Anda di halaman 1dari 4

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

kod etika
keguruan

falsafah
pendidikan
kebangsaan

rukun
negara

Aspirasi
negara

falsafah
pendidikan
guru

wawasan
2020

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat


pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Aspirasi Negara merupakan
salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku
kepada guru di Malaysia. Motto Guru Berkualiti Aspirasi Negara mempunyai pengertian
yang amat meluas.

Peranan Guru Moral Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (FPK)


FPK antara lain menyatakan, Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan kearah
mengembangkan

lagi

potensi

individu

mewujudkan insan yang seimbang

secara menyeluruh

dan

bersepadu

untuk

dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi mereaisasikan


hasrat yang terkandung dalam FPK, guru perlu memahami secara mendalam hasrat dan
cita-cita.
Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi
bertanggungjawab

menyampaikan

ilmu

pengetahuan

kepada

murid,

tetapi

bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang

dan budaya yang diterima olehnya. Berdasarkan inti pati FPK ini, guru memainkan peranan
yang penting sebagai penggilap potensi anak muridnya. Setiap manusia diberi kelebihan
dan keistimewaan masing-masing, tetapi tetap jua mempunyai kelemahan tersendiri.
seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak
disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Guru juga bertindak sebagai
pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Guru
sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling
untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan.Guru juga adalah
pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya
menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. peranan guru seterusnya ialah
sebagai pendorong pemikiran kritis dan kritis anak muridnya.
Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pendidik kemahiran asas. Kemahiran
asas yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran bertutur. Ini kerana keupayaan bertutur
merupakan salah satu keutamaaan kepentingan bagi seseorang manusia.
Peranan Guru Pendidikan Moral Dalam Kod Etika Perguruan.
Peranan guru dalam kod etika perguruan mampu memartabatkan profesion perguruan itu
sendiri. Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi role modal kepada pelajar. Perlakuan guru yang baik
dididik berdasarkan kod etika perguruan secara tidak langsung mempengaruhi sikap murid
dalam memperkembangkan lagi potensi mereka kearah yang lebih cemerlang. Peranan
etika keguruan sebenarnya begitu berkait rapat dalam usaha kuat guru-guru dalam
memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Kualiti pengajaran yang berkesan dengan
penampilan guru yang padu amat membantu dalam membentuk tingkah laku murid. Guru
seharusnya melaksanankan tugas dengan penuh dedikasi dalam kelas disamping mematuhi
masa dan melaksanakan pelbagai kaedah pengajaran yang berkualiti.
Seorang guru pendidikan moral juga Guru seharusnya menghargai tanggungjawab
ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra
dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Tambahan pula,
guru perlu menjaga sensitiviti keluarga murid dengan merahsiakan maklumat berkenaan
maklumat peribadi

murid daripada orang lain. Selain itu, guru turut berperanan dalam

memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Peranan Guru Dalam Rukun Negara.


Bagi memenuhi prinsip yang terkandung dalam terkandung dalam rukun Negara, Guru
Pendidikan Moral adalah agen penting dalam mengajar murid secara lagsung tentang
amalan murni dan nilai patriotik di sekolah berbanding guru yang menggunakan pendekatan
bersepadu dalam menerapkan nilai murni.
Berdasarkan prinsip pertama dalam rukun Negara, jelas menunjukkan bahawa pihak
sekolah dan guru-guru mesti meningkatkan kepercayaan anak-anak mereka kepada tuhan
dan agama. Bagi prinsip kedua, guru perlu menekankan kepentingan setia kepada raja dan
Negara dengan memastikan murid menghayati setiap prinsip rukun Negara. Seterusnya,
dalam prinsip yang ketiga pula guru sewajarnya menegaskan tentang kepentingan
kesepaduan antara kaum yang menjadi perkara asas dalam membina masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa dengan menggalakkan murid menggunakan bahasa kebangsaan
dalam pertuturan seharian. Bagi prinsip empat, guru pendidikan moral boleh mendidik
murid-murid untuk mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah seperti menjaga
kebersihan.sekolah. didikan sedemikain boleh mendidik murid agar lebih berdisiplin dalam
kehidupan. Prinsip yang terakhir menjadikan guru berperanan untuk menjaga keterampilan
diri dari hujung rambut ke hujung kaki, kerana guru adalah idola murid-murid.
Peranan Guru Dalam Mencapai Wawasan 2020
Dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya, dan utuh nilai
keagamaannya seperti yang dihasratkan dalam wawasan 2020, guru pendidikan Moral
sekali lagi memainkan peranan yang cukup kuat dalam dalam memastiakn masyarakat pada
hari ini dan hari mendatang memenuhi aspek-aspek yang ditekankan dalam mencapai
wawasan 2020.
Guru perlu tahu peranan bagaimana untuk menyemai Keteguhan nilai-nilai yang positif di
dalam jiwa masyarakat tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama supaya dapat kita
memberi komitmen sebagai bangsa Malaysia yang semerlang. Perpaduan akan memberi
banyak kebaikan dalam perhubungan antara kaum di negara ini. Sikap tolak ansur yang ada
pada rakyat Malaysia dapat melahirkan dan mengekalkan perpaduan kaum dalam jangka
masa panjang dan menjadi landasn kepada kerjasama seterusnya. Oleh itu, dalam hal ini
guru sememangnya penting dalam pemupukan nilai perpaduan sejak di peringkat sekolah
lagi. Hal ini bertujuan generasi mudah mengikuti pengajaran pada usia muda bak kata
pepatah melentur buluh biar lah dari rebungnya.

Peranan Guru Dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


Sebelum seorang guru mendidik generasi baru, guru perlulah mempersiapka diri mereka
dengan pelbagai kelengkapan. Guru mengajar di murid di sekolah umpama mereka sedang
berjihad dalam memprjuangkan nasib Negara pada masa hadapan. Oleh itu kelengkapan
sejata dan strategi perlu ada sebelum pergi berjihad. Maksud analogy tersebut adalah guru
perlu mempersiapkan diri mereka dengan akhlak yang mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, dalam menjunjung aspirasi Negara. Hal ini bertepatan dengan intipati yang
dikemukakan dalam FPG. Oleh itu, diharap guru lepasan daripada university mahupun
maktab haruslah berkaliber tinggi, berkebolehan serta dapat mengamalkan nilai-nilai murni
dan menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara.
Sebagai guru Pendidikan Moral, ia mestilah berpegang teguh kepada FPG agar
dapat melahirkan murid-murid yang memenuhi kehendak aspirasi Negara.

Anda mungkin juga menyukai