Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(TMK) 2015
Pengenalan :
TMK merupakan subjek elektif bagi murid sekolah rendah. Mata pelajaran TMK
telah dijalankan selama 2 tahun melibatkan tahun 4 dan 5. Mata pelajaran ini
penting dalam memperkenalkan murid kepada asas komputer dan perisian lebih
mendalam. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan individu yang mahir
dalam pengendalian komputer seterusnya memacu kemajuan Negara.

Visi Panitia TMK


Melahirkan murid yang bijak dalam ICT seiring dengan perkembangan semasa dan
berdaya saing.

Misi Panitia TMK


1. Melengkapkan murid dengan asas dan konsep komputer
2. Memupuk minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid
Piagam pelanggan Panitia TMK
1. Menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif
2. Melengkapkan murid dengan kemahiran asas TMK secara berterusan
3. Memberi komitmen yang tinggi kepada semua murid.

LAPORAN TAHUNAN 2015


Pada tahun 2015, Panitia TMK telah berjaya menjalankan aktiviti mengikut
perancangan yang telah ditetapkan panitia. Seramai 2 orang guru yang terlibat
dalam PdP pada tahun 2015 melibatkan kelas tahun 4 dan 5.
Sepanjang PdP, kebanyakan guru yang mengajar menggunakan Dokumen
Standard yang telah dibekalkan. PdP dijalankan di makmal kerana ini memudahkan
penggunaan komputer/note book. Hasil dari pemerhatian kebanyakan murid
berminat dalam subjek ini dan kebanyakan mereka sudah mempunyai asas dalam
penggunaan komputer.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan pada tahun hadapan.
Antaranya ialah hasil dari lawatan jemaah nazir mendapati beberapa kekangan
yang perlu diperbaiki segera seperti :
a) Format penulisan Rancangan Tahunan (RPT) perlu selari dengan takwin
sekolah
b) Perkembangan staf dalam panitia perlu dijalankan berdasarkan kelemahan
yang sama ada murid mahu pun guru.
c) Pelaksanaan PBS dalam panitia/mata pelajaran belum mantap.
d) Pencerapan PdP yang dijalankan perlu diadakan post mortem dan hasil
post mortem tersebut perlu dijalankan perkembangan staf berdasarkan
kelemahan yang dikesan.
Hasil pemantauan jemaah nazir akan diberikan perhatian dan akan diperbetulkan
segera.
Masalah kekangan masa juga turut merencatkan PdP kerana kebanyakan akitviti
perlu dipercepatkan memandangkan TMK hanya dijalankan selang 2 minggu dan
bertukar kepada RBT. Selain itu, masalah penggunaan pencetak juga menyebabkan
hasil kerja murid tidak dapat dijelmakan dalam bentuk salinan.
Kesimpulannya, aktiviti dan PdP dalam mata pelajaran TMK sebenarnya
memberi keseronokan kepada murid dan kebanyakan murid sangat berminat pada
mata pelajaran TMK. Masalah berkaitan teknikal dan kekangan masa perlu di atasi
mengikut kebijaksanaan guru demi kecemerlangan dan selaras dengan aspirasi
yang dizahirkan oleh pihak kementerian untuk melahirkan modal insane yang mahir
dalam ICT.

Disediakan oleh :


(Mohamad Zakee Isham Bin Abd Ghani)