Anda di halaman 1dari 4

KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 1

Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya


Kepentingan model pengajaran ADDIE
Antara sebab-sebab mengapa model pengajaran ADDIE penting di dalam
pendidikan masa kini yang pertama ialah Model ADDIE merupakan model reka
bentuk pengajaran yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan
sesebuah modul kursus pengajaran ini kerana fasa-fasa pada model ADDIE adalah
bersifat menyeluruh.
Seterusnya di mana pengkaji atau guru perlu mengenal pasti objektif
pengajaran, matlamat pengajaran termasuk persekitaran pembelajaran dari
pengalaman sedia ada murid. Pada peringkat ini adalah untuk memastikan reka
bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar
yang sebenar.
Kepentingan yang ketiga, model pengajaran ADDIE akan memberi tumpuan
kepada isi kandungan, perancangan dan pembelajaran, alat pentaksiran yang akan
digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan
pengajaran yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap kemahiran yang
telah disampaikan. Ini adalah untuk menentukan dan mereka keedah instruksional
yang akan digunakan.
Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah
kurikulum dirancang. Pengubal kurikulum menganggap model pembelajaran
berasaskan teknologi tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru
menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang
sistematik. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama
dengan pereka pengajaran berbincang cara mereka bentuk modul pengajaran
dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum
mengambil kira kepentingan setiap langkah dan konsep ADDIE..
Seterusnya ialah guru dengan sistem pengajaran dan media. Ia melibatkan
guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media
dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan
proses pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ADDIE
adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah.
Ia juga adalah satu reka bentuk dapat membantu proses pembelajaran
secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Dalam perancangan
pertimbangan terhadap teori pembelajaran dan pengajaran diberi penekanan.

KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2


Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya
Keadaan pembelajaran diambilkira untuk mendapatkan kesan yang bermakna
dalam proses pengajaran. Keadaan pembelajaran baik secara individu atau
berkumpulan dapat membantu seorang guru melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Youngmin Lee di Emporia State
University Korea Selatan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi
Korea Selatan dimana sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $ 350,000
USD bagu melengkapkan kemudahan kelas multimedia dan proses pengajaran dan
pembelajaran telah berlangsung menggunakan program PowerPoint. Namun
pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam
kelas,melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dam
pembelajaran (Youngmin,2006, pp. 12-17). Bagi mengatasi masalah ini pengkaji
telah menggunakan Model ADDIE di mana pengkaji akan menganalisis tentang
keperluan dan minat pelajar dan perkara-perkara lain seperti bentuk bahan yang
dihasilkan juga diberi penekanan bagi menarik dan meransang minat belajar.. Isi
kandungan yg ringkas dan bermaklumat, bahan yang menarik dari segi
warna,bentuk dan gambar, bahan yang mudah difahami oleh pelajar dan
bersesuaian dengan tahap pelajar
Model ADDIE juga setara dengan matlamat dan tujuan dengan pengajaran
dan pembelajaran abad 21 iaitu pembelajaran berlandaskan student centre.
Pembelajaran ini ialah guru hanya sebagai fasilitator dan memberi motivator bagi
memastikan pelajar mengimplementasikan aturan pembelajaran yang dirancang.
Guru dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia
yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar
bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 3


Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya

Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, model ADDIE dengan fasa-fasanya yang
terdiri daripada analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian
merupakan model reka bentuk modul pengajaran yang terbaik yang boleh diguna
pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran. Ini terbukti kerana
fasa-fasa yang dianjurkannya adalah bersifat menyeluruh dan sistematik. Lima fasa
ini dilihat sangat relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan
proses reka bentuk, yang mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang
seterusnya. Justeru, dengan kupasan proses model ADDIE ni,disarankan kepada
penulis-penulis modul pengajaran yang terdiri daripada segenap peringkat institusi
pendidikan agar mendalami model ADDIE ini dan menggunakannya sebagai asas
dalam reka
bentuk modul agar hasilnya menepati objektif yang ingin dicapai dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efektif.

KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 4


Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya

Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich project-based learning
experiences in the korean classroom. Sumber dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/
(Nasohah, Abd Gani, & Mat Shaid, 2015)

Nasohah, U. N., Abd Gani, M. I., & Mat Shaid, N. (2015). MODEL ADDIE DALAM
PROSES REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN:BAHASA ARAB TUJUAN KHAS DI
UNIVERSITI SAINS ISLAM SEBAGAI CONTOH. MODEL ADDIE DALAM PROSES
REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN:BAHASA ARAB TUJUAN KHAS DI
UNIVERSITI SAINS ISLAM SEBAGAI CONTOH.