Anda di halaman 1dari 4

HUKUM FOREX DALAM ISLAM

FOREX bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan


perniagaan ini di samping tidak lupa untuk berdoa kpd tuhan. Setelah kita
mempelajari teknik2, kita berusaha utk memahaminya. setelah kita berasa yakin,
boleh lah mencuba menggunakan virtual money semasa trading sbg latihan. jgn
gusar dgn keadaan market, bertawakal setelah membuat keputusan. insya Allah
kalau rezeki tak ke mana. Jika tiada ilmu, maka jadilah forex seperti taruhan atau
perjudian.

Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH;Dalam bukunya Kapita
Selecta Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing)
diperbolehkan dalam hukum islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang


keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international. Perdagangan
(Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat pembayara iaitu WANG yang mana
setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai
dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut sehingga
timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbezaan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau
PASAR yang bersifat international dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama
yang saling menguntungkan.

Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah berubah
(berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya
permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Secara
jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang nilainya berbeza.

HUKUM ISLAM DALAM TRANSAKSI MATAWANG ASING

1. Ada Ijab-Qobul: > Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.


* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan
tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)

2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)


* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

Manakala pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan
dalam agama dengan berdalilkan

Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang
demikian itu mengandungi penipuan. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari
Ibnu Masud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus
diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan
keterangan penjual, maka sahlah jual belinya.

Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh
meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi
riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:

Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak
khiyar jika ia telah melihatnya.

Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti kentang, bawang dan
sebagainya juga diperbolehkan, asalkan diberi contohnya, kerana akan mengalami
kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang
terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan kaedah hukum Islam:

Kesulitan itu menarik kemudahan.

Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti


makanan dan sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide
Sabiq, op. cit. hal. 135. Mengenai teks kaedah hukum Islam tersebut di atas, vide Al
Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang luar negeri seperti dolar
Amerika, Poundsterling,Euro, Dollar Australia, Ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan international maka setiap negara


memerlukan matawang asing sebagai alat pembayaran luar negeri yang dalam
dunia perdagangan disebut devisa. Misalnya eksport Malaysia akan memperolehi

pendapatan dari hasil eksportnya, sebaliknya import Malaysia memerlukan hasil


untuk mengimport dari luar negeri.

Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang


asing. Setiap negara berwenang penuh menetapkan nilai wangnya masing-masing
(nalai adalah perbandingan nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1
dolar Amerika = RM 3.70. Namun perbandingan nilai tukar setiap saat boleh
berubah-ubah, tergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing.
Pencatatan kurs uang dan transaksi jual beli matawang asing yang diselenggarakan
di Bursa Matawang Asing (A. W. J. Tupanno, et. al. Ekonomi dan Koperasi, Jakarta,
Depdikbud 1982, hal 76-77)

Anda mungkin juga menyukai