Anda di halaman 1dari 34

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU.


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
______________________________________________________________________

PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
NAMA PELAJAR : MOHAMAD HILMI BIN MD ZAION
NO. K/P

: 930925-01-6751

UNIT

: 1 PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 3

AMBILAN

: JANUARI 2013

SUBJEK

: PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KOD KURSUS

: PSV 3101

PENSYARAH

: EN. ZAKARAI BIN AWANG

BIODATA DIRI

NAMA
MOHAMAD HILMI BIN MD ZAION
NO KAD PENGENALAN
930925-01-6751
ASAL
BATU PAHAT, JOHOR
UNIT
3 PPISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 3
ALAMAT
NO. 55, KG. SRI BAHROM TENGAH,
83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.
NO TELEFON
011-12734576
EMAIL
mhilmi_09@yahoo.com
HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan


sumbernya

Tandatangan

Nama Penulis

: Mohamad Hilmi bin Md Zaion

No. K/P

: 930925-01-6751

Subjek

: Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV 3101)

Tarikh

: 28 Mac 2013

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah


S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Tanpa
keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Pada kesempatan ini juga, saya Mohamad Hilmi bin Md Zaion ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pensyarah subjek Pengenalan Pendidikan Seni Visual iaitu En. Zakarai bin
Awang dari Jabatan Kajian Sosial (JKS) IPG Kampus Sultan Mizan kerana
beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Panduan dan tunjuk ajar yang beliau berikan amatlah saya hargai.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi
memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya sepanjang menjayakan
kerja kursus ini. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka
kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan pada tugasan saya.
Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung. Saya amat menghargai segala bantuan, sokongan, kerjasama, dan
tunjuk ajar daripada pensyarah serta rakan-rakan sekalian. Jasa baik anda
semua akan dikenang sehingga ke akhir hayat saya. Sekian terima kasih.

ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA DIRI

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

4-9

TOKOH PENDIDIK SENI MALAYSIA (SYED AHMAD JAMAL)

10 - 18

TOKOH PENDIDIK SENI ISLAM (AL-GHAZALI)

19 - 23

PENULISAN REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN

24 - 27
28 - 29
30 - 35

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang


terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni
di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau
visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera,
seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi

peluang

kepada

murid

memupuk

minat,

memperkembang

keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian


dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif
dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat
ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan

Seni

Visual

sekolah

rendah

menyarankan

strategi

pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata
pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan
aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan
menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan
ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap
pembelajarannya untuk faedah sendiri..
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,
kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk
membantu

murid

berkarya,

berkomunikasi

dan

mengukuh

koordinasi

pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih


berkesan dan bermakna.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid

meningkatkan

rasa

kesyukuran

terhadap

Tuhan,

menghargai

keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta


dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid
boleh:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan
menyeronokkan,
3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
selamat,

7.

Memupuk

nilai-nilai

kerjasama,

yakin

diri,

disiplin

diri

dan

bertanggungjawab,
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
visual, dan
10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang
berfaedah.

ORGANISASI KURIKULUM
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun
bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni
yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut
ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah
untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual
murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman

ini

juga

selaras

dengan

perkembangan

peringkat

kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan


mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid
akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan
mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan
seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran,

kraf

tradisional,

unsur

seni

dan

prinsip

rekaan

dalam

pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat

atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam


kerja seni visual.
Sementara

kemahiran

yang

akan

diperolehi

murid

pula

ialah

kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni


visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan,
membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian


keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.
Selain

memperkembangkan

deria

penglihatan

ia

juga

melibatkan

pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu


perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual
juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan
dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini
menggalakkan

murid

membuat

penerokaan

dan

percubaan

dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.


Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik
mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.
Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada
murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan
yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.
Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi
pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula
boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi
pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.
Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila
berdepan dengan semua keadaan.

H PENDIDIK SENI MAL


(SYED AHMAD JAMAL)

Tokoh Pendidik Seni Malaysia


Syed Ahmad Jamal (1929-2011): Bapa Seni Lukis Melayu Moden
Malaysia

Syed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar


Maharani Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan
Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan
persekolahannya di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939; Ngee Heng
English School, 1940; Bukit Zahra English School dan English College, Johor
Bahru hingga tahun 1949.
Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa
tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of
Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau
melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian
beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di
Chelsea

School

of

Art,

beliau

memenangi

beberapa

hadiah

dalam

pertandingan dalam seni lukis.


Setelah pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu
Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi
pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958
hingga 1959, beliau menjadi pensyarah di Malayan Teacher College, Kirby,
Lancs, United Kingdom dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian,
Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1951 hingga 1963, beliau
bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras.
Syed Ahmad Jamal merupakan nama yang amat sinonim dengan seni
lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelopor gerakan ekspresionisme
abstrak di negara ini. Syed Ahmad Jamal merupakan seorang tokoh di dalam
seni lukis yang paling berjaya di negara ini. Beliau mempunyai ketokohan
dalam bidang berikut seperti sebagai pelukis, penulis, pereka, pendidik dan
pemimpin seni.
Kebolehan yang merentasi pelbagai disiplin yang dimiliki menjadikan
beliau sebagai sumber idea dan dalam menjana perkembangan seni lukis

tanahair. Ilmu kesarjanaan dalam seni lukis serta falsafah dan estetika
Melayu yang dipegang, menjadikan beliau tempat rujukan kepada pelajar,
ahli akademik, dan pengiat seni lukis ( pelukis, kurator, galeri dan kolektor)
di Malaysia. Di kalangan pelukis tanahair, Syed Ahmad Jamal telah dianggap
sebagai pelopor seni lukis abstrak yang bernada nusantara bermula pada
tahun-tahun 1960 an dan 1970 an.
Beliau mengetuai Wednesday Art Group dan Art Council Malaysia pada
awal tahun 1960 an. Beliau juga pernah menjadi pensyarah tamu Universiti
Malaya pada 1975 hingga 1979, kewibawaan dan kepimpinan beliau mula
terserlah dimana beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Kebudayaan
Universiti Malaya yang pertama daripada 1979 hingga 1983 dengan
mengasaskan kepada penubuhan Muzium Seni Asia di Universiti Malaya
sebelum menerajui sebagai Pengarah Balai Seni Lukis Negara pada 1983
hingga 1991. Kepimpinan dan kewibawaan Syed Ahmad Jamal di dalam
bidang seni lukis sememangnya telah terbukti. Beliau telah di beri
kepercayaan dan penghormatan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah, Ahli
Lembaga Penasihat dan Pengerusi kepada pertubuhan dan agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan dengan bidang seni visual ini.
Sebagai budayawan yang mempunyai cara pandangan dan falsafah
kesenian Melayu yang halus, beliau menterjemahkan pengalaman ini melalui
bukunya yang bertajuk Rupa dan Jiwa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
semasa menjadi karyawan tamu dan penyelidik di DBP pada 1991-1992,
beliau telah melukiskan pengamatannya terhadap unsur-unsur kesenian
dalam nilai-nilai dan kebudayaan Melayu. Beliau juga cuba menggarapkan
semula aspek rupa dan bentuk sesuatu unsur kepada seni rupa Melayu ini
diolah dengan pengalaman bahasa seni yang bersifat sejagat melalui
bentuk, gaya, gerak dan corak.
Bakat Syed Ahmad Jamal terserlah, beliau adalah pelukis yang terkenal
serta mendapat sanjungan masyarakat seni dalam dan luar negeri. Antara

kebolehan beliau ialah melukis dengan menggunakan pemikiran ilmu dan


pengalaman berasaskan falsafah serta nilai-nilai Melayu. Beliau juga terlibat
dalam membuat Dasar dan Pemikiran tentang program dan pentadbiran
kepada masyarakat umum. Selain daripada itu beliau juga terlibat dalam
kritikan seni dan menulis berbagai kertas kerja, katalog pameran, majalah
dan media massa.
Menyentuh tentang pengkaryaan beliau, ketika di London aliran
ekspressionis dan ekspressinisme abstrak sedang melanda England itu.
Gerakan tadi merupakan satu yang amat baru bagi beliau dan benar-benar
memikat cara beliau berkarya. Beliau meminati ekspressionisme kerana ia
menyedarkan satu landasan baru bagi menentukan arah dan tujuan arah
seni secara perseorangan atau individu yang berbeza sedikit dengan seni
tradisional yang bekerja secara berkelompok.
Untuk mengetahui perkembangan seseorang seniman atau artis
rasanya

tidak

lengkap

jika

tidak

melihat

sentuhan-sentuhan

awal

penerokaanya iaitu di sekitar tahun 1950-an. Lukisan-lukisan berwajah herot


dan abstrak yang bertunjangkan unsur tanahair cuba dihasilkan ketika masih
menuntut

di

sana.

Perubahan

awal

menggunakan

kaedah

tersebut

melihatkan kejayaan awalnya apabila berjaya menghasilkan karya penting di


awal karier iaitu Mandi Laut (1957). Karya ini merupakan titik permulaan
bagi Syed Ahmad Jamal untuk menempuh sejarah yang lebih gemilang
dalam bidang seni lukis dengan pameran solo pertamanya di British Council,
Kuala Lumpur pada tahun 1960.
Dekad 1960 an memperlihatkan fenomena abstrak ekspresionistik
yang sangat dominan. Karya-karyanya mula menampilkan imej-imej abstrak
dalam latar budaya setempat. Karya Starry Night (1961), Relationship
(1964), Lost (1965) 19.9.65 (1965) memperlihatkan ledakan tenaga
abstrak ekspressionistik yang lincah, kental, padu dalam sapuan berus yang
agresif dalam warna-warna ekspresif yang meninggalkan impak visual yang

mempersonakan. Warna dan imej yang digunakan dalam beberapa karyakarya pada tahun 1960 an menganggu ketenteraman psikologi seolah-olah
beliau sedang bergelut dengan dirinya sendiri.
Tahun 1970an menampilkan karya-karya kreatif dan memperlihatkan
transformasi dalam kebebasan berkarya contohnya karya Conference of
Soul (1970) bertolak dari puisi Sidang Roh karya penyair Kassim Ahmad
yang pernah menjadi polimik dunia kesusasteraan pada ketika itu. Karya ini
dihasilkan selepas tragedi 1969 berkenaan dengan pengertian terhadap
kebenaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan selera semasa.
Dalam karier sebagai pelukis siri Gunung Ledang memuncakkan nama
Syed Ahmad Jamal dalam menghasilkan karya-karya besar kepada khazanah
negara seperti dalam Semangat Ledang. Pada tahap ini lukisannya amat
bertenaga

melambangkan

keunggulan

kaedah

dan

pemikiran

yang

didokongnya selama ini. Siri Gunung Ledang mempertemukan dunia mistik


kisah Puteri Gunung Ledang yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu
yang berwajah tempatan kepada aspek penceritaan berkonsepkan barat iaitu
dalam format catan.
Walaupun mendapat pendidikan Barat dalam bidang seni halus namun
seniman Syed Ahmad Jamal tetap mengkagumi akar tradisi budaya Melayu
untuk turut sama berada dalam setiap pengkaryaanya. Pada sekitar 1980 an
maka lahirlah Siri Songket imej dari seni kraftangan anyaman tikar
mengkuang mula tercipta seperti Energy Mat (1980), Terengganu (1986),
Siri Gunung Ledang (1987) dalam memaparkan keindahan tenunan tekstil
Melayu tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Bentuk segitiga begitu dominan pada era ini, boleh dikatakan bentuk
segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam
rekabentuk tradisional masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai simbol
kepada kesuburan, satu penyataan yang bersesuaian dengan kenyataan
mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif

segitiga tersebut menyerupai pohon hayat dan bunga semangat sebagai


manifestasi alam semulajadi yang begitu dekat dengan rantau Asia Tenggara
ini.
Tahun

awal

tahun

1990-an,

Syed

Ahmad

Jamal

bersara

dari

perkhidmatan awam. Hal ini memberikan beliau begitu banyak masa untuk
terus

bergerak

aktif

secara

sepenuh

masa

dalam

seni

lukis

pada

pertengahan karier. Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama enam


puluh tahun berkarier dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau
untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis
moden Malaysia. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah kerajaan
menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau pada 1995 iaitu
anugerah seni tertinggi Malaysia yang membawa gelaran Seniman Negara.
Era ini memperlihatkan pula satu pendekatan yang berlainan pada karyakarya Syed Ahmad Jamal sebelumnya. Karya-karya beliau sangat mesra
menyentuh isu sosial politik negara dan dunia luar di akhir tahun 1990-an.
Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan
negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan pingat Paglima
Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 1996. Pada tahun 2005
beliau menerima pengiktirafan sebagai Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni
oleh Universiti Sultan Idris (UPSI). Pengkaryaan Syed Ahmad Jamal mula
berarah kepada manifestasi ketuhanan di

akhir-akhir kariernya.

Penghormatan institusi seni utama negara untuk mengadakan pameran


retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau selama berkarier
selama enam puluh tahun bertajuk Syed Ahmad Jamal: Pelukis adalah
pameran solo terbesar dan terakhir oleh beliau pada tahun 2009 di Balai
Seni Visual Negara .
Dua tahun kemudian pada tanggal 31 Julai 2011 Seniman Negara
Datuk Syed Ahmad Jamal meninggalkan dunia pada usia 82 tahun. Segala

jasa dan ketokohan beliau dalam membangunkan seni lukis Malaysia akan
dikenang sepanjang zaman oleh generasi seni visual di masa depan.

Pandangan Tokoh

Beberapa faktor menyebabkan Syed Ahmad Jamal dipilih sebagai


Seniman Negara yang kedua. Pertama Syed Ahmad Jamal merupakan
pelopor aliran ekspresionisme abstrak di negara ini. Sesudah sekian lama
menceburi lapangan ini, Syed Ahmad Jamal mempunyai pandangan yang
kukuh terhadap seni lukis. Malah pandangan ini turut dikongsi bersama oleh
kebanyakan pelukis. Syed Ahmad Jamal melihat seni lukis sebagai satu
bidang yang berautonomi tanpa ikatan dengan sebarang naungan. Penggiat
bidang ini, iaitu pelukis, pula dianggap oleh beliau sebagai seorang individu
yang unik dan bebas. Manakala sesebuah karya dilihatnya sebagai
sesuatuyang memiliki kewujudan mistik dan makna tersendiri. Perkara ini
terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman. Khayalan ini
berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan diluahkan atas rasa kerelaan
serta mempunyai motif yang bersifat keindividuan.
Berdasarkan

pendapat-pendapat

di

atas,

Syed

Ahmad

Jamal

telahmenggaris beberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati


oleh sebarang individu yang bergelar pelukis. Perkara-perkara tersebut boleh
dianggap sebagai etika pelukis yang terdiri daripada, pertama, kepentingan
meluahkan

perasaan

tanpa

batasan,

kefahaman

terhadap

diri

yang

mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identiti pengkaryaan bagi

mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadap kebebasan.


Kedudukan serta nilai artis inilah yang didokong dan disebarkan oleh Syed
Ahmad Jamal sepanjang pengabadian selama empat puluh tahun dalam
bidang seni lukis. Sesungguhnya pemikiran beliau diterima dan dipraktikkan
oleh pelukis muda mahupun seangkatan dengannya.
Pemikiran Syed Ahmad Jamal banyak disumbangkan oleh pengalaman
beliau ketika berada di Eropah untuk mendalami seni. Pemikiran ini dianggap
baru menggantikan paradigma lama dalam seni tanah air kerana sejarah
menunjukkan seni negara tidak pernah bersifat keindividuan, dalam erti kata
arah perkembangannya ditentukan oleh umum bukan individu atau penggiat.
Seni

itu

juga

tidak

pernah

langsung

sifatnya.

Keadaan

sedemikian

disebabkan oleh budaya setempat yang mengutamakan semangat kekitaan


dan mementingkan kiasan. Hal ini mengakibatkan pergolakkan rasa yang
hebat dalam diri penggiat seni terpaksa dipendam dan luahan yang
diterjemahkan dalam bentuk karya hanyalah merupakan sesuatu yang telah
ditapis oleh sedar.
Ketika di England, aliran ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak
sedang giat melanda kepulauan itu. Gerakan tadi merupakan suatu yang
amat baru bagi Syed Ahmad Jamal dan benar-benar memikat indera seninya.
Beliau meminati ekspresionisme kerana ia menyediakan satu landasan baru
bagi menentukan arah dan tujuan seni secara perseorangan atau individu.
Bagi ekspresionisme abstrak pula, ia memberikan kelangsungan dalam
berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran diterjemahkan
secara langsung menjadi bahan seni. Penentuan secara individu dan
penterjemahan secara langsung itu memberikan beliau perspektif baru
dalam melihat serta menangani seni.
Perspektif ini pula dipadankan dengan pendapat beliau yang melihat
artissebagai seorang individu yang bebas. Jadi keindividuan, kelangsungan
dan kebebasan menjadi tonggak pemikiran Syed Ahmad Jamal dalam seni

lukis. Perkara-perkara di atas secara tidak langsung mendasari cara


beliauberkarya. Secara huraian, keindividuan memberikan beliau ruang
untuk menggambarkan pengalaman-pengalaman peribadinya. Kelangsungan
membenarkan

diri

berterus-terang

melalui

kegiatan

seni.

Manakala,

kebebasan melepaskan beliau daripada kongkongan konvensional dan


memasuki serta membina keperibadian seni lukis moden.
Syed Ahmad Jamal juga menerap pemikiran yang menekankanunsur
kemistikan dalam aliran tadi. Kemistikanlah yang membezakan Syed Ahmad
Jamal dengan penggiat ekspresionisme dan ekspresionismeabstrak. Malah
unsur inilah memberikan karya beliau keperibadian tersendiri dalam bidang
seni lukis. Bagi Syed Ahmad Jamal mistik atau keghaiban adalah sesuatu
yang perlu dimiliki oleh seni. Mistik Syed Ahmad Jamal bermaksud wujudnya
rasa atau kuasa kejiwaan yang mengkagumkan terhadap sesuatu bentuk.
Misalnya, ketika beliaumenangani kaligrafi Melayu. Seni khat dilihatnya
sebagai suatu yang amat mistik berbanding dengan tulisan rumi. Ini kerana
segala ciri yang dimiliki oleh sesuatu bentuk dapat digambarkan secara
langsung melalui lenturan tulisan tersebut sekiranya dilakukan dengan teliti.
Ketelitian tersebut telah dilakukan oleh beliau dan atas inisiatifnya itulah
yang menyaksikan seni khat terjerumus ke dalam arus perkembangan seni
lukis kontemporari Malaysia. Kemasukkan sesuatu yang selama ini berada di
luar ruang lingkup seni kontemporari kini berupaya memperkayakan seni
negara. Dinamika seni khat terserlah di dalam lukisan seperti Chairil Anwar
(1959). Penerokaan dalam seni khat diteruskannya sekembali ke tanah air
dengan kelahiran Writing (1961).
Apabila memperkatakan estetika, Syed Ahmad Jamal menerangkannya
berdasarkan hubungan di antara pelukis, karya danpenonton. Bagi beliau
hubungan di antara tiga elemen ini berpusat kepada pelukis itu sendiri.
Setiap pelukis dianggap mempunyai perasaanyang subjektif terhadap
sesuatu perkara yang hendak dibenamkan kedalam sebuah alam yang
dipanggil utopia. Pemerhati atau khalayak diandaikan turut mempunyai

perasaan subjektif semula jadinya yang turut ingin ditenggelamkan ke alam


tersebut ketika menghayati karya. Kepuasan dan keindahan yang amat luhur
terjadi apabila perasaan subjektif pemerhati dan pelukis bertemu serta
bersepadu di dalam alam tersebut.

TOKOH PENDIDIK
SENI ISLAM
(AL-GHAZALI)

TOKOH PENDIDIK SENI ISLAM (AL-GHAZALI)

Al-Ghazali dilahirkan di Tus, Iran pada 1058M berhampiran Bandar


Meshad di Khorasan, Iran. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad
Ibn Muhammad

At-Tusi Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ulama, tokoh

sufi, dan ahli falsafah yang disegani. Beliau menghasilkan banyak karya
besar antaranya ialah Ihya' 'ulum uddin ( The Revival of the Religious
Sciences ). Beliau meninggal pada 18 Dis 1111M.
Beliau yang terkenal dengan gelaran Abu Hamid dan Al-Ghazali. Beliau
merupakan tokoh yang muncul 300 tahun selepas Imam Syafie lahir iaitu
pada tahun 150 Hijrah. Terdapat dua pendapat tentang gelaran Al-Ghazali.
Pertama, dikatakan berasal dari nama daerah tempat lahirnya iaitu Gazalah.
Kedua, berasal daripada pekerjaan bapanya iaitu sebagai penenun kain yang
dinamakan gazzal. Al-Ghazali dilahirkan dalam keluarga yang miskin tetapi
kuat pegangan agamanya.
Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah Islam yang terunggul bukan
sahaja dikalangan umat islam malah di kalangan para karyawan barat juga.
Keagungan

al-Ghazali memberi kesan yang mendalam dalam jiwa

kaum muslimin dari segi pemikiran dan juga pekertinya yang juga memang
terpuji. Keilmuannya yang sangat luas khususnya dalam bidang falsafah,
usul, fekah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik dan
juga kesenian serta dengan penulisan buku yang banyak maka wajarlah
beliau digelar sebagai Hujjatul Islam.

Semasa

hayatnya,

membincangkan

tentang

al-Ghazali
banyak

telah

perkara

memperkatakan

mengenai

dan

pelbagai

aspek

kehidupan. Antara yang mendapat perhatian dan yang telah diperkatakan


dengan

meluas

ialah

mengenai

pendidikan,

dalam

konteks

kaedah

pembelajaran dan penyebaran ilmu. Ilmu serta pendidikan adalah amat


penting

bagi

sesiapa

sahaja

di

mana

penting

bagi

sesiapa

sahaja

di mana-mana tempat di dunia ini.


Melalui pendidikan, individu dapat memajukan diri, negara, bangsa
dan individu dapat memajukan diri, negara, bangsa dan agama. Pendidikan
perlulah sentiasa berkembang dalam proses mencari agama. Pendidikan
perlulah sentiasa berkembang dalam proses mencari kebenaran ilmu.
Zaman

kanak-kanaknya

dihabiskan

dengan

mempelajari

ilmu

usuluddin dan fiqah syafii. Ketika berusia 20 tahun pada tahun 1077M, beliau
telah pergi ke madrasah Nizammiyah di Nirharpur. Menjadi pelajar kepada
Abu

Almaali

merupakan

al

Juwayni

seorang

yang

ulama

dikenali

yang

sebagai

terkenal

pada

imam
zaman

al-Haramayni
itu.

Melalui

bimbingannya, beliau telah mempelajari usulludin, ilmu kalam, sains, tabii,


falsafah dan ilmu logik. Imam Haramayni memiliki kehebatan yang luar biasa
sehingga menyebabkan semua hadirin menangis setiap kali membicarakan
tentang sejarah ahli sufi dan makam mereka. Beliau juga memperkenalkan
teori logik dan ilmu falsafah kepada al-Ghazali. Namun ilmu yang menjadi
keutamaan al-Ghazali ialah ilmu kalam.
Al-Ghazali dikatakan seorang yang mempunyai kepintaran luar biasa,
alim dan dianggap sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan.
Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini
menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni.
Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri yang dihayati
kerananya dan bukan untuk tujuan yang lain. Keindahan sesuatu benda itu
terletak pada kesempurnaannya yang disedari melalui sifatnya.

Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya kepada karya seni dalam


bentuk fizikal. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang
dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah untuk tuntutan jasmani.
Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub dengan kebendaan tidak akan berjaya
menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam
kancah kehancuran. Selain itu, segala yang ditanggapi yang melahirkan
nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan
itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan
kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. Ini merumus kepada segala yang
indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan
kepuasan kepada penghayatnya.
Keindahan alam semulajadi merumuskan tuhan yang menciptakannya
kerana yang menciptakannya ialah tuhan yang indah. Keindahan tuhan
dapat dipersepsikan melalui kuasa pancaindera dan oleh mata hati. AlGhazali melihat keindahan daripada segi dalaman yang bersabit dengan
nilai-nilai kerohanian, etika dan keagamaan. Keindahan alam luaran atau
syahadah dapat dipersepsi oleh pancaindera yang lima dan didapati oleh
sesiapa sahaja manakala keindahan dalaman manusia yang dapat dihayati
melalui mata hati lebih peka, lebih seni daripada pancaindera yang lima.
Seni menurut pandangan al-Ghazali adalah sesuatu yang tidak
dinafikan bahawa hubungan seni dengan kehidupan manusia tidak boleh
dipisahkan. Manusia tidak boleh terpinggir dengan seni namun kehadiran
seni itu wajar tidak memisahkan akidah manusia. Dalam perspektif islam,
seni boleh dibahagikan kepada dua tujuan iaitu yang pertama ialah suatu
alat bagi manusia mencapai matlamat lebih tinggi dan bermakna iaitu untuk
mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat manakala yang kedua pula ialah
seni melupakan suatu penawar bagi seseorang yang mengembara di dunia
ini dalam menuju alam akhirat.

Dalam bidang seni, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini


menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni.
Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri untuk dihayati
keranaNya dan bukan tujuan yang lain. Keindahan dari aspek luaran
sebenarnya tidak akan memberi apa-apa makna kepada murid-murid
mahupun penghayat seni seandainya mereka tidak cuba memahami apa-apa
yang mereka hasilkan daripada aspek keindahan dalaman.

Al-Ghazali menulis mengenai keindahan cinta kepada Tuhan dan


keindahan berada di sisi Tuhan. Seni bersandarkan daripada Allah kepada
Allah.

Seni

menuju

kepada

Al-Falah

untuk

keredhaan

Allah

dan

menghindarkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Seni dijadikan


sebagai pemangkin untuk ketaqwaan kerana melalui seni sifat tawadhuk
akan lebih terampil dan lebih beriman kepada Allah.

PENULISAN REFLEKSI

PENULISAN REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t dan


junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana pada hari ini saya masih lagi
diberikan peluang untuk bersama rakan-rakan dalam menuntut ilmu dunia
dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya
tidak berjaya menyempurnakan tugasan kerja kursus Pengenalan Pendidikan
Seni Visual (PSV 3101). Saya berasa bersemangat dan berpuas hati dengan
hasil kerja saya setelah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi untuk
menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Alhamdulillah.
Pada kesempatan ini juga, saya Mohamad Hilmi bin Md Zaion ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pensyarah subjek Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV 3101). iaitu En.
Zakarai bin Awang dari Jabatan Kajian Sosial (JKS) kerana beliau telah banyak
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Panduan dan tunjuk ajar
yang beliau berikan amatlah saya hargai. Beliau telah memberi penerangan
kepada kami semua semasa kuliah. Walaupun kami banyak kali bertanya,
beliau tidak pernah jemu memberi penerangan tentang kerja kursus dan
bersifat

terbuka.

Banyak

maklumat

yang

kami

perolehi

ketika

sesi

pembentangan di dalam kelas berlangsung. Interaksi di antara pensyarah


dan para

pelajar berjalan dengan baik

semasa

dalam kelas

dapat

meningkatkan lagi kefahaman kami semua mengenai subjek Pengenalan


Pendidikan Seni Visual (PSV 3101).
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Pengenalan Pendidikan
Seni Visual (PSV 3101) ini, saya telah menerima banyak faedah dan manfaat
serta berguna untuk diri saya sebagai bakal seorang guru. Banyak ilmu yang
akan diperolehi apabila saya mempelajari Pengenalan Pendidikan Seni Visual
(PSV 3101). Setiap guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang Pengenalan Pendidikan Seni Visual.
Saya sering kali mendengar keluhan daripada rakan-rakan saya
disebabkan oleh timbunan kerja kursus yang banyak. Kebanyakan pelajar
akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tugasan kerja kursus di IPG ini.
Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang
harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada
kesusahan dan apa gunanya hendak berjaya kalau tidak mahu berkorban.
Kesenangan

itu

tidak

akan

muncul

jika

kita

tidak

berusaha

untuk

menyelesaikan sesuatu masalah atau kesusahan. Oleh itu, saya tidak mahu
mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran yang negatif dan seterusnya
boleh membuatkan saya pening kepala memikirkan masalah-masalah yang
belaku setiap kali hendak menyiapkan kerja kursus.
Proses membuat tugasan kerja kursus ini saya laksanakan bersama
rakan-rakan dan berkongsi maklumat bersama mereka. Ketika di asrama
saya telah berjumpa dengan rakan-rakan saya untuk berkongsi masalah dan
menyumbangkan

idea

untuk

menghasilkan

penulisan

akademik

yang

menarik. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh kami sehingga larut


malam kami menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini telah membuatkan
hubungan

silaturrahim

antara

kami

semakin

rapat.

Sikap

toleransi,

bekerjasama, dan disiplin antara pensyarah serta semua rakan-rakan juga

dapat di tingkatkan melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini. Saya
mula lebih mengenali sahsiah rakan-rakan serta cara pengajaran pensyarah
dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala antara kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan
rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki
dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih
saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan
oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya
dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Selain itu, saya menghadapi sedikit masalah ketika dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini. Antaranya ialah masalah dari segi rujukan di
perpustakaan. Saya terpaksa meminjam buku-buku rujukan daripada rakan
saya yang juga sedang sibuk menyiapkan kerja kursus ini. Pada masa yang
sama juga, terdapat beberapa kerja kursus dan projek lain yang perlu
disiapkan juga. Masa yang ada saya gunakan dengan sebaik-baiknya agar
kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Namun
begitu, saya jadikan halangan-halangan tersebut sebagai sebahagian
daripada lumrah kehidupan dan saya berfikiran positif sahaja.
Saya juga mula merasai kepentingan subjek Pengenalan Pendidikan
Seni Visual (PSV 3101) ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar
mengenai pandangan serta sumbangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni
tentang seni visual. Saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap
ilmu yang amat bernilai bagi saya. Banyak buku rujukan yang saya baca
adalah daripada kawan saya selain daripada buku yang saya beli sendiri.
Pelbagai ilmu yang saya perolehi daripada pembacaan saya dan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.

Sabda Rasulullah S.A.W, Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap


muslim, hadis riwayat Ibnu Majah. Oleh itu, kita dituntut oleh agama Islam
supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin
bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah S.W.T. Ilmu itu
merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah S.W.T, serta
kekuasaan dan keagunganNya. Dengan ini akan bertambahlah ketaqwaan
kita kepada Allah S.W.T.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya
perolehi, saya akan mengaplikasikannya sebaik mungkin dalam kehidupan
saya. Tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman saya tentang subjek
Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV 3101) dalam pendidikan seni isual.
Dengan izin Allah, saya akan menyampaikan ilmu yang amat bermanfaat ini
kepada murid-murid saya pada suatu hari nanti apabila saya telah bergelar
sebagai seorang guru. Setelah banyak saya membuat pencarian maklumat,
saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar yang
mengikuti kuliah subjek Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV 3102) ini.

RUJUKAN

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus


subjek Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV 3101) ini telah memberikan
banyak faedah dan manfaat kepada saya. Selain itu, membuatkan saya lebih
mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

RUJUKAN

Abd Salleh bin Kadali. Tokoh Al-Ghazali. Dilayari pada 4 Mac 2013 di URL
http://www.scribd.com/doc/38484962/TOKOH-AL-GAHGALI
Tiada Nama Pengarang. Biodata Datuk Syed Ahmad Jamal. Dilayari pada 4
Mac

2013

di

URL

http://www.scribd.com/doc/85289981/Biodata-Datuk-Syed-

Ahmad-Jamal
Tiada Nama Pengarang. Pandangan Tokoh Terhadap Seni. Dilayari pada 4 Mac
2013
di

URL

http://www.scribd.com/doc/63384912/Pandangan-Tokoh-

Terhadap-Seni
Faizal Sidik. Syed Ahmad Jamal. Dilayari pada 5 Mac 2013 di URL
http://faizalsidik.blogspot.com/2012/02/syed-ahmad-jamal-1929-2012bapaseni.html
Tiada Nama Pengarang. Syed Ahmad Jamal. Dilayari pada 5 Mac 2013 di URL
http://www.scribd.com/doc/106366068/Syed-Ahmad-Jamal
Tiada Nama Pengarang. Pandangan Tokoh-tokoh Barat Timur. Dilayari pada 5
Mac
2013 di URL http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokohtokoh-barat-timur-dan.html
Tiada Nama Pengarang. Syed Ahmad Jamal. Dilayari pada 5 Mac 2013 di URL
http://www.scribd.com/doc/106366068/Syed-Ahmad-Jamal
Kulan Salleh. Konsep Kesenian Islam. Dilayari pada 5 Mac 2013 di URL
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/konsep-kesenian-islam.html

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai