Anda di halaman 1dari 13

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Penulisan Sumber dalam Teks dan Format American Psychological Association (APA)
Plagiarisme
Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain
yang telah diterbitkan digunakan tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam
penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan
yang dinyatakan di bawah ini:

Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam
teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi.

Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau manna-mana laporan/projek


Ilmiah/akademik yang diserahkan mestilah penghasilan asal pelajar sendiri.

LARANGAN TERHADAP PLAGIARISME


1.

Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain.

2.

Plagiarisme termasuklah:
(a)
perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan
mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil ciptaan
atau ciptaannya sendiri; atau
(b)

suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa


cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data
atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.

3. Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang pelajar memplagiat apabila dia:
(a)
menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,
kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau
sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;
(b)
menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai
pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik,
atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis
kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
(c)
memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik
bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai
penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa
sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau
pengarang bersama.
(d)
memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh
beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau
data yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan
atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian
daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada sumber asal;
(e)
menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama
dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(f)

(g)

(h)

kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan


akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri
sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik
bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum
menerbitkan data;
menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua
bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau
dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau perkakas
penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara
langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau ciptaan itu;
menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada
bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan
kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara
sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;
memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat
beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan
menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah
pencipta idea-idea itu.

Apendiks
Apendiks mengandungi bahagian ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang
terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini dapat
menghindarkan pembaca melencong dari perbincangan utama. Ia boleh dibahagikan kepada
Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta tajuknya, jika ada, hendaklah
disenaraikan secara berasingan di dalam Isi Kandungan. Semua jadual dan rajah di dalam
Apendiks hendaklah bernombor dan bertajuk.
Jadual Dalam Tugasan/Laporan
Jadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan
betul-betul di tengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah
mengandungi satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah diberi nombor
secara berturutan. Dan seterusnya, Perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya dicetak
pada sebelah atas jadual itu. Jika sesuatu jadual bersambungan pada muka-muka surat
berikutnya, baris atas mukasurat baru hendaklah berbunyi (sebagai contoh: "Jadual 2,
sambungan"). Keterangan tidak perlu diulangkan. Jika sesuatu jadual merupakan petikan,
rujukannya mestilah dicatat di bahagian bawah sebelah kanan jadual. Contoh:
Table 1: The numerical and analytical result for example.
Analytical
Node 9, u (1.0, 1.0)
Node 10, u (1.0, 0.5)
Node 11, u (0.5, 1.0)
Node 12, u (0.5, 0.5)

1.8037
0.5248
0.4320
1.1870

Lam
Method
1.5031
0.4720
0.3851
1.0683

Suggested way
1.5031
0.4720
0.3851
1.0683

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Rajah
Rajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada mukasurat, ilustrasi
atau graf, rajah sebenarnya ialah apa sahaja yang tidak merupakan teks atau jadual. Perkataan
Rajah, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Lazimnya sesuatu
rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung pada muka surat yang
berikutnya, peraturan yang sama dengan peraturan menulis jadual hendaklah diikuti. Seperti
jadual, rajah juga dapat dikumpulkan dan diberi nombor mengikut turutan. Gambar foto yang
lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan dengan teguh. Gambar foto
boleh juga dicetak sebesar kertas A4. Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan kemas.
Contoh:
f (t)
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0 .5

Fig. 1: If the caption is less than one line then it needs to be centered.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Petikan atau Rujukan Dalam Teks


Rujukan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama utama pengarang sahaja (tanpa
nama ringkasannya) seperti berikut:
(a)
Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.
Contoh:
Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas masalah
pengoptimuman kekangan.
Shaifol (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya memperolehi
maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu tajuk.
Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa
yang mudah difahami ...
Muhamad (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...
Jensen (1996), mendapati pencapaian pelajar yang ...

(b)
Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun
dalam kurungan.
Contoh:
Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini
(Paredis, 1993).
Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam bentuk 3-D
atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz, 1992).

(c)
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama
kedua-dua pengarang.
Contoh:
Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa oleh
Kralj dan Petrovic (1995) . . . .
Menurut Alessi dan Trollip (1991), tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan
pengajaran.
Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar. Media grafik
digunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan (Wittich dan Schuller,
1979).

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et al. selepas nama pengarang pertama.
Contoh:
Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual waktu
Universiti.
Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh menggantikan
peranan guru sebagai tutor.
Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk mendidik
hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran (Wan Salihin et al.,
1998).

(d)
Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenalpasti dua atau lebih penerbitan oleh
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG
Solver oleh Puget dan Albert (1994a, p.89).
Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan
(Puget dan Albert, 1994b, p.35).
(e)
Rujuk silang (cross reference) dalam penulisan. Iaitu sekiranya anda tidak
memperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi mendapati ia dirujuk di dalam karya
orang lain, anda harus memberi sumber asal (penulis yang anda petik itu patut peroleh) dan
rujukan yang anda dapati. Contohnya,
Contoh:
Skinner (1968, p.21), quoted by Conant (1972, p.8), was...

(f)
Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan
menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. Contohnya,
Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on
openness based on history and social sciences (Bloom, 1987, p.29).
(g)
Petikan lima barisan atau lebih apabila ditaip harus dimulakan lebih jauh dari garis
tepi dan tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,
The general theory of relativity, on its own, cannot explain these features or
answer these questions because of its prediction that the universe started off
with infinite density at the big bang singularity. At the singularity, general
relativity and all other physical laws break down: one couldnt predict what
will come out of the singularity.
(Hawking, 1988, p. 122)
(h)
Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka ia
harus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan tiga titik.
Contohnya, There must be give-and-take, with the teacher being a participant as well as
leader and ... a source of answers. (Sizer, 1984, p.118).
(i)
Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan perlu
dimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya, This principle [sanctity of
contracts] is closely associated with that of freedom of contract... (Peden, 1982, p.9).
(j)
Tanpa Pengarang
Bagi rujukan tanpa pengarang hendak ditulis seperti berikut:
Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Contoh:
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian
pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...
(k)
Multi Rujukan
Dalam menulis berbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang sama, semua
rujukan
itu
ditulis
bersama
dan
dipisahkan
bersama
tanda
semi
kolon;
Contoh:
Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang diperolehi
[Reader dan Hammond (1994); Jones dan Berger (1995); Rivlin et al. (1994); Kirsh
(1997)].

Panduan Menulis Nama Pengarang Dalam Senarai Rujukan


Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga
diikuti oleh singkatan nama lain, bagi sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga
boleh ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan.
(i) Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.
Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
ditulis : Pavlovic, J. N.
(ii) Nama Melayu
Gunakan nama pengarangnya.
Contoh:
nama : Mohd Noor Abdullah
ditulis : Mohd Noor Abdullah
(iii) Nama Arab atau Berunsur Arab
Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.
Contoh (guna nama keluarga):
nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
ditulis : Al-Attas, Syed Muhammad Naquib
Contoh (tiada nama keluarga):
nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas
(iv) Nama China
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina terletak di
hadapan.
Contoh:
nama : Tan Beng Keat
ditulis : Tan, Beng Keat
Nama keluarga dipisahkan dari nama lain dengan koma.
(v) Nama India
(a) Gunakan nama pengarangnya.
Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Contoh:
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Srinivasan Venkataraman
(b) Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh:
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S. N.
(vi) Nama Punjabi
Gunakan nama penulisnya.
Contoh:
nama : Pretam Singh
ditulis : Pretam Singh
Rujukan APA (Format Penulisan Bahan Rujukan)
Dalam penulisan tugasan/laporan/projek/tesis, pelajar akan merujuk berbagai jenis
bahan sumber. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan
mengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.
1.

Buku
(a) Satu Pengarang
Nama penulis (Tahun). Judul Buku(). Tempat terbit: Penerbit.
Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.:
Prentice-Hall.
(b) Dua atau tiga Pengarang
Contoh:
Puget, J. F. and Albert, P. (1994a). SOLVER: constraintsobjects descriptions.
Technical Report. ILOG S. A.
Pergantis, S. A., Cullen, W. R. and Elgendor, G. K. (1997). One-to-one webmarketing. New York: John Wiley.
(c) Melebihi tiga Pengarang
Nama penulis pertama et al. (Tahun). Judul Buku. Edisi. Tempat terbit:
Penerbit.
Contoh:
Amrine, H. et al. (1984). Engineering economy. Englewood Cliffs, N. J.:
Prentice-Hall.
(d) Penyunting/Penyusun (Edited books = ed ) (penyusun = pnys, penyunting = pnyt)
Contoh:
Martin, A. M. (ed). (1991). Peat as an agent in biological degradation of
waste. London: Elsevier.
Lees, R. H. and Thomas T. R. (ed). (1974). Chemical nomenclature usage.
Chischester: Ellis Horwood.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Hasnul Faizal. (pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpalan
Kertas Kerja 3. Shah Alam: Penerbitan Universiti Teknologi Mara.
(e) Penulis/Penyunting Korporat
Contoh:
Engineers Joint Council. (1969). Thesaurus of engineering and scientific
terms. New York: Engineers Joint Council.
American Chemical Society. (ed). (1978). Handbook for authors of american
chemical society publications. Washington, D. C.: American Chemical
Society.
(f) Selangaraan (penyelenggara = pngr)
Contoh:
Nor Azahan Mustfar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(g) Berbilangan Jilid (Jilid = jld)
Contoh:
Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. jld. 2. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sinar Bakti.
(h) Terjemahan (terjemahan = terj.)
Contoh:
Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj.. Asma Saad. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
(i) Edisi Ulang Cetak
Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th ed. Englewood Cliffs, N. J.:
Prentice-Hall.
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th edition. Englewood Cliffs,
N. J.: Prentice-Hall.
Othman Mohamad. (2008). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial
Terapan. Ed. ke-4. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia.
2. Buku Elektronik (E-book)
Contoh:
Yager, J. (1999). Creative time management for the new millennium. (2nd Ed.).
Stamford: Hannacroix Creek. In Books 24X7 (OUM Digital Collection).
3. Artikel dalam buku
Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm. Nama pengarang buku. Judul
Buku. Tempat terbit: Penerbit. hlm.
Contoh:
Sukiman Sarmani. (1987). Pencemaran radioaktif. Dlm. Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. 71 - 87.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

4. Chapter Spesifik dalam buku (Bab dalam Buku)


Nama pengarang chapter. (tahun). Judul chapter: nombor chapter Dlm pengarah
buku, Judul buku. edisi, halaman pertama-halaman akhir. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh:
Roslina Ismail. (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti
sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Psikologi sukan. Hlm 55-64. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
5.

Artikel dalam jurnal


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor): hlm.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127(6): 272-284.
Iskandar Zakaria. (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajar
Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan 12(2): 152-163.
Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau
fakta. Majalah Dewan, Jan: 16-30.

6. Artikel daripada persidangan/Makalah dalam Pasca Sidang


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan. Tempat
diterbit: Nama Penerbit. hlm.
Contoh:
Sheta, A. F. and De Jong, K.(1996). Parameter estimation of nonlinear systems in
noisy environments using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE
International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. Dearborn,
Michigan: IEEE, 360-365.
Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1. 13-15 Disember. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. 255-265.

7. Artikel daripada Database


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Dlm database
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127(6): In Ebsco (OUM Digital Collection).
8. Artikel daripada Internet
Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor). Diperoleh dari
alamat web.
Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn
Electr. Engrs, Part D. 127. Retrieved from http://www.cac.psu.edu/jbe.html.
Supyan Hussin. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan
computer. Jurnal Bahasa. Diperoleh dari http://www.dbp.gov.my/
dbp98/majalah/ bahasa20/mac/j03ajar1.htm

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

Arakji, R. Y., & Lang, K. R. (2008). Avatar business value analysis: A method for
the evaluation of business value creation in virtual commerce. Journal of
Electronic Commerce Research, 9, 207-218. Retrieved from
http://www.csulb.edu/journals/jecr/
9.

Internet
Nama penulis. (tahun). Tajuk dokumen elektronik. Diperoleh dari Alamat website.
Contoh:
Jones, D. (1999). The de grummond childrens literature collection. Retrieved from
http://avatar.lib.usm.edu/~degrum/.

10. Dokumen Awan


(a)
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Dewan Rakyat Malaysia. (2003). Perbahasan rang undang-undang multimedia.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09): 1932-2314 Parlimen Keempat belas
Penggal Kedua.
(b)

Laporan dan Dokumen


Dewan Rakyat Malaysia. (2006). Memelihara keselamatan negara. Kertas
Perintah 35, tahun 2006.

(c)

Penerbitan Kerajaan
Malaysia. (1996). Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta Kerajaan
25(8).

(d)

Warta Kerajaan Negeri


Johor. (1990). Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta
Kerajaan Negeri Johor 45(1).

(e)

Laporan Kerajaan Persekutuan


Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4:
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

(f)

Laporan Jawatankuasa
Jawatankuasa Pengistilahan Sains. (2005). Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(g)

Dokumen Pertubuhan Antarabangsa


UNESCO. (2004). Education trend. Report. Bangkok: UNESCO.

11. Perundangan
Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.
Contoh:
Malaysia (1983). Perintah monumen lama dan tapak tanah bersejarah.: P.U.(A)41
1983.
12. Piawai
Nama institusi (Tahun). Judul Piawai. Tempat terbit, Nombor piawai.
Contoh:
British Standards Institution (1987). Tongued and Grooved Software Flooring.
London, BS 1297.
Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

10

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

13. Paten
Nama pemunya (Tahun). Judul Paten. (Nombor paten).
Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). Screen room air inlet and wave guard. (U.S. Patent 2, 925,
457).
14. Katalog dagang
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: partitioning in business. Redhill (U.K.):
Trade Brochure.
15. Lukisan Terukur dan Teknik
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Tempat terbit: Nota.
Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,Kampung
Gajah, Perak. UTM: Lukisan Terukur.
Salim Man (1989). Pengisi sekam ke dalam kontena penyimpan: pandangan
isometrik. UTM: Lukisan Teknik.
16. Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan
(a) Kertas kerja abstrak dan sebagainya
Contoh:
Sim Ah Hock dan Siti Ropiah Abu Bakar. (2000). Kemahiran teknologi maklumat
dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari.
Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star Kedah, 25-28 Jun.
(b) Abstrak
Contoh:
Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah dan Siti Nor Amira Ahmad
(2007). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak Kertas Kerja,
Persidangan Sains Sosial UiTM, 25-28 Jun.
(c) Minit Mesyuarat
Contoh:
Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007). Rompin,
Pahang 4-7 Jun.
(d) Kertas Kerja
Contoh:
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007). Cabaran dan tanggungjawab Pengetua
dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri
Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.
(e) Laporan
Contoh:
Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007). Mesyuarat Pengetua-Pengetua
Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang 4-7 Jun.

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

11

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

(f) Temu bual


Contoh:
Mohamad Kasim Basir. (2010). Penilaian perisian multimedia. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Temu bual. 9 Julai.
(g) Tesis / Latihan Ilmiah
Nama Penulis. (Tahun). Judul. Tesis. Nama Institusi.
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. (1989). Pemprosesan teks Bahasa Melayu untuk
pemahaman komputer. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Teknologi Malaysia.
17. Artikel/makalah dalam suratkahbar,
(a) tiada pengarang
Contoh:
New drug appears to sharply cut risk of death from heart failure. (1993). The
Washington Post, 20 March: 13.
Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman. (2008). Berita Harian,
20 Mac: 13.
(b) Artikel suratkahbar, seorang pengarang
Schwartz, J. (1993). New drug appears to sharply cut risk od death from heart
failure. The Washington Post, 20 March: 13.
Mohd Razalan Salleh. (2008). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro, 3
Jun: V8.

Becker, E. (2001, August 27). Prairie farmers reap conservation's rewards.


The New York Times. Retrieved from http://www.nytimes.com
(c) Surat kepada Editor
Penjual Ayam. (2008). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa pemborong
buat. Berita Harian, 4 Jun: 10.
(d) Filem
Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Singapura: Shaw Brother.
18. Encyclopaedia Article
Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The New Encyclopedia Britannica (Vol. 26, p.
501-508). Chicago: Encyclopedia Britannica.

19. Karya yang dikenali menurut Judul


Kamus Dewan Bahasa. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Springfield, MA:
Merriam-Webster.
20.

Blog post:
Lincoln, D. S. (2009, January 23). The likeness and sameness of the ones in the
middle. [Web log post]. Retrieved from http://www.blogspace.com/
lincolnworld/2009/1/23.php

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

12

Untuk Pelaporan Penyelidikan Tindakan PISMP

21.

Website with no author or date of publication:


Census data revisited. (n.d.). Retrieved March 9, 2009, from Harvard, Psychology
of Population website, http://harvard.edu/data/index.php

22.

Online Video & Audio


YouTube-type Video Blog Post (Note that titles are not italicized)
Goyen, A. (2007, February 22). Downtown Marquette dog sled races [Video file].
Retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=gW3CNCGGgTY
University of Chicago. (2007, December 12). European cartographers and the
Ottoman world, 1500-1750 [Video file]. Retrieved from http://www.youtube.
com/watch?v=Xax5d4IKqrQ
Video Webcast from Television Series Single Episode
ABC News (Producer). (2007, September 21). Dying professor's lecture of a
lifetime [Video webcast] [Television series episode]. In Good Morning
America. Person of the Week. Retrieved from http://abcnews.go.com/
GMA/PersonOfWeek /Story?id=3633945&page=1
Audio Podcast
Charney, T. (Producer). (2007). Ashes to hope: Overcoming the Detroit riots. U.P.
Family Still Struggles to Deal With Pressure of '67 Riot [Audio podcast]. Retrieved
from http://www.michiganradio.org/

Disediakan oleh Dr Hu Laey Nee, Jabatan Matematik, IPG Kampus Sarawak, 2011

13

Anda mungkin juga menyukai