Anda di halaman 1dari 6

Dalam meniti arus kemodenan ini, isu gejala sosial kian meruncing

dalam kalangan masyarakat. Isu-isu ini perlu diberi penekanan tegas bagi
melahirkan sebuah negara Malaysia yang bukan sahaja maju dari sudut
teknologi dan pembangunannya, namun mampu menjadi negara yang
rakyatnya hidup harmoni dan berakhlak baik, seterusnya menjadi contoh
terbaik kepada negara lain. Ramai dalam kalangan remaja terlibat dalam
gejala sosial seperti membuli,melepak,merokok ,berjudi dan mencuri.Lebih
parah lagi,gejala vandalisme turut menjadi ejen perosak bagi golongan
remaja ini. Perkataan vandalisme berasal daripada sebuah puak di Eropah
yang dikenali sebagai Vandal. Puak inilah yang telah membinasakan harta
Rome pada tahun 445 Masihi. Perkara ini menunjukkan kegiatan vandalisme
telahpun menguasai dunia sejak berdekad lamanya. Menurut kamus dewan
edisi keempat,vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan harta
benda awam atau persendirian. Sebarang perbuatan seperti menconteng,
mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai
vandalisme. Perkataan ini sudah tidak asing lagi didengari di negara kita
mahupun negara-negara lain. Gejala vandalisme sering kali diperlihat di
media massa misalnya melalui siaran televisyen,di laman sesawang
internet,di corong-corong radio mahupun di dada-dada akhbar. Di sini kita
dapat lihat betapa kritikalnya gejala pemusnah anak bangsa ini dan gejala ini
boleh menjadi nanah berdarah dalam masyarakat kita sekiranya tidak
diambil perhatian atau tidak dibendung dari awal bak pepatah melayu nasi
sudah menjadi bubur.
Jikalau tiada angina, manakan pokok bergoyang. Oleh itu, kita haruslah
mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya vandalisme. Antara
faktor yang menyebabkan berlakunya vandalisme ialah pengaruh rakan
sebaya.Golongan remaja biasanya lebih mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya. Hal ini demikian kerana mereka banyak menghabiskan masa
bersama-sama .Rakan sebaya merupakan elemen penting dalam
pembentukan peribadi diri seseorang.Sifat suka mencuba perkara baru
menyebabkan mereka mudah terikut dengan keadaan sekeliling dan ingin
mencuba banyak perkara yang lebih mencabar dan lasak untuk
membuktikan kebolehan diri mereka. Jadi,apabila mereka berkawan dengan
rakan-rakan yang menjalankan kegiatan vandalisme,sudah pasti mereka
akan menjalankan kegiatan vandalisme juga. Mereka akan bersaing sesama
sendiri
untuk
membuktikan
bahawa
merekalah
yang
terbaik.
Impaknya,kegiatan vandalisme akan lebih berleluasa dalam kalangan remaja
atas faktor pemilihan rakan sebaya yang salah.

Pada waktu yang sama,pengaruh media massa juga merupakan faktor


penting dalam menyumbang kepada gejala vandalisme. Remaja masa kini
hampir kesemuanya memiliki telefon pintar sendiri dengan internet yang
sudah pasti ada di setiap rumah. Dengan adanya telefon pintar dan
internet,remaja dapat mencari segala maklumat di hujung jari sahaja.
Perkara ini seharusnya memanfaatkan namun terdapat sikap segelintir
pengguna yang memuat naik maklumat,gambar mahupun video adeganadegan yang berunsur negatif ke arah vandalisme telah menyebabkan
remaja mudah meniru aksi dan perlakuan ini. Contoh yang amat ketara ialah
melalui aplikasi Youtube yang memaparkan adegan-adegan ganas dari
seluruh pelosok dunia.Remaja dapat mencari video yang berunsur negatif
dengan sangat mudah dan cepat. Mereka akan mengikut adegan yang
dipaparkan di dalam video tersebut kerana merasakan mereka cukup hebat
dan matang apabila melakukan perkara tersebut. Hakikatnya,mereka akan
mengalami kerugian yang amat dahsyat dan menyusahkan masyarakat
sekeliling serta keluarga mereka. Drama dan telefilem yang menunjukkan
adegan ganas dan sebagainya turut menarik minat remaja untuk
mengikutinya kerana ingin mengikut aksi selebriti pujaan mereka.
Benarlah,pengaruh media massa merupakan salah satu penyumbang utama
terhadap kegiatan vandalisme.
Masyarakat sekeliling turut memain peranan dalam faktor
menyumbang perluasan gejala durjana ini. Sikap tidak ambil peduli
masyarakat akhirnya membawa padah . Pepatah arab ada mengatakan,
barangsiapa yang tidak mengambil peduli hal saudaranya, maka dia bukan
sebahagian daripadanya. Remaja adalah produk bagi sesebuah masyarakat.
Masyarakat yang pincang akhirnya melahirkan remaja yang pincang. Sikap
ketidakpedulian terhadap isu-isu sosial menyebabkan gejala vandalisme ini
kian menjadi-jadi dan penggiat vandalisme tidak mempunyai rasa takut
dengan undang-undang dan masyarakat sekeliling. Di bandar, kita dapat
melihat rata-ratanya masyarakat bandar kurang penghayatan hidup berjiran
dan bermasyarakat dek kerana mengejar kebendaan dan menjadikan
kesibukan mencari rezeki sebagai alasan kurang masa untuk bersosial atau
ambil tahu isu sosial semasa tempatan. Akhirnya isu-isu sosial seperti gejala
vandalism ini dipandang remeh dan melahirkan masyarakat yang tidak

sensitif dengan keadaan sekeliling. Masyarakat di bandar tidak lain tidak


bukan boleh diibaratkan seperti enau dalm belukau, melepaskan pucuk
masing-masing.
Sejurus memikirkan tentang faktor-faktor berlakunya vandalisme,kita
juga perlu mengetahui kesan yang terjadi akibat vandalisme. Kesan buruk
yang menyusahkan penduduk pasti akan berlaku akibat daripada perbuatan
terkutuk itu.Tandas awam tidak boleh digunakan, dinding yang indah
bertukar menjadi buruk mata memandang, tempat duduk di stesen bas tidak
dapat digunakan dan macam-macam lagi masalah ketidakselesaan dalam
penggunaan harta awam akan timbul. Tambahan, imej negara akan terjejas
apabila kegiatan vandalisme berleluasa. Hal ini demikian kerana pelancong
yang melawat Malaysia sudah pasti berkunjung ke Malaysia dengan penuh
keterujaan dan kegembiraan untuk meneroka keindahan Malaysia yang
telahpun dijanjikan. Namun, keterujaan mereka akan berubah
kepada
kekecewaan apabila mendapati indah khabar dari rupa kerana realitinya
adalah Malaysia sudah menjadi tapak kegiatan vandalisme. Dinding-dinding
di jalanan penuh dengan contengan selain tandas awam,telefon
awan,pondok bas dan tiang-tiang eletrik. Papan tanda dan iklan di lebuhraya
turut menjadi tumpuan penggiat vandalisme. Pelancong yang mengunjungi
Malaysia akan mula menilai adab rakyat Malaysia. Mereka akan merasakan
rakyat Malaysia tidak bertanggungjawab dan mempunyai nilai yang negatif
sedangkan hanya segelintir masyarakat yang melakukan perbuatan terkutuk
tersebut. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa, kerana nila
setitik, rosak susu sebelang .Begitulah ibaratnya perkara yang terjadi di
Malaysia.Adakah ini yang kita mahukan?
Selain daripada yang telah dinyatakan,vandalisme juga mempengaruhi
kehidupan kita.Seseorang yang terlibat dalam vandalisme ,akan dipandang
remeh oleh masyarakat. Ini kerana seseorang itu akan merana akibat
terkutuk.Kesan yang amat ketara dapat dilihat ke atas kehidupan remaja itu
sendiri kerana kehidupan mereka dipersiakan begitu sahaja dengan
membuang masa tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. Mereka akan
menjalankan hobi mereka itu sepanjang hari kerana berasa selesa dan
seronok dengan kegiatan terebut. Akibatnya,pelajaran mereka akan terabai
sehingga mengakibatkan kegagalan dalam hidup mereka. Mereka akan mula
bermanja-manja dalam kegiatan ponteng sekolah kerana ingin menjalankan
kegiatan vandalisme itu. Kadangkala,mereka menghancurkan harta benda
sekolah untuk melepaskan kemarahan terhadap guru atau rakan-rakan.
Pihak sekolah terpaksa menangung kerugian yang besar akibat mereka
ini.Kebanyakan harta awam dimusnahkan menyebabkan kerajaan terpaksa

menangung belanja yang besar untuk membaiki alatan tersebut. Pihak


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membelanjakan RM700000
bagi kerja-kerja mengganti dan memperbaiki kemudahan awam akibat
vandalisme tidak termasuk kos penggantian kerosakan kemudahan yang
lain. Ekonomi negara akan terjejas jika kegiatan ini terus berleluasa. Di sini
kita dapat melihat betapa besanya impak yang bakal ditanggung disebabkan
gejala vandalisme ini.
Tiadalah guna jika kita mengetahui kesan tanpa mengetahui langkah
untuk mengatasinya.Sediakan paying sebelum hujan, sebagai rakyat
Malaysia kita perlulah memikirkan langkah mengatasi vandalisme sejurus
menjalankannya supaya kegiatan terkutuk ini tidak menjadi batu penghalang
kepada pembangunan negara .Antara langkah terbaik yang boleh diambil
untuk mengatasi gejala vandalisme ialah penguatkuasaan undang-undang
terhadap gejala vandalisme.Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi
mengatasi masalah ini sebagai contoh mengenakan saman terhadap
penggiat
vandalisme
yang
berjaya
ditangkap.Kerajaan
boleh
menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 bagi orang yang
merosakkan harta benda awam.Selain itu, sesiapa yang didapati merosakkan
harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2000 atau penjara
tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang
terbaru menetapkan para pesalah vandalisme perlu menjalankan kerja-kerja
khidmat masyarakat dan mereka juga akan memakai pakaian seragam
pesalah vandalisme. Tindakan tegas juga perlu dikenakan kepada pesalah
vandalisme agar menjadi tauladan kepada rakan-rakan atau individu lain.
Jelaslah,kerajaan harus meningkatkan kesedaran penghuni terhadap
kegiatan vandalisme dengan cara terbaik iaitu mengenakan denda yang
setimpal terhadap penggiat gejala yang terkutuk tersebut. Badan bukan
kerajaan atau NGO juga seharusnya menjadi ejen penting dalam mengatasi
masalah ini. Aktiviti seperti kempen "Selamatkan Harta Awam Kita" atau lainlain kempen kesedaran sedikit sebanyak mampu menyelesaikan kekusutan
ini.
Sebagaimana media massa mempengaruhi remaja untuk menjalankan
kegiatan vandalisme,media massa juga boleh menjadi pengaruh kepada
remaja untuk menjauhi kegiatan vandalisme tersebut. Media massa boleh
menjadi ikutan para pengguna untuk berubah ke arah kebaikan. Antara
usaha yang boleh dilakukan oleh media massa adalah dengan mengiklankan
tentang perkara yang bermoral dan berunsur positif seperti iklan Tangani
Vandalisme dan Jom Membaca. Sudah pasti bermain dalam fikiran kita
apakah kaitannya membaca buku dengan vandalisme. Sebenarnya,apabila

remaja membaca buku dan melakukan perkara yang berfaedah untuk


memenuhi masa lapang mereka,sudah pasti mereka tiada masa untuk
melakukan akitiviti terkutuk itu. Berbalik kepada media massa,kita boleh
menyebarkan perkara yang berfaedah atau perkara yang menyedarkan
remaja terhadap keburukan vandalisme. Remaja masa kini hampir
kesemuanya mempunyai aplikasi Whatsapp.Ini boleh menjadi sumber
penyebaran nasihat kepada para pengguna terutamanya remaja. Dengan
itu,mereka akan lebih mudah terikut untuk memuat kebaikan apabila
individu yang menyebarkan perkara tersebut ialah rakan mereka sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh,media massa merupakan penyumbang utama
dalam membentuk kebaikan dalam diri remaja sejurus menjauhi vandalisme.
Kejadian vandalisme telah banyak berlaku di Malaysia.Perkara ini
amatlah menyedihkan sekaligus mengecewakan rakyat Malaysia.Perkara ini
jelas kelihatan di jalan utama atau di hadapan sekolah.Penggiat utama
vandalisme ialah remaja sekolah jadi sudah pasti mereka lebih senang untuk
melakukan perkara ini pada kemudahan asas di kawasan sekolah.Lihatlah
pada telefon awam yang disediakan oleh pihak Telekom di hadapan sekolah.
Hampir kesemuanya mengalami kerosakan seperti telefon ketiadaan
gangang,wayar telefon putus, panggilan tidak dapat dibuat malah lebih teruk
lagi,telefon awam itu hilang! Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi akan
menjadi persoalan dalam diri kita sendiri. Perkara ini mungkin terjadi kerana
telefon awam yang tidak dapat berfungsi kerana walaupun duit syiling sudah
diletakkan menyebabkan remaja menjadi marah lalu merosakkan telefon
awam tersebut kata Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna
Malaysia(LPKPM),Datuk Seri Dr.Saharuddin Awang Yahya. Beliau turut
berkata, perkara tersebut perlu diatasi kerana menyusahkan penduduk dan
pelajar. Mungkin ramai diantara kita menggunakan telefon bimbit namun
bayangkanlah situasi jika telefon bimbit kehabisan bateri,bukankah telefon
awam yang dapat membantu?. Ramai juga dalam kalangan remaja yang
mencuri duit syiling daripada telefon awam. Perkara ini akan menyebabkan
kerugian yang besar kepada pihak kerajaan atau pihak yang menyumbang
telefon tersebut seperti Telekom. Oleh itu,rakyat perlu sedar kan kepentingan
perkara sebegini. Dengan kata beliau itu,nyatalah di sini bahawa kegiatan
vandalisme perlu diatasi agar tidak membawa mudharat kepada semua
pihak.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah


keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun

isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi
impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita
tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak
meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal
kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk memerangi gejala ini
dan ingatlah , jangan sudah terhantuk barulah terngadah.Dato Sri Haji
Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pernah berkata, Pilihan yang
kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan bentuk
Malaysia pada masa depan,iaitu tanah air yang akan kita mewarisi kepada
anak-anak kita dan generasi mendatang. Marilah kita bersama-sama
menggembleng tenaga dan mengerah idea bernas bagi mencapai langkah
yang terbaiik dan berkesan untuk mengatasi masalah vandalisme ini.

Anda mungkin juga menyukai