Anda di halaman 1dari 5

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim

yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan


semua.
Pada hari ini, saya akan bercerita mengenai kisah Nabi
Yusuf dipenjara.

Nabi Yusuf anak Nabi Yaakob,


Baginda ada 11 saudara,
Wajahnya tampan semua takjub,
Dicampak ke perigi waktu kecilnya.

Sejak hari itu, Nabi Yaakob sedih sekali. Rupa-rupanya


baginda diselamatkan oleh pedagang Mesir yang
menimba air di perigi itu. Ketika tali ditarik, tergantung
seorang anak yang tampan, lalu membawanya ke Mesir
dan dijual kepada pembesar Mesir bernama Qithfir yang
lebih dikenali dengan gelaran Al-Aziz. Mulai hari itu,
tinggallah baginda di istana Al-Aziz sehingga dewasa.
Dalam surah Yusuf ayat 22 Allah berfirman:

Dan tatkala cukup dewasa, Kami berikan hikmah dan


ilmu kepadanya.

Hadirin sekalian,
Setelah dewasa Yusuf tampan menawan, Hati Zulaikha
amat berkenan, Godaan dan rayuan Zulaikha lakukan,
namun Yusuf teguh dalam iman.
Hadirin sekalian,
Suatu hari nabi Yusuf telah difitnah, di mana baginda
diajak untuk berlaku curang, namun nabi yusuf menolak
ajakan Zulaikha dan melarikan diri. Namun Zulaikha
berjaya menarik baju Nabi Yusuf dan koyak dibahagian
belakang.
Ketika itu juga Al-Aziz telah berada di depan pintu dan
memandang keduanya. Zulaikha amat terkejut, lalu
menangis dan menuduh Nabi Yusuf mahu melakukan
perbuatan keji padanya.
Berita keburukan Zulaikha tersebar luas seluruh penjuru
kota. Zulaikha telah mengundang para isteri pembesar
dan mengadakan satu majlis jamuan. Dimana pisau dan
epal telah diberikan. Tetamu terpegun menyaksikan
ketampanan lalu terhiris jari sendiri.
Ini bukan manusia.malaikat agaknya! kata para
tetamu. Zulaikha bertambah murka lalu meminta agar
Yusuf dipenjara.
Lantas baginda pun berdoa,
Dalam surah Yusuf ayat 33, bermaksud..
Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada
ajakan mereka.
Walaupun nabi tidak bersalah,

Rela dipenjara menghindari fitnah.


Sejak hari itu, Nabi Yusuf merasai kesukaran hidup di
dalam penjara. Tiada sebarang keistimewaan diberikan.
Malah baginda melakukan segala tugasan.
Nabi dihormati penghuni penjara,
Kerana baginda berjiwa mulia,
Berdakwah menjadi tugas utama,
Penuh berhikmah lagi bijaksana.
Surah Yusuf ayat 39, bermaksud :
Manakah lebih baik, tuhan yang bermacammacam atau Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa?.
Penguni penjara menyedari kesilapan diri.
Hadirin sekalian,
Suatu malam, Raja Mesir bermimpi aneh sekali. 7 ekor
lembu kurus memakan 7 ekor lembu gemuk. Baginda
melihat 7 tangkai gandum yang hijau memakan 7
tangkai gandum yang kurus kering.
Baginda bijak mentakwil mimpi
Menjadi tumpuan banduan dan raja
Keesokan paginya, Al-Aziz memerintahkan pengawal
istana mencari peramal mimpi. Seorang pelayan istana
telah membawa Nabi Yusuf mengadap baginda. Nabi
Yusuf menyatakan negeri Mesir akan mengalami 7
tahun kemakmuran dan 7 tahun kesengsaraan kerana
kemarau. Selepas itu, Mesir akan aman.
Al-Aziz takjub mendengar penjelasan Nabi Yusuf
sehingga meminta Nabi Yusuf dibebaskan. Nabi Yusuf

telah diangkat menjadi


mentadbir negara.

seorang

menteri

yang

Kawan-kawan mari hayati pengajaran kisah ini.


1. Allah maha mengetahui segala perbuatan kita. Oleh
itu kita haruslah sentiasa berbuat baik. Jangan suka
mengacau kawan apatah lagi membuli kawan.
2. Perbuatan baik dibalas baik. Misalnya kita selalu
menolong cikgu, cikgu akan saying pada kita.
3. Kebolehan Nabi Yusuf mentafsir mimpi adalah satu
anugerah Allah yang tiada tolok bandingannya. Kita
dilarang sama sekali mempercayai bomoh kerana boleh
menjejaskan aqidah.

TAJUK :

KISAH YUSUF DI PENJARA

NAMA PESERTA :
MOHAMMAD ISA BIN NOR AHZLI
&
NURUL AFIQAH BINTI SHARUDDIN

SEKOLAH :
SMK SERI DESA TG. KARANG selangor