Anda di halaman 1dari 12

Laporan Program Minggu Terapi PPKI SK Matu Baru

Terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah


menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001).
Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu
seseorang

pulih

semula

dari

kecederaan

atau

masalah

yang

dialami.

Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk


membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi
membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.
Pada 25- 29 Ogos yang lepas, tiga orang guru pelatih dari Institut Pendidkan
Guru Kampus Batu Lintang telah mengadakan Projek Minggu Terapi bertempat di
PPKI SK Matu Baru. Terdapat banyak aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang
minggu terapi tersebut antaranya ialah terapi pertuturan, terapi kulinari, terapi gajet,
dan juga terapi doh. Minggu terapi ini melibatkan semua murid PPKI SK Matu Baru
seramai 19 orang yang terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran seperti
Autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), disleksia, lembam,
Sindrom Down dan masalah pendengaran.
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid
yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia
bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih
murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu.
Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran
dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Minggu terapi ini dimulakan dengan Terapi
Pertuturan yang mana telah melibatkan dua aktiviti utama iaitu aktiviti meniup belon,
dan juga membuat corak tidak terancang menggunakan kaedah tiupan.
Aktiviti terapi ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi. Guru pelatih telah
mengagihkan sebiji belon kepada setiap orang murid dan menunjukkan demonstrasi
cara meniup belon kepada mereka. Setelah itu, murid-murid dan guru bersamasama meniup belon tersebut sehingga berjaya.

Dalam aktiviti ini, seramai 16 orang murid telah berjaya meniup belon melalui
beberapa percubaan, akan tetapi terdapat tiga orang murid yang gagal melakukan
aktiviti berkenaan sungguhpun telah dibimbing oleh guru secara individu. Hal ini
berkemungkinan adalah disebakan oleh masalah pernafasan yang dihadapi oleh
mereka.
Aktiviti terapi pada hari tersebut diteruskan lagi dengan membina corak tidak
terancang menggunakan teknik tiupan. Setiap murid dibahagiakn kepada empat
kumpulan dan setiap kumpulan disediakan straw, kertas lukisan, dan juga warna air.
Dalam aktiviti ini, murid diminta untuk membuat corak menggunakan warna air dan
straw pada kertas lukisan yang disediakan. Murid diminta untuk mengambil warna
menggunakan straw, dan mniup warna tersebut pada kertas lukisan untuk
menghasilkan corak dan gabungan warna yang diinginkan. Aktiviti kedua untuk
terapi pertuturan ini berjalan dengan lancar dan semua murid PPKI SK Matu Baru
berjaya melaksanakam aktiviti ini.
Namun demikian, terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat bagi aktiviti ini
yang mana guru pelatih seharusnya menyediakan apron agar pakaian murid-murid
tidak kotor sepanjang menjalanakan aktiviti ini. Kami berharap aktivti seperti ini akan
dapat diteruskan lagi bagi membantu murid-murid berkeperluan khas meningkatkan
kemahiran dalam diri mereka.

Program Minggu Terapi diteruskan lagi pada hari kedua iaitu pada 26 Ogos 2016
dengan mengadakan terapi kulinari. Sebelum aktiviti terapi pada hari ini
dilaksanakan, murid-murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil yang terdiri
daripada murid cemerlang, sederhana, dan lemah. Ini adalah bagi menggalakkan
nilai saling membantu dalam diri mereka selain untuk meningkatkan lagi kemahiran
bersosialisasi sesama mereka.
Aktiviti dimulakan dengan penerangan langkah-langkah keselamatan yang
harus diambil oleh semua muirid-murid dan guru oleh guru pelatih. Kemudian, setiap
murid diberikan sepasang sarung tangan bagi tujuan mendedahkan mereka tentang
amalan menjaga kebersihan sebelum menyediakan makanan. Setelah itu, semua
muri-murid diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti ini,
setiap kumpulan dibekalkan dengan dua besen, sepuluh biji telur, sebotol garam,
sebotol mayonis, sebungkus roti, sepinggan tomato, sebotol sos, pinggan, senduk
dan juga garpu.
Murid-murid diminta untuk mengupas kulit telur kemudian menghancurkan
telur tersebut dalam bekas yang berasingan. Kemudian, dengan bimbingan guru
murid diminta untuk memasukkan mayonis ke dalam telur yang telah dihancurkan.
Setelah itu, guru menunjukkan kepada murid-murid cara yang betul menyapu isi
sandwich pada roti yang telah disediakan.
Melalui terapi kulinari ini, dapat kami simpulkan bahawa semua murid berjaya
melaksanakan terapi pada hari tersebut. Mereka menunjukkan kesungguhan yang
tinggi sepanjang aktiviti dijalankan, dan sikap saling mebantu sesama ahli kumpulan
juga ditonjolkan melalui aktiviti ini. Rasional kami memilih terapi kulinari :membuat
sandwich ini ialah kerana ia mudah disediakan dan sesuai dengan semua tahap
murid berkeperluan khas, selain ia juga tidak terlalu membahayakan mereka kerana
tidak melibatkan penggunaan api dan gas.
Besar harapan kami, agar aktiviti seperti ini dapat dijalankan dari semasa ke
semasa kerana ia bukan sahaja memberi kelainan dalam persekitaran pembelajaran
mereka, malah juga membantu meningkatkan kemahiran berdikari dalam diri
mereka. Aktiviti seperti ini mungkin boleh dibuat secara berperingkat dari aktiviti
kulinari yang mudah sehingga ke susah bergantung kepada tahap penguasaan
murid.

Untuk hari ketiga pelaksaan program Minggu Terapi, kami telah membuat Terapi
Gajet yang mana murid-murid berkeperluan khas didedahkan dengan beberapa
teknik ikatan dalam unit beruniform, dan cara menghasilkan gajet yang mudah
menggunakan teknik ikatan yang telah diajar. Rasional kami memilih terapi gajet ini
adalah kerana, bersesuaian dengan aktivti kokurikulum pada hari tersebut yang
mana murid-murid PPKI SK Matu Baru terlibat dengan Unit Beruniform Pengakap.
Seperti sebelumnya, aktiviti ini dimulakan dengan beberapa penerangan
tentang

langkah

keselamatan

yang

perlu

dititikberatkan

sepanjang

aktivti

berlangsung oleh guru pelatih. Kemudian, setiap murid diagihkan seutas tali setiap
seorang bagi mempelajari beberapa asas ikatan yang mudah seperti simpul manuk,
ikat mati, dan juga bunga keti. Murid-murid melihat demonstrasi yang ditunjukkan
oleh guru pelatih, kemudian mengikut setiap langkah yang ditunjukkan. Aktivti ini
menguji kemahiran murid-murid kerana rata-rata di antara mereka tidak mengetahui
cara mengikat yang betul. Namun demikian, atas bimbingan dan tunjuk ajar guru
secara berulang, murid-murid dapat menguasai beberapa jenis ikatan ini walaupun
tidak kesemuanya.
Setelah

itu,

aktiviti

diteruskan

lagi

dengan

membina

gajet

mudah

menggunakan chopstick, dan juga segulung tali. Setiap murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil mengikut pelbagai aras kebolehan. Dalam aktivti ini
mereka telah berjaya menghasilkan tempat untk memasak air, tempat untuk
meletakkan perkakas dapur, dan juga rak kasut. Walaupun gajet yang mereka bina
kelihatan kurang kemas, namun kegigihan dan kesungguhan mereka seharusnya
dipuji kerana dapat membina gajet yang kukuh. Kami yakin kemahiran mereka akan
semakin berkembang sekiranya aktiviti ini dilaksanakan secara berulang kali bagi
mengasah bakat sedia ada dalam diri mereka.
Dengan adanya terapi gajet ini, kami sedar bahawa sungguhpun mereka
mungkin agak istimewa berbanding kanak-kanak yang lain, namun keboelhan
mereka tidak seharusnya dipandang remeh. Saya berharap program ini akan dapat
diteruskan di sekolah bagi memantapkan lagi kemahiran mereka.

Terapi doh telah dilaksanakan pada hari terakhir Minggu Terapi dilaksanakan. Terapi
doh ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkat perkembangan motor kasar dan
motor halus murid-murid berkeperluan khas selain meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dalam diri mereka.
Seperti aktiviti terapi pada hari sebelumnya. Murid-murid telah dibahagikan
kepada tiga kumpulan kecil dan setiap kumpulan terdiri daripada 6 sehingga 7 orang
murid. Setiap kumpulan dibekalkan dengan tiga gelas tepung, segelas garam, lima
sudu minyak masak, besen, dan beberapa acuan pelbagai bentuk dan saiz.
Setiap kumpulan diminta untuk menguli doh mengikut demonstrasi yang
ditunjukkan oleh guru dengan bimbingan guru dalam setiap kumpulan tersebut.
Pada mulanya kami menjangkakan aktiviti ini akan mengambil masa yang lama
kerana khuatir tentang kemahiran mereka membuat doh, akan tetapi kami silap
kerana mereka berjaya membuat doh mengikut langkah yang telah ditunjukkan oleh
guru. Ini menunjukkan mereka mampu menerima arahan asalkan arahan tersebut
disampaikan dengan mudah dan jelas.
Setelah doh siap, setiap murid diminta untuk menghasilkan apa sahaja yang
terlintas di fikiran mereka sama ada menggunakan acuan yang disediakan atau
mengikut kreativiti sendiri. Setiap kumpulan diberikan satu talam untuk meletakkan
hasil yang telah direka oleh murid-murid berkenaan. Dalam fasa ini, apa yang
mengejutkan kami adalah kemahiran berfikir secara kreatif yang ditunjukkan oleh
mereka. Pada asalnya setiap kumpulan mewakili satu warna doh, namun mereka
bertukar doh dengan ahli kumpulan yang lain bagi menghasilkan pelbagai warna
dalam rekaan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka mampu berfikir secara
kreatif asalkan pemikiran mereka dirangsang dengan sebaiknya.
Kami merasa amat puas melihat hasil kerja yang ditunjukkan oleh mereka
selain keseronokan yang terpancar pada wajah mereka sepanjang melaksanakan
program ini. Kami berharap aktiviti ini tidak terhenti di sini sebaliknya akan
diteruskan lagi pada masa akan datang.

Atas kejayaan dalam melaksanakan program Minggu terapi ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih buat Guru Besar SK Matu Baru, Encik Ahmad bin
Sauti kerana telah memberi kelulusan untuk melaksanakan projek ini. Kami juga
ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua warga PPKI SK Matu Baru atas
kerjasama, bimbingan, dan sokongan yang tidak pernah putus sepanjang
melaksanakan program ini.
Besar harapan kami agar program seperti ini akan terus dijalankan bagi
membantu murid-murid berkeperluan khas meningkatkan kemahiran sedia ada
dalam diri mereka selain mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
untuk mereka.

Laporan Disediakan Oleh:

__________________________________
(SAIDATUL NAZIRA BINTI MOHD ROSLEY)
Setiausaha Program Minggu Terapi
SK Matu Baru ,Kuching
Sarawak.

LAPORAN PROGRAM MINGGU TERAPI


2016
PISMP AMBILAN JANUARI 2013
(PROGRAM INTERNSHIP)
SEMESTER VI
25-29 OGOS 2016
DI
PPKI SK MATU BARU, KUCHING,
SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai