaran. Manakala Abdul Rahim (1992), berpendapat bahawa tujuan
penilaian adalah sebagai satu ujian, memberikan maklum balas kepada guru, mengesan
perkembangan pembelajaran murid, memberikan dorongan kepada murid, menguatkan
daya ingatan, memahami diri sendiri, mengekalkan mutu kurikulum dan untuk tujuan
melapor.2
Dalam konteks mata pelajaran Sejarah, guru Sejarah perlu melaksanakan
penilaian secara lisan atau bertulis untuk mengukur sejauh mana penguasaan
pembelajaran murid serta menguasai masalah yang dihadapi oleh mereka. Proses
penilaian hendaklah dijalankan secara berterusan dan hasil penilaian tersebut dapat
memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, sama
ada objektif yang dirancang tercapai atau sebaliknya. (Jemaah Nazir Sekolah, 2007).
Bhasah Abu Bakar (2009) pula mengatakan bahawa penilaian mata pelajaran Sejarah
boleh dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu kebolehan dan cara kanak-kanak
menguasai sesuatu bahan atau bukti sejarah dan ciri-ciri asas mata pelajaran Sejarah
yang diamati oleh ahli-ahli dan guru-guru Sejarah. Manakala, Angella Cooze (2012) pula
mencadangkan dua prinsip asas dalam melaksanakan ujian Sejarah, iaitu penilaian
yang disusun dan dirangka untuk mata pelajaran Sejarah mestilah selaras dengan
objektif pengajaran dan hasil kegiatan pembelajaran murid. Kedua, penilaian yang
dilakukan dalam bidang Sejarah harus menampakkan isi kandungan, bahan dan fakta
Sejarah.3
1 Angella Cooze, 100 Panduan bagi Guru Pelatih, Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia, 2012, hlm 88.
2 Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib dan Abdul Ghafar Md.Din,
Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992,
hlm 44.
3 Angella Cooze, 100 Panduan bagi Guru Pelatih, Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia, 2012, hlm 88.

Menurut takrifan yang diberikan oleh Vincent Pang dan Denis Lajium (2008),
penilaian ialah proses pengumpulan maklumat dan membuat keputusan berdasarkan
perkembangan, pengguasaan dan pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran. 4
Selain itu, penilaian juga bermaksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha
menjawab persoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan oleh
seseorang guru berkesan dan dapat diterapkan dalam diri murid. Takrifan ini selari
dengan pendapat yang diberikan oleh Mok Soon Sang (2009) yang mengatakan
bahawa penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya
seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang
lebih berkesan.5
Bagi item jawapan yang betul soalan ini berbentuk penyataan yang tidak lengkap dan
diikuti oleh beberapa pilihan jawapan. Terdapat hanya satu pilihan jawapan yang betul.
Bagi jawapan terbaik pula, semua jawapan yang diberikan dalam soalan jenis ini adalah
munasabah namun terdapat satu jawapan yang paling tepat atau terbaik. Soalan jenis
analogi ini dikemukakan dalam bentuk pasangan perkataan dan diikuti oleh jawapan
yang terdiri daripada empat pasangan perkataan. Murid-muid diminta memilih pasangan
yang sama cirinya. Manakala item negatif pula ialah soalan yang meminta murid memilih
kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan yang diberikan. Soalan yang bercorak
seperti ini selalunya mengandungi perkataan bukan, kecuali, tidak benar dan paling
kurang. Kesemua pilihan jawapan adalah betul kecuali pilihan yang salah. Item
melengkapkan pula soalan jenis ini memerlukan murid mencari jawapan yang paling
tepat bagi melengkapkan pernyataan yang diberikan.

4 Vincent Pang dan Denis Lajium, Penilaian Dalam Pendidikan. Sabah:


Universiti Kebangsaan Sabah, 2008, hlm 58.
5 Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, Latihan Mengajar: Untuk Maktab
Perguruan, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd., 1988, hlm 64.

Secara keseluruhannya, pentaksiran adalah bahagian yang penting dalam


pengajaran

dan

pembelajaran.

Pentaksiran

mempunyai

pelbagai

tujuan

dan

memberikan maklumat kepada pelbagai pihak, justeru pentaksiran boleh terdiri daripada
pelbagai bentuk. Pentaksiran tidak hanya tentang titik akhir pembelajaran adalah
pencapaian yang diukur atau ditentukan mengikut standard tertentu. Sebenarnya, ia
merupakan sebahagian daripada proses yang berterusan dan memberikan maklumat
tentang pengajaran dan pembelajaran pada masa depan.