Anda di halaman 1dari 9

Memiliki harta banyak, pangkat besar, kedudukan hebat, kereta

besar dan pelbagai lagi kenikmatan dunia ini adalah kemuliaan


yang sangat besar di mata sesetengah orang.
Terkadang, ia menjadi punca orang merasa dirinya lebih baik
berbanding orang lain.
Hakikatnya, dia tidaklah semestinya lebih baik. Barangkali di
matanya dia melihat dirinya lebih dari orang lain, tetapi
realitinya tidaklah seperti itu.
Dia mungkin memiliki harta banyak, kemewahan, kereta besar,
rumah besar dan pelbagai lagi harta dunia, namun ada banyak
perkara mungkin yang hilang dari dirinya.
Demikian Allah Mendidik Kita Melalui Kisah Pemilik Dua
Kebun
Di dalam Al-Kahfi, salah sebuah kisah yang masyhur iaitu
tentang pemilik dua kebun, memberikan pengajaran besar
kepada kita bahawa fitnah harta atau nikmat dunia ini perlu
ditempuhi dengan keimanan.
Tanpa keimanan, kita akan jadi makhluk sombong yang perasan
bahawa harta yang berada di tangan ini diperolehi hasil usaha
kita semata-mata. Terlupa bahawa Allahlah yang memberikan
dan menganugerahkannya. Tanpa keimanan, harta hanyalah
akan menjadi penyebab kepada kerosakan diri kita. Bahkan,
bukan kita lagi yang memiliki dan menjadi tuan ke atas harta
itu, tetapi harta itulah yang nantinya memiliki diri kita dan
menjadi tuan pula ke atas diri kita.
Kita tidak lagi dapat mengawalnya, bahkan harta itulah yang
mengawal kita pula sehingga segala urusan kita, ditentukan
kepentingannya mengikut kepentingan harta. Harta tidak lagi
berada di tangan untuk dikawal, tetapi telah menjadi berhala
dalam hati yang mengawal segala tindakan kita.
Demikian Allah mengingatkan di dalam Al-Kahfi melalui kisah
pemilik kebun agar kita berhati-hati dengan fitnah harta.
Pemilik kebun yang diceritakan di dalam surah Al-Kahfi ini
adalah manifestasi kisah fitnah harta yang sering berlaku
dalam kalangan masyarakat kita.
Dia diberikan harta bukan saja dari kualiti yang terbaik, tetapi
juga dengan kuantiti yang terbaik.

Sepatutnya dia menyedari bahawa apa yang dia miliki itu


sebenarnya hanyalah pinjaman Allah ke atas dirinya, namun dia
bongkak menyatakan bahawa dialah yang memiliki
kesemuanya itu, sedangkan tiadalah dia memiliki harta yang
banyak itu melainkan dipinjamkan Allah untuk seketika sahaja.
Bila Mula Merasa Ana Aksaru Minka, Aazzu Nafara
Ketika dia mula menyandarkan apa yang dia miliki itu kepada
dirinya, tidak lagi kepada Allah, maka mulalah timbul bibit
kesombongan.
~Ana aksaru minka malan wa aazzu nafara~
Hartaku lebih banyak darimu dan pengikut-pengikutku
lebih ramai. [Al-Kahfi : 34]
Kesombongan adalah penyakit yang mengeluarkan iblis dari
syurga dan kekal di dalam api neraka. Kesombongan berlaku
bila kita merasa diri kita lebih dari orang lain.
Di saat kita merasa lebih dari orang lain, kita mula
memandang bahawa orang lain itu kurang dan bawah
daripada kita.
Demikianlah orang sombong selalu mendakwa dirinya itu lebih
baik dari orang lain, mendakwa dirinya itu lebih bagus dari
orang lain.
Zahir di mata nampak dirinya lebih, tetapi pada hakikatnya
mungkin banyak lagi kekurangan pada dirinya itu.
Hakikatnya, dakwaan bahawa dia lebih dari orang lain itu
hanyalah prasangka dirinya semata-mata. Hanya kerana harta
seseorang itu banyak, keretanya hebat, pangkat dan
kedudukannya besar, tidaklah semestinya dia itu lebih dari
orang yang hidupnya biasa-biasa saja atau tidak memiliki
sebagaimana yang dia miliki itu.
Menentukan Nilai Lebih Dan Kurang Mengikut
Neraca Iman Atau Pandangan Manusia?
Kadangkala, kita dapati orang yang hidupnya mewah, kaya,
memiliki pelbagai kesenangan pula dalam hidupnya, kalau
memiliki perasaan sombong dan merasa lebih baik dari orang
lain, ia selalu terdorong memandang rendah kepada orang lain

sehingga dia merasa dia memiliki kekuasaan ke atas orang lain


dengan harta yang dimilikinya.
Demikian juga, kebiasaannya orang yang tidak memiliki
kekayaan sebagaimana yang dimiliki oleh orang lain, tidak
menduduki jawatan atau posisi hebat sebagaimana yang
dimiliki oleh orang lain, dia selalu terdorong merasa rendah diri
kepada orang yang dilihatnya mempunyai kelebihan dari sudut
harta dan kedudukan itu.
Bagaimana sepatutnya menentukan siapa yang lebih, siapa
yang kurang?
Al-Kahfi membetulkan cara pandang kita terhadap masalah
nilai lebih dan kurang ini.
Orang yang punya kedudukan besar, harta banyak, kaya
tidaklah semestinya dia itu lebih. Bukan itu yang menentukan
seseorang itu lebih atau kurang, kerana akhirnya di dalam kisah
pemilik dua kebun ini, Allah hancurkan kebunnya itu sehingga
licin tidak tinggal apa dengan mudah sahaja.
Allah boleh ambil semula apa yang telah pernah
dipinjamkannya dahulu kepada manusia pada bila-bila masa
saja.
Namun, begitulah manusia yang telah meletakkan dunia di
dalam hatinya, dengan kelebihan harta yang dimilikinya, maka
dia seringkali menyangka orang lain itu kurang daripada
dirinya.
Sebab itu, ketika kawannya si mukmin itu memberi respon
semula kepada si kufur dalam kisah pemilik dua kebun itu, dia
mengatakan, Kalaulah engkau melihat aku kurang
daripada engkau dari sudut harta dan keturunan [AlKahfi : 39]
Dengan maksud lain kita boleh faham di sini adalah, engkau
lihat, engkau sangka aku kurang. Tapi hakikatnya aku
tidaklah merasai sebagaimana yang engkau sangkakan.
Bahkan mungkin engkau yang kurang sebenarnya. Kurang
bahagia, kurang nikmat berTuhan, hidup jauh dari petunjuk,
hidup tanpa makna, tidak tahu tujuan berada di dunia. Aku
walaupun tak punya harta sebanyak engkau, tak punya
kedudukan hebat sebagaimana engkau, tak punya kereta
besar seperti engkau, namun aku kenal jalan pulang menuju

Tuhan, tahu arah tuju hidup, ke mana aku mahu pergi dengan
apa yang aku miliki ini.
Jadi, siapa lebih, siapa kurang sebenarnya?
Siapa kaya, siapa miskin sebenarnya?
Ramai orang kaya di dunia mati bunuh diripun kerana akhirnya
kekayaan hidup tidak menemukan dirinya kepada makna hidup,
untuk apa hidupnya, sejauh mana dia mahu pergi. Ramai juga
artis yang bunuh diri kerana akhirnya dalam kemasyhuran
hidup, dia sesat tidak bertemu jalan pulang.
Maka, siapa yang lebih, siapa yang kurang sebenarnya
sekarang?
Penutup : Akhirnya Iman Adalah Ukuran Sebenar Kita
Kaya, memiliki harta banyak tidaklah salah kalau kita tidak
sombong.
Antara fitnah yang sering melanda ramai orang adalah bila dia
memiliki harta, maka dia mula lupa diri, lupa Tuhan. Bila diri
jauh dan renggang dari Allah s.w.t, maka banyak tindakan mulai
melampaui batas dan melanggar hak Allah s.w.t.
Sebab itu akhirnya Allah menutup kisah pemilik dua kebun
dalam AL-Kahfi ini dengan peringatan yang mengingatkan
bahawa iman adalah ukuran sebenar dalam hidup kita.
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan
dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh
adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih
baik untuk menjadi harapan. [Al-Kahfi : 46]
Jangan tersilap meletakkan nilai. Bila kita meletakkan harta
sebagai neraca, kedudukan hebat sebagai neraca, maka nilai
dalam hidup kita menjadi semakin kecil kerana kita meletakkan
nilai hidup pada perkara-perkara yang tidak kekal dan tidak
dapat dibawa pulang ke akhirat.
Harta dunia hanya setakat di dunia dan akan musnah juga.
Tidaklah ada yang dapat kita bawa pulang kepada Allah
melainkan iman dan amal yang soleh jua.
Maka merasa lebih berbanding orang lain dengan apa-apa di
dunia ini adalah tanda kita tertipu. Sebaliknya, kalau orang
memandang rendah kepada kita kerana dia merasa lebih dari

kita, itu tidaklah membawa maksud kita juga menjadi rendah


nilai di sisi Allah.
Kerana akhirnya iman kepada Allahlah yang menjadi ukuran
sebenar dalam hidup kita, yang menentukan mulia atau tidak,
yang menentukan lebih kurangnya nilai dalam diri seseorang.

SURAH AL-KAHFI: IBRAH DI SEBALIK KISAH

Apabila disebut surah Al-Kahfi, terbayang dibenak akal


setiap muslim yang rajin membaca Al-Quran akan sebuah kisah sekumpulan pemuda yang ditidurkan
Allah SWT di dalam gua selama ratusan tahun. Terbayang juga di fikiran setiap muslim yang amat kuat
pegangan sunnahnya tentang tuntutan membaca surah ini setiap hari Jumaat berbanding surah-surah
lain dari Al-Quran.
Pembaca Al-Quran yang bijak bukan sekadar mengetahui tentang tuntutan membacanya mengikut
sunnah atau mementingkan kuantiti bacaan harian atau mingguannya. Bukan juga yang hanya
mementingkan perincian kisah-kisah yang terkandung di dalamnya. Tetapi, kemampuan pembaca untuk
menelusuri ibrah disebalik kisah yang menjadikan mereka mampu menjadi orang yang bijak
berinteraksi dengan Al-Quran. Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi
pelajaran yang mendatangkan iktibarbagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (kisah nabi-nabi
yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan
apa yang tersebut di dalam kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan
yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu)
beriman. (Yusuf:111)
Walaupun surah ini meceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang perinciannya,
setiap darinya melambangkan keperluan menjadikan IMAN dan TAWHID sebagai dasar dalam segala
aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan kepada orang yang beriman, cara untuk
membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang
membuat keputusan yang betul. Apa maksud membuat keputusan yang betul?
1. Kisah Ashabul Kahfi: Antara kesempitan gua dan keluasan, kemewahan dunia demi menyelamatkan
iman. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah
yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari
rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu
dengan memberikan bantuan yang berguna".(Al-Kahfi:16)
2. Kisah Pemilik Dua Kebun: Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Berkatalah rakannya
kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang
menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna
sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah,
Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk

ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan
anak, berbanding denganmu (Al-Kahfi:37-39)
3. Kisah Nabi Musa dan Khidir: Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT.
Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri.
Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar
mengenainya".(Al-Kahfi:82)
4. Kisah Zulqarnain: Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan. (Setelah itu) berkatalah
Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan
menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi:98)
Kita akan sentiasa mengalami konflik dalam hidup. Konflik dalaman dan luaran. Keputusan perlu dibuat.
Ibrah dari Al-Kahfi membuat kita berfikir sebelum keputusan dibuat: Apa yang ALLAH SWT hendak aku
buat? Bukannya: Apa yang AKU hendak buat? Bukan juga: Apa yang ORANG LAIN hendak aku
buat? Itu melambangkan setiap aktiviti kita dipengaruhi IMAN dan TAWHID supaya setiap aktiviti tersebut
tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT:
Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling kerugian amal
perbuatannya?"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan
mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. (Al-Kahfi: 103-104)
abufahim-uia

KISAH Nabi Musa AS dan Khidir adalah kisah menarik dan banyak pengajaran yang boleh diambil
daripadanya. Dalam hadis diriwayatkan Imam Al-Bukhari: "Semasa Musa berdiri di khalayak Bani Israel,
datang seorang lelaki lalu beliau bertanya: "Adakah engkau mengetahui sesiapa yang lebih berilmu
darimu?"
Jawab Nabi Musa: "Tidak." Lalu ALLAH memberi wahyu kepada Nabi Musa dengan menjawab: "Bahkan,
hambaku Khidir (lebih berilmu darimu)." Lalu Musa bertanya bagaimana untuk menemuinya?
Hadis di atas bukanlah menunjukkan Nabi Musa sombong. Bahkan, Nabi Musa hanya bersangka
beliaulah yang paling berilmu kerana kitab Taurat diturunkan kepada beliau.
Sambungan kepada kisah ini terdapat dalam Surah Al-Kahfi ayat 60 hingga ayat 82.
Antara lima pengajaran yang boleh diambil daripada Surah Al-Kahfi:1. Kesungguhan dalam menuntut ilmu
Ayat dalam Surah Al-Kahfi ayat 60 menerangkan kesungguhan Nabi Musa menempuh satu perjalanan
yang jauh dan lama demi mencari seorang yang lebih alim daripadanya (Khidir) demi menuntut ilmu.
Penuntut ilmu juga perlu mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana jika kita tidak
bersungguh, ilmu kita tidak akan bertambah dan ia tidak akan membawa kita kepada kejayaan yang ingin
dicapai.
2. Pengorbanan
Surah Al-Kahfi ayat 62 menjelaskan mengenai perjalanan untuk mencari Khidir bukanlah satu perjalanan
yang mudah bagi Nabi Musa dan penemannya. Nabi Musa perlu menempuh kesusahan akibat
kekurangan makanan, perjalanan yang sangat jauh dan meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu.
Begitu juga bagi penuntut ilmu, perlunya penuntut ilmu berkorban tenaga dan jiwa raga demi menuntut
ilmu hingga berjaya menguasai ilmu tersebut.
3. Rendah diri

Dalam ayat 66 Surah Al-Kahfi ada menerangkan walaupun Musa mempunyai darjat yang lebih tinggi
(seorang Rasul ulul azmi) daripada Khidir. Namun baginda tetap merendah diri dan bertanya kepada
Khidir dengan sopan untuk menimba ilmu daripadanya. Seorang penuntut ilmu perlulah mempunyai sifat
rendah diri kepada gurunya, walaupun insan yang berkongsi ilmu tersebut mungkin lebih rendah daripada
kita. Al-Quran mengajar kita untuk merendah diri dan terus menghormati guru kita.
4. Taat kepada guru
Surah Al-Kahfi ayat 69 juga menerangkan Nabi Musa taat kepada syarat yang diletakkan gurunya, Khidir
walaupun kedudukan Nabi Musa lebih tinggi daripadanya. Seorang penuntut ilmu perlu taat akan syarat
dan memenuhi disiplin seorang penuntut ilmu untuk berjaya.
5. Bersabar
Musa berkata: "Janganlah engkau menghukum aku disebabkan aku lupa dan janganlah engkau
membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku." (Surah Al-Kahfi: 73) Khidir melakukan tiga
perkara yang pada mata Musa, ia bercanggah dengan hukum ALLAH. Apabila Musa mempersoalkan
perkara tersebut, Khidir mengingatkan Musa mengenai perjanjian mereka. Nabi Musa terus bersabar
dengan syarat yang diberikan oleh Khidir.
Penuntut ilmu juga perlu bersabar semasa menimba ilmu. Jangan sesekali mengalah dalam medan ilmu
dan teruslah bersabar demi memetik mutiara ilmu di dada ilmuwan. Ada kalanya, guru akan melakukan
perkara yang membuat kita hilang sabar semasa menuntut ilmu.
Ada juga situasi yang mana guru membuat perkara yang tidak wajar, namun penuntut ilmu haruslah
"buang yang keruh, ambil yang jernih" daripada situasi tersebut.
Jangan diikuti perkara yang salah, dan terus konsisten dalam menuntut ilmu. Penuntut ilmu perlu sedar
hakikat tidak semua guru sempurna, ada kalanya mereka juga melakukan kesilapan.
Demikianlah lima perkara yang dapat dipelajari daripada Surah Al-Kahfi. Semoga perkongsian ringkas ini
memberi manfaat dunia dan akhirat buat pembaca. Ayuh kita terus berusaha menjadi penuntut ilmu di
bawah lembayung qurani.
Berminat untuk mempelajari pengajaran daripada kehidupan Nabi Musa dengan lebih mendalam, anda
dijemput untuk menghadiri seminar "Apabila Laut Terbelah: Ibrah Kisah Nabi Musa". Seminar ini
mensyarahkan pengajaran daripada kehidupan Nabi Musa sejak kelahirannya hingga baginda menjadi
seorang Rasul. Maklumat lanjut, layari bit.ly/ibrahmusa atau hubungi kami di talian 03-8912 0898.
WAN AHMAD FADHIL KHALID
Eksekutif Operasi di Akademi Sinergi Ikhlas
Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman
sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.
Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam
zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya.
Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun
lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan
ke tempat yang lebih jauh.
Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan
mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun.

Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah
hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi
itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat
perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka
telah tidur di dalam gua itu terlalu lama.
Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk
mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya,
mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu
dan tidak diterima oleh penjual makanan.
Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah
mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi
mereka bersembunyi di dalam gua itu.
Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyunduyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu.
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh
Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk
memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang
dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi,
walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku.

Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara
itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari
kejadian ganjil itu disitu.
Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah
para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih
hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah
penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur
di dalam gua itu.
Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang
mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang
diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya.

Anda mungkin juga menyukai