Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN
Menelusuri era pembangunan dunia pendidikan masa kini, kita sedia maklum bahawa
pengajaran bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara Malaysia merupakan
suatu perkara yang tidak asing lagi. Pengajaran dan juga pembelajaran bahasa Melayu
bukan sahaja dibatasi pada murid aliran perdana sahaja. Malah, pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu ini juga telah disesuaikan dengan keperluan dan juga
kemampuan bagi murid berkeperluan khas.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), perencanaan proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa yang sistematik memerlukan seseorang guru untuk
membuat perancangan terhadap jenis pendekatan, kaedah, teknik dan juga strategi yang
akan digunakan mengikut kepada kesesuaian tahap kemampuan murid berkeperluan khas.
Perencanaan atau perancangan yang dibuat ini adalah bagi memastikan guru lebih bersedia
dan meningkatkan kualiti terhadap proses pengajaran dan juga pembelajaran yang akan
berlangsung bersama dengan murid.
Bertitik tolak daripada itu, penulisan kali ini akan menfokuskan kepada kaedah
pengajaran bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru berdasarkan kemahiran membaca
yang merangkumi kepada beberapa elemen termasuk pendekatan, teknik, kaedah dan
strategi yang digunakan. Penulisan laporan ini telah mengambil kira maklumat yang
diperolehi berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan selama empat hari di dalam kelas
pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Seri Telok pada tarikh 19 September 2016 sehingga
22 September 2016. Tambahan lagi, penulisan kali ini juga akan mengemukakan rumusan
dan juga beberapa cadangan yang terhadap tinjauan yang telah dilaksanakan.
STRATEGI
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), strategi merujuk kepada
kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan
objektif pengajaran yang digubal. Strategi juga boleh didefinisikan sebagai pembuka ruang
untuk susunan pendekatan dan kaedah demi mencapai sesuatu matlamat penggunaan
tenaga, masa dan kemudahan yang optimum.
Dalam konteks ini, strategi yang telah dipilih semasa tinjauan dijalankan sepanjang
empat hari berada di Sekolah Kebangsaan Seri Telok ialah merangkumi kepada dua strategi
yang diintegrasikan di dalam satu kelas iaitu :-
Berpusatkan
Murid
Strategi
Pengajaran
Bahasa
Melayu
Berpusatkan
Bahan
PENDEKATAN
Pendekatan merujuk kepada arah atau hala yang diambil untuk menuju kepada sesuatu
sasaran. Pendekatan sebenarnya berfungsi sebagai aspek belakang tabir iaitu mempunyai
kedudukan yang sama dengan strategi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pendekatan yang telah dipilih oleh Puan
Samsiah bagi mengajar murid berkeperluan khas kelas A ialah menggunakan pendekatan
induktif. Menurut Halimatussaadiah et al (2015), pendekatan induktif merupakan jenis
pengajaran yang bermula daripada khusus kepada umum, iaitu dimulakan dengan sesuatu
sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Hal ini dapat dilihat melalui
pengajaran kemahiran membaca yang diajar oleh Puan Samsiah yang mana beliau telah
memperkenalkan huruf a hingga z terlebih dahulu sebelum beralih kepada peringkat yang
terakhir iaitu membaca dan memahami maksud ayat.
KAEDAH
Kekeliruan sering timbul antara kaedah dan juga teknik yang mana kebanyakan guru
merasakan kedua-dua konsep ini adalah sama. Hakikatnya, kedua-dua konsep adalah
berbeza namun saling melengkapi. Kaedah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)
bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Manakala, Mok
Soon Sang (1992) (di dalam Adenan Ayob dan khairuddin Mohamad, 2012) pula
berpendapat bahawa kaedah pengajaran adalah mengenai cara sesuatu objektif
pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun.
3
TEKNIIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik merujuk kepada kaedah penciptaan
sesuatu hasil seni seperti muzik, mengarang dan sebagainya. Kamaruddin Hussin dan Siti
Hajar Abdul Aziz (2004) pula mengupas teknik sebagai pengendalian sesuatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah bagi mencapai sesuatu objektif
pembelajaran.
Tinjauan mendapati bahawa teknik yang telah dipilih bagi pengajaran bahasa Melayu
murid berkeperluan khas kelas A ialah teknik latih tubi. Teknik ini merujuk kepada aktiviti
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan kemahiran yang dipelajari. Teknik ini mungkin
dipilih berdasarkan kemampuan dan juga mengambil kira permasalahan murid. Hasil
daripada tinjauan mendapati bahawa terdapat tiga orang daripada tujuh orang murid yang
berada di dalam kelas A mempunyai masalah ingatan singkat yang memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang sama diulang sehingga mereka betul-betul faham dan
mahir dengan topik tersebut. Hal ini seiring degan tujuan penggunaan teknik ini yang ingin
dicapai iaitu mencapai taraf penguasaan kemahiran dan juga menjamin ketekalan ingatan.
3.0 RUMUSAN
Perancangan dan pemerhatian yang teliti mestilah dijalankan bukan sahaja untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Malah, melalui
perancangan dan pemerhatian inilah guru dapat membantu murid mengatasi masalah yang
dihadapi dalam pelajaran dan seterusnya membolehkan mereka mendapat pendidikan yang
bersesuaian dengan tahap dan kemampuan mereka.
Hasil daripada tinjauan mendapati bahawa, melalui keempat-empat konsep asas
yang telah dikupas di dalam penulisan inilah guru dapat merangka intervensi yang
bersesuaian dengan murid mereka lantaran wujud pelbagai jenis tahap dan permasalahan
di kalangan murid berkeperluan khas di dalam satu kelas yang sama. Oleh itu, guru perlulah
sentiasa proaktif dalam menyelidik dan memerhati bagi mendapatkan jalan untuk membantu
murid mereka keluar daripada belenggu permasalahan pembelajaran yang sama.
Akhir sekali, penulisan laporan ini telah dibuat berdasarkan kepada tinjauan yang
dijalankan sepanjang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan mendapat
bantuan dan juga seliaan daripada Puan Samsiah iaitu merupakan salah seorang guru
bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Seri Telok.