Anda di halaman 1dari 18

DISIPLIN PELAJAR

PENGENALAN ISU YANG DIPILIH


Isu disiplin banyak terpapar di dada-dada akhbar, majalah, ditulis di blogblog, menjadi tajuk-tajuk pilihan tesis dan sebagainya. Namun sejauh
manakah kita memberi perhatian dan mengambil berat isu ini samada
sebagai seorang guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat?. Dari situ kita
dapat timbulkan satu persoalan, mengapa isu disiplin ini sering
diutarakan?. Apakah kepentingannya kepada pembentukan diri pelajar
dan apakah kesannya kepada negara?.
Isu disiplin yang terbaru ialah pada 25 September 2008, dikeluarkan
kenyataan bahawa masalah salah laku disiplin murid menurun pada kadar
purata 2.03 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2003 melibatkan 5.4
juta murid seluruh negara. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali
Ismail berkata, penurunan itu berjaya dicapai selepas kementerian
melaksanakan beberapa program untuk menangani masalah disiplin
termasuk pelaksanaan sistem aduan disiplin. Katanya, berdasarkan
statistik menunjukkan kes salah laku murid menurun dari setahun ke
setahun sebanyak 1.53 peratus dilaporkan pada 2006, 1.33 peratus (2007)
dan 1.27 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Penurunan
masalah disiplin itu berlaku hasil daripada tindakan yang diambil oleh
Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin yang diwujudkan oleh
kementerian bagi menangani gejala berkenaan. (Utusan Malaysia, 26
September 2008)
Penurunan kadar peratus salah laku ini menunjukkan bahawa kesedaran
dan keprihatinan semua pihak tentang pentingnya disiplin ini sudah
timbul. Misalannya, e-Disiplin di semua sekolah menengah iaitu sistem
pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik
berasaskan teknologi web akan mula diperluaskan kesemua 2100 sekolah
menengah seluruh negara. Sistem ini telah dibangunkan oleh Universiti
Malaysia Terengganu dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin

Nasional (Mapan). (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008) .Ini menunjukkan


bahawa isu disiplin ini mendapat keprihatinan dari semua pihak dan
membuktikan bahawa ada usaha-usaha dilaksanakan untuk menangani
masalah ini. Pelbagai program dilaksanakan sejak dahulu lagi sehingga
kini.
Namun heboh pula masalah buli siber di sekolah di mana ia merupakan
satu cabaran baru di sekolah. Juga dinyatakan di dalam Utusan Malaysia, 5
Mei 2008. Masalah ponteng sekolah, merokok, penyalahgunaan dadah
yang masih berlaku dan lain-lain lagi.
Dari situ,kita dapat buat kesimpulan bahawa walaupun kadar peratusan
masalah salah laku ini telah menurun, semua pihak harus ada usaha
berterusan bagi menjadikan kes disiplin sifar. Ketidakpedulian kita akan
memberi ruang dan peluang kepada masalah disiplin baru untuk muncul.
Semua ini perlu diberi perhatian dan ambil berat kerana pelajar sekolah
bukan sekadar pelajar sekolah dan terus kekal begitu, tetapi mereka yang
bakal meningkat menjadi pemimpin-pemimpin negara suatu hari kelak.
Disiplin itu perlu dibentuk sejak dari kecil. Bak kata pepatah, melentur
buluh, biarlah dari rebungnya.

KONSEP DISIPLIN
Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin
ini merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti,
keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang
menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.
Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan
peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan
ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.
TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH
Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi

dengan baik.(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970) Jika dilihat


dari konteks sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang
dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah
laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Oleh kerana itu, disiplin bilik
darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajarpelajarnya supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila pelajar-pelajar
dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik, teratur
dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang,
2008)
Menurut ( Ang Jit Eng 2007) Moles 1989 menegaskan dua objektif utama
kewujudan disiplin di sekolah adalah:
Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid.
Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.
Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dapat
menggagalkan kedua-dua objektif ini selain daripda menyebabkan
insiden-insiden itu tersiar di media massa. Oleh yang demikian,
pengurusan dan pengawalan disiplin murid adalah suatu tanggungjawab
pihak sekolah yang penting. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979), disiplin bermaksud:
Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undangundang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri.
Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
Kesanggupan seseorang menghormati hak inidividu lain,
Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong.
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina.
Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.

KEPENTINGAN UMUM DISIPLIN


Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan
suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun
sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan
aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian. (Ang Jit
Eng, 2007)
JENIS-JENIS DISIPLIN
Disiplin terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:Disiplin arahan guru
Disiplin arahan kerja
Disiplin arahan kumpulan
Disiplin arahan diri
Disiplin arahan guru
Disiplin arahan guru adalah cara dan tuasguru menentukan arahan dan
peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya.
Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang
peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru
bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan
mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru mungkin
bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu
membuat pertimbangann sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin
supaya ia tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau
menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau
bertindak memberontak. Jadi, motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat
pelu digalakkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir
Ahmad, 2007)
Disiplin arahan kerja

Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan


diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh
yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan
dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang
mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang
ditetapkan.
Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia
menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan
kepentingan sendiri. Namun,tidak semua pelajar dapat mnyelesaikan
tugasan seperti yang diajdualkan. Oleh sebab itu, disiplin arahan kerja ini
dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna,
sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam
tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008)
Disiplin arahan kumpulan
Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan
daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau
kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma
yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak
dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini
boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik
darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal
disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani
Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Disiplin arahan diri
Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan
sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa
mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar
sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap

kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin
jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan
seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan,
menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati,
bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.
Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan
bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras
minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin. (Mok Soon
Sang, 2008)
MASALAH DISIPLIN MASA KINI
Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau
dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada
pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan
sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini
dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :Jenayah
Kelakuan negatif
Membolos
Menipu
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah
merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras
ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru,
bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan
negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin
berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar,
berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik
darjah, membuat bising, membuli rakan yang lemah, tidak membawa
buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru.

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah


ponteng kelas, ponteng sekolah,ponteng aktiviti kokurikulum, datang
lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke
perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik darjah.
Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori
menipu pula ialah meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja
murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan
menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku
kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008)
Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat
diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu :Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan
lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak
bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan
pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas
dan lewat masuk ke kelas.
Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru)
Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli
rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda
seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu(melibatkan wang)rakan,
mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri. (Shahabudin Hashim,
Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah
Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa
ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:
Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah
Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan
kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak
pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri,

melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, membuli, mengancam


murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan katakata lucah, melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut
panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang,
berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut kotor.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah
berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat,
berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, tidak buat kerja sekolah
mengikut masa.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar
dengan guru,pengawas atau murid, berbahasa kesat, menyimpan atau
menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat guru atau
pengawas, kelakuan kurang sopan.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan
harta benda sekolah, guru dan murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu
(melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas,
sekolah, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah.
Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah
Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah lebih
kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat
sekolah rendah di mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori
jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku
musnah, tidak jujur dan ponteng.Namun salah lakunya adalah lebih berat
dan rumit iaitu:1. Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,
melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna
dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, mengancam pelajar,

menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang


peraturan sekolah dan pihak sekolah.
2. Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan,
berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar
perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah.
3. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut
panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai
atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai
barang kemas.
4. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah
berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik
darjah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam
bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak buat
kerja sekolah mengikut masa.
5. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar
dengan guru, pengawas atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau
menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,tidak hormat
guru atau pengawas.
6. Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah
merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.
7. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu
(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin
8. Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng
kelas,
sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas
tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.
Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di
peringkat sekolah menurut urutan ialah:1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam murid sekolah
4. Berkasar dengan murid sekolah
5. Berbahasa kesat

6. Datang sekolah/masuk kelas lambat


7. Membuat bising dan menggangu pelajaran
8. Merosakkan harta benda sekolah
9. Ponteng aktiviti kokurikulum
10. Ponteng kelas
PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN
Guru
- Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau
tidak sesuai.
Guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah
pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada
perkara yang disampaikan oleh guru. Murid menjadi bosan, tidak
menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin
Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Guru yang bijak,kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah
pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara
aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat
mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah,
teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar
aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu
karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999)
- Perwatakan dan sahsiah guru
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan
kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan
dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering
menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang
tegas.
Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai
murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan
mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang
dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada

kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar,


mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib,
bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi
masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan
mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi
bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.
- Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra
Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006,
menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu
kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai
pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar.
Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid
adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.
Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar
ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud
rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah
disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.
Suasana bilik darjah kurang selesa
- Bilik darjah yang tidak selesa
Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan
nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik
tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan
kepada pelajar enyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,merekatidak
dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini
memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.
- Bilangan murid yang terlalu ramai
Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan
murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap
kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap

kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu
melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang
tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan
melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan
bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir
Ahmad, 2007)

Kesihatan murid kurang baik


Pelajar yang kurang sihat atau tidak mendapatmasa rehat yang
mencukupi tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka di dalam
kelas. Mereka sering mengantuk, tidak cergas dan tidak mampu
melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, kemungkinan
besar daripada mereka akan meniru pelajar lain atau tidak membuat
langsung tugasan yang diberikan. Dapat direnung bersama bahawa pada
masa ini, berapa ramaikah guru yang menyoal tentang kesihatan pelajarpelajarnya sebelum memulakan pembelajaran.
Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi
Pihak sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian dan prestasi
akademik juga sebenarnya merupakan punca timbulnnya masalah disiplin
ini.Hal ini kerana pelajar-pelajar yang tidak mampu mencapai aspirasi
sekolah sebagaimana diharapkan biasanya lebih cenderung untuk
menimbulkan masalah disiplin. (Mok Soon Sang, 2008)
Pengaruh negatif.
- Pengaruh negatif dari keluarga
Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi asas utama

perkembangan diri. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam


pertumbuhan keperibadian. Kualiti kehidupan rumahtangga akan memberi
kesan kepada kualiti tingkahlaku. Keluarga yang aman damai, akan
melahirkan anak-anak yang berperibadi normal dan baik. Sebaliknya jika
rumahtangga bermasalah,adanya konflik, perceraian dan sebagainya lagi
akan menimbulkan anak-anak yang bermasalah. Kebanyakan pelajarpelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menumpukan perhatian
di dalam kelas. Sentiasa murung, menyendiri. Hal ini kerana mereka
kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa dan ahli keluarga.
Lalu, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian
orang ramai seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan
pelbagai masalah disiplin lagi akan timbul. Peribadi ahli keluarga yang
tidak bermoral dan berakhlak juga akan mempengaruhi diri pelajar lantas
terbawa-bawa sehingga ke dalam bilik darjah. Contohnya suka
mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain lagi. (Ibrahim Mamat,1997)
- Pengaruh negatif dari rakan sebaya.
Rakan sebaya juga mempengaruhi sahsiah dan keperibadian pelajar.
Pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan
masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya
menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan
harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan
sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997).Kebanyakan pelajar melakukan
semua itu supaya mereka diterima di dalam sesebuah kumpulan yang
sengaja diwujudkan oleh pelajar-pelajar bermasalah ini.
- Pengaruh negatif dari media massa.
Perkembangan media cetak dan media elektronik juga merupakan punca
terjadinya masalah disiplin. Media cetak menyajikan fesyen-fesyen,
hiburan, gaya hidup yang pelbagai. Manakala perkembangan pesat
teknologi maklumat pula seperti budaya cybercafe, chatting di internet,
kebebasan melayari aneka laman web menjadikan pelajar dapat
mengetahui sesuatu itu dengan mudah. Pelajar yang mudah terikut
dengan gerak hati anak muda akan mudah meniru atau terpengaruh

dengan apa yang dilihatnya. Contohnya datang ke sekolah dengan fesyen


dan gaya rambut yang pelbagai, menubuhkan kumpulan mereka yang
tersendiri, membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan banyak lagi.
(Azizan Bahari, 2003)

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN


1. Peranan pelajar.
Dalam menangani masalah disiplin ini, pelajar juga boleh memainkan
peranan. Mereka perlu mempunyai kesedaran mendisiplinkan diri,
mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah, menjaga diri
daripada terjebak dengan masalah-masalah disiplin, elakkan daripada
berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini kerana
dikhuatiri akan terpengaruh.
1. Peranan guru
Guru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya pelajar tidak bosan di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Suasana yang kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid
mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. (Mok Soon Sang,
2008)
Guru juga perlu menggunakan mempelbagaikan kaedah ketika mengajar.
Menurut ( Mok Soon Sang,1991) tujuan menggunakan berbagai-bagai
teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat
murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik yang
dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan,kebolehan dan minat
murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah
berkait rapat dengan teknik mengajar.
Apabila pelajar dapat melibatkan diri secara baik di dalam bilik darjah,
maka sudah tentu masalah disiplin dapat diminimumkan.

Seorang guru perlu jujur dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Bukan


sekadar mahu menghabiskan sukatan pelajaran. Tetapi benar-benar mahu
mendidik. Sikap ini perlu ditunjukkan oleh semua guru. (James Dunhill,
1964)
Mengikut (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad,
2007) guru juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran. Masa untuk sesuatu waktu pengajaran
digunakan secara maksimum bagi mengelak murid tidak ada masa
melakukan kerja-kerja lain. Guru juga perlu mempamerkan keyakinan diri
semasa berada di dalam kelas supaya murid juga yakin dengan kebolehan
guru. Suara guru perlu jelas dan bahasa yang digunakan mudah difahami
oleh semua pelajar.
Guru perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya pelajar dapat
akur dengan kehendak dan arahan guru. Tegas di sini tidak membawa
maksud autokratik, sebaliknya demokratik. Guru perlu sedar tugas
mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi yang
melibatkan waktu pengajaran guru. Segala salah laku yang berlaku dalam
bilik darjah perlu ditegur dengan segera.
Pada masa yang sama guru perlu mesra dengan pelajar dan mengelak
daripada ada unsur pilih kasih dalam melayan karenah murid supaya
pelajar senang dengan guru. Apabila senang dengan guru
berkenaan,masalah disiplin yang timbul hasil daripada hubungan tidak
baik dengan guru dapat dikurangkan.
Guru kelas juga perlu peka dengan persekitaran bilik darjah yang kurang
menyenangkan.Guru perlu kreatif dan proaktif dalam membina
persekitaran bilik darjah yang ceria dan kondusif supaya masalah disiplin
yang timbul akibat ketidakselesaan murid dapat diatasi.
Penghargaan dan pujian perlu diberi kepada yang berkelakuan baik, di
samping memupuk nilai-nlai murni di kalangan murid. Murid yang
mempunyai masalah peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin
supaya mereka tidak menimbulkan masalah disiplin.(Abd. Ghafar Mad Din,
2003)

2. Peranan Staf dan Pentadbir sekolah


Pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab bersama,bukan tugas
Guru Besar atau Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru
Disiplin, semata-mata tetapi semua staf dan pentadbir sekolah samada
guru bimbingan dan kaunseling, ketua warden dan warden asrama, guruguru agama dan moral hatta tukang kebun sekalipun. Semua boleh
memainkan peranan masing-masing. (Ang Jit Eng,2007)
Antara yang boleh dilakukan ialah:- Memastikan semua tatacara pengurusan disiplin bilik darjah dipatuhi
oleh guru dan pelajar. Pemantauan yang berterusan perlu dibuat dari
semasa ke semasa.
- Memastikan bilangan murid di dalam sesebuah kelas mematuhi syarat
saiz kelas yang ditetapkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd
Zohir Ahmad, 2007)
- Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan di
sekolah demi kebaikan mereka.
- Menyediakan pelbagai kemudahan sekolah seperti alat bantu mengajar,
tempat-tempat duduk , kipas ngin dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Kemudahan tempat duduk contohnya di bawah pohon-pohon yang
rendang,di taman bunga atupun pondok bacaan supaya dapat memberi
keselesaan kepada murid.
- Meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dengan mengadakan
aktiviti gotong royong, pertandingan kebersihan dan sebagainya.
- Menyediakan sistem perkhidmatan psikologi. Ia penting supaya dapat
memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah dan
selalu membuat masalah disiplin.
- Mempertingkatkan sistem kelab dan persatuan. Contohnya mewujudkan
Persatuan Kebajikan Murid atau Kelab Pencegahan Jenayah.
- Memantapkan sistem dan struktur kepimpinan murid. Melalui aktiviti
kepimpinan contohnya program kepada Kelab Pengakap atau pegawaspengawas sekolah, mereka akan dilatih agar memupuk diri dengan nilai-

nilai yang murni seperti berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati


dan sebagainya.
3. Peranan Ibu bapa
Tugas untuk mendisiplinkan pelajar bukan hanya terletak di bahu guruguru, staf dan pentadbir sekolah,namun ibu bapa juga berperanan penting
dalam mengawalnya.
Antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal masalah
disiplin ialah:- Selalu merujuk kepada pihak sekolah dalam hal disiplin anak. Ibu bapa
perlu melibatkan diri dalam mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini supaya ibu bapa dan guru
dapat berbincang mengenai masalah anak-anak yang berlaku dan cuba
menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin.
- Memberi pengetahuan agama di samping menjadi contoh teladan kepada
anak-anak. Melalui didikan agama yang diberikan, anak-anak dapat
menilai dan membezakan mana yang baik,mana yang buruk,apa yang
dilarang dan disuruh oleh agama. Contohnya apabila anak-anak melayari
internet atau membaca bahan-bahan bacaan. Dengan sendirinya mereka
dapat membuat keputusan yang terbaik.
- Memberi kelonggaran tertentu dan tidak terlalu mengongkong tetapi
mengambil tahu pergerakan dan aktiviti-aktiviti anak-anak. Ibu bapa perlu
mengetahui dengan siapa anak-anaknya berkawan.
- Menggalakkan anak-anak mempunyai hubungan mesra di dalam
keluarga.
- Menunjukkan minat terhadap pelajaran anak-anak.
- Memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang yang diminati.
- Mengamalkan sikap menghormati anak-anak dan menggalakkan anakanak menghormati diri, keluarga dan orang lain .(Ibrahim Mamat, 1997)
4. Peranan Komuniti
Menurut (Ang Jit Eng,2007), komuniti setempat juga boleh menjadi mata
dan telinga dalam mengawal masalah disiplin ini. Komuniti setempat yang
terdiri daripada badan-badan atau pertubuhan kerajaan dan bukan

kerajaan seperti polis, bomba, majlis tempatan,penghulu, JKK


Keselamatan, JK tempat-tempat beribadat dan sebagainya dapat diminta
memberi kerjasama mereka untuk menyampaikan mesej kepada ibu bapa
tentang kepentingan disiplin murid di sekolah di samping membantu
untuk melaporkan salah laku yang dilakukan oleh murid di luar sekolah.
Apabila murid-murid dapat merasakan komuniti setempat melaporkan keskes ponteng,lepak,merokok dan salah laku yang lain kepada pihak
sekolah, mereka lebih segan atau berhati-hati apabila cuba melakukannya
berbanding dengan komuniti yang tidak mengambil tahu pada salah laku
yang dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai