Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar, mengasuh, menunjuk arah


dan sebagainya. Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca,
mengira dan menaakul. Menurut tokoh,
Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or
vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.
Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani,
rohani,mental dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam
melahirkan insan yang bakal menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara. Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha
merealisasikan aspirasi negara.
Sebenarnya profesyen perguruan bukan satu kerjaya yang dapat dilaksanakan
dengan mudah seperti yang dijangkakan oleh pihak lain. Ia merupakan satu kerjaya
yang murni, yang mencorakkan seseorang insan supaya dapat mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Oleh yang demikian, seseorang yang ingin menjadi guru perlu
menghayati kesucian profesyen tersebut dan menanam sikap mulia dalam dirinya.
Selain daripada itu, para guru juga perlu bersedia untuk mempelbagaikan tahap
kemahiran dan kecekapan mereka dalam usaha mengendalikan kanak-kanak yang
diibaratkan kain putih di sekolah rendah. Semasa menjalani latihan di Institut
Perguruan, para pelajar guru hanya dilatih spesifik dalam satu bidang sahaja malah
setelah

mendapat

penempatan

di

sekolah,

mereka

perlu

bersedia

untuk

menghulurkan perkhidmatan mereka dalam dalam pelbagai aspek. Sebenarnya,


dalam konteks dunia kemodenan ini, mengurus dan mengenal pasti masalah utama
murid merupakan salah satu cabaran rumit yang sedang dialami oleh guru masa kini
dengan ketara. Keadaan ini yang mendesakkan Kementerian Pendidikan untuk
menempatkan guru bimbingan dan kaunseling di tiap-tiap sekolah. Namun demikian,
ada juga beberapa sekolah yang tidak mempunyai perkhidmatan guru kaunseling
terlatih; maka di sekolah-sekolah tersebut guru biasa yang akan memainkan
peranan sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Ini kerana, bimbingan dalam
pendidikan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah
sekolah sama ada pihak pentadbir, guru kaunseling serta guru biasa juga turut
memainkan peranannya jua. Secara tuntasnya, profesyen perguruan merupakan

satu

kerjaya

yang

tidak

mempunyai

batasannya

dalam

mencurahkan

perkhidmatannya; pemahaman tentang hal ini yang menyebabkan saya menerima


tawaran yang diberikan oleh guru untuk menjadi guru bimbingan dan kaunseling
kerana ketiadaan guru bimbingan dan kaunseling terlatih di sekolah rendah yang
saya ditempatkan dengan hati yang terbuka.
Sebenarnya, Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang
amat penting dalam usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru
Bimbingan dan Kaunseling merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa
untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka
seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang
cemerlang secara total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan
kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas
yang telah diamanahkan. Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang guru adalah
melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu
memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh
itu, saya selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang
sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang
kita inginkan menjadi kenyataan serta pada masa yang sama, saya dapat
mencurahkan bakti saya di sekolah saya berkhidmat dengan mengatasi masalah
murid.

2.0 KOD ETIKA GURU B&K


Sebagai seorang kaunselor yang baik saya perlu mematuhi kod etika dalam bimbingan dan
kaunseling. Kod etika merupakan satu aspek yang penting dalam kaunseling dan ia
bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor serta menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian
perlakuan kaunselor. Kod etika ini yang menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin
perhubungan professional dengan klien. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai
mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identity sebagai seorang kaunselor.