Anda di halaman 1dari 1

HOE BOON CHING 132050217

Kepentingan Kemahiran Mendengar dalam Kehidupan Manusia


Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang
memberi makna kepada bahasa pertuturan. Barker (1971) merumuskan dalam keadaan
manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca, dan
9% menulis. Hal ini menunjukkan manusia menggunakan kemahiran mendengar untuk
berinteraksi setiap hari. Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang gagal
mendengar dengan teliti. Justeru, kemahiran mendengar penting dalam komunikasi untuk
mengeratkan hubungan sesama insan. Dengan jaringan sosial yang baik, peluang untuk
berjaya turut tinggi. Hal ini kerana orang di sekeliling akan menyampaikan maklumat
yang penting. Proses pembelanjaran di sekolah turut memerlukan kemahiran mendengar.
Kemahiran mendengar menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman
seseorang. Ketika menghadapi kemelut sosial, kemahiran mendengar membantu untuk
mengelakkan diri daripada masalah dan membuat keputusan yang rasional. Hal ini kerana
kemahiran mendengar membantu seseorang memahami masalah dan mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar. Kepentingan kemahiran mendengar yang lain
adalah memberikan imej yang baik kepada orang lain. Ketika orang lain sedang berucap,
kita mendengar dengan senyap yang menunjukkan bahawa kita menghormati idea
tersebut. Selain itu, kemahiran mendengar dapat menghiburkan hati seseorang yang
terluka seperti mendengar radio, menonton televisyen, atau filem. Dalam sektor
pekerjaan, kemahiran mendengar penting untuk memastikan seseorang mengikuti arahan
dengan rapi serta tidak melakukan kesilapan. Hal ini secara tidak langsung memberikan
imej yang baik kepada majikan dan mempercepatkan proses kenaikan pangkat.

Anda mungkin juga menyukai