Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: CHANG CHONG OWN

PROGRAM

: PISMP BC/PJ/PSK AMB JAN 2011

NAMA SEKOLAH

: SJK (C) LOK YUK LIKAS

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PROGRAM SINARAN PAGI


TEMPOH PELAKSANAAN : 9,10/7/2014, 16,17/7/2014, 23,24/7/2014,
30,31/7/2014, 6,7/8/2014
7.00 PAGI 7.30 PETANG
TEMPAT PELAKSANAAN

: KELAS 3AI

OBJEKTIF

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang

juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting
untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Melalui Program Sinaran Pagi, guru dapat meningkatkan akademik
murid dari segi penguasaan dalam penggunaan kata sendi. Selain itu, murid
juga dilatih untuk bina ayat yang lengkap berpandukan gambar yang diberi.
Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia
sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada.
Di samping itu, Program Sinaran Pagi dapat meningkatkan keberanian
dan keyakinan dalam kalangan murid-murid. Guru banyak memberi peluang
kepada murid untuk menyatakan idea dan cadangan mereka. Murid akan
berani untuk mencuba dan boleh belajar daripada kesilapan. Sementara itu,
nilai-nilai murni seperti kerjasama dapat diterapkan kepada murid-murid.
Penerapan boleh dilihat melalui situasi apabila murid menjawab salah, maka
rakannya yang lain akan membantunya untuk jawab soalan tersebut.
Selain itu, murid murid juga diberitahu kepentingan untuk menguasai
Bahasa Melayu pada zaman kini. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berkata bahasa Melayu kini diangkat sebagai bahasa kelima terbesar
di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur. Oleh itu, adalah penting
kepada anak-anak Malaysia untuk menguasai bahasa tersebut supaya
mereka tidak ketinggalan dalam arus globalisasi ini. Tambahan pula, bahasa
Melayu

sebagai

bahasa

Kebangsaan

di

Malaysia

juga

dapat

menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan


etnik.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Pada hari pertama 7 Julai 2014, guru pelatih berjumpa dengan Guru
Besar dan guru pembimbing berbincang tentang aktiviti yang boleh dijalankan
di sekolah dalam tempoh sebulan bagi projek Internship.

Setelah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah, guru pelatih


diberikan tugasan untuk menyertai Program Sinaran Pagi yang diadakan
pada waktu pagi dari jam 7.00pagi hingga 7.30 pagi. Ini adalah disebabkan
pihak sekolah ingin meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu bagi
murid-murid yang berada pada Tahun 3.
Setelah mengetahui kelas yang diamanahkan kepada saya, saya pun
berjumpa dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas tersebut- Cikgu
Wong untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan
sepanjang program tersebut berlangsung. Melalui perbincangan, Cikgu Wong
telah memberitahu saya bilangan murid di kelas 3AI adalah seramai 36 orang
murid. Beliau telah memberitahu saya antara kelemahan-kelemahan yang
ada pada murid-murid kelas 3AI dan beliau berharap saya dapat membantu
murid dalam memperbaiki dan mengatasi masalah yang mereka hadapi.
Antara kelemahan yang ada pada murid 3AI ialah dari segi kata sendi, kata
hubung, bina ayat dan kata berimbuhan.
Setelah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu saya laksanakan,
saya pun mula mencari dan menyediakan bahan yang bersesuaian dengan
aktiviti yang dirancang. Saya telah mencari latihan yang berkaitan dari buku
kerja dan laman web dan berbincang dengan dengan Cikgu Wong untuk
mengkaji sama ada latihan yang dicari sesuai atau tidak. Selepas membuat
pemeriksaan yang terakhir, maka saya pun bersedia sepenuhnya untuk
menjalankan aktiviti tersebut.
Pada 9 Julai 2014, saya masuk ke kelas 3AI buat kali pertama. Saya
telah memperkenalkan diri kepada murid-murid dan meminta murid untuk
memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Selepas itu, saya pun
menyoal murid tentang konsep kata sendi. Saya telah meminta murid untuk
menyenaraikan kata sendi yang telah mereka pelajari selama 3 tahun di
sekolah. Selepas itu, saya menyoal murid satu per satu tentang kegunaan
setiap kata sendi. Melalui jawapan yang saya perolehi, saya mendapati
kebanyakan murid sudah mengetahui konsep kata sendi. Oleh itu, saya pun

menyedarkan kertas latihan kepada murid-murid sebagai pengukuhan


pengetahuan.

Gambar 1: Guru sedang membimbing murid yang untuk menjawab soalan


dalam latihan pengukuhan.
Melalui permerhatian

saya, saya

mendapati murid mengalami

kekeliruan tentang kegunaan pada dan daripada. Oleh itu, pada 10 Julai
2014, saya telah menjelaskan konsep pada dan daripada kepada muridmurid dengan memberi contoh yang sesuai dan relevan dengan situasi
tersebut. Semasa saya memberi penjelasan, semua murid memberi perhatian
yang sepenuhya kepada pengajaran yang berlangsung. Saya juga banyak
menyoal murid soalan yang berkaitan dengan pada dan daripada untuk
memastikan semua murid memahami pengunaan kedua-dua kata sendi
tersebut.

Gambar 2: Guru sedang menyoal murid tentang perbezaan pada dan


daripada
Selepas itu, saya beri lembaran kerja kepada setiap murid untuk
melihat sejauh mana murid-murid menguasai kata sendi tersebut. Melalui
data yang saya kumpul, hampir kesemua murid telah menguasai penggunaan
kedua-dua kata sendi tersebut. Latihan bimbingan telah diberikan kepada
murid yang masih belum menguasainya.
Pada 16 Julai 2014, saya telah memberi fokus kepada kata hubung. Saya
telah meminta murid untuk menyenaraikan semua kata hubung yang mereka
pelajari. Selepas itu, saya meminta murid satu per satu untuk menjelaskan
kegunaan kata hubung. Pada permerhatian saya, murid-murid dapat
menguasai penggunaan kata hubung yang mudah seperti atau,dan, kecuali
dan sebagainya tetapi mereka akan mengalami kekeliruan dengan kata
hubung seperti manakala, sambil, sementara dan sebagainya yang
mempunyai makna yang hampir sama. Murid-murid tidak dapat memilih kata
hubung yang paling sesuai dengan situasi yang diberi. Sehubungan itu, saya
telah mencari cara penyelesaian kepada masalah tersebut. Saya meminta
murid untuk membanding bezakan kata hubung yang sama makna tetapi

beza penggunaannya. Dengan berbuat demikian, murid dapat memilih kata


hubung yang lebih sesuai dengan keadaan dan situasi yang diberi.
Pada23,24/7/2014, 30/31/7/2014 dan 6/7/2014, saya telah memberi fokus
untuk membimbing murid bina ayat berpandukan gambar yang diberi. Melalui
maklumat yang saya perolehi daripada Cikgu Wong, sebilangan murid di
kelas ini tidak dapat membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Pada
pendapat saya, murid-murid menghadapi masalah ini adalah kerana mereka
tidak mengkaji gambar yang diberi dengan teliti. Oleh itu, sejurus selepas
saya menyedar gambar kepada setiap murid, saya pun meminta murid
meneliti setiap aspek yang terdapat di dalam gambar. Selepas itu, saya
membimbing murid mengkaji secara mendalam situasi gambar tersebut.
Usaha diteruskan lagi dengan membuat perkaitan di antara situasi gambar
dan pengalaman hidup murid. Dengan berbuat demikian, maka murid dapat
menulis dengan lebih efektif.

REFLEKSI

1. Kekuatan Projek / Aktiviti :


Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji.
Sekolah

merupakan

institusi

formal

pertama

di

mana

murid-murid

memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat


pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya
memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Dengan mengadakan Program Sinaran Pagi, murid dapat memupuk
minat dan cintakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara terhadap
murid-murid. Program Sinaran Pagi ini merupakan salah satu program yang
dirancang bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan muridmurid terutamanya murid di Sekolah Jenis Kebangsaan. Dengan berbuat
sedemikian, maka jurang pendidikan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di

antara murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dapat


dirapatkan. Di samping itu, pencapaian akademik dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu juga dapat ditingkatkan.
Antara kebaikan program sinaran pagi diadakan adalah ia dapat
mempertingkatkan kemahiran memerhati murid. Kanak-kanak akan dilatih
untuk

memerhati

dengan

teliti.

Secara

tidak

langsung

murid-murid

berkebolehan untuk mengkaji sesuatu secara mendalam dan boleh membuat


perkaitan dengan pengalaman hidup. Pemerhatian yang teliti dapat
membantu

murid

untuk

menyedari

perubahan

yang

berlaku

dalam

persekitaran.
Di samping itu, Program Sinaran Pagi ini juga membolehkan saya
untuk belajar cara berkomunikasi dengan orang lain. Sebelum melaksanakan
program tersebut, saya telah banyak meminta pendapat daripada Cikgu
Wong yang berpengalaman. Beliau sangat berbesar hati untuk memberi
tunjuk ajar kepada saya. Saya telah memperolehi banyak ilmu pengetahuan
mengenai pengurusan bilik darjah dan cara untuk mengajar Bahasa Melayu
dengan berkesan. Ini sangat membantu saya dalam pengajaran pada masa
kelak kerana kami sebagai guru bukan sahaja akan mengajar subjek major
malah akan mengajar subjek-subjek lain seperti matematik, sains, Bahasa
Inggeris, moral dan sebagainya apabila dipostingkan di sekolah.

2. Kelemahan Projek / Aktiviti :


Terdapat beberapa kelemahan dalam program yang dilaksanakan ini.
Terlebih dahulu, terdapat sebilangan murid yang tidak memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap pengajaran. Mereka tidak menunjukkan minat dalam
pembelajaran. Walaupun amaran telah diberikan kepada murid-murid
berkenaab,, namun mereka masih tidak mengubah sikap mereka.
Selain itu, murid-murid di kelas tersebut tidak biasa berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu. Saya terpaksa menjelas sesetengah perkara dalam

Bahasa Cina untuk membantu pemahaman murid. Hal ini menyebabkan saya
memerlukan lebih banyak masa untuk membuat penjelasan. Saya berasa
bimbang kerana jika perkara ini berterusan, murid-murid kelas tersebut akan
mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu pada
masa kelak.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Merujuk kepada kelemahan yang wujud semasa aktiviti berlangsung, saya
telah menerokai dan menghasilkan beberapa cadangan penambahbaikan.
Terlebih dahulu, saya seharusnya menyatakan peraturan-peraturan yang
harus dipatuhi sebelum aktiviti berlangsung. Sekiranya murid tidak mematuhi
arahan atau tidak mengikuti pengajaran yang berlangsung, saya boleh
mencatatkan kesalahan mereka di dalam rekod salah laku. Dengan berbuat
demikian, maka murid akan memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada
aktiviti yang berlangsung.
Bagi masalah yang kedua, fenomena tersebut tidak dapat berubah secara
serta-merta. Guru perlu banyak memberi peluang dan galakan kepada murid
untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu terutamanya semasa sesi
Bahasa Melayu. Sebagai contoh guru boleh menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid. Dengan itu, murid akan mempunyai
peluang untuk mencari jawapan melalui perbincangan dan sumbangsaran. Ini
secara langsung dapat melatih murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Melayu. Tambahan pula, guru boleh memberi peneguhan positif kepada
tingkahlaku yang diingini dan peneguhan negatif kepada tingkah laku yang
tidak diingini.

KESIMPULAN :
Dalam pendidikan sekolah rendah, bahasa dan komunikasi merupakan
teras kepada pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas
bahasa, murid-murid boleh memahami konsep, menerima maklumat, berfikir,

menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang


lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan
baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

..................................................

......................................

(CHANG CHONG OWN)


Guru Pelatih IPG Kampus Gaya

Disahkan Oleh :

..................................................
(YAP SUK LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (C) Lok Yuk Likas,
Kota kinabalu, Sabah.

(TAM YUN WAI)


Guru Mentor Internship