Anda di halaman 1dari 23

Tanda Kekotoran Hati

Ruangan Motivasi by GBK

Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah
dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap
masa.
3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan
1. Dengki Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha
menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.
2. Tamak Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih
berbanding orang di sekelilingnya.
Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum
cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara
sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak
perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau
fakta.
Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai
berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak
melakukan apa-apa.
Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.Pilih untuk
menjadi orang yang cemerlang.
Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Kecelaruan Mental

Ruangan Motivasi by GBK


2% daripada penjenayah yang melakukan jenayah mengalami masalah kecelaruan mental..
sebab-2 tejadinya kecelaruan mental.. jom lihat >>
:
:
:
:
:
:

sebab tidak berupaya mengatasi masalah


kurang tumpuan
kerisauan
kecelaruan pemakanan
kemurungan
ketagihan dadah / alkohol / gaming

simptom-2 orang yang mendapat kecelaruan mental ini ialah >>


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

berasa merah kebanyakkan masa


keagresifan terhadap orang dan binatang
pencabulan peraturan yang keterlaluan
selalu rasa diri dipersalahkan
selalu merasa diri dilayan dengan tidak adil
kesedihan dan ketiadaan harapan
menangis tanpa sebab
penyalahgunaan dadah
hilang minat dan tumpuan dalam aktiviti yang diminati
penyulusutan pencapaian akedemik

jika anda mendapati ada simptom-2 seperti di atas dalam diri anda.. cepat-2 lahh mohon
bantuan yaa !
jom lihat >> kepada siapa nak mohon bantuan ?
>>
>>
>>
>>

rakan sebaya
ibu/bapa atau ahli keluarga yang rapat dengan anda
guru sekolah yang dipercayai
kaunselor sekolah

pesanan : kecelaruan mental ialah satu tekanan yang sangat obses. tekanan dalam diri
sangat penting.. tetapi ia sangat diperlukan dalam kuantiti yang cukup-2 ..
*tanpa tekanan kita tidak akan bergerak*

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan

Ruangan Motivasi by GBK

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab,


dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa
yang perlu di lakukan.
Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan
kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalulupakan apa
yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu
melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada
rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab
kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram
sendiri.
Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara
serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas
tu membuang rasa tertekan, membuat kita immune dari stress.
Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih
diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi
hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang
berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri
untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan
menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.

Sep

Koleksi Kata-kata Hikmah

Kata Hikmah
by GBK

Kejururawatan

Kerjaya Pilihan

by GBK

Peranan dan Tanggungjawab


Jururawat juga berperanan penting dalam bidang perubatan. Mereka
bukan sahaja berfungsi sebagai pembantu doktor malah jururawat juga
bertugas untuk menjaga dan merawat para pesakit mengikut prosedur
yang telah ditetapkan.
Mereka bertanggungjawab memberi layanan yang baik kepada pesakit
agar mereka segera sembuh. Hal ini kerana mereka amat memahami
kerenah pesakit yang dirawat.
Mereka turut bertanggungjawab menangani kes-kes kecemasan sekiranya
ketiadaan doktor.
Syarat-syarat kelayakan :
Lulus SPM dengan kepujian dalam BM, BI, Math, Kimia dan Biologi ATAU
STPM dengan prinsipal dalam Biologi, Math, Fizik dan Kimia
Prospek kerjaya :
1. Mereka yang memenuhi kelayakan diperlukan akan ditawarkan untuk
bertugas sama ada di pusat-pusat perubatan kerajaan atau swasta.
2. Peluang pekerjaan juga terbuka luas kerana kini banyak hospital dan klinik
dibuka bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Pegawai Perubatan

Kerjaya Pilihan by GBK

Peranan dan Tanggungjawab


1. Perubatan merupakan bidang profesional yang paling tinggi
permintaannya untuk memenuhi kekosongan. Bidang perubatan berkait
rapat dalam kerja-kerja merawat pesakit dan memberi perkhidmatan yang
terbaik untuk menyelamatkan pesakit daripada maut
2. Bidang perubatan menawarkan banyak pengkhususan tersendiri seperti
bidang obstetrik dan ginekologi, patologi perubatan, anestesiologi,
radiologi, psikologi, pediatrik, surgeri am, surgeri ortopedik dan surgeri
oftalmologi.
Prospek Kerjaya
1. Siswazah-siswazah yang mempunyai ijazah doktor perubatan daripada
universiti-universiti tempatan atau luar negara, boleh berkhidmat di
hospital-hospital kerajaan atau swasta sebagai doktor, pegawai
perubatan, pentadbir perubatan, penyelidik perubatan ataupun sebagai
pensyarah perubatan di universiti.

Kisah seram selepas kematian kawan abang minggu lepas..

Lawak Santai

by GBK

Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi
dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa
roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang
kepunyaan dia masa hidup.
Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau
barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi
banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3
dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas
dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang.
Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah
tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca
Adik, charger handsetnya mana

Kalau dah gila tu..gilalah jugak

Lawak Santai by GBK

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) Kamu tahu tak?
Orang gila 2 : Tahu apa? Orang gila 1 : Aku nie matahari ( sambil
mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan
aku!
Orang gila 2 : ( dalam hati ) Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti
lapor pada doktor biar dia diperiksa
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang
berlaku:
Orang gila 2 : Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.
Dokter : Kenapa?
Orang gila 2 : Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.
Dokter : Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.
Orang gila 2 : Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti
Dokter : ???

Alkisah Nama

Lawak Santai

by GBK

Amran mendapat kerja guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3


Amanah dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu
W.TAUFIK WWW.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?.
Taufik : Saya Cikgu (Taufik menjawab & berdiri).
Cikgu Amran : Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?.
Taufik : Maaf Cikgu, panjang sangat...
Cikgu Amran : Takpe-takpe Taufik,cakap jer...
Taufik : Baik Cikgu , nama penuh saya ialahWabillahi TAUFIK-wal hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Cikgu Amran menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Amanah, Cikgu Amran kemudian masuk ke darjah 1 Bijak
dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Amran tertuju pada 1 nama yang unik iaitu BKBKBDB DIAN.
Kemudian Cikgu Amran menanyakan siapa murid yang mempunyai nama
tersebut.
Berdirilah seorang murid dan menjawab saya DIAN Cikgu.

Semasa Cikgu Amran melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3
Amanah.
Cikgu Ajoi : Dian ada abang di sekolah ini?.

Dian : Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.


Cikgu Amran : Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?.
Dian : Baik Cikgu, nama panjang saya ialah
Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu DIAN

Universiti Pilihan

Universiti Pilihan

by GBK

Universiti Awam

Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor

Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor

Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur

Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak

Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor

Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu (dulu UDM)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Universiti swasta

Universiti AIMST (AIMST), Kedah

Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Selangor

Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Selangor

Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Selangor

Universiti Multimedia (MMU), Selangor

Universiti Taylors, Selangor

Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur

Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Selangor

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Selangor

Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur

Universiti Selangor (UNISEL), Selangor

Universiti Sunway, Selangor

Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Pulau Pinang

Universiti UCSI (UCSI University), Kuala Lumpur

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Selangor

Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Kedah

Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Negeri Sembilan

Universiti luar negara kampus Malaysia

Universiti Teknologi Curtin, Sarawak

Universiti Monash Malaysia, Selangor

Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak

Universiti Nottingham Malaysia, Selangor

Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Iskandar Malaysia, Johor

Kolej universiti

Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur

Kolej Universiti Teknologi & Inovasi Asia Tenggara(UCTI), Kuala Lumpur

Kolej Universiti Binary, Selangor

Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)(dulu Kolej Teknologi Cosmopoint)

Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor

Kolej Universiti HELP, Kuala Lumpur

Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech(IUCTT), Kuala Lumpur

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor

Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor

Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan

Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan

Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu (dulu TATI)

Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka

Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Kuala Lumpur

Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA), Pahang

Kolej swasta

German-Malaysian Institute

[http://www.geomatika.edu.my/geomatika/index.php?option=com_contact&Itemid=40

Advance Tertiary College ( ATC )

ALFA International College (dulu Alif Creative Academy)

Asia Pacific Institute of Information Technology ( APIIT )

Brickfields Asia College ( BAC )

Bostonweb College

Cosmopoint Institute of Information Technology

Creative Academy

Cybernetics International College of Technology

Disted-Stamford College ( DISTED )

Excel College of Training & Development

Gulf Golden International Flying Academy ( GGIFA )

KLIA Professional & Management College

KLIA Training & Research Centre S/B

Kolej Han Chiang

HELP International College of Technology (HICT)

IKIP College

Informatics College

Institut Prima Bestari, Kota Kinabalu

Institut Kompas ( Kolej Perniagaan & Perakaunan )

International College of Music ( ICOM )

International Islamic College

INTI College Subang Jaya

INTI International College Penang

INTI Genting International College

INTI College Sabah

INTI College Sarawak

Island College of Technology

Kasturi College

KBU International College (KBU)

Kolej KDU

Kolej Shahputra

Putra Intelek

Kolej Teknologi Timur

Kolej Tuanku Jaafar

Legenda Education Group

Kolej WIT

Kolej Yayasan Melaka

Kolej Yayasan UEM ( dulu Kolej Matrikulasi Yayasan Saad )

Life College

MAHSA College

Malaysia France Institute

Malaysian Institute of Art ( MIA )

Malaysia Institute of Integrative Media ( MIIM )

Malaysian Institute of Management ( MIM )

Mantissa Institute

Masterskill College of Nursing and Health

McOrange College

Kolej Perubatan Manipal Melaka

Kolej Methodist Kuala Lumpur ( MCKL )

Kolej Metropolitan

MIDAS Group of Colleges

MIM-IMS Management School

MTDC Multimedia Academy

Multimedia College ( MMC ) (secara rasmi Kolej Latihan Telekom, TTC)

Multimedia College ( MMC ) (secara rasmi Kolej Multimedia, Jalan Semarak)

New Era College

Kolej Nilam

Nirwana Institute

Olympia College

Pacific College

Penang International Dental College

Penang Medical College

Penang Skills Development Centre

PJ College of Art and Design

Kolej PTPL

Reliance College

RIMA College

Sabah Institute of Art

SAE Institute Malaysia

SAL Group of Colleges ( SAL )

SEGi College

Southern College

Stamford College

Kolej Tunku Abdul Rahman ( TARC )

The One Academy

TPM Academy

Westminster International College

World-Point Academy of Tourism

Ingin Berhenti Merokok

Surat Pilihan by GBK

Saya pelajar tingkatan 4, mula hisap rokok sejak tingkatan 2. Saya mempunyai banyak kawan yang
merokok. Baru-baru ini saya cuba berhenti menghisap rokok tetapi mereka tak nak bergaul dengan
saya jika saya tidak hisap rokok bersama-sama mereka. Cikgu, apa perlu saya lakukan sekarang?
Saya sangat perlukan hubungan mereka, kalau perhubungan kawan-kawan saya itu tak ada, maka
saya berasa kesunyian. Saya rasa saya tak boleh hidup tanpa kawan-kawan ini.
_ Sagi Boy_
Cikgu faham perasaan kamu sekarang. Cikgu juga sangat simpati masalah yang dihadapi oleh kamu.
Kamu nak berhenti merokok tetapi takut pula kehilangan kawan-kawan yang kamu rasa amat
penting dalam hidup kamu sampai kamu katakan tidak boleh hidup tanpa kawan-kawan ini.
Keinginan kamu untuk berhenti merokok amat dihargai oleh cikgu. Cikgu juga percaya ada sebabsebab tertentu yang memberi dorongan kepada kamu untuk berhenti merokok. Ini merupakan satu
perubahan pemikiran dalam diri kamu yang positif dan amat digalakkan.
Malangnya, tindakan kamu untuk berhenti merokok ini mungkin akan gagal kerana kawan baik
yang kamu maksudkan itu. Cikgu faham kawan penting dalam hidup kamu tetapi kita tak boleh hidup
semata-mata bergantung kepada kawan-kawan sahaja. Kita ada hak untuk memilih kawan. Kawan
yang baik akan membantu kamu berjaya dalam hidup dan sebaliknya dengan kawan yang buruk.
Cikgu tak mahu kamu hidup sengsara kerana kawan yang buruk.
Ada dua alternatif yang cikgu nak cadangkan kepada kamu.
Pertama, jauhkan diri kamu daripada kawan-kawan ini. Apa yang penting bagi diri kamu sekarang ini
ialah untuk membuang tabiat merokok. Ini perkara utama dan penting dalam hidup kamu yang

perlu kamu laksanakan sekarang. Kawan-kawan yang cuba menghalang kamu itu merupakan
syaitan yang akan menjahanamkan diri kamu.
Kedua, kamu cuba mempengaruhi mereka untuk berhenti merokok. Kamu boleh memberi kaunseling
kepada kawan-kawan kamu tentang bahaya merokok. Tunjukkan kepada mereka penyakit-penyakit
yang akan dijangkiti jika aktif merokok. Kamu juga boleh membawa mereka berjumpa dengan
kaunselor pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Kamu perlu berusaha untuk
membantu mereka.
Cikgu berharap jawapan cikgu ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Sekian, terima kasih.

k esuntukan Masa

Surat Pilihan

by GBK
Cikgu,
Saya Nur,
saya mempunyai masalah untuk mengatur masa dengan betul.
Saya selalu tidak dapat mengulang kaji mata pelajaran kerana kesuntukan masa..
masa saya habis dengan membuat kerja sekolah..
pada sebelah malam pula saya akan ke kelas tuisyen..
saya berharap cikgu dapat membantu saya.. terima kasih..

Hai Nur,

Masalah yang dihadapi oleh Nur ini memang biasa dihadapi oleh golongan yang bergelar pelajar.
Jangan bimbang, cikgu akan cuba membantu Nur. Nampaknya jadual seharian Nur memang padat.
Namun begitu, kadang-kadang mungkin Nur akan terlepas pandang dalam kehidupan seharian Nur,
ada aktiviti kurang berfaedah yang Nur lakukan. Jadi cikgu cadangkan Nur buat jadual Pengurusan
Masa. Pengurusan Masa merupakan salah satu elemen penting dalam Kemahiran Belajar.
Kepentingan Pengurusan Masa :

Dapat membantu anda menggunakan masa dengan cara yang efektif

Dapat membantu anda mengelakkan perangkap masa

Membantu mengutamakan perkara yang utama

Supaya anda tidak terlupa perkara yang sepatutnya anda lakukan

Dapat menjamin masa dengan teratur

Dapat membantu anda membuat perancangan dengan lebih berkualiti.

Jadual waktu belajar

Catatkan semua aktiviti anda termasuk waktu belajar, mengulangkaji, beriadah, berehat dan
bersosial.

Buat jadual waktu mingguan yang merangkumi aktiviti anada setiap hari bermula daripada
bangun tidur hingga waktu tidur..

Merancang Jadual Belajar Efektif:

Agihkan waktu yang cukup untuk tidur, makan dan rekreasi.

Susun tugas-tugas mengikut keutamaan.

Luangkan waktu untuk berbincang atau mengulangkaji pelajaran sebelum ke sekolah atau
masuk ke kelas.

Sediakan waktu untuk mengulang kaji pelajaran selepas waktu sekolah. Ingatlah bahawa anda
mungkin akan lupa pelajaran tersebut sekiranya pelajaran itu tidak diulang baca dalam
tempoh 24 jam.

Perkara yang perlu di ambil kira semasa membuat jadual belajar

Masa tidur enam hingga tujuh jam sehari

Perkara penting yang perlu di laksanakan dalam minggu tersebut

Letakkan waktu mengulangkaji ketika anda berada dalam keadaan cergas

Peruntukan masa rehat mengulangkaji

Peruntukan juga masa untuk bersosial dan bermain

CONTOH JADUAL WAKTU YANG EFEKTIF


Masa
/Hari

6-7 Pagi

7- 8- 98 9 10

10- 11- 121-2


11 12 1

23

3- 4- 5- 67-8
4 5 6 7

8-9

911

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

SOL

SOL

BangunKe
mas diri

Solat

Waktu Persekolahan

Siap ke
sekolah

Jumaat

Sabtu

Aktiviti Ko-Kurikulum
Kemas
diriSolat

Ahad

Ulangkaji

A
Tuisyen

Riadah

SOL
A

ULA

/
M
A
K
A

T
V
/
SOL
AT

G
K
A
J
I

Ulangkaji

Jadual Pengurusan Masa sangat berkesan jika Nur dapat mengikutinya dengan penuh disiplin.
Semoga Nur berjaya mengatasi masalah kesuntukan masa yang Nur hadapi sekarang.

Ibu bapa bercerai

Surat Pilihan

by GBK
Saya menghadapi masalah keluarga. Ibu dan bapa saya telah bercerai kerana bapanya ingin
berkahwin lagi. Saya perlukan kehidupan keluarga macam duluKalau boleh saya nak ibu dan ayah
saya tinggal bersama seperti dulu
_ gadis terpinggir _

Terima kasih kepada saudari yang mengirimkan surat ini kepada kaunselor. Nampaknya saudari telah
bersedia untuk meluahkan perasaan saudari kepada saya.
Apa yang saya boleh bantu saudari ialah membantu saudari mengenalpasti apakah punca-punca
yang menyebabkan perceraian kedua ibu bapa saudari. Jika saudari telah mengenalpasti puncapunca tersebut barulah saudari selesaikan satu persatu. Contohnya jika perceraian ibu bapa saudari
berpunca daripada sikap ibu atau bapa saudari sendiri, maka saudari bolehlah menggunakan
pendekatan berbincang secara baik dengan ibu dan juga bapa saudari. Jika setelah kedua-dua
nampak apakah kelemahan mereka barulah bincangkan bersama-sama apakah perkara yang
mengganggu kehidupan rumah tangga kedua ibu bapa saudari.
Jika perbincangan tersebut tidak menemui jalan penyelesaian, cubalah pula menulis surat luahan
perasaan saudari kepada kedua-dua ibu bapa saudari. Di dalam surat tersebut luahkan apa yang
patut dan apa yang tidak patut seorang ibu atau bapa lakukan dalam membentuk keharmonian
keluarga.
Sekiranya kaedah tersebut tidak berjaya juga, saudari banyakkanlah berdoa agar hubungan
kekeluargaan dan ibu bapa saudari kembali bersama. Anggaplah apa yang berlaku adalah takdir dan
saudari janganlah mendendami ibu bapa saudari tetapi sebaliknya bersabar dan cuba teruskan hidup
yang masih panjang.
Jika saudari kuat menempuh cabaran dan dugaan dalam hidup, saudari akan menemui sinar
kebahagiaan di kemudian hari.

Perkara Wajib Buat Sebelum Peperiksaan

Tips Belajar Tepat by GBK

1. Jika peperiksaan tersebut diadakan sebelah pagi, janganlah lupa bersarapan.


2. Sarapan yang diambil hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan buahbuahan
3. Makan makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan
dan makan tengah hari
4. Ambil sarapan yang ringan kerana jika makan secara berlebihan atau mengambil makanan
yang berat, dikhuatiri akan mengantuk
5. Jika ingin makan snek, pilih snek yang boleh memberi tenaga untuk belajar dan mengulang
kaji . Contoh sandwic dan semangkuk bijirin sarapan dengan susu memberi tenaga yang boleh
bertahan lebih lama dan menjimatkan masa untuk belajar
6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan
juga sedikit makanan protein kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam.
7. Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan coklat.
Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan
getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan.
Sebaliknya sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar di antara waktu
rehat.
8. Minum air secukupnya kerana badan akan menjadi lesu sekiranya kekurangan air dan ini
bolehmenyebabkan hilang fokus semasa peperiksaan
9. Minulah segelas susu panas sebelum masuk tidur.
10.Mengambil makanan yang mengandungi vitamin B dan Omega 3 boleh meningkatkan daya
ingatan.
11.Lakukan senaman. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan
nutrein ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien. Senaman mental yang boleh
dilakukan seperti membuat kuiz dan teka-teki.
12.Kesihatan WAJIB dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Tidak
seharusnya belajar hingga lewat malam kerana ia menjejaskan konsentrasi.
13.Demi mencari ketenteraman jiwa, apa kata kamu bersiar-siar di taman selepas belajar
beberapa jam, jika keadaan mengizinkan

14.Elakkan diri daripada aktiviti yang boleh membawa kecederaan.


15.Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.
16.Perbanyakkan baca al-Quran
17.Banyakkan solat sunat. Amalakan solat sunat pada sepertiga malam untuk memperoleh
ketenangan dan kekuatan.
18.Selalu berdoa
19.Bersangka baik kepada Allah.
20.Lakukan kegiatan luar. Luangkan masa seketika dalam kesibukkan mengulang kaji pelajaran.
21.Meningis denga sepuas hati. Luahkan rasa hati dengan menulis rasa ketidakpuasan hati kita
dalam sehelai kertas.
22.Hargai kebolehan diri
23.Perlu ada sikap yakin diri
24.Cintai diri sendiri.
25.Sentiasa Update perkembangan diri dengan memaklumkan kepada ibu dan ayah.
26.Mohon restu
27.Ambil Wuduk
28.Menghadap Kiblat
29.Niat dan lafaz doa
30.Tidak mengambila masa terlalu lama untuk mengulang kaji, otak perlukan rehat yang
secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
31.Membaca menggunakan teknik menyemak atau melihat setiap muka surat secara ambil lalu
dan hanya memberikan tumpuan kepada sesuatu topik secara santai.
32.Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
33.Tamatkan mengulangkaji dengan berdoa; mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
Semoga Berjaya !

Anda mungkin juga menyukai