Anda di halaman 1dari 1

KESAN AMALAN RASUAH

Pastinya ramai dikalangan masyarakat amat fobia dan benci dengan perkatan rasuah. Kita juga sedia maklum
bahawa isu rasuah ini kerap menjadi perbincangan setiap lapisan masyarakat. Sesungguhnya isu rasuah ini kerap
menjadi bahan perbincangan kerana gejalah ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Oleh itu, di sini
dikongsikan keburukan amalan rasuah.

Keburukan pertama gejala rasuah ialah ianya merendahkan harga diri seseorang. Seseorang yang melakukan
rasuah akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan maruahnya juga akan turut tercemar. Hal ini kerana
perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang negara. Jika didapati bersalah seseorang yang melakukan
rasuah boleh didenda dan dipenjarakan. Malah, kegiatan rasuah bukan sahaja boleh merendahkan harga diri
seorang yang mengamalkan rasuah tetapi juga ahli keluarganya.

Keburukan kedua akibat daripada perbuatan rasuah juga adalah kehidupan masyarakat pasti menjadi tidak harmoni
jika gejala rasuah ini tidak dibendung. Contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang
mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Selain itu, gejala rasuah yang
dilakukan oleh seseorang individu itu boleh merebak kepada orang lain dan keadaan ini pasti akan menggugat
keharmonian masyarakat. Sesungguhnya, masyarakat yang mengamalkan perbuatan rasuah akan mendatangkan
masalah kepada negara pada jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu membendung gejala
rasuah di kalangan masyarakat dengan segera.

Sama ada kita sedar atau tidak, ketidakcekapan pentadbiran kerajaan berpunca daripada masalah rasuah.
Pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan lancar kerana banyak urusan tidak dapat dibuat selagi kakitangan
yang bertugas tidak diberi rasuah. Secara tidak langsung gejala rasuah juga akan mengurangkan kualiti kerja
seseorang pegawal. Sebagai contoh, seseorang pegawai itu akan terus meluluskan sesuatu permohonan membina
sesuatu kilang tanpa melihat kesan buruk yang berlaku jika kilang tersebut dibina kerana pegawai itu telah dirasuah.
Justeru, keselamatan rakyat akan tergugat dan pencemaran alam sekltar pasti akan terjadi jika amalan rasuah terus
berlaku di sesebuah jabatan kerajaan.

Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu perkembangan ekonomi negara. Hal ini kerana pelabur asing
takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi
rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Oleh itu, pelabur asing akan mencari negara lain
untuk melabur kerana perbuatan rasuah menjadikan perniagaan mereka terganggu atau mereka berasa bosan
menghadapi kerenah birokrasi. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan umpamanya boleh
menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai