Anda di halaman 1dari 6

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21


Cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 guru-guru perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi dan teknik
pengajaran baharu agar murid pascamerdeka kini suka akan guru sekali gus suka
kepada pengajaran guru.
Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara
seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi. Lihat i-Think dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat begitu
mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian murid
mereka pada abad ke-21 kelak. Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21


Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Sebagai guru yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran dalam cabaran
pendidikan abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak
sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di
dalam kelas.
Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak
relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru

yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat mereka.
Inilah Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah membosankan
murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang terlebih celik
komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur kerusi
meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap minggu.
Ini Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat
disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai
pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat penting dalam
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau
Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome
secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari
maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa. Ini penting dalam
mengharungi Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.
Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru
Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan
menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain,
pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu sama
lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini. Cabaran
Pendidikan Abad Ke-21.
Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama
iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau
kurikulum. Penyampaian guru secara aktif, komunikatif dan kolaboratif
sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini kerana rangkuman
tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu peningkatan peratusan
kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21


Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem
pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu
sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian,
rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st
Century Skill) ini telah pun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu
sendiri.
Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran
berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan

teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai


hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,
seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang
dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran),
menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukan akhlak dan sahsiah yang baik.
Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak
terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internasionalisme dan
globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang
perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu
diperkembangkan potensinya.
Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa
yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak
kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin
meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana
terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan
dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.
Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berasaskan
teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan terkini.
Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara
untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf
dunia kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam
masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru
sebagai sumber maklumat, berpengetahuan, kemahiran dan keterampilan, sumber
kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai dan
sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak
dalam memperkayakan ilmu di dada di samping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.
Pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan
pendidikan masa lampau. Tujuan pembelajaran Abad Ke-21 adalah untuk melahirkan
murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir
aras tinggi serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai, guru-guru
perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut
sebelum dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan.
Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan muridmurid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperolehi
daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan
bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses
kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi. Justeru,
sebagai guru yang berwibawa, guru-guru perlu melengkapkan diri kemahiran tertentu

bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Usahausaha ini memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tidak sedikit dan sebagai
bagi guru yang komited, segala kepayahan dan cabaran akan terbayar jika anak
didiknya mampu dibentuk dan berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya.
Memahami

Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah


membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang
terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia
pengkomputeran.
Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur
kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap
minggu. Ini Cabaran Pendidikan Abad Ke-21.