Anda di halaman 1dari 4

Telah saya nyatakan bahwa matlamat terakhir segala kegiatan dan perbuatan insan

adalah untuk memperolehi kebahagiaan. Plato erta Aristotle bolehlah dianggap


antara pemikir terawal yang telah membahaskan secara bersungguh-sungguh dan
teratur akan mana kebahagiaan yang berkenaan dengan akhlak sertapolitik
kebanyakan orang membicarakan tentang keamanan dan kesejahteraan dari segi
ketiadaan sengketa dalam masharakat. Umat manusia amat memerlukan kemanan
dan kesejahteraan antara mereka yang bermusuhan agar sumber -sumber alam dan
manusia yang terhad yang kini banyak dibelanjakan untuk penyelenggaraan dan
pembesaaran upaya ketentaraan, bpleh dipindahkanuntuk pendidikan dan urusan
pengislahan yang lain. Para pemimpin setiap bidang, yang berakhlak, mampu
menyelesaikan persengketaan serta mendesaka agar pembiayaan dan
pembangunan ketenteraan dikurangkan di peringkat antarabangsa. Sehubungan ini,
perbelanjaan keternteraan, patut hanya dibenarkan untuk tujuan pertahann. Walau
bagaimanapun , supaya cadangan-cadangan tersebut dapat memberikan kesan,
dilaksana dan dikuatkuasakan, para pemimpin di setiap lapisan masharakat,
bermula dari diri sendiri, keluarga sehinggalah ke peringkat Menteri, mestilah
terlebih dahulu membebaskan diri mereka serta saudara seagama mereka daripada
belengggu perkauman, keagamaan, dan kebangsaan sempit, serta kehampaan
akhlak dan kerakusan ekonomi dan politik.
Umat manusia juga lebih-lebih lagi memerlukan suatu lagi bentuk keamanan dan
kesejahteraan yang ditarifkan pada tahap yang lebih mendalam. Justeru keamanan
dan kesejahteraan tidaklah terbatas pada ketiadaaan permusuhan atau silang
semgleta antara kelompok etnik, ekonomi, politik atau agama. Sebaliknya, kemanan
dan kesejahteraan adalh sesuatu yang jauh lebih peribadai dan bererti sifatnya. Ia
merujuk kepada ketenteraman diri nurani seseorang. Betapa pun susah atau
senangnya suasana persekitaran semasa mereka. Banyak warga negara-negara
yang pada zahirnya aman dan sejahtera, tetapi pada hakikatnya tidak mengalami
kehidupan yang aman. Mereka itu senantiasa dirundung kerunsingan dan kerisauan
nan dahsyat.: mereka takut berjalan-jalan di sekitara kawasan perumahan mereka
apabila malam mula menjelang; mereka senantiasa bombing yang anak- anak kecil
mereka mengalami penderaan, dan penganiayaan seks olej mereka yang telah
diberi kepecayaan di rumah, sekolah dan hatta di badan-banda keagaamaan;
mereka sentiasa bimbang bukan sahaja yang makaanan dan minman mereka akan
tercemar, tetapi juga yang pasangan kelamin mereka akan meninggalkan mereka,
atau mungkin menularkan penyakit penyakit seks berjangkit yang bakal
mengakibatkan derita dan kesengsaraa, yang ubat penawarnya teralu mahal
ataupun masih belum diketahui. Sebagaian lain, segolongan kecil yang dikira amat
beruntung karena tiada kerisausan dan perasaan rungsing tersebut, jauh di sudut
hati tetap menginsafi dan takut akan suatu hakikat lain: keyakinan bahawa
kegembiraan duniawi ini yang amat susah dicapai hanyalah bersifat sementera
sahaja. Kesemua ini akan luput jua akhirnya, apabila maut menjelma. Lebih dahsyat
lagi, ramai manusia -termasuklah cendekiawan dan agamawan yang terkemukasedang terumbang ambing dalam gelombang shak dan keraguan tentang nasib
terakir mereka setelah mati, tentang hakikat ketuhanan, hari akhirat, serta shurga
dan neraka. Silang sengketa, peperangan dan akibat-akibatnya yang mengerikan,
sifat kehidupan insan yang senatiasa teruji, dan sikap sebilangan ahli agama yang

taksub dan tidak tekal khasnya di sepanjang sejarah Barat sendiri telah
menyebabkan banyak manusia Barat yang prihatin berasa putus asa tentang
penyelesaian keruhanian terhadap permasalahan insan. Malahan mereka berputus
asa akan kewujudan Tuhan dan hakikat-hakikat ghaib yang lain. Sebilangan yang
lain [ula mendakwa bahawa kaalaupuin pengetahuan tentang Tuhan dan hakikat
hakikat itu mungkin diperolehi, ia tidak mungkin disampaikan kepada orang lain.
Malah bukan sedikitt daripada masharakat dunia yang telah kehilangan pedoman
yang benar dari agama yang sah mengutarakan filsafat yang cukup pesimis tentang
dunia dan kehidupan ini seluruhnya. Arthur Schopenhauer (m. 1860) sorang ahli
filsafat Jerman yang berpengaruh menyebarkan faham bahawa dunia dan
kehidupan ini tidak patutu wujud, Katanya: We have not to rejoice, but rather to
mourn at the existence of teh world; that its non-existence is preferable to it
exixtence; that it is something that ought not to be. Seorang ahli filsafat British
yang cukup dihormati sebagai seorang yang begitu baik, Clarence Darrow (m. 1938)
melihat kehidupan ini sebagai satu jenaka yang malang (awful joke). Bagi mereka
ini, kebahagiaan ialah memenuhi kehendak dan perasaan sekarang. Shurga harus
dibina di dunia ini, akhirat hanyalah khayalan mereka yang lemah, yang msikin dan
yang tak berkuasa.
Justeru kebahagiaan dalam ertikata yang sempit sekalipun, begitu sukar dicapai,
para ahli psikologi contohnya tidak banyak mengkaji mengenainya. Malah mengikut
satu kajian dalam Psychological Abstracts dari 1967 sehingga 1994 (27 tahun)
terrdapat 46389 makalah mengenai tekanan perasaan (depression), ... mengenai
kebimbangan dan... mengenai kemarahan manakala hanya .. sahaja mengenai
kebahagiaann, ... mengenai kehidupan yang selesa (life satisfaction) dan 405
mengenai keseronokan. Kekeliruan, shak dan zann tidak akan membahagiakan
manusia walaupun dibantu oleh kedudukan ekonomi yang kukuh, kesihatan yang
baik dan suasana politik yang stabil. Kekeliruan dan ketandusan keyakinan akan
perkara besar seperti Tuhan, agama, akhlak, hakikat semesta, kehidupan akhirat
dan sebagainya membuat manusia tidak berupaya menangani masalah-masalah
peribadi dan keluarga, kesihatan dan pekerjaan yang semakin meruncing. Malah
penyakit-penyakit psikologi dan akhlak yang rumit banyak diaitkan dengan mereka
yang kononnyya dianggap genius dalam bidang masing-masing.
Keseluruhan keadaan tersebut yang merupakan salah satu ciri terpenting
pengalaman keagamaan dan kebudayaan Barat adalah tragedi (shaqawah) yang
berlawanan dengan kebahagiaan hakiki (saadah). Memanglah keraguan tentang
hal ehwal keruhanian terdapat di sepanjang masa dan seluruh tamadun manusai,
tetapi ia tidak pernah dimajukan sehingga ke darjat faham falsafah yang
mempunyai pegnaruh yang sedemekian meluas seperti ideologi faham
kemanusiaan sekluar (secular humanism) di Barat. Di Barat, akar-umbi padangnan
hidup yang seperti itu dianut oleh kaumj Sufastaiyyah Yunani Purba, kemudiannya
dilanjutkan oleh ahli-ahli sains dan penganut kemanusiaan Zaman Cerah Eropah,
hingggalah kepada golonga sekularis danpasca modenis semasa. Para hukama dan
ilmuwan Muslim terdahulu, yang tahu lagi kenal akan sumbangan beberapaahli
filsafat Yunani itu, telah menserasikan beberapa fahaman Yunani purba dalam kajian
mereka mengenai ilmu, akhlak, dan siasah dalam suatu rangka-kerja dan rencana-

dasar kefahaman yang Islamiah mengenai diir insan dan masharakatnya. Namun
demikian, mereka tidak terpengaruh dengan pegangan tragis tersebut.
Insan merupakan makhluk istimewa cipataan Allah Taala. Kesatuan ruh yang
bersifat makhluk abadi, dengna makhluk jasad yang berubah dan menempuh mati
adalah satu rahsia. Dwi sifat ini bukanlah mencerminkan faham penduaan atau
dualisme; karena mereka bukanlah sifat-sifat yang sama cirinya, tiada juga punya
kekuatan yang sama dan, karena itu, tidak memiliki martabat yang sama. Sifat dan
kehidpuna jasadi adalah penting laagi asasai sebagai wahana untuk melaksanakan
peranan dan tugas ruh. Justeru jasad perlu sentiasa kuat, badan perlu sentiasa
sihat, erta diri perlu punya perkakas jasadi dan kemasharakatan, demi
menyermpurnakan tugasnya selaku abdi dan khalifah Allah di Bumi ini. Tetapi,
pembangunan ciri diri jasadi atau fizikal, agar benar benar bersifat membina lagi
berguna, haruslah breasarkan ilmu yang benar lagi mendalam mengenai had-had
kegunaannya; jika tidak ia dengan sendirinya akan menjadi matlamat terakhir (dan
bukan alat lagi), yang merupakan suatu keadaan yang tiada adil. Ia juga bergantung
kepada ilmu mengenai kesemua sifat-sifat keutamaan. Justeru itu, epralatan yang
telah dibangunkan dan dibantu oleh kuasa jasadi dan kekuatan politik boleh
dimanfaatkan setepatnya; jika tidak ia akam menjadi alat, bukan untuk kebaikan
yanghakiki, tetapi untuk apa yang kononnya baik, yang pada hakikat sebenarnya
adalah penyelewengan atau korupsi atau fasad.
Dalam padnangan alam (worldview) yang sebegini, kematian insan bukanlah suatu
tragedi, bukan pula suatu masalah. Maut hanyalah penyudahan satu tahap
kehidupan ruh yang bakal kembali ke alam asalnya. Di sana kesemua lintasan hati
dan niatnya, amal perbuatan yang dilazimi atau ditinggalkannya sewaktu berada di
dunai fana ini akan dihisab seadilnya. Sementara setiap insan bertanggungjawab ke
atas kejayaa maupun kegagalan jasmani dan jiwanya sendiri, insan itu perlukan
kepemimpinan dan pemerintahan pilitik yang bagus lagi adil untuk merencana
danmengislahkan badan badan dan lembaga yang bakal menjamin dan memastikan
hak-hak asasinya, yakni, kesejahteraan hidup, akal, agama, keluarga, dan hartabenda. Hak-hak ini bukan sahaja harus terjaga, tetapi juga harus berkembang
makmur, sehingga seseorang itu boleh mencapai kebahagiaan di dunia ini dan dia
akhirat nanti. Ini umumnya disepakati kesemua sarjana Muslim tanpa mengira
mazhab dan aliran pemikirannyaseperti Abu Nasr al Farabi (m. 950 M), Ahmad Ibn
Muhammad Miskawayh (m. 1030 M), Abu Ali Ibn Sina (m. 1040 H), Abu Hamid al
Ghazalli (m. 1111 M) dan ramai lagi yang masih belum dijangkiti wabak sekular dan
kekeliruan yang tragis. Dalam zaman moden ini, karena bahana pengaruh
pensekularan yang memudaratkan, rami sarjana Muslim mulai alpa akan ajaran
-ajaran asasi Islam ini. Meskipun dalam kesumpulan terakhirnya kejayaan dan
kebahagiaan tertinggi seseorang itu aadalah bersifat pribadi, jaringan pengaruh
pencapaiannya tidaklah terhad kepada perihal peribadi sahaja. Akan tetapi ia
menjangkau tugas danperanannya yang merangkumi pelbagai segi: selaku anak
kepada kedua orang tuanya, sebagai bapa/ibu, suami/isteri, ahli keluarga, jiran,
pemimpin/pekerja organisasi tertentu, warganegara, dan anggota masharakat
antarbangsa.

Kebahagiaan masharakat tidak wujud di alam nyata, kecuali selaku cerminan


daripada kebahagiaan sebilangan terbesar orang perseorangan dalam masharakat
tersebut. Justeru pergaulan dan pegnaruh orang perseorangan dan masharakat
bersifat saling bertimbal-balik. Setiap lembaga kemasharakatan serta hal-ehwal
samada di peringkat kebangsaan dan antara bangsa mempunyai pengaruh besar,
meskipun dalam takat yang berbeza, ke atas kebahagiaan pribadi orang
perseorangan. Walau bagaimanapun, menurut Islam, pada Hari Akhirat pergaulan
dan pengaruh yang sedemikian tidak akan wujud lagi: sebaliknya seseorang masih
boleh mendapat manfaat selepas kematianya, jika dia meninggalkan ilmu yang
berguna dansadaqah jariah baik pada orang perseorangan atau pada lembaga
kemasharakatan. Karena itu, matlamat pengislahan insan dan negara di duunia ini
adalah untuk menjernihkan hubungan tersebut, senantiasa sedar dan insaf
mengenainya, dan berjuang untuk memperolehi ganjaran duniawi dan ukhrawi.
Tentulah kebahagiaan itu bukan setakat satu fahaman sahaja tetapi merupakan
satu matlamat dan hakikat yang penting; pencapaiannya mensharatkan ilmu,
ssikap, perlakuan, juka seasana kemasharakatan dan kebendaan yang tertentu.