Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK SERI DESA 2016
Tarikh
Hari
Masa

: 7 dan 8 September 2016


: Rabu dan Khamis
: Sepenuh Masa
Kumpulan Sasaran :

Semua murid bermasalah pembelajaran PPKI SMK Seri Desa

Objektif :
Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama,
keluarga dan negara.
Menyemai sikap positif,
bertoleransi,

beramanah,

meningkatkan

keyakinan

bersungguh-sungguh

diri,

dalam

bekerjasama,
pelajaran

dan

mempunyai wawasan yang jelas dan jitu.


Melahirkan individu yang penyayang terhadap diri dan orang lain serta
bersyukur ke atas apa yang dianugerahkanTuhan untuknya.

Rumusan :
Program Perkhemahan Pendidikan Khas SMK Seri Desa telah berjaya direalisasikan
mengikut seperti yang dirancang. Program yang berlangsung selama dua hari satu
malam ini telah berjaya mencungkil bakat dan kebolehan murid MBK dan dapat
melahirkan kegembiraan kepada pelajar-pelajar PPKI melalui aktiviti yang telah
dirancang untuk mereka. Program perkhemahan PPKI SMK Seri Desa akan
diteruskan lagi pada masa hadapan di samping ingin membawa pelajar istimewa ini
bergaul dengan masyarakat sekeliling. Semoga program ini dapat memberi
pengalaman yang berharga dalam diri mereka dan masyarakat persekitaran.