Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: CHANG CHONG OWN

PROGRAM

: PISMP BAHASA CINA AMBILAN JAN 2011

NAMA SEKOLAH

: SJK ( C ) LOK YUK LIKAS

NAMA PROJEK/AKTIVITI

: PROJEK PENGHIASAN PAPAN


KENYATAAN

TEMPOH PERLAKSANAAN

Pada

21

Julai

: 21 hingga 25 JULAI 2014

2014,

Saya

dan

rakan-rakan

saya

telah

mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menjalankan projek penghiasaan


papan kenyataan sekolah. Projek penghiasan papan notis ini telah dicadangkan
berdasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai. Antara objektif yang telah
digariskan ialah :
Projek ini dijalankan agar warga SJK(C) LoK Yuk Likas dapat:
1. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.
2. Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini.

4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan


maklumat terkini kepada murid-murid.
5. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.
Kami telah memastikan projek ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Melalui perbincangan yang dibuat bersama penolong kanan1 sekolah, Pn Yap
Suk Lin kami telah menetapkan tema utama papan notis dan juga tempoh masa
untuk menjalankan projek ini

STRATEGI PELAKSANAAN:
Sebelum :
Pada 7 Julai 2014 saya dan rakan saya, Hii Yik Ing dan Lim Shushian
telah melaporkan diri di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lok Yuk untuk
menjalani intership kami selama sebulan di sini. Kedatangan kami pada kali ini di
sekolah ini adalah untuk melaksanakan 3 projek yang akan dikendalikan oleh
kami sendiri. Oleh itu, kami bertiga telah membuat perbincangan mengenai
projek yang bakal dilaksanakan dalam tempoh sebulan kami di sini.
Selepas perbincangan, kami telah mencapai kata sepakat untuk
menghiaskan

papan

notis

sekolah.

Tanpa

melengahkan

masa,

kami

mengadakan perbincangan bersama-sama dengan Penolong Kanan Guru Besar


1 sekolah, Pn Yap Suk Lin. Selepas perbincangan, kami telah diberikan tugas
untuk menghiaskan papan kenyataan yang terletak bersebelahan dengan kantin,
papan kenyatan dalam bilik guru dan juga papan kenyataan Bahasa Cina.

Selepas bidang tugas kami ditetapkan, kami mula menyediakan kertas


kerja projek untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah. Kertas kerja
kami telah diluluskan oleh Pn Yap. Selain itu, kami turut memaklumkan kepada
Pn Yap mengenai konsep dan tema yang akan digunakan untuk menghiaskan
papan notis. Konsep dan tema yang telah dicadangkan telah diterima oleh Pn
Yap.
Selepas itu, kami telah mendapatkan ukuran papan kenyataan sebagai
penyediaan untuk membeli bahan-bahan penghiasan. Seterusnya, kami telah
memilih penghiasan yang bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan di
kedai tulisan.
Semasa :
Pada 21 Julai 2014, Kami memulakan tugas kami dengan menghiaskan
papan kenyataan yang bersebelahan dengan kantin. Papan kenyataan ini
merupakan satu media untuk menyalurkan maklumat sekolah dan juga
melaporkan perkembangan terkini sekolah kepada ibu bapa dan juga murid
sekolah. Kami telah menghiaskan papan notis ini berdasarkan tema taman
bunga, laut dan juga angkasa.
Kami berusaha untuk mencari gambar-gambar yang sesuai dengan tema
kami melalui internet. Selapas itu kami telah mencetak gambar tersebut,
mengunting dan melaminate gambar-gambar tersebut supaya gambar tahan
lebih lama pada papan kenyataan. Gambar-gambar ini akan digunakan untuk
sebagai background untuk meceriakan papan notis tersebut. Kami juga

mendapat kebenaran untuk menggunakan kertas laminate dan juga mesin


laminate di sekolah.
Selepas kesemua gambar telah dilaminate, kami turun padang ke papan
kenyataan. Kami telah berbincang untuk menentukan setiap posisi gambar
tersebut supaya ia terletak di sudut yang terbaik untuk menceriakan papan
kenyataan dengan maksimum.
Namun tugas ini tidak berhenti di sini saja, terdapat lagi beberapa tempat
yang harus diperbaiki atau ditambah lagi gambar hiasan. Oleh itu kami telah
menengguhkan kerja kami dahulu dan mencetak lebih banyak lagi gambargambar hiasan. Kami turun membuat tajuk papan notis dengan menggunakan
kepingan polystyrene yang berlatarkan biru. Kepingan papan notis tersebut
digunting dengan menggunakan alat pengunting kepingan polystyrene.
Selepas menyiapkan hiasan papan kenyataan yang bersebelahan dengan
papan notis, kami meneruskan tugas kami di papan notis yang terletak dalam
bilik guru. Terdapat 2 papan notis kecil dalam bilik guru tersebut. Kami telah
menggunakan bahan penghiasan yang dibeli terlebih dahulu sebagai alat
penghiasan utama kami. Papan notis dalam bilik guru dihias berdasarkan tema
bunga-bungan dan juga bintang-bintang.
Papan kenyataan Bahasa Cina merupakan papan notis terakhir yang
dihiaskan oleh kami. Kami telah memulakan tugas kami dengan menanggalkan
penghiasan lama di atas papan notis tersebut. Selepas itu, kami mula
menghiaskan papan notis tersebut dengan alat penghiasan yang telah

disediakan terlebih dahulu. Konsep yang digunakan oleh kami adalah konsep
tepi pantai di mana kami telah menghiaskannya dengan gambar tepi pantai, ikan,
ketam dan lain-lain.
Selepas menghiaskan papan notis, kami telah memulakan tugas
seterusnya iaitu mencari maklumat yang berkaitan untuk dipamerkan di atas
papan notis. Kami telah mencari maklumat seperti cerita kecil, peribahasa dan
juga teka-teki untuk dipamerkan di atas papan notis bahasa cina ini.
Secara keseluruhannyan, projek penghiasan papan notis ini berakhir
selepas kami melekatkan kesemua maklumat yang telah kami carikan di atas
papan notis bahasa cina.
Selepas :
Kesemua papan kenyataan telah siap dihias pada 25 Julai 2014. Sudut
papan kenyataan yang dihasilkan itu begitu menarik minat guru-guru dan muridmurid.
Setelah siap keseluruhan ruangan papan kenyataan tersebut, kami sekali
lagi berbincang dengan PK1 Pn Yap untuk mendapatkan padangannya
terhadap aspek yang harus diperbaiki. Kami berasa gembira kerana Pn Yap telah
memuji hasil kerja kami.
Secara keseluruhannya, projek ini memberikan banyak faedah kepada
kami kerana dapat mengeluarkan idea dalam menghasilkan sesuatu ruang
papan kenyataan yang menarik.

REFLEKSI
Berdasarkan projek yang dijalankan, saya telah mengenalpasti beberapa
kekuatan dan kelemahan yang terdapat sepanjang saya terlibat dalam
menyiapkan projek ini:
1) Kekuatan Projek / Aktiviti

Rakan praktikum terlibat dan memberikan kerjasama untuk memastikan

projek ini siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Sepanjang projek dijalankan, guru di sekolah memantau dan memberikan

cadangan kepada kami dalam proses penambahbaikan papan kenyataan.


Beberapa peralatan yang diperlukan telah sedia ada dan ini memudahkan

kerja kami.
Kami juga telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak sekolah

untuk menggunakan sumber-sumber di sekolah.


Projek ini telah berjaya disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

2) Kelemahan projek/aktiviti

Kekangan masa pada hari-hari tertentu telah menyebabkan kami terpaksa

menangguhkan kerja menghias papan kenyataan.


Maklumat dan gambar hiasan yang disediakan tidak mencukupi yang

menyebabkan kerja menghias papan notis ini ditangguhkan.


Sesetengah bahan hiasan telah diterbangkan oleh angin kencang kerana
tidak ditampal dengan kemas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha


untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa
akan datang. Antaranya ialah:

Membuat persedian sepenuhnya sebelum memulakan tugas. Penyediaan


alat penghiasan harus mencukupi bagi mengelakkan penangguhan kerja

penghiasan
Menampal dengan kemas dan kukuh bagi setiap alat penghiasan yang

ditampal.
Menyediakan cermin bagi papan kenyataan tersebut supaya murid tidak
dapat mengusik sebarang makluman carta bergambar yang telah
dilekatkan.

KESIMPULAN
Syukur kepada Tuhan, projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan
dan tiada sebarang masalah. Sesungguhnya tanpa bantuan daripada semua
pihak terutamanya daripada pihak sekolah, projek ini tidak dapat siap dalam
masanya. Saya berharap pengalaman yang saya dapati sepanjang projek ini
dapat membantu saya semasa saya melangkah ke dunia pendidikan secara
sahnya pada masa yang akan datang.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

..................................................
(CHANG CHONG OWN)
Guru Pelatih IPG Kampus Gaya

Disahkan Oleh :

..................................................
(YAP SUK LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (C) Lok Yuk Likas,
Kota kinabalu, Sabah.

......................................
(TAM YUN WAI)
Guru Mentor Internship

Anda mungkin juga menyukai