Anda di halaman 1dari 20

Topik Pengenalan

kepada Diri
dan
Komunikasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menerangkan maksud komunikasi sebagai satu sistem;

2.

Menghuraikan perhubungan antara komunikasi dan masyarakat;

3.

Menjelaskan konsep kendiri; dan

4.

Mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk konsep kendiri.

PENGENALAN

Sistem komunikasi merangkumi semua proses komunikasi yang berlaku dalam


perhubungan manusia; sama ada peribadi, kumpulan kecil atau besar, ataupun
organisasi.
Mengenali diri seseorang dan membentuk identiti diri sendiri adalah penting
dalam perhubungan manusia. Hanya melalui kesedaran diri, seseorang dapat
menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai tahap dan konteks komunikasi.
Topik ini akan meneroka sejauh mana tanggapan mempengaruhi perhubungan
yang dijalinkan dalam kalangan rakan dan sahabat di tempat kerja serta dalam
kalangan ahli masyarakat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

4.1

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

67

KOMUNIKASI SEBAGAI SATU SISTEM


SEMAK KENDIRI 4.1
Adakah wujud sistem dalam komunikasi, dan jika ada, apakah
sistem yang dimaksudkan itu?

Dalam topik sebelum ini, kita telah membincangkan kepentingan komunikasi


dalam kehidupan seharian. Sebagai satu proses, komunikasi melibatkan
tindakan dinamik dalam perhubungan manusia yang tidak mempunyai
permulaan dan pengakhiran yang khusus.
Sistem adalah hasil gabungan bahagian yang bertindak balas dan bergantung
antara satu sama lain sehingga akhirnya ia membentuk satu bahagian yang
lengkap. Setiap bahagian yang membentuk sistem adalah gabungan subsistem
yang berfungsi dan diuruskan dalam sistem yang berkaitan. Sebagai contoh, jika
seseorang itu tidak sihat, proses pemikirannya juga tidak dapat berfungsi
dengan baik. Akibatnya, seluruh badan terjejas, termasuk perasaan beliau.
Dalam sistem yang kompleks, kerosakan pada satu bahagian akan menjejaskan
bahagian-bahagian lain. Komputer adalah satu lagi contoh sistem yang
menjalankan tugas mengikut set arahan yang tertentu. Kerosakan pada Unit
Pemprosesan Pusat (CPU) yang merupakan nadi semua aktiviti komputer akan
menyebabkan kegagalan dalam pemprosesan data.
Faktor persekitaran dan masa adalah elemen yang mempengaruhi sistem
tertentu. Interaksi dalam bahagian sistem komunikasi juga akan membentuk
elemen-elemen baharu. Sistem dibentuk secara berkumpulan, sebagai contoh,
akan membentuk norma, budaya dan amalan yang mengubah corak komunikasi
yang menentukan kejayaan atau kegagalan semangat berkumpulan. Dalam
perhubungan peribadi, elemen kepercayaan adalah penting dan mungkin
mengubah perhubungan antara manusia.
Dalam komunikasi sesama insan, kewujudan sistem memberikan kesan dan
mempengaruhi proses komunikasi. Untuk membentuk pentafsiran dalam
komunikasi, setiap individu mesti mengambil kira sistem yang mana berlakunya
komunikasi. Komponen dalam sistem membentuk elemen berinteraksi apabila
komunikasi berlaku. Sesuatu yang berlaku kepada sistem tersebut memberi
kesan bukan sahaja kepada satu sistem tetapi juga kepada sistem yang lebih
besar dan kompleks di mana wujudnya perhubungan. Implikasi pertelingkahan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

68

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

domestik antara suami dan isteri, sebagai contoh, tidak hanya kepada sistem
keluarga di rumah sahaja tetapi juga di tempat kerja.
Setiap sistem yang terbentuk tidak akan sentiasa menjalani keadaan yang
seimbang sepanjang masa. Perubahan pasti berlaku dan ia akan menggugat atau
mengganggu sistem dalaman dan luaran. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri
dengan sistem atau beberapa sistem untuk memenuhi keperluan komunikasi
dalam pelbagai konteks. Seseorang mungkin mempunyai kemahiran untuk
berkomunikasi tetapi komunikasi akan gagal jika kita tidak boleh menyesuaikan
diri kepada situasi yang berbeza.

4.2

KOMUNIKASI DAN JATI DIRI

Teori mengenai jati diri dilihat dari pelbagai sudut psikologi. Tingkah laku
seseorang individu berubah mengikut keperluan. Pada masa yang sama,
perubahan juga berlaku dalam persekitaran. Pengalaman, sebagai contoh, boleh
mengubah seseorang dan membentuk jati dirinya.
Wood (2001) melihat konsep jati diri sebagai satu proses. Proses ini boleh dilihat
menerusi interaksi dalam diri kita, antara diri kita dan orang lain dan dalam
kalangan ahli sesebuah kumpulan.
Secara asasnya, komunikasi hadir dalam diri kita sendiri dan akan berakhir juga
dalam diri kita. Ini kerana komunikasi memainkan peranan penting dalam
pembentukan jati diri. Seseorang tidak boleh menghuraikan idea, menyatakan
keperluan atau berinteraksi dengan berkesan tanpa komunikasi.
Apabila kita berkomunikasi, secara sedar atau tidak, kita sedang membentuk
kod dalam fikiran kita berdasarkan kepada emosi kita untuk diinterpretasi oleh
orang lain. Begitu juga, bagaimana kita melihat diri kita mempengaruhi cara kita
berkomunikasi. Berdasarkan perhubungan yang dijalin, komunikasi memainkan
peranan penting dalam pembentukan jati diri dan bagaimana individu melihat
diri mereka
Jati diri seseorang bergantung pada imej yang dipaparkan. Lambang jati diri
mungkin boleh dilihat menerusi gaya yang dipaparkan oleh individu tertentu
seperti cara berpakaian, gaya rambut, tingkah laku bukan lisan, perhiasan diri
dan dekorasi rumah, kesemuanya mempengaruhi pandangan orang lain
terhadap mereka.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

69

AKTIVITI 4.1
Anda dijemput untuk menghadiri majlis peringkat negeri untuk
meraikan Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan situasi yang anda alami,
fikirkan beberapa contoh konsep kendiri yang positif dan negatif yang
mungkin menjejaskan cara anda berkomunikasi di majlis sedemikian.

Tanggapan umum seseorang melibatkan bagaimana orang lain melihat kepada


seseorang itu. Persepsi mereka terhadap orang tersebut akan menentukan cara
mereka menerimanya. Gambaran yang dibentuk terhadap golongan ini boleh
menyebabkan anda memperbaiki keyakinan diri dan harga diri atau sebaliknya.
Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan identiti diri seperti konsep
kendiri dan bagaimana ia dibentuk; kesedaran diri; dan pendedahan diri (lihat
Rajah 4.1) akan dibincangkan dalam subtopik berikut.

Rajah 4.1: Konsep jati diri

4.2.1

Konsep Diri dan Komunikasi

Konsep jati diri dan konsep diri adalah sangat sinonim. Sama kesnya dengan
komunikasi, jati diri atau konsep diri adalah proses yang tidak ada permulaan
mahupun penghujung. Ia sering berubah mengikut konteks, peristiwa, masa dan
tempat. Ia adalah berkait rapat dengan persepsi orang lain terhadap diri
seseorang yang akan mencorakkan tingkah laku seseorang dan pada masa yang
sama membentuk imejnya.
Mengenali diri seseorang bukanlah suatu yang mudah. Seseorang itu belajar
banyak perkara tentang dirinya melalui pengalaman hidupnya sendiri. Persepsi
seseorang tentang dirinya adalah berasaskan kepada pengalaman baru dan lama
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

70

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

beliau dan latar belakang budaya yang diamalkan. Oleh itu, mempunyai konsep
kendiri yang stabil akan membolehkan seseorang untuk memiliki imej diri yang
positif kerana dia hanya memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimilikinya.
Kadangkala seseorang mungkin tidak mengenali dirinya walaupun setelah
melalui pelbagai pengalaman dalam hidup. Sebagai orang biasa, kita mungkin
mempunyai kekuatan atau kelemahan tertentu. Mengetahui tentang "diri"
memerlukan seseorang untuk menilai dirinya dari sudut pandangan sendiri dan
dari pendapat orang lain mengenainya. Ini juga termasuk apa yang difikirkan
tentangnya dan kepercayaan yang dipegang tentang dirinya. Gabungan sikap
dan kepercayaan yang didukung oleh seseorang terbentuk sepanjang
pengalaman hidupnya. Ia adalah persepsi dan pandangan yang terbentuk dalam
diri seseorang yang mencorakkan tindakan yang menggambarkan jati dirinya
dalam pelbagai aktiviti. Seorang pakar psikologi, Karen Horney, mentakrifkan
"diri" sebagai kekuatan yang wujud dalam setiap insan yang unik pada setiap
orang yang berfungsi sebagai asas untuk pembentukan diri seseorang (Beebe,
Beebe dan Redmund, 1999).
Terdapat dua komponen dalam diri seseorang: imej diri dan harga diri (lihat
Rajah 4.2). Imej diri adalah gambaran yang ingin ditunjukkan oleh seseorang
tentang dirinya, manakala harga diri melihat sejauh mana seseorang itu mungkin
menilai dan menerima dirinya berdasarkan kepada atribut sosial, fizikal dan
psikologi (Gamble & Gamble, 2002) (Seller & Beall, 2002).

Rajah 4.2: Dua komponen dalam diri

Memandangkan konsep "diri" adalah penting dalam setiap tindakan untuk


berkomunikasi, konsep kendiri dan kesedaran diri mempengaruhi corak positif
atau negatif komunikasi (DeVito, 2002). Dengan mempercayai kebolehan sendiri
dan persepsi orang lain terhadap keupayaan sendiri, akan mempengaruhi
tindakan dan tingkah laku seseorang terhadap harga diri beliau.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

71

Terdapat banyak cara seseorang boleh belajar tentang dirinya. Pakar psikologi
dan sosiologi telah mengenal pasti pelbagai peristiwa atau keadaan yang boleh
membantu individu untuk belajar tentang diri mereka sendiri; antaranya adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Empat situasi mengenali diri

Konsep kendiri dan bagaimana seseorang melihat dirinya mempengaruhi


bagaimana kita berkomunikasi dan memberi maklum balas kepada orang lain.
Selain melihat diri sendiri berdasarkan kaca mata orang lain, satu lagi faktor
penting dalam mengenali diri sendiri adalah untuk membuat perbandingan
sosial antara diri sendiri dan orang lain. Dengan cara ini, seseorang berpeluang
untuk belajar dan memilih apa yang terbaik untuk diri kerana ini secara tidak
langsung membolehkan kita melihat diri dari perspektif yang berbeza.
Konsep yang dikenali sebagai self-fulfilling prophecy atau ramalan yang
mewujudkan diri sendiri menyatakan bahawa pandangan seseorang tentang
dirinya boleh mempengaruhi tindakan atau tingkah lakunya dalam situasi
tertentu. Oleh itu, jika seseorang ingin meningkatkan atau memperbaiki
komunikasinya dengan yang lain, dia perlu menilai semula jati diri yang telah
dipaparkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

72

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.2
Pakar mengatakan bahawa terdapat pelbagai diri yang menunjukkan
pelbagai peranan digambarkan oleh seseorang dalam kehidupannya.
Nyatakan peranan anda dalam situasi berikut:
(a)

Di rumah

(b)

Di pejabat

(c)

Dalam kelas

(d)

Chatting secara dalam talian (online)

Rajah 4.4 menunjukkan faktor-faktor yang menyumbang kepada konsep kendiri


seseorang. Antara faktor tersebut adalah:
(a)

Gambaran imej yang diberi oleh orang lain;

(b)

Perbandingan sosial;

(c)

Amalan, norma dan budaya; dan

(d)

Pentafsiran dan penilaian.

Rajah 4.4: Asas pembentukan konsep diri

Konsep diri dibentuk oleh pelbagai faktor. Interaksi dengan orang lain
sebenarnya membantu seseorang mengenali diri mereka. Imej yang dipaparkan
oleh seseorang sewaktu berinteraksi dengan individu tersebut mencerminkan
dirinya. Ia seolah-olah melihat refleksi sendiri. Sebagai contoh, maklum balas
yang seseorang dapat daripada rakan sekerjanya setelah selesai pekerjaan. Ia
adalah maklum balas yang membentuk jati diri individu tersebut.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

73

Jati diri seseorang juga dipengaruhi oleh kawan-kawannya termasuklah orangorang yang ditemui semasa zaman kanak-kanak, di sekolah, di tempat kerja,
tempat latihan, serta pasangan hidupnya sendiri.
Perhubungan dengan kumpulan etnik, profesional, sosial dan juga politik sangat
penting dalam pembentukan jati diri seseorang. Seseorang itu dilabel mengikut
kumpulan yang dikaitkan dengannya.
Lambang diri juga mempengaruhi pembentukan jati diri. Apa yang diinginkan
atau diimpikan oleh seseorang sering berubah mengikut keperluan dan
kemahuan diri. Ini berlaku apabila seseorang individu itu melihat, memantau
dan menilai diri mereka sehinggakan dia menyedari keperluan untuk
membentuk peranan baharu. Ini akhirnya akan membentuk identiti beliau
sendiri.
Setiap individu mungkin merasakan dirinya mempunyai peranan tertentu.
Misalnya, peranan sebagai seorang anak kepada ibunya, suami kepada isterinya,
ayah kepada anaknya, sahabat kepada rakannya, pelajar kepada gurunya atau
peranan sebagai seorang yang matang. Peranan yang ditunjukkan juga
bergantung pada gender. Peranan ini seterusnya mempengaruhi pembentukan
jati diri. Dalam kehidupan, sesiapa yang mempunyai hubungan yang rapat
menyumbang kepada pembentukan dirinya. Ahli keluarga yang rapat seperti
ibu bapa, abang dan kakak adalah penyumbang penting kepada diri seorang
kanak-kanak. Dalam situasi tertentu di mana hubungan yang rapat antara
keluarga dan ahli keluarga luas (extended family), datuk, nenek dan saudara
mara rapat yang lain membantu dalam proses pembentukan diri seseorang.
Apabila kita dewasa, orang yang berada di persekitaran kita seperti rakan-rakan,
guru atau rakan sekerja mempengaruhi pembentukan jati diri kita.
Tanggapan atau persepsi juga adalah proses aktif yang berkait rapat dengan
pentafsiran keadaan, seseorang atau peristiwa yang berlaku. Tanggapan
seseorang terhadap diri kita menyumbang kepada persepsi tentang jati diri kita.
Pengaruh persepsi yang berbeza bergantung pada faktor-faktor seperti budaya,
peranan sosial, kemampuan psikologi dan proses kognitif. Semua faktor ini
mempengaruhi pentafsiran orang lain terhadap kita dan memberi kesan kepada
corak komunikasi dalam diri kita dengan orang lain. Terdapat pelbagai cara
yang diklasifikasikan sebagai inisiatif yang membantu untuk mengukuhkan jati
diri dan membina cara komunikasi yang efektif seperti dalam Jadual 4.1 di
bawah.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

74

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

Jadual 4.1: Tiga Cara untuk Mengukuhkan Jati Diri dan Gaya Komunikasi Seseorang
Mengimbas kembali ciri-ciri positif, umpamanya apa yang membawa kejayaan
atau kebolehan bergaul dengan orang lain. Kebolehan mengatasi kelemahan dan
merancang masa depan dengan lebih terurus.
Menjangkakan apa yang bakal terjadi serta cara-cara mengatasi keadaan yang
sukar diatasi dan memikirkan cara mengatasi masalah tersebut.
Mewujudkan lawak jenaka atau humor dalam kehidupan harian untuk
membantu mengurangkan ketegangan.

AKTIVITI 4.3
Selepas menghadiri satu Rumah Terbuka peringkat negeri, apakah
pendapat anda tentang sejauh mana implikasi budaya terhadap jati
diri? Apakah nilai jati diri yang anda pamerkan?

4.2.2

Gender dan Pembentukan Diri

Salah satu konsep dalam mengenali diri adalah perspektif budaya terhadap
genus atau gender. Gender adalah elemen penting dalam membentuk diri
seseorang yang sering kali dikaitkan dengan identiti sosial.
Gender sering disamakan dengan lelaki atau perempuan. Namun pengertian ini
tidak diterima secara universal dan sering kali dibahaskan. Teori psikoanalitik
menyatakan bahawa penglahiran kesedaran dan gender berlaku ketika kita
masih bayi dan kita membesar dengan respon daripada orang di sekeliling kita.
Oleh itu, identiti berlaku apabila gender menjadi sebahagian daripada konsep
diri seseorang.
Ciri-ciri maskulin biasanya dikaitkan dengan mereka yang tegas, berjaya dari
segi material dan mempunyai tubuh yang kuat. Ciri-ciri feminin, sebaliknya,
merujuk kepada mereka yang halus budi pekerti dan lemah lembut serta
berminat untuk memperbaiki kualiti hidup. Individu maskulin cenderung untuk
tidak berkompromi dan tegas, sementara individu yang feminin lebih bersikap
kompromi apabila menyelesaikan konflik.
Bayi dilabelkan menerusi gendernya dan kehidupannya dicorakkan sejak lahir.
Ini berlaku umpamanya menerusi pemilihan warna, jenis mainan dan pemilihan
nama-nama tertentu. Secara tidak langsung, ciri-ciri yang dikaitkan dengan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

jantina seseorang itu melahirkan gender stereotaip


mempengaruhi diri bayi sehinggalah ia dewasa.

dan

persepsi

75

ini

Perbezaan dalam jangkaan dan corak kehidupan lelaki dan wanita boleh dilihat
dalam perkara-perkara berikut:
(a)

Pendengaran
Wanita dibesarkan untuk menjadi golongan yang responsif semasa
mendengar. Mereka juga memberikan respon. Respon tersebut merujuk
kepada minat mereka dalam topik yang menjadi perbualan. Lelaki
biasanya akan membuat kenyataan apabila dirasakan oleh mereka bahawa
mereka mempunyai sesuatu yang ingin dikatakan. Di tempat kerja dan
dalam perhubungan peribadi, wanita sering menganggap lelaki tidak
memaksimakan proses pendengaran kerana jati diri mereka yang kurang
ekspresif. Sebagaimana wanita, lelaki mempunyai pandangan mereka
sendiri tentang respon wanita. Mereka sering menganggap respon wanita
itu sebagai gangguan, dan seolah-olah untuk mendapat perhatian.

(b)

Tahap Keakraban
Wood (2001) menyatakan bahawa gender tidak mempengaruhi cara lelaki
dan wanita melihat keakraban sebagai aspek penting dalam bersosialisasi.
Apa yang membezakan kedua-duanya ialah tentang aspek bagaimana
mereka membentuk dan merasakan keakraban. Wanita didapati lebih
bebas dalam menyuarakan pendapat dan perasaan mereka sebagai satu
cara untuk mewujudkan keakraban. Ini juga dikenali sebagai closeness in
dialogue. Lelaki, walau bagaimanapun adalah berlainan. Keakraban
hanya akan berlaku daripada aktiviti yang dijalankan bersama seseorang.
Ini dipanggil closeness in doing.

(c)

Tanggapan terhadap Kuasa


Terdapat perbezaan yang jelas dalam tanggapan gender terhadap kuasa
(Wood, 2001). Biasanya, lelaki menganggap kuasa sebagai sesuatu yang
telah sedia ada dalam diri mereka dan sepatutnya digunakan untuk
mengangkat status seseorang individu. Wanita pula menggunakannya
untuk memperkasa individu lain dan secara langsung membentuk suasana
saling bekerjasama.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

76

4.2.3

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

Kemahiran Komunikasi dalam Proses Memulakan


Interaksi

Caputo, Hazel dan McMahon (1994) menjelaskan bahawa beberapa kemahiran


komunikasi perlu dimiliki oleh seseorang individu dalam proses memulakan
interaksi atau membentuk satu hubungan. Bagaimana orang lain melihat kita
adalah berkaitan dengan gaya komunikasi yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan jati diri seseorang. Seseorang tanpa kemahiran komunikasi
kadangkala akan menjauhkan diri daripada apa-apa interaksi dengan orang lain.
Ini pastinya mempengaruhi cara dia berkomunikasi dengan orang lain dan
bagaimana orang lain berkomunikasi dengannya. Berdasarkan kepada
tanggapan dan andaian seseorang terhadap yang lain, bagaimana seseorang
menerima seorang yang lain akan mempengaruhi iklim komunikasi. Apakah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan tanggapan baik
terhadap seseorang?
(a)

Langkah Pertama dalam Berkomunikasi


Sebelum memulakan suatu perhubungan atau interaksi dengan seseorang,
kita perlu memastikan diri mempunyai penampilan yang baik dan sesuai.
Ini akan memudahkan lagi untuk kita diterima sebagai seorang kawan,
kenalan, rakan sekerja ataupun teman hidup. Interaksi yang baru sahaja
bermula dengan ucapan mesra, perbualan yang bersahaja dan sesuai
dengan keadaan akan membantu seseorang untuk memiliki komunikasi
awal yang baik dan membantu membentuk perhubungan yang baik.

(b)

Interaksi Permulaan
Perbualan yang bersahaja di peringkat permulaan perbualan adalah
kemahiran sosial yang membolehkan kita untuk mengenali orang lain. Ia
boleh dilaksanakan dengan mencuba untuk mengenali dan mengingati
beberapa maklumat tentang latar belakang rakan baru tersebut. Senyuman,
keramahan dan sikap mesra akan meninggalkan kesan psikologi yang baik
terhadap perhubungan yang baru terbentuk. Begitu juga dengan maklumat
penting seperti nama, tempat tinggal, dan sebagainya. Semua ini
membantu menjadikan perhubungan lebih rapat dan juga memperbaiki
proses perbualan. Mengingati perbualan yang pernah dibincangkan juga
boleh membantu. Sikap suka mengkritik atau menimbulkan perkaraperkara negatif berkaitan anda, orang lain atau organisasi hanya akan
mengeruhkan iklim perbualan.
Dalam keadaan tertentu, pandangan mata penting kerana ia sering
menunjukkan keikhlasan kita semasa berkomunikasi. Ia juga dalam norma
komunikasi, iaitu menunjukkan kesopanan dalam komunikasi. Jika
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

77

perbincangan berjalan lancar, proses komunikasi yang berlaku berpotensi


untuk mara ke tahap perhubungan yang lebih intim.

SEMAK KENDIRI 4.2


Nyatakan dua cara yang boleh membantu memulakan hubungan
peribadi yang baik.

4.2.4

Strategi Mengurangkan Ketidakpastian dalam


Komunikasi

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk membina perhubungan


dan memastikan proses komunikasi berjalan lancar.
Keterbukaan Diri
Proses penzahiran diri atau keterbukaan akan mewujudkan persefahaman antara
individu yang terlibat yang akan membawa hubungan tersebut ke tahap
persahabatan. Hubungan ini juga akan berterusan apabila individu terbabit
merasakan bahawa mereka dihargai. Di samping itu, ini juga akan membantu
mengurangkan ketidaktentuan dalam hubungan yang dijalinkan antara
individu.
Proses pendedahan diri mungkin berlaku sekiranya berlaku perkara-perkara
berikut:
(a)

Ia tidak berlaku secara rawak tetapi berterusan;

(b)

Perlu saling memberi dan menerima daripada kedua-dua belah pihak;

(c)

Wujud perhubungan yang lebih bermakna; dan

(d)

Hubungan memberi kesan kepada orang lain.

Sebelum kita memulakan suatu proses komunikasi, kita perlu tahu tahap
motivasi diri kita sendiri. Memahami konsep diri adalah penting kerana ia
membantu kita untuk menentukan maklumat yang kita hendak kongsikan
dengan yang lain. Kesimpulannya, walaupun kita berkongsi maklumat dengan
orang lain dalam proses pendedahan diri, kita juga perlu lebih bijak untuk
menyimpan maklumat penting yang kita anggap sangat peribadi atau ia akan
merosakkan proses komunikasi tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

78

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.4
Pernahkah anda membaca tentang Tingkap Johari? Apakah kaitan yang
dapat anda perhatikan antara diri anda dan perhubungan anda
dengan rakan-rakan atau ahli keluarga?

4.3

KOMUNIKASI DENGAN AHLI KELUARGA

Kita telah membincangkan soal gender dalam pembentukan jati diri. Setiap
individu dibesarkan dalam sebuah keluarga. Pendidikan awal dan interaksi
antara ahli keluarga secara tidak langsung membentuk jati diri seseorang. Dalam
kata lain, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain menentukan siapa diri kita.
Hidup seseorang dibentuk oleh pengalaman keluarganya yang kemudian
mencorakkan jati diri dan cara berkomunikasi seseorang. Pengalaman keluarga
merupakan pengaruh yang kuat dalam perkembangan kehidupan seseorang.
Setiap orang berasal dari sebuah keluarga. Konsep keluarga berbeza dari satu
masyarakat yang lain. Keluarga secara umumnya bermaksud sekumpulan ahli
keluarga dan keturunan yang tinggal dan berkongsi hidup bersama-sama. Sistem
keluarga yang dibentuk memerlukan ahlinya berinteraksi dan berkongsi
tanggungjawab antara mereka pada peringkat antara peribadi. Oleh itu,
seseorang perlu meneliti corak interaksi dalam sistem keluarga bagi memahami
dan bukan hanya diri sendiri malahan juga hubungan sesama manusia yang
membentuk hubungan kekeluargaan. Ini seterusnya akan membantu dalam
menilai diri sendiri dan keluarga dan kemudian mewujudkan satu cara
komunikasi yang berkesan dan mengajar kita bagaimana menyesuaikan diri
dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat di sekeliling kita.
Seseorang itu tidak boleh lari daripada terlibat dalam beberapa jenis kehidupan
berkeluarga. Perhubungan yang wujud kadangkala kelihatan baik tetapi pada
masa yang lain sarat dengan masalah. Oleh itu, peranan ahli keluarga sentiasa
berubah mengikut situasi, pengalaman dan masa. Keperluan sebuah keluarga
juga boleh mempengaruhi interaksi anggotanya.
Hubungan antara manusia adalah kompleks dan subjektif, terutamanya apabila
berkaitan dengan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, hubungan kekeluargaan
adalah asas untuk mengenali perhubungan sosial. Memandangkan setiap
keluarga mempunyai kehidupan sosial atau masyarakatnya sendiri, memahami
hubungan kekeluargaan adalah penting.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

79

Hubungan intim antara ahli keluarga memberikan sokongan fizikal atau emosi.
Hasil didikan dan amalan kehidupan keluarga menimbulkan konsep nilai diri,
kekuatan peribadi, personaliti dan jati diri seseorang. Seseorang itu sering dinilai
berdasarkan perbuatan beliau dan asal usulnya.

4.3.1

Komunikasi dalam Sistem Keluarga

Memandangkan komunikasi dalam sistem keluarga adalah simbolik, tumpuan


komunikasi perlulah kepada keluarga secara keseluruhannya dan bukan kepada
individu dalam keluarga tersebut. Oleh itu, dalam proses memahami
komunikasi dalam keluarga, konteks komunikasi dalam sistem keluarga secara
keseluruhan perlu diteliti terlebih dahulu.
Teori dalam sistem keluarga menganggap keluarga sebagai satu sistem yang
dinamik kerana perhubungan dan komunikasi di dalamnya adalah berkait rapat.
Gaya kehidupan berkeluarga adalah satu pengalaman yang universal untuk
setiap orang. Walaupun sebuah keluarga mungkin terdiri daripada ahli yang
kelihatan seperti beberapa individu terpencil tetapi pada hakikatnya, mereka
adalah satu unit. Konflik antara abang dan bapa mempunyai banyak implikasi
kepada situasi harian keluarga tersebut yang mana mereka adalah
sebahagiannya. Begitu juga dengan kelahiran anak kelima yang pastinya boleh
menjejaskan semua ahli keluarga yang lain.
Pendekatan kepada sistem keluarga secara umumnya melihat keluarga sebagai
satu unit atau sistem yang berbeza. Semakin besar keluarga, lebih rumit
perhubungan yang wujud antara ahli keluarga. Proses komunikasi keluarga
terhasil daripada hubungan interaktif dan saling bergantungan dalam kalangan
ahli keluarga. Proses ini berlaku melalui penghasilan mesej-mesej yang
disampaikan melalui jaringan kekeluargaan.
Kita perhatikan empat perkara utama dalam konsep komunikasi sistem
kekeluargaan. Ia adalah seperti berikut:
(a)

Tidak wujud sebuah keluarga yang sempurna. Ini hanyalah mitos


komunikasi walaupun tidak dinafikan bahawa setiap ahli dalam sistem
keluarga cuba untuk membentuk
identiti tersendiri hasil daripada
pengalaman gembira dan sedih dalam kehidupan mereka.

(b)

Komunikasi dalam sistem keluarga adalah satu proses yang berlaku


apabila ahli keluarga berbincang dan berkongsi makna dengan ahli
keluarga yang lain. Menerusi interaksi ini, kita mencorak dan menentukan
identiti dan hubungan ahli dalam keluarga dan masyarakat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

80

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

(c)

Keluarga yang sihat akan berusaha untuk menyesuaikan dan mencorakkan


perubahan bagi mempertahankan keakraban dalam keluarga serta
mengawal dan mengendalikan konflik yang berlaku.

(d)

Keluarga adalah contoh terbaik dalam konteks komunikasi yang


melibatkan pelbagai generasi, iaitu, daripada ahli keluarga yang kecil
sehinggalah yang dewasa dan warga emas.

Sistem keluarga adalah satu sistem yang sangat kompleks. Ia dibentuk oleh
proses yang berlaku dalam komponen sistem tersebut. Jika komponennya
berubah, komponen yang lain akan bertindak balas kepada perubahan tersebut,
sama ada turut sama berubah atau sekadar menerima pengaruh yang diadaptasi
daripada perubahan tersebut.
Littlejohn (1983) menyatakan bahawa sistem terdiri daripada empat elemen yang
boleh digunakan untuk memahami sistem dalam sebuah keluarga. Elemenelemen yang dimaksudkan di sini adalah objek, ciri-ciri, hubungan dan
persekitaran. Walaupun sistem mungkin jenis yang tertutup atau terbuka, empat
elemen tersebut mesti dibenarkan untuk memainkan peranan mereka supaya
sistem boleh berfungsi untuk memastikan kesejahteraan, sama ada dalam sistem
sosial atau masyarakat, organisasi, individu atau sistem keluarga itu sendiri
(lihat Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Sistem keluarga


Sumber: Littlejohn, S. (1989). Theories of Human Communication (3rd edition)
Wadsworth Publishing: USA.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

81

Walau apa pun bentuk keluarga, komunikasi memainkan peranan penting


dalam menentukan kualiti kehidupan dalam sistem tersebut. Banyak kajian yang
telah dilakukan terhadap komunikasi dalam hubungan kekeluargaan mendapati
bahawa permasalahan timbul dalam sistem kekeluargaan kerana kurangnya
proses komunikasi.

4.3.2

Kepentingan Komunikasi dalam Sistem Keluarga

Komunikasi yang berkualiti dalam keluarga adalah penting untuk menjalinkan


hubungan yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga berdasarkan ciri-ciri
berikut (lihat Rajah 4.6).

Rajah 4.6: Kepentingan komunikasi dalam sebuah keluarga

(a)

Kebergantungan antara Ahli Keluarga


Setiap ahli bagi sistem keluarga adalah berkaitan antara satu sama lain.
Mereka memerlukan satu sama lain agar sistem tersebut boleh berfungsi
dengan berkesan dan efektif. Perlakuan setiap individu akan
mempengaruhi dan memberi kesan jangka panjang dari segi emosi dan
psikologi kepada ahli keluarga yang lain. Justeru, perlu ada keseimbangan
dalam perlakuan yang ditunjukkan untuk mengekalkan komunikasi dalam
sistem keluarga tersebut.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

82

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

(b)

Sistem yang Tersendiri


Setiap keluarga mempunyai norma-norma tersendiri untuk memimpin
perilaku mereka agar bersesuaian dengan cara kehidupan yang diamalkan
keluarga tersebut. Perilaku ini hakikatnya saling berkaitan, bertimbal balik
(reciprocal) dan mempunyai corak tertentu serta berulang-ulang. Mereka
dilihat sebagai unik atau asing dan kadangkala mengelirukan bagi individu
yang bukan ahli keluarga.

(c)

Tindak Balas Interaksi yang Kompleks


Ahli keluarga berbeza dalam cara mereka bertindak dan ini membawa
kepada tindak balas kompleks yang diberikan oleh ahli keluarga yang lain.
Kadangkala, tindak balas ini tidak logik kerana ia mungkin timbul
berpunca daripada masalah dalam keluarga itu sendiri.

Rajah 4.7 menggambarkan satu proses interaksi dalam keluarga.

Rajah 4.7: Proses interaksi dalam sistem sesebuah keluarga

Berdasarkan contoh di atas, kita boleh melihat proses interaktif dalam


sistem keluarga. Ibu bapa yang sibuk mungkin mengabaikan
tanggungjawab mereka dan tidak memberi perhatian yang mencukupi
kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kanak-kanak itu berasa
diabaikan dan boleh melakukan perkara yang tidak diduga seperti
berbohong dalam usaha untuk menarik perhatian ibu bapanya. Apabila ibu
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

83

bapa menyedari keadaan tersebut dan mula memberi perhatian kepadanya,


dia akan menggalak mereka untuk mengubah sikap. Ini mungkin
mendorong ibu bapa untuk memberi perhatian yang lebih kepada anak
mereka. Proses interaktif ini biasanya berlaku berulang kali dalam sebuah
sistem keluarga.
(d)

Mengadaptasi Diri
Komunikasi sebagai satu sistem memerlukan keseimbangan. Walau
bagaimanapun, keadaan yang seimbang adalah agak sukar untuk dicapai
terutamanya dalam sistem keluarga yang sangat kompleks. Oleh itu, demi
mencapai keseimbangan, setiap ahli keluarga perlu dapat menyesuaikan
diri dengan mereka untuk sebarang bentuk perubahan tanpa mengira sama
ada ia dijangka atau tidak. Perubahan yang berlaku adalah sebahagian
daripada pengalaman kehidupan bekeluarga. Ini kerana keluarga bukanlah
satu sistem yang mempunyai ciri-ciri yang kekal. Sistem keluarga mungkin
sering berubah untuk mewujudkan integrasi dan evolusi dalam proses
mewujudkan komunikasi yang berkesan.

(e)

Bersifat Terbuka
Sistem keluarga adalah sebhagaian daripada sistem sosial yang bersifat
terbuka. Mengamalkan keterbukaan dalam keluarga melibatkan proses
komunikasi yang sihat dalam kalangan ahli keluarga. Hanya dengan
bersifat terbuka ini, seseorang itu boleh difahami dengan mudah.
Dalam institusi keluarga, interaksi sering kali berlaku antara sistem sosial
dan sistem lain seperti sebuah institusi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan
sebgainya. Aktiviti komunikasi dalam sistem-sistem ini boleh bersifat
positif atau negatif untuk memastikan sistem sosial terus beroperasi dalam
keadaan yang harmoni dan stabil. Jika situasi yang sama diaplikasikan
dalam sistem kekeluargaan, komunikasi yang harmoni pasti dapat
dibentuk.

(f)

Keperluan Berkongsi Maklumat


Setiap sistem keluarga memerlukan satu mekanisme untuk memudahkan
proses komunikasi antara setiap ahli keluarga. Perkongsian maklumat
mempunyai implikasi terhadap hubungan antara ahli keluarga. Namun
demikian, tidak semua ahli keluarga berkongsi jenis maklumat yang sama.
Perkongsian maklumat mungkin bercanggah, menyebabkan sama ada
hubungan menjadi lebih rapat atau kadang-kadang menimbulkan salah
faham dalam kalangan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, perkongsian
maklumat adalah sangat penting dalam membantu mewujudkan
keseragaman, kestabilan, integrasi dan penyelarasan dalam sistem
keluarga.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

84

TOPIK 4 PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 4.5
Bagaimana konflik berlaku dalam hubungan kekeluargaan? Apakah
faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya konflik dan
apakah implikasinya terhadap komunikasi dalam kalangan ahli
keluarga?

Komunikasi sering dilihat sebagai satu proses transaksional yang melibatkan


proses pembentukan perkongsian makna. Perilaku dalam komunikasi dengan
ahli keluarga adalah sama dengan orang-orang yang membantu kita dalam
menyampaikan mesej yang berkesan kepada penerima lain, sebagai contoh,
tingkah laku yang kita amalkan semasa menyampaikan satu ucapan yang
bermakna.
Mesej berbentuk sokongan memberikan keyakinan dalam hubungan
kekeluargaan dengan anak-anak dan pada masa yang sama, memupuk jati diri
yang kukuh dalam diri mereka. Ini mungkin boleh dilihat daripada kata-kata
perangsang dan semangat kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.
Ucapan sedemikian bukan sahaja menggalakkan seseorang rasa dihargai, tetapi
juga meningkatkan keyakinannya apabila menghadapi dan berkomunikasi
dengan orang lain, yang berada di luar sistem keluarga. Mesej berbentuk
kawalan memberitahu ahli keluarga bahawa terdapat peraturan tertentu dalam
keluarga. Ia menjelaskan apakah jenis perilaku yang diterima dalam keluarga
tersebut.

Sebahagian besar kehidupan kita digunakan untuk berinteraksi dengan


orang di sekeliling. Komunikasi dengan orang lain membantu seseorang
untuk mengenali dirinya sendiri.

Begitu juga, dalam perhubungan dan interaksi yang dikongsi dengan orang
lain, melihat perbezaan diri dengan orang lain juga mempengaruhi jati diri
seseorang. Hubungan dengan rakan-rakan, tanggapan diri dan pengaruh
keluarga kesemuanya membantu dalam pembentukan jati diri kita.

Ringkasnya, semua faktor ini menentukan sama ada diri seseorang itu
diterima atau sebaliknya oleh orang lain. Memiliki jati diri yang disukai dan
diterima oleh individu lain atau masyarakat membantu membentuk
komunikasi yang berkesan.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4

PENGENALAN KEPADA DIRI DAN KOMUNIKASI

85

Komunikasi dalam sebuah keluarga melibatkan komunikasi antaraperibadi.


Dalam sebuah sistem keluarga, individu digabungkan sama ada melalui
ikatan perkahwinan atau keluarga angkat. Keluarga adalah pengaruh yang
paling hebat dalam pembentukan jati diri.

Setiap insan mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza dan


tersendiri. perkongsian kehidupan berkeluarga mendorong pembentukan jati
diri seseorang berbeza daripada yang lain. Ini berlaku kerana perbezaan
individu yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan ini bergantung
pada cara setiap individu itu dibesarkan dalam sistem keluarga dan budaya
masing-masing.

Konflik dan tekanan dalam sebuah keluarga berlaku sekiranya kurang


komunikasi antara ahli keluarga.

Gender

Pembentukan diri

Jati diri

Pendedahan diri

Konsep diri

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai