Anda di halaman 1dari 2

EDU 3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Soalan 1
a) Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif,
kerana ia tidak dapat dipupuk tetapi jelas berlaku.
Berikan 3 sebab mengapa dikatakan perkembangan bersifat kualitatif ?
Jawapan
Tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat
perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada
peringkat awal.
Perkembangan terus menerus berlaku dari awal hingga akhir
hayat sesuatu organism.
Perkembangan terhasil daripada hubung kait
antaraperkembangan jasmani dan pembelajaran.
b) Cikgu Tan seoarang guru yang ditugaskan menjalankan aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah. Apakah 3 perkara yang cikgu Tan perlu
mengambil kira semasa merancang untuk mengajar pelajar yang
berbeza dari segi perkembangan fizikal.
Jawapan
Aktiviti mengikut kehendak pelajar.
Mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan
atau kepuasan pelajar.
Aktiviti hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan
atas tekanan.
c) Nyatakan 2 sebab mengapa pentingnya guru mengenali personaltii
murid ?
Jawapan
Memudahkan guru merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada jenis-jenis personaliti seseorang murid.
Memudahkan guru-guru melayani murid-murid dengan cara yang
betul mengikut personaliti pelajar.

Soalan 2
a) Terdapat pelajar yang bermasalah pembelajaran berada di kelas
normal. Bagaimanakah pelajar normal diri mereka supaya boleh
berinteraksi dengan pelajar berkenaan?
Jawapan
Merapatkan diri dengan mereka.
Tidak menyindir mereka di dalam kelas.
Mengajar mereka jika mereka tidak faham.
Memberi keutamaan kepada mereka terlebih dahulu.
Bermain dengan mereka jika mereka mengantuk.
b) Sebagai seorang kanak pintar cerdas kemukakan 5 cadangan
bagaimana guru boleh membantu beliau mencapai objektif
pembelajaran.
Jawapan

Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid-murid.


Menerima murid-murid sebagai dirinya (menyayangi murdmurid).
Menggalakkan murid-murid berinteraksi secara positif dengan
rakan sebaya.
Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan
murid dalam proses pembelajaran.
Memeberikan peluang kepada murid-murid memainkan peranan
yang penting.

Anda mungkin juga menyukai