Anda di halaman 1dari 2

Periodisasi latihan

Proses perancangan latihan adalah satu prosedur saintifik dengan penggunaan pelbagai
kaedah latihan untuk merancang satu program latihan. Satu program latihan yang baik
semestinya berbentuk objektif dan dirancang berasaskan prestasi atlet melalui penilaian atau
pertandingan, dengan mengambil kira kesemua faktor latihan dan berpandukan penjadualan
pertandingan. Ia seharusnya ringkas dan fleksibel agar boleh diubahsuai bagi memenuhi kadar
kemajuan seseorang atlet.
Periodisasi merupakan

satu

pendekatan

latihan

yang

melibatkan

kitaran

progresif pelbagai aspek dalam satu program latihan dalam satu tempoh masa tertentu.
Periodisasi adalah berasal dari Model Hans Selye yang dikenali sebagai General
Adaptation Syndrome (GAS) semenjak 1950-an. Ahli psikologi Leo Metveyev dan saintis sukan
TudorBompa membangunkan lagi model periodisasi ini. Bompa dan Metveyev dikenali
sebagai bapa periodisasi moden.
Periodisasi latihan adalah huraian latihan tahunan ke dalam beberapa bahagian latihan
dengan variasikan tujuan dan intensiti berdasarkan pendekatan pada matlamat utama (Pyke,
1991: 243). Menurut Bompa (1994: 168) periodisasi merupakan proses pemecahan rencana
latihan tahunan ke dalam bahagian yang lebih pendek agar memudahkan dalam pengelolaan
latihan dan pencapaian puncak prestasi pada tahap maksima. Menurut USTA (1998: 149)
periodisasi adalah perencanaan latihan jangka panjang yang secara sistematik mengawal dan
mengubah isipadu, intensiti, frekuensi, durasi, latihan, dan pertandingan. Dengan demikian
periodisasi adalah penjelasan matlamat dan sasaran latihan dengan cara memvariasikan
intensiti, volume, recovery, interval, durasi, dan frekuensi ke dalam waktu tertentu yang di
sesuaikan dengan tahapnya.
Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui
penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996;
Rink, 2002). Jurulatih harus menyediakan program latihan spesifik secara beransur maju
mengikut tahap kematangan murid dan harus melengkapi murid dengan pengetahuan sukan,
memotivasikan murid serta berusaha meningkatkan prestasi dalam sukan dan permainan
berdasarkan teori dan metodologi latihan (Connel, 1993). Program latihan harus disusun dengan
panduan teori dan metodologi latihan serta teori pembelajaran motor.Jurulatih harus
menyediakan program latihan dengan mengambil kira komponen biomotor latihan seperti
kepantasan, koordinasi, fleksibiliti, aerobik, anaerobik, ketepatan serta kuasa) kemahiran dan
strategi atau taktik (Drewe, 2000; Wassmer & Mookerjee, 2002; Wilsmore, 1992).
Selain daripada pengaruh periodisasi latihan, aspek kepimpinan jurulatih merupakan
aspek penting dalam memberikan satu impak motivasi yang besar kepada atlet. Banyak kajian
membuktikan bahawa kepentingan kepimpinan jurulatih merupakan motivasi kepada atlet.
Walaupun kejayaan atlet bergantung kepada pelbagai faktor seperti seringkali dikaitkan dengan
tahap dan orientasi motivasi atlet (Duda & Nicholls, 1985; Shaharudin Abd Aziz, 1998), faktor

kepimpinan jurulatih (Chelladurai, 1984), tahap keyakinan diri atlet serta tahap kebimbangan
atlet sebelum dan semasa pertandingan berlangsung (Martens, 1987) namun kewibawaan
jurulatih memainkan peranan yang sangat penting. Ini dibuktikan dengan kajian iaitu gaya dan
tingkah laku kepimpinan seseorang jurulatih pada umumnya dapat menentukan kewibawaannya
dalam mencorakkan keberkesanan latihan dan pencapaian atlet yang cemerlang (Fuoss &
Troppmann, 1981; Weles & Friedrichs, 1986; Garland & Barry, 1988; Gross, 1990; Chelladurai,
1990; Boonveerabut, 1992)
Banyak kajian telah dilaksanakan dalam mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan
kejayaan sesebuah pasukan. Di sini hanya disenaraikan faktor kejurulatihan dan periodisasi
latihan yang mampu mempengaruhi kejayaan sesebuah pasukan. Kedua-dua faktor ini adalah
satu pakej penting dalam mengendalikan sesebuah pasukan. Oleh itu, kerja kursus ini
merupakan titik tolak dalam menyediakan para pelatih bagi memulakan langkah untuk menjadi
guru pendidikan Jasmani dan seorang jurulatih.

Periodisasi adalah satu proses pembahagian pelan latihan tahunan kepada beberapa
fasa latihan dan sub-sub fasa bertujuan untuk:
Memudahkan penyeliaan dan pemantauan sesuatu program latihan;

Meramalkan hasil atau pencapaian matlamat;


Garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak (peaking);

Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih teratur dan sistematik;dan
Memudahkan proses pemantauan dan penilaian.

Periodisasi latihan biasanya mengandungi maklumat-maklumat seperti:


Fasa-fasa latihan yang terdiri daripada fasa persediaan, fasa pertandingan danfasa transisi
Komponen latihan yang menjadi faktor utama untuk pencapaian pretasi ialah

Persediaan Kecergasan Fizikal (Kebolehana biomotor)


Persediaan Teknik (Kaedah-kaedah latihan dan berfokuskan kepada kemahiran)

Persediaan Taktikal (Strategi)


Persediaan Psikologi (Motivasi, penetapan matlamat, imejeri)

Isipadu Latihan
Intensiti Latihan

Puncak

Anda mungkin juga menyukai