Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

LATAR BELAKANG AL-KHAWARIZMI


Nama sebenar Al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa Al-khawarizmi. Beliau juga
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Di Barat pula, beliau
dikenali sebagai Al-Khawarizmi, Al-Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi, AlGorismi dan sebagainya. Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah
zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa AlKhawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan
kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariah tetapi dalam bidang falsafah, logik,
aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai
guru Al-jabar di Eropah telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Al-Khawarizmi
adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu
pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsepkonsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang. AlKhawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan Al-Khawarizmi
hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Pemergian beliau telah meninggalkan warisan khazanah ilmu yang cukup berharga dan
turut menjadi tiang seri pembangunan tamadun manusia.
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN AL-KHAWARIZMI
Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam
dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G. Sarton mengatakan :
......pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orangorang Timur......
,maka temasuklah Al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau
adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula mengatakan bahawa Al-Khawarizmi
mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang berotak geliga dalam bidang
sains. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa beliau mempunyai
sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.
Sesungguh kejayaan dan kecemerlangan Al-Khawarizmi dapat dilihatkan dan
dibuktikan berdasarkan kepintaran yang terserlah dan kecemerlangan beliau sebagai
pemimpin. Kepintaran, kepakaran dan keperibadian beliau telah diakui oleh masyarakat
barat dan Timur sehinggalah masyarakat kini telah mengambil idea-idea beliau terutamanya

dalam bidang matematik untuk menjadikan panduan dalam kehidupan serta mencetus idea
baharu dan dianggap sebagai teladan hingga ke hari ini. Kepintaran Al-khwarizmi dapat
dilihat jelas dalam bidang nombor dengan melalui sistem nombor yang diperkenalkan dan
dipakai sehingga hari ini. Jika tiada kewujudan sistem angka ini, maka kebanyakan daripada
kesenian yang ada sekarang mungkin tidak akan menjadi kenyataan malah mungkin
sekadar sembang kosong. Dengan lahirnya sistem nombor inilah manusia dilengkapi
dengan kuasa yang mengagumkan seperti meramal gerhana, menentukan planet,
menghantar roket, menjelajah ruang angkasa yang berjuta-juta batu jauhnya dan juga
meramal usia dunia. Kepintaran yang dikongsi oleh Al-Khawarizmi turut membantu setiap
muslim menyempurnakan amalan agama dengan betul. Contohnya, seorang muslim itu
harus tahu bilangan waktu solat dan rakaatnya. Ini termasuk juga dengan amalan puasa
( hari ), zakat ( berat / jumlah harta ) dan haji. Bukan setakat perlu tahu membilang, bahkan
juga nombor pecahan agar pembahagian zakat dapat diagihkan dengan tepat.
Dengan kepintaran beliau, banyak kaedah yang telah diperkenalkan dalam setiap
karya hasilannya. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian
persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi
empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan
teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan Al-khawarizmi sendiri. Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum
tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan
matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja. Bidang astronomi
juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat
ditakrifkan sebagai ilmu falaq, pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian
tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang. Kesungguhan dan kerajinan beliau dalam membuat kajian dalam bidang matematik
telah membuahkan kejayaan yang besar sehingga membawa banyak manfaat dan
digunakan oleh semua orang sehinggalah pada masa kini.
Pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai sifat keperibadian yang tinggi,
akhlak yang mulia dan terpuji, berfikiran terbuka serta cinta akan ilmu. Salah satu faktor
penting yang menyebabkan kecemerlangan beliau sebagai pemimpin adalah beliau
seorang muslim yang mengamalkan sifat-sifat muslim yang taat kepada agama Islam
kerana setiap perkara yang dilakukan dengan jayanya oleh beliau adalah berlandaskan
tauhid, syariah dan akhlak terutamanya dalam bidang matemtik, iaitu pengislaman sains
matematik. Sifat-sifat beliau yang taat kepada agama malahan beliau telah berjaya
membuka mata masyarakat dunia terhadap kehebatan umat Islam dalam penguasaan ilmu
duniawi yang seimbang dengan kepentingan ukhrawi. Hal Ini kerana ia perlu bagi tokoh-

tokoh yang beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang
mengikut undang-undang Islam. Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam
sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Matlamat Islam, semuanya tanda-tanda
Allah iaitu simbol kebesaran, kewujudan dan ke-Esaan Allah. Ungkapan yang wujud
sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology

sains

matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.


Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik
Islam yang cuba menyelesaikan masalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti
judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan
lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan
manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah. Ciri-ciri akhlak mulia
hendaklah disemaikan ke dalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan ke dalam ilmuilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari
contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan Aljabar yang
melambangkan

keadilan. Ini

kerana

keadilan

itu dituntut

oleh

agama

Islam

itu

sendiri. Melalui asas paradigma tauhid dan syariah itu dapat memperkukuhkan lagi
pembinaan akhlak.
Al-Khawarizmi juga mengamalkan pemikiran yang terbuka dan pandai. AlKhawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau juga pernah memimpin perpustakaan
khalifah. Apabila beliau membahas pendapat para cerdik pandai Islam yang lain, beliau
pandai dalam memberikan pendapat-pendapatnya. Beliau membentangkan hujah-hujahnya
serta mengemukakan pendapat cerdik pandai yang lain bagi menyokongnya dalam
kuliahnya. Beliau juga tidak menolak pendapat yang diberikan oleh cerdik pandai Islam lain
jika pendapat yang diberikan adalah benar. Sebaliknya, beliau akan memuji. Namun, beliau
tidak akan segan-segan untuk mengakui akan kesalahannya sekiranya pendapatnya salah.
Beliau juga akan berhujah dengan menggunakan laras bahasa yang baik.
Beliau juga mengamalkan sikap rendah diri. Hal ini dapat dilihat melalui beliau suka
meminta tunjuk ajar dan bimbingan daripada para cerdik pandai yang lebih tua walaupun
pendapat yang dikemukakannya adalah betul dan diterima ramai, dia masih tetap memuji
cerdik pandai yang bertentangan pendapat dengannya. Beliau tidak mengherdik atau
menghina mereka maka tetap memuliakan dan sentiasa merendah diri ketika berhadapan
dengan mereka. Sifat keperibadian itu menyebabkan al-Khawarizmi begitu dihormati dan
disanjung sebagai pemimpin yang unggul oleh cerdik pandai Islam yang lain dan
menjadikan mereka lebih kagum terhadap ilmu-ilmu serta akhlaknya yang terpuji. Oleh

sebab itu, al-Khawarizmi selalu menjadi tumpuan ramai apabila dia menyampaikan ceramah
atau memberikan pandangan.
Seterusnya, beliau juga mengamalkan sifat kuasa tekad dan cinta akan ilmu
pengetahuan. Beliau membangunkan ilmu matematik dalam bidang trigonometri mengenai
sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan
teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana
membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau telah membuat kajian semula
terhadap pandangan Ptolemy terhadap bidang geografi. Kemudiannya, beliau turut
membetulkan falsafah-falsafah pemikiran Yunani terhadap bidang ini dan menghasilkan
sistem jam, sistem jam matahari dan astrolab. Pada zaman itu dicatatkan bahawa terdapat
tujuh puluh orang ahli geografi telah bekerja di bawah koordinasi Al Khawarizmi dan mereka
telah berjaya melahirkan peta bumi yang dikenali sebagai glob untuk pertama kalinya. Karya
ini diperkenalkan pada tahun 830 Masihi. Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang
melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Beliau juga bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid
yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Tambahan pula, beliau juga berjaya
menghasilkan pelbagai Ensiklopedia dalam berbagai bidang ilmu.
Dengan sifat kuasa tekad beliau, beliau telah bermusafir ke negara India untuk
menemui seorang sarjana India yang mahir dalam ilmu nombor, iaitu Kankah untuk
mempelajari ilmu nombor. Pada mulanya, Kankah menolak permintaannya. Namun, Alkharwarizmi tetap memujuknya. Selepas berkali-kali memujuknya barulah Kankah berasa
simpati dan menggunakan angka Arab untuk menunjukkan kepada al-Khawarizmi cara kirakira campur, tolak, darab dan bahagi dan melakarkan satu jadual kira-kira campur India.
Pada masa itulah, beliau berjaya mewujudkan angka sifar. Beliau juga memperkenalkan
konsep puluhan dengan meletakkan 0 (sifir) atau angka kosong selepas 9 dan konsep
gandaan saperti dua kali sepuluh ialah dua puluh, tiga kali sepuluh ialah tiga puluh dan
sebagainya sehingga menjangkau ratusan, ribuan dan seterusnya. Konsep tersebut telah
mendorong menyelesaikan banyak masalah dalam matematik terutama bagi masyarakat
Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang besar dalam bidang matematik.

Anda mungkin juga menyukai