Anda di halaman 1dari 8

Lembaran Daun : Anyaman.

Pengenalan Sejak 300 tahun yang lalu, seni anyaman merupakan


seni kraf Malaysia dan dipercayai seni kraf tangan anyaman ini muncul dan berkembang tanpa
pengaruh luar. Kebiasaannya kaum wanita akan melakukan aktiviti mengayam ini semasa waktu
senggang da nada juga yang menjadikan aktiviti mengayam tersebut sebagai mata pencarian
utama. Kebanyakkan hasil kraftangan anyaman ini dijadikan untuk kegunaan sendiri atau
dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang. Walaupun kebanyakkan aktiviti mengayam ini
dilakukan oleh kaum wanita, namun kaum lelaki turut membantu kaum wanita untuk membantu
dalam aktiviti memotong, menetak dan memproseskan daun. Kemahiran asas dalam seni
anyaman tidak berbeza, Cuma bergantung kepada jenis tumbuh tumbuh untuk dijadikan bahan
anyaman seperti hasil rimba; buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu ribu menyumbang.
Kesemua ini menyumbang kepada keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia.
Sejarah Anyaman Sehingga ke hari ini, seni anyaman milik masyarakat Melayu adalah sesuatu
seni yang masih dikagumi sepertimana seni ini menjadi aktivi yang menjadi minat masyarakat
Melayu dahulu. Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu dahulu menggunakan seni
kraf di dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kelihatan pada rumah rumah mereka di mana
dinding rumah mereka turut dianyam dengan buluh dan kehalusan seni yang dihasilkan masih
kukuh dan bertahan sehingga ke hari ini dengan perubahan aspek penggunaannya yang lebih
moden. Bagi melindungi daripada pengaliran haba dan untuk mengurangkan kepanasan,
masyarakat melayu menggunakan dinding dan atap yang dianyam berasaskan tipah.
Perkara asas yang menjadi keutamaan dalam mencipta kraftangan anyaman ialah penggunaan
tali akar dan rotan di mana ini telah menjadi usaha sejak dahulu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini
tumbuh meliar di hutan hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir
pantai. Pelbagai rupa bentuk kraftangan dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk bentuk anyaman dibuat berdasarkan
kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk
menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian dan
kebanyakkannya ada berkaitan dengan pekerjaan mereka. Selain daripada tumbuhan jenis
pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis
palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan,
seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih
mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah

terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada
bemban. Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu
anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup
atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan
pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau
beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu lapang pada sebelah pagi (jika
kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Kebiasaannya,
aktiviti mengayam ini dilakukan semasa terdapatnya waktu terluang selepas melakukan kerja
kerja seharian. Semua hasil bentuk yang dihasilkan memberi kesan kepada hasil anyaman
berdasarkan factor keadaann kondisi semasa. Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal
penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua
dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya
digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan
keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit
(bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya. Terdapat dua ciri-ciri penting
dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai
dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak
dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk
motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira lebih 51 jenis kelarai
yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang. Di
sesetengah tempat, kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain
anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai
atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Sebenarnya, tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai.
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan
bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi
empat, potong wajik dan sebagainya lagi. Definisi Anyaman Secara ringkasnya anyaman
bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi,

rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut. Perkembangan Seni Anyaman Anyaman merupakan seni tradisi yang
tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan
perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah
menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan
asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94)
di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil
Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus
aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila,
Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri
Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Jenis-Jenis Anyaman
1.

Anyaman Mengkuang Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain..

2.

Anyaman pandan Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding, 3.

Anyaman

Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain 4.
Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan
lain-lain 5.

Anyaman Lidi Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor. 6.

Anyaman ribu-

ribu Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan
lain-lain. 7.

Anyaman Daun Kelapa ketupat, atap pondok (pangkin) dan lain lain. Motif

dan Corak Anyaman Kelarai Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam
pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di
dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai
serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk
rebung. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,
berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah
lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk
akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula,
ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak

harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas.
Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang,
sisik kelah dan tulang ikan. Berikut adalah antara contoh contoh corak kelarai dan motif
anyaman yang ada dan masih digunapakai sehingga kini. Cara-cara Penyediaan Daun dan
Menganyam - Proses penyediaan daun a.

Memilih daun-potong dan buang duri b.

Melayur daun-atas bara api hingga kekuningan c.

Menjangka-membelah daun menjadi lebih

kecil d.

Merendam-melunturkan warna hijau daun

Melurut- bagi melembutkan daun e.

selama 3 hari 3 malam f.

Menjemur-daun dicuci dan dijemur hingga kering g.

guna warna tradisional atau moden Proses menganyam a.


dan dimulakan dari tengah tikar. b.
sampai ke bahagian tepi. c.

Mewarna-

Lagang-sebagai tulang anyaman

Menganyam-bermula dari melagang hingga selesai dan

Pepeh- mematikan anyaman pada tikar d.

jaluran disisip untuk mengelakkan anyaman dari terburai. e.

Sisip- lebihan

Karat-memotong lebihan jaluran

agar nampak kemas dan cantik. Alatan Anyaman Tikar Penganyam harus mempunyai beberapa
alat kelengkapan semasa proses penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang
diperlukan ialah: Parang Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari
pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.
Pisau a.

Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan

meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses
anyaman. b.

Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi

nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur)
daun. c.

Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut

ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan
mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke
atas. Jangka a.

Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka diperbuat

dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka
mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan.
Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya. b.
Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilahbilah atau helaian daun. Pelurut a.

Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara

17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar. b.

Pelurut digunakan bagi

melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut.

c.

Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah

diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan
Penyisip a.

Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di

bahagian hujungnya b.
anyaman. c.

Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses

Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai

Tempayan Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang


Besen/baldi Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan
mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.
Pewarnaan cara tradisi Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan
(vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang
dihasilkan ialah: v Kuning - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih v
Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air
mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan kapur sireh v Merah - proses sama
dengan warna kuning pinang masak v Biru kehitaman - daun mengkudu digunakan Pewarnaan
cara moden Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup dyestuff (Samasa
Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur
atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik
pencelupan yang digunakan. Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan
dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang
yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang
diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang
dicelup selama antara 15 hingga 20 minit. Anyaman Mengkuang Pandan dan mengkuang adalah
tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada
daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam bendabenda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada
pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah
anyaman pandan. Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang Daun-daun yang cukup tua ditetak
di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Daun-daun yang sudah
ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat
dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut
dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu. Melayur Daun-daun dilayur atas api atau boleh

juga dijemur pada panas matahari hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah
mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu
layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat
sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Menjangka Apabila duri belakang daun
dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi
mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Melurut daun dan
merendam Daun diikat dan direndam 2-3 hari. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu
dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering
akan bertukar menjadi putih. Mewarna bilah daun dan mencelup warna Bilah-bilah mengkuang
atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna
selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning
kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok
kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan
celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering,
bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut. Menganyam Proses
menganyam saji Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan
serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah
ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan
anyaman tudung saji. Anyaman Rotan (Bakul) Bahan bahan untuk anyaman bakul

I.

Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di
kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan
dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah
menjadi halus.

II.

Pengurusan Rotan Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih

lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang keras
dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut
dijadikan rotan mendatar(latitud). Alatan menganyam rotan a.
mengukur b.
untuk

membuka

Pembaris digunakan untuk

Gunting - boleh gunakan sebarng gunting c.


mata

anyaman(lubang

anyaman)

Screw driver digunakan


untuk

memasukkan

rotan

tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul. Proses dan teknik


anyaman bakul a.

Lagang Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan

rupabentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang
dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti V di bahagian tengah iaitu
tempat sesuatu anyaman bermula. b.

Anyaman Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai,

anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke
bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan
berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan. c.

Lepih Dikenali sebagai

anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam
berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis
anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan
tepi tulang belut d.

Sisip Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian

anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan)
masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai e.

Kerat Lebihan atau baki

anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik. Anyaman
buluh Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh
yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh.
Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading,
buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi
masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail
atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting
dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil
anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah
buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading. Memproses Bahan Hanya buluh yang
sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut
ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh : Merendam Mengikut cara
tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut
selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama
campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam
buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah
direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam. Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh

dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan
isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh
lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian
kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru,
misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi. Anyaman Lidi Pokok Kelapa
dikenali sebagai okok serbaguna kerana semua bahagianpokok itu boleh digunakan. Salah satu
bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi. Berbagai barangan boleh
dihasilkan dengan menggunakan lidi kelapa. Antaranya lekar, bekas telur, bakul, bekas buahbuahn dan gubahan bunga. Antara hasil anyaman daripada lidi Kraftangan daripada lidi ini
dimulakan dengan proses meraut dan mengisit daun kelapa yang muda dan panjang untuk
mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan pewarna dan emudian dijemur
hingga kering. Kini lidi itu sedia dianya mengikut bentuk yang dikehendaki. Today Deal $50 Off
:

https://goo.gl/efW8Ef

Today

Deal

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

$50

Off

https://goo.gl/efW8Ef