Anda di halaman 1dari 2

1. Terangkan Kosenp Penyelidikan Tindakan?

Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki
pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada

perubahan tersebut.
Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory) iaitu berusaha ke arah

memperbaiki amalan mereka sendiri.


Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral) iaitu
suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai,

mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek.


Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif iaitu melibatkan mereka yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu
amalan pendidikan.

2. Nyatakan ciri-ciri penyelidikan tindakan

Untuk menyelesaikan mslh sosial


Dilakukan berkaintan dengan tingkah laku sosial iaitu amalan sosial.
Bertujuan membaiki proses pengajaran dan pembelajaran yg menjadi amalan kepada

guru.
Perancangan untuk bertindak meningkatkan amalan bilik darjah, mewujudkan
program rintis. Contoh; motivasi belajar, tumpuan, penglibatan aktif, pencapaian

murid
Berkongsi ilmu dengan rakan guru, pihak pentadbir, jabatan pelajaran bagi tujuan
penambahbaikan bersama.

3. Apakah tujuan penyelidikan tindakan?

Meningkatkan kualiti amalan pendidik


Pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman
Memperbaikikan prestasi dan kepuasan kerja.
Memperkebangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenal pasti
teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.

4. Andaikan anda ingin menjalankan kajian bertopik Hubungan antara motivasi dan
minat dengan pencapaian dalam ujian Bahasa Inggeris.

Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini.

Kajian ini dijalankan untuk memberi gambaran dan maklumat yang jelas
sama ada proses pencapaian dipengaruhi oleh motivasi guru dan minat
murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil
daripada kajian ini diharap dapat membantu guru- guru Bahasa Inggeris
untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru
untuk meningkatkan dorongan dan minat murid dalam mata pelajaran ini.

5. Berdasarkan Model Stephen Kemmis,rancangkan secara ringkas langkahlangkah kajian mengikut susunan satu kajian mengenai isu pendidikan pra sekolah.

Tajuk kajian
latar belakang kajian
fokus isu /masalah yg inigin disediakan
perancangan tindakan /pelan tindakan intervensi
pelaksanaan rancangan
pemerhatian/hasil dapatan kajian/analisis dapatan/huraian dapatan
refleksi /perbincangan dapatan