Anda di halaman 1dari 3

~tazkirah maghrib di masjid~ "Cemerlang masa meninggal" berdoalah dengan doa seperti:

maksudnya: " ya Allah, matilah kami dengan


kematian yang baik, dan janganlah matikan kami dengan kematian yang buruk" sesunguhnya
orang yang berjaya mengucap syahadah " maka syurgalah janjinya, namun
kemampuan ini dianugerahkan kepada mereka yang terpilih. Bila meninggal orang yang
sibuk dengan hal dunianya akan ingat perkara yang dikerjakannya ketika mahu mati Orang
yang meninggal dunia dengan dosa yang banyak, walaupun orang mengajarnya mengucap.
Dia tidak mampu mengucapnya. Dari cerita dan pengalaman seorang doktor yang pakar
bedah dan penceramah di masjid. Kisah buku beliau tentang dosa-dosa besar: 1. Seorang
remaja 17 tahun tingkatan 5, semasa hendak meninggal beliau telah memberitahu ibu
bapanya yang dia akan meninggal dunia tidak lama lagi, dan mengatakan dia telah menghidu
bau syurga untuknya, lalu perginya dengan mudah. Rahsianya? - Dia seorang yang tekun
solat beremaah - Tekun membaca al-Quran - Jarang tinggal sembahyang tahajud - Bila mahu
pergi solat subuh, dia kejut ahli keluarganya untuk solat di awl waktu 2. Kisah seorang
jemaah di masjid, meninggal selepas solat maghrib ketika umur 85, dengan mudah tanpa
sebarang penyakit: - Dia selalu solat berjemaah - Selalu beberapa minit duduk membaca alQuran - Sentiasa mengikuti ceramah2 atau pengajian di masjid - Selalu menjaga
percakapannya 3. Seorang yang berumur 81, selepas solat zohor di masjid apabila pulang ke
rumah telah meninggal, tidak mempunyai penyakit dan dapat megucap: - Selalu solat
berjemaah di masjid - Yang terawal datang ke masjid, membuka pintu, tingkap masjid Membaca Quran setiap masa Begitulah kisah mereka yang telah cemerlang masa
meninggalnya, kebanyakkannya adalah yang cintakan rumah Allah dan al-Quran Kata
ulama: "orang yang mahu meninggal yang hatinya lebih pada keduniaan, maka susahlah
untuk meniggal" Oleh itu, jadilah kebergantungan hati, katautan hati dengan Allah Seperti
dalam Surah Baqarah, Allah berfirman: orang yang mahu mengimarahkan rumah Allah
adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat Apabila berkomunikasi dengan
Allah tidak baik, tiak dijaga, tiada rasa dengan hablul minallah. Maka pasti akan
memburukkan hubungan sesame manusia. Hablul minan nas.. Antara amalan yang akan
membantu kita ketika mati nanti adalah: 1. Al-Quran. Dia akan ikut sama bila di saat kita
menghadap Allah Di dalam hadis: al-Quran akan menjelma sebagai manusia, ia akan
membela kita 2. Masjid. Iaitu rumah Allah. orang yang terpaut dengannya, akan bernaung
di bawah perlindungan Allah, akan menjelma satu bahtera yang akanmenyelamatkan
Diceritakan juga kisah sahabat yang menanyakan pada Rasulullah tentang berapa hari yang
sepatutnya untuk khatam Quran? Baginda jawab, iaitu selama 40 hari. Namun sahabat tidak
berpuas hati, ingin percepatkan lagi. Rasulullah katakana lagi sebanyak 30 hari. Namun
sahabat tidak berpuas juga sehinggalah Rasulullah mengatakan selama 5 hari Ianya satu
amalan yang dapat merasakan kemanisan iman itu. Selama mana diri tidak mahu mendekati
al-Quran maka selama itu hati akan mati dan leka. Bertaubat, bersiap-siaplah dengan
kematian dengan mencintai Allah dan kitab kalam-Nya. Al-Quran juga memilih tuan yang
ingin menghampirinya, maka berusahalah selalu untuk menjadi tuan pemilik kepada Quran
yang boleh hampir selalu pada kita. Kisah pada khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Seorang
Abu Hasim yang pergi bertemu seorang ulama Abu Haziq ( maaf tidak pasti namanya,
mungkin juga ana tersilap dengar ) . beliau meluahkan rasa hatinya pada orang alim tersebut .
kenapa aku rasa takut mahu mati ?, jawab orang alim itu, kerana sebab engkau
membangunkan hal keduniaan anda yang canggih tapi belum membangunkan untuk negeri
yang kekal abadi iaitu akhirat yang kamu runtuhkan lalu menangislah ia. Renungrenunglah mari bertafaqqur lagi dengan anugerah akal fikran ini wahai hamba Allah..
p/s: maaf jika tersalah mendengar dari tazkirah tersebut, dan kata-kata bahasa yang salah.
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun,
siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang
menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila
seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan
sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang
bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya,
tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka
kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya
berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat
Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak
merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang
kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan
akhirat.
Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun
ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah
mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi
tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban
hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa,
tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri
daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.
Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia
membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan
puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari
tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.
Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud
beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh
Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa
lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa
lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan
berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan
manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam
hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke
rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia
merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa
seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.
Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata
mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai
Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu
kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai
tujuan.
"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya
bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu
Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182.
Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti
memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak
memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat
kepada Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa.
Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik.
Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang
ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri
sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak
sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta
ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis
mata wang pun di dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai