Anda di halaman 1dari 11

Tips Temuduga SPP

1- Kenali Anggota SPP


Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dilantik oleh YDP Agong atas budi bicara baginda selepas menimbang
nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.. Bersifat berkecuali serta bebas pengaruh politik..
Dilantik dalam kalangan penjawat awam, hakim dan golongan profesional.
- Ingat panggilan hormat .
- Anggota SPP terkini bagi tahun 2016.

OKTOBER DIISYTIHARKAN SEBAGAI BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN pada 9 Mac 2016

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mengisytiharkan Oktober


sebagai bulan kaunseling kebangsaan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga kesihatan mental. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ia akan mula
dilaksanakan pada Oktober tahun ini selaras dengan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang
disambut pada 10 Oktober setiap tahun. "Sepanjang bulan ini, kita cadangkan pelbagai aktiviti
dilaksanakan termasuk kaunselor turun padang ke kawasan untuk mendekati kumpulan sasaran.
"Kesihatan mental amat subjektif, luas dan merangkumi pelbagai aspek yang boleh membabitkan sesiapa
saja. Kita perlu buang stigma 'takut jumpa kaunselor' atau hanya yang 'sakit mental' saja perlu jumpa
kaunselor," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup
Seminar Kaunseling kebangsaan Kali ke-15 'Intervensi Kaunseling-Kesihatan Mental' di sini, hari ini.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

LIMA TUNJANG ATAU STRATEGI UTAMA BAJET 2016 :


1. Memperteguh ketahanan ekonomi negara
2. Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
3. Mempersiaga modal insan
4. Memperkasa agenda bumiputera
5. Meringankan kos sara hidup rakyat
TEMA BAJET 2016 :
Mensejahtera Kehidupan Rakyat Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion
berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015)
Antara bajet diperuntukan utk pendidikan:
Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program
Transformasi Pendidikan Vokasional
Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi
rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113
buah kelas seluruh Malaysia
Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan,
kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf
Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000
daripada RM5,000 setahun
MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di
peringkat pendidikan tinggi

Kssr

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15


Berkuat kuasa 13 Disember 2016

Senarai PM di Malaysia
1. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah
Bapa Kemerdekaan Malaysia
31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970
(Tunku merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957) sebelum
merdeka)
2. Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Bapa Pembangunan Malaysia
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976
3. Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn
Bapa Perpaduan Malaysia
15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Bapa Pemodenan Malaysia
16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003
5. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia
31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009
6. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Bapa Transformasi Malaysia
3 April 2009 hingga kini

Jenis-jenis Sekolah
Sekolah Kebangsaan
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan
salah satu jenis sekolah rendah.
Sekolah Kluster
Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada
aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh
sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Sekolah Jenis Kebangsaan
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah
satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan
96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

Sekolah Wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah
Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan
tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa
Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.
Sekolah Agama Islam
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Sekolahsekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan
bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Oleh sebab keputusan pelajaran di
sekolah-sekolah ini tidak diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia, kebanyakan pelajar ini perlu melanjutkan
pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.
Sekolah Mubaligh
Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]
Sekolah Bestari
Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
Sekolah Teknik dan Vokasional
Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam
pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran
Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau
profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah
perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam
semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan
modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada
antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid
yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai
kebitaraan yang mengambarkan watak sekolah. Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia di samping membangunkan sekolah yang boleh dicontohi
oleh sekolah dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok dan seterusnya menjadi showcase di
peringkat antarabangsa.

http://www.mykssr.com/2016/09/tips-temuduga-spp-pegawai-perkhidmatan.html

Anda mungkin juga menyukai