Anda di halaman 1dari 92

PENGGUNAAN KAEDAH GERAFAZ MEMBANTU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH AL


ADIYAT

MUHAMMAD ZAHIDAN BIN ARIFFIN

INSTITUT PENDIDIKANGURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

NOVEMBER 2016

PENYELIDIKAN TINDAKAN :
PENGGUNAAN KAEDAH GERAFAZ MEMBANTU
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH AL
ADIYAT

MUHAMMAD ZAHIDAN BIN ARIFFIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian


daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dengan

Kepujian

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2016

PENGESAHAN PENYELIA

SAYA AKUI BAHAWA SAYA TELAH MEMBACA LAPORAN


PENYELIDIKAN INI DAN PANDANGAN SAYA KARYA INI TELAH
MEMADAI DARI SEGI SKOP DAN KUALITI UNTUK TUJUAN
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN
KEPUJIAN
PENGAJIAN AGAMA

TANDATANGAN :

NAMA PENYELIA

TARIKH

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI LAPORAN KAJIAN INI ADALAH HASIL KERJA SAYA


SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP
SATUNYA TELAH JELASKAN SUMBERNYA

TANDATANGAN :
NAMA PENULIS :

TARIKH

PENGHARGAAN
SAYA MENGAMBIL PELUANG INI MERAKAMKAN
PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA DAN UCAPAN
JUTAAN TERIMA KASIH
DEDIKASI KHUSUS BUAT ;
AYAH DAN IBU YANG DISAYANGI,
ALLAHYARHAM ARIFFIN BIN ISMAIL
KHADIJAH BINTI MAT LANAN
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN DORONGAN YANG
KALIAN BERIKAN
PENSYARAH PENYELIA, USTAZ FATHI ,
PENSYARAH-PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL,
PENSYARAH-PENSYARAH JABATAN AL QURAN DAN SUNNAH,
PENSYARAH-PENSYARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,
SAHABAT-SAHABAT DAN DIA DISAYANGI,
JASA KALIAN TIDAK MAMPU SAYA BALAS.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menghafaz
Surah Al Adiyat melalui penggunaan Kaedah Gerafaz.
Pelaksanaan kajian ini melibatkan sebuah sekolah rendah di
Banting , Selangor. Empat orang responden telah dipilih dalam
kalangan murid tahun empat. Instrumen pengumpulan data yang
digunakan ialah ujian pra, uiian pasca, temu bual, dan borang soal
selidik. Kaedah analisis data menggunakan analisis kandungan
manakala teknik semak data adalah triangulasi sumber.
Perbandingan ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan
markah yang ketara bagi setiap peserta kajian di mana akhirnya,
semua peserta kajian telah mendapat mencapai objektif pelajaran.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Kaedah Gerafaz Surah
Al Adiyat ini amat berkesan dan sangat membantu dalam
meningkatkan kemahiran menghafaz Al-Quran peserta kajian.
Antara cadangan bagi kajian seterusnya ialah memfokuskan lagi
kaedah pengajaran, meluaskan pemilihan peserta kajian,
mengaplikasikan surah lain, dan memanjangkan tempoh kajian.
(kata kunci: kemahiran menghafaz, Kaedah Gerafaz Surah Al
Adiyat, Al Quran).

ABSTRACT
This study was conducted to improve the mastery level of
memorizing skill in memorizing surah Al Adiyat through Gerafaz
Method. The implementation of this study involved a primary
school in Banting. A total of four respondents were selected from
the year four pupils. Instruments used to collect the data are the
pre-test, post-test, interviews, and questionnaire. Data analysis
used was content analysis, while the technique of revising data was
source triangulation. The comparison between pre-test and posttest results showed improvement of distinct scores among each
respondent, which was in the end, everyone achieved full marks.
Through the use of Gerafaz method, study findings show effective
impact and was very helpful in improving the mastery level of
memorizing skill in memorizing surah Al Adiyat. Suggestions
include for further study are to focus on teaching methods,
expanding the selection criteria of the respondents, using other
surah, and prolong the period of study.
(Keywords: Memorizing Skill, Gerafaz Method, Al-Quran).

KANDUNGAN
HALAMA
N
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
x
xii
xiii

PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN PENGKAJI
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
1.1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


2.1
FOKUS KAJIAN
2.1 Pemilihan Fokus Kajian

3
9

2.2 Pengumpulan Data Awal

11

2.3 Tindakan

15

3.1
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.
1 Objektif Kajian
3.
2 Soalan Kajian

17
17

4.
0

PESERTA KAJIAN

18

5.
0

PELAKSAAAN TINDAKAN

20

CARA PENGUMPULAN DATA


6.1 Pemerhatian

28

6.2 Temubual

29

6.3 Dokumen :
6.3.
1
Jurnal refleksi pengajaran guru

30

6.3.
2
Lembaran kerja

30

6.0
DAPATAN KAJIAN
7.1 Soalan Kajian 1

31

7.2 Soalan Kajian 2

37

7.0 REFLEKSI

43

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

46

9.0 RUJUKAN

48

LAMPIRAN

50

SENARAI JADUAL
Halama
n

Jadual
1

Kumpulan sasaran

19

Jadual perancangan tindakan

22

Keputusan lembaran kerja

34

Analisis Pemerhatian (proses

35

10

pembelajaran)
5

Data pemerhatian (tingkah laku)

40

SENARAI RAJAH

Halama
n

Rajah
1

Model kajian Kemmis dan McTaggart

20

Formula warna

24

11

1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Ayat-ayat hafazan Al-Quran merupakan satu komponen yang
terdapat dalam bahagian Tilawah Al-Quran. Sukatan pelajaran ini
adalah selaras dengan program j-QAF namun dilaksanakan oleh
semua Guru Pendidikan Islam (GPI) di semua sekolah rendah.
Kandungan pelajaran ini wajib diikuti oleh semua murid Islam
sekolah rendah pada semester kedua persekolahan. Pada
kebiasaannya, murid- murid perlu menghafaz beberapa ayat bagi
surah-surah tertentu dalam masa dua waktu pembelajaran. Oleh
sebab mata pelajaran ini perlu dihabiskan sepanjang tempoh
persekolahan murid, maka berlakulah masalah murid yang terabai
mutu bacaan Al-Quran dan tidak mencapai objektif pembelajaran
disebabkan hendak mengejar silibus di sekolah. Keadaan ini berlaku
di setiap sekolah yang saya hadiri. Justeru, kajian ini mula
dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran menghafaz
Surah Al Adiyat dalam kalangan responden dengan penggunaan
Kaedah Gerafaz Surah Al Adiyat yang dicadangkan oleh saya.
Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi
yang tinggi bagi pelajar-pelajar menguasainya dengan berkesan.
Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti
terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan

mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca


dan memahami formula atau fakta tertentu. Mereka
menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya
mereka tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran
hafazan. Ini menyebabkan soalan bahagian tilawah yang
memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan
dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan.
Kajian ini akan dilakukan ke atas empat orang pelajar Tahun 4 di
sebuah sekolah di Banting. Saya telah memilih kaedah dalam kajian
ini iaitu Gerafaz Surah Al Adiyat.
1.2 REFLEKSI PENGALAMAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selama tiga bulan berada di tersebut , saya dapati tahap
penguasaan hafazan bacaan Al-Quran murid sekolah ini agak
kurang memuaskan bagi surah-surah lazim, begitu juga hafazan
ayat-ayat surah hafazan. Guru sedia ada banyak menggunakan
kaedah Bacaan Ikut Guru (BIG) pada awalnya dan ulangan (tikrar)
untuk mengajar murid menghafaz. Namun demikian, bilangan
murid yang dapat menghafaz keseluruhan surah bagi bahagian
pertama ayat 1 hingga 5 Surah Al Adiyat adalah sedikit, tidak
termasuk bahagian Surah Al Adiyat ayat 6-11. Tahap kekurangan
minat, motivasi menghafaz serta memahami maksud ayat adalah
2

sangat merunsingkan. Guru terpaksa menggunakan kaedah


berpusatkan guru bagi memenuhi silibus yang

telah ditetapkan.

Justeru, saya ingin menambah baik amalan P&P untuk membantu


murid meningkatkan kemahiran menghafaz bagi Surah Al Adiyat
melalui penggunaan kaedah dan rangsangan yang bersesuaian.
Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah yang
digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Mata pelajaran
Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai
mata pelajaran mudah lulus oleh pelajar kerana mereka beragama
Islam. Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam
menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa
berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah,
sirah, tilawah al-Quran, hadis, akhlak, jawi dan amali. Bidang
tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan
kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan ayat, hafazan dan
pengertian ayat. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan
penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin
dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh
dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau
fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

Pada 15 Februari 2016 iaitu pada hari Isnin yang lalu, saya
telah masuk ke kelas tahun 4 untuk kelas Al Quran hafazan. Oleh
itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan
murid-murid tahun 4 tersebut untuk mengetahui sejauh mana
kekuatan dan cara hafazan bagi surah yang telah ditetapkan
mengikut silibus. Oleh itu, saya merancang satu aktiviti untuk
mengenal pasti tahap hafalan dan cara murid berkenaan tajuk yang
telah dipilih dan mengenal pasti peserta kajian yang sesuai untuk
menyertai kajian yang akan saya lakukan. Saya telah memilih
untuk

menggunakan

teknik

menghafal

ayat

hafazan

secara

permainan dadu untuk mencungkil pengetahuan murid di samping


memerhatikan perlakuan murid yang telah dibahagikan kepada
beberapa

kumpulan.

Sepanjang

aktiviti

permainan

dadu

ini

berjalan, terdapat beberapa orang murid yang terlalu aktif untuk


membaca soalan bagi pihak kumpulan masing-masing. Pada
pendapat saya, objektif untuk kelas tersebut tercapai kerana semua
murid berlumba-lumba untuk membaca hafalan dengan betul untuk
mendapat

mata

kumpulan.

beberapa orang murid

Namun

begitu,

saya

mengesan

yang bermain-main di belakang kelas

kerana tidak dapat fokus dengan permainan tersebut. Saya juga


mengesan beberapa orang yang bergaduh untuk membaca ayat

yang telah ditetapkan. Terdapat juga murid yang tidak serius dalam
memberikan hafalan tasmik.
Saya dapat melihat kebanyakan murid dapat memahami konsep
menghafal dengan baik. Cuma terdapat beberapa orang murid
yang masih tidak dapat menghafal dengan baik walaupun telah
diterangkan cara hafalan dan diberikan masa oleh guru. Apabila
saya menyuruh untuk menyambung bacaan, beberapa orang murid
mula tidak dapat menyambung ayat tersebut. Walaupun arahan
tersebut nampak mudah kerana menyambung ayat, sesetengah
daripada mereka tetap keliru kerana kadang-kadang mereka
terlupa dan gelisah semasa membaca ayat hafazan. Oleh itu, saya
mengambil nama mereka untuk membuat saringan dan membuat
perkaitan dengan dokumen-dokumen serta pencapaian mereka di
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Saya juga berkolaborasi
dengan guru-guru yang mengajar mereka untuk mendapatkan info
berkenaan mereka.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya adalah lebih tertumpu kepada untuk
membantu guru membaiki amalan pengajarannya kepada satu
kaedah yang lebih baik yang dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam menghafaz surah-surah pilihan Al Quran.
2.1

Isu Keprihatinan

Berdasarkan refleksi yang telah saya nyatakan, saya dapat


membuat kesimpulan dan mengenalpasti bahawa masalah utama
yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah masalah menghafaz
surah-surah pilihan pendek. Mereka sering kali terlupa untuk
menyambung untuk ayat seterusnya apabila diuji melalui ujian
tasmik hafazan. Hal ini berikutan, saya mendapati murid-murid
saya seringkali melakukan kesilapan yang sama apabila saya
meminta mereka untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.
Hal ini kerana mereka tidak dapat membezakan ayat yang
mempunyai bentuk dan sebutan yang sama semasa membuat
latihan lembaran kerja. Saya merasakan bahawa mereka kurang
didedahkan dengan kaedah yang khusus untuk membaca dan
menghafaz dan juga strategi pengajaran guru yang kurang
berkesan menyebabkan mereka tidak dapat membaca dan
menghafaz surah dengan betul.
Dengan rasa penuh tanggungjawab saya berasa saya perlu
membuat sesuatu untuk menangani masalah ini daripada terus
berlanjutan. Sebagai seorang guru, kita seharusnya peka dengan
masalah yang dialami oleh murid-murid terutamanya di dalam bilik
darjah dan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu
murid-murid. Sekiranya masalah tersebut dibiar berlarutan tanpa
tindakan yang khusus dikuatiri murid-murid akan sentiasa

mengulangi kesalahan mereka yang sama dan akan tercicir dalam


Pelajaran Hafazan Al Quran. Kebolehan membaca dan menghafaz
surah Al Quran amat penting di dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam tidak kira sama ada di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah. Hal ini kerana, kebanyakan
bahan pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan berkaitan dengan Al
Quran.
Sekiranya murid tidak dapat menguasai tulisan bacaan dan
hafazan dengan sebaiknya, maka mereka akan sentiasa
ketinggalan dan terus tercicir berbanding murid-murid yang tahu
membaca dan menghafaz terutama apabila mereka menjejakkan
kaki ke sekolah menengah kelak.Sekiranya dari peringkat sekolah
rendah lagi mereka tidak menunjukkan minat dalam bidang tilawah
Al Quran Hafazan dikhuatiri masalah ini akan terbawa-bawa
sehingga ke peringkat sekolah menengah nanti. Hal ini kerana,
bacaan dan hafazan merupakan kemahiran asas yang penting bagi
murid-murid beragama Islam dalam mempelajari bidang-bidang
lain yang terdapat di dalam Pendidikan Islam seperti Ulum Syariah,
Adab Islamiah, Jawi serta Tilawah al-Quran.Justeru, kelemahan ini
perlu diatasi dengan segera oleh guru dengan menggunakan
kemahiran mereka yang tersendiri supaya murid yang lemah ini

dapat dibantu dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka


di dalam pembelajaran.Sehubungan dengan itu, saya juga perlu
meningkatkan kualiti pengajaran saya dan mempelbagaikan
kaedah pengajaran saya supaya dapat membantu murid-murid di
dalam hafazan surah Al Quran.
2.2

Tinjauan masalah.
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat

bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai


masalah tersebut serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid-murid seterusnya dapat membantu guru untuk
menambahbaik amalan. Beberapa cara pengumpulan data telah
dipilih bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Tahun 4. Antara cara pengumpulan data yang telah digunakan di
dalam kajian ini ialah kaedah tasmik, pemerhatian, temu bual dan
dokumen iaitu lembaran kerja dan refleksi guru serta soal jawab
sebagai pengukuhan terhadap data awal yang diperolehi.Langkah
pertama yang telah saya lakukan dalam meninjau permasalahan ini
ialah dengan mengedarkan kepada mereka satu lembaran kerja
sebagai latih tubi. Mereka diminta untuk menjawab sendiri soalansoalan yang diberikan dan saya telah meminta mereka untuk
berlaku jujur sekiranya mereka tidak dapat menjawab soalan
tersebut.

Saya dapati terdapat sebilangan murid yang mempunyai


masalah dalam menyusun ayat hafazan dan bacaan dengan betul.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan ke atas mereka
murid-murid yang mempunyai masalah dalam menyusun ayat
surah ini ialah murid-murid yang berada di kedudukan yang paling
belakang dan jarang membaca ayat hafazan Al Quran. Mereka
seringkali melihat jawapan yang dibuat oleh rakan di sebelah
mereka. Melihat masalah ini saya telah bersoal jawab secara tidak
langsung dengan mereka. Saya telah meminta mereka untuk
memberikan perhatian kepada saya sebelum saya meneruskan
soalan saya. Saya telah bertanyakan kepada mereka adakah
mereka boleh membaca dan mengingati susunan ayat-ayat surah
yang dihafaz menggunakan cara yang biasa digunakan. Temu bual
merupakan satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengkaji
terhadap orang yang ditemubual untuk mendapat maklumat
terperinci secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan
berkaitan.
Oleh itu, saya juga telah menjalankan temubual bersama guru
Pendidikan Islam yang mengajar kelas tersebut bagi mendapatkan
maklumat yang lebih lanjut berkaitan tahap penguasaan kemahiran
membaca dan menghafaz dalam kalangan murid dan juga untuk
mengetahui latar belakang murid. Selain itu juga, untuk

mendapatkan maklumat yang lebih tepat saya juga telah


menganalisis dokumen mereka seperti buku aktiviti, kertas ujian
dan juga lembaran latih tubi.
2.2.1 KEBOLEHTADBIRAN
Kajian ini dibuat bagi memperkenalkan penggunaan Kaedah
GERAFAZ SURAH AL ADIYAT dalam Ayat Hafazan Surah Al Adiyat
Tahun Empat. Saya memilih untuk menggunakan bahan Gerafaz
Surah Al Adiyat ini kerana bahan ini sangat mudah dilaksanakan
dan mudah untuk ditadbir. Sebelum saya menggunakan bahan ini
saya akan memberikan penerangan kepada mereka tentang cara
mengira Gerak Jari 20 dan cara menghafal yang telah ditetapkan
yang perlu diingat oleh murid semasa membuat latihan hafalan
surah Al Adiyat. Penerangan yang telah diberikan kepada mereka
juga menggunakan bahasa yang mudah dan senang untuk
difahami. Selain itu, proses untuk menyediakan bahan dan kaedah
ini tidak terlalu rumit dan bahan yang digunakan mudah untuk
didapati. Kajian ini akan digunakan bagi meningkatkan kemahiran
menghafaz murid-murid bagi Surah Al Adiyat dan mengatasi
masalah murid kurang minat dalam menghafaz ayat- ayat AlQuran. Justeru, kaedah ini diharap dapat meningkatkan minat
murid terhadap amalan membaca, menghafaz ataupun memahami
Al-Quran pada masa hadapan.

10

2.2.3 KEPENTINGAN
Masalah murid untuk menghafal ayat Al Quran surah Al
Adiyat sangat berkait rapat dengan pengetahuan dan cara teknik
hafalan sedia ada mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak
dapat menghafal secara konsisten dan mudah lupa ayat yang telah
dihafal pada awalnya. Mereka juga tidak membezakan ayat yang
berbentuk lebih kurang sama kerana permulaan ayat yang sama
ayat tersebut . Mereka sering tertukar ayat yang sama dan
mengulang-mengulang ayat dan tidak menghabiskan surah yang
dibaca. Oleh itu, Gerafaz Surah Al Adiyat ini telah dibina dengan
menggunakan 3 langkah iaitu Gerak Jari 20, Audio Visual dan
Sahabat Hafaz . Langkah-langkah ini disusun bagi memastikan para
peserta kajian dapat menghafal surah Al Adiyat dengan lebih
sistematik dan tersusun. Kaedah ini merupakan evolusi kepada
kaedah hafalan sedia ada dan mampu menarik minat mereka untuk
membuat aktiviti hafalan dengan lebih berkesan dan menarik. Saya
berharap kaedah ini dapat memberi nilai tambah kepada kaedah
pedagogi saya semasa pengajaran dan pembelajaran.
2.2.3 KEBOLEHGUNAAN
Gerafaz Al Adiyat ini mampu meningkatkan kemahiran murid
untuk menghafal ayat surah Al Adiyat . Murid dapat menghafal
surah dengan lebih mudah dan membaca dengan lebih lancar dan
tepat bacaan tajwid. Oleh itu, mereka dapat mencapai objektif

11

pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian


dengan tahap pembelajaran setiap individu pada waktu tersebut.
Kaedah ini dihasilkan bagi membantu murid dan memudahkan guru
bagi memastikan murid menguasai kaedah hafazan. Kajian yang
bakal dijalankan merupakan pembelajaran di dalam kelas dan
memerlukan panduan guru bagi membantu pelajar sebagai
panduan.
2.2.4 KAWALAN
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan kaedah Gerafaz Al
Adiyat ini mudah dikawal oleh guru kerana murid akan fokus untuk
menghafal secara sistematik dan mengetahui cara yang sebenar
untuk menghafal yang telah ditunjukkan oleh guru. Oleh itu,
tingkah laku kurang berdisiplin murid dapat dikawal dan
dikurangkan sewaktu menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan murid lebih dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya di dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru. Murid juga dapat dikawal apabila murid
mendapat pasangan hafazan masing-masing dan mereka terikat
untuk menghafal secara terkawal dengan pemerhatian dan
pendengaran pasangan masing- masing. Guru perlu ada semasa
kajian dijalankan bagi mengawal hasil kajian dan prosedur kajian.
2.2.5 KOLABORATIF

12

Sebelum saya menjalankan kajian ini saya telah membuat


perbincangan dengan guru dan pensyarah yang lebih
berpengalaman supaya tidak timbul masalah pada masa akan
datang. Di dalam penggunaan Gerafaz Al Adiyat ini juga wujud
kolaboratif di mana murid boleh bertanyakan soalan kepada guru
sekiranya terdapat kemusykilan di dalam lembaran kerja yang telah
diberikan. Murid juga dibenarkan untuk membantu antara satu
sama lain. Saya berusaha untuk berkolaborasi bersama guru
Pendidikan Islam sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat
pelajar, kaedah pengajaran dan penjanaan idea baru dan
penambaikan kajian. Isu surah hafazan sudah lama menjadi stigma
kepada para pelajar kerana kaedah yang digunakan adalah tidak
menarik , membosankan dan tiada motivasi.
2.2.6 KERELEVENAN
Bahan ini sangat releven untuk digunakan oleh murid-murid kerana
matlamat pengajaran Tilawah Hafazan Al Quran adalah untuk
melengkapkan murid dengan kemahiran membaca dan menghafaz
bagi membolehkan mereka mempelajari pelbagai bidang ilmu
terutamanya Pendidikan Islam. Melalui hafazan Al Quran, muridmurid dapat membaca Al Quran dengan mudah di dalam kehidupan
dan di dalam solat. Sekiranya masalah ini dapat diatasi dari awal
lagi murid-murid yang celik hafazan dapat dilahirkan supaya
warisan ini dapat dikekalkan sehingga ke generasi akan datang dan
13

tidak terkubur begitu sahaja. Oleh itu kemahiran membaca dan


menghafal surah Al Adiyat perlu dikuasai sepenuhnya oleh muridmurid. Bahan ini juga boleh digunakan oleh murid-murid yang baru
hendak mempelajari menghafal. Sekiranya bahan ini berjaya
dilaksanakan saya berharap dapat membantu guru mata pelajaran
Pendidikan Islam menangani masalah murid-murid dan seterusnya
membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi pembelajaran
murid-murid. Saya cuba menjalankan kajian serta mengaplikasikan
kaedah saya bagi membantu menaikkan minat serta mencapai
objektif pembelajaran yang memberansangkan. Hasil daripada
ujian pra, saya mendapati seramai 4 orang pelajar tahun 4 tersebut
gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan saya.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz
separuh dan majoriti pelajar menghadapi masalah untuk
menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf,
tajwid dan sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
dengan berkesan, pelajar-pelajar ini akan menghadapi masalah
untuk menghafaz ayat hafazan ini, dikhuatiri akan mempengaruhi
keputusan pelajar ketika menjawab bahagian tilawah Al-Quran.
Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran
guru yang kurang menarik minat murid, dan kekurangan bahan

14

bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap murid itu
sendiri.
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap murid
ialah saya dapati mereka dapat membaca ayat-ayat surah Al Adiyat
dengan betul, sebutan yang tepat dan tajwid yang baik akan tetapi
mereka gagal untuk menghafal surah Al Adiyat dengan baik dengan
masa yang telah diberikan.Mereka kerapkali dilihat cuba meniru
rakan yang berada di sebelah mereka dan sering termenung serta
kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.Kemudian saya telah menjalankan soal jawab secara
tidak langsung terhadap murid-murid sewaktu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 4 Usaha. Apabila
ditanyakan beberapa soalan kepada mereka kebanyakan murid
memberitahu bahawa mereka membaca surah Al Adiyat dengan
mudah tapi susah untuk menghafal surah tersebut. Melalui
temubual yang dijalankan terhadap guru Pendidikan Islam yang
mengajar di kelas berkenaan, beliau juga menyatakan bahawa
murid kurang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Islam kerana mereka lemah di dalam menguasai
hafazan surah-surah pendek.

15

Faktor ini menyebabkan mereka lebih suka bermain dan


membuat kerja lain sewaktu pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Selain itu juga, murid-murid yang lemah ini kurang
diberi tumpuan kerana bilangan murid yang ramai di dalam satu
kelas membataskan pergaulan antara guru dan murid. Selain itu
juga, kaedah pengajaran yang digunakan tidak sesuai dengan
bilangan murid yang ramai.Saya telah menjalankan semakan ke
atas buku latihan, kertas ujian, dan lembaran kerja yang telah
mereka lakukan. Walaupun terdapat banyak kelemahan di dalam
buku mereka akan tetapi saya merasakan masih belum terlambat
untuk membantu mereka menghafal ayat Al Quran dengan
betul.Kesimpulannya, saya telah dapat mengenalpasti bahawa
permasalahan ini adalah berpunca daripada kelemahan dan
kekurangan pengajaran guru sendiri dan juga masalah daripada
murid kerana mereka kurang melibatkan diri di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran

16

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk meneroka keberkesanan penggunaan
Kaedah GERAFAZ SURAH AL ADIYAT dalam meningkatkan
kemahiran menghafaz Surah Al Adiyat.
3.1 OBJEKTIF
a) Kaedah GERAFAZ SURAH AL ADIYAT dapat membantu murid
tahun 4 menghafaz

surah Al Adiyat

b) Amalan guru menggunakan kaedah GERAFAZ SURAH AL ADIYAT


dapat membantu murid tahun 4 menghafaz surah Al Adiyat
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan
kajian berikut:
a) Bagaimanakah kaedah GERAFAZ SURAH AL ADIYAT dapat
membantu murid tahun 4 menghafaz surah Al Adiyat ?

17

b) Adakah amalan guru menggunakan kaedah GERAFAZ SURAH AL


ADIYAT dapat membantu murid tahun 4 menghafaz surah Al
Adiyat?

4.0 PESERTA KAJIAN


Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari
pelajar Tahun 4 Usaha Sekolah Kebangsaan Sungai Lang. Kumpulan
ini seramai 4 orang yang terdiri dari 2 orang pelajar lelaki dan 2
orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar dalam tahun Empat Usaha
mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan
data ujian pra, didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan
sasaran bersifat lemah dan sederhana, maka guru menggunakan
kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P.
4.1 PEMILIHAN RESPONDEN.
Keempat-empat responden ini telah dipilih berdasarkan
pemerhatian saya sewaktu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam di kelas tersebut dan juga terhadap penilaianpenilaian seperti lembaran latih tubi, ujian bulanan dan sebagainya
yang dijalankan ke atas mereka. Pemilihan responden ini juga

18

dilakukan adalah berdasarkan cadangan daripada guru Pendidikan


Islam yang mengajar di kelas berkenaan. Pemilihan responden yang
tepat dapat membantu hasil kajian dan seterusnya memberi impak
yang positif kepada keputusan kajian.

Jadual 1 : Kumpulan Sasaran______________________________________


Kelas

Tahun 4______________________________________

Bilangan murid

4 Orang

Jantina

2 orang lelaki dan 2 orang perempuan

Masalah

Tidak dapat menghafal ayat yang telah

ditugaskan.
Prestasi akademik

- Kesemua mereka boleh membaca ayat Al

Quran

dengan betul dan lancar. Masalah

utama yang

dikenalpasti ialah masalah

menghafal semua ayat surah

Al Adiyat tidak

dapat membezakan ayat yang

mempunyai

ayat yang lebih kurang bentuk ayat.

19

- Keputusan ujian juga menunjukkan mereka


berada di

tahap yang lemah dimana markah yang

diperolehi

adalah antara 30 hingga 40 markah.

Ciri-ciri lain / unik R1 Lebih pasif di dalam kelas.


R2 Seorang yang terlalu aktif dan sering ke
tandas.
R3 Kurang melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran
dan kerap mendiamkan diri apabila ditanya.
R4 Rajin tetapi lambat dalam membuat kerja.

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN


5.1 Prosedur Tindakan
Kajian ini mengambil berat tentang apakah cara lain yang
berkesan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan lagi
keberkesanan P&P Al-Quran bagi komponen ayat-ayat hafazan di
sekolah rendah. Banyak kajian yang melihat kepada tahap
penguasaan bacaan Al-Quran telah dilakukan. Antaranya ialah
kajian oleh Mohd Yakub, (2008) yang membincangkan tentang
keupayaan bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar Tingkatan
Empat dan kajian mengenai tahap penguasaan bacaan Al-Quran
dalam kalangan guru pelatih bukan pengkhususan pengajian

20

agama Islam oleh Nasir Mohamad, (tt). Dengan adanya kajiankajian lepas yang telah dilakukan oleh saya seperti yang tersebut,
saya terdorong untuk mencari satu lagi kaedah mengajar yang
bersesuaian bagi membantu tahap penguasaan bacaan dan
meningkatkan kemahiran menghafaz murid.
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada banyak faktor, antaranya faktor
guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Pengajaran guru juga
hendaklah dirancang di samping memberi pertimbangan kepada
kepelbagaian pelajar. Oleh itu, saya telah menjalankan beberapa
tinjauan yang boleh digunakan untuk mewujudkan satu
penggabungjalinan kaedah berupa GERAFAZ SURAH AL ADIYAT
untuk digunakan dalam P&P hafazan ayat-ayat Al-Quran.
5.2 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah
hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang
perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan
keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan
pelajar-pelajar ini dapat pengkaji perincikan kepada aspek-aspek
berikut:

21

a)

Sejauh manakah murid terdedah kepada bacaan dan hafazan

al-quran
b)

Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah

hafazan
Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang
diguna pakai oleh pengkaji ialah ujian pra, ujian pos dan
pemerhatian.
PEMERHATIAN
i Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan.
ii Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan
hafazan ayat Al-Quran. (melakukan kerja sendiri atau memberi
tumpuan pada bacaan tersebut).
iii Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti
berkumpulan. (cara bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan
diri dalam kerja berpasukan).

Dalam kajian ini, aspek pengumpulan data menerusi


pemerhatian adalah yang paling utama. Ini adalah kerana melalui

22

kaedah ini, pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun


tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Melalui kaedah ini, pelajar dinilai secara
terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk menilai dari semasa
ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. Melalui pemerhatian
juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan
diri pelajar semasa proses pembelajaran. Dari sini dapat dilihat
sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secara aktif atau
sebaliknya. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari
aspek penglibatan diri pelajar ialah:
a) Adakah responden mematuhi segala arahan pengkaji
mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh
pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas,
berkumpulan, berdua atau individu.
b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk
menceburi sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan dengan
mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya berdiam diri bagi
megenalpasti kecenderungan minat responden.
c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan, sama ada
aktif bersama ahli kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap
pasif sewaktu aktiviti berlangsung.

23

d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika


terdapat permasalahan atau perkara yang tidak difahami sewaktu
pembelajaran.
e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada
pengkaji dengan menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur
badan samada bersesuaian dan bertepatan dengan suasana
semasa. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang menunjukkan
bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam
pembelajaran.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang
dipamerkan oleh pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian
setiap kali sesi P&P dijalankan.
UJIAN PRA
a) Responden diberi masa selama 20 minit untuk menghafal ayat
surah Al Adiyat selepas mengikuti talaqqi musyafahah bersama
pengkaji. Ujian pra akan dijalankan secara tasmik dimana
responden secara bergilir gilir akan memperdengarkan bacaan
hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan menilai
mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan.Ayat hafazan yang
diuji untuk tasmik bagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah Al
Adiyat. Ujian tasmik ini dijalankan terhadap 4 orang pelajar di
dalam tahun 4 Usaha . Daripada ujian pra yang dijalankan,

24

sekiranya peratus kegagalan pelajar melebihi 50% kajian tindakan


ini harus dijalankan.
UJIAN POS
Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti
yang dicadangkan dalam kajian ini. Ujian pos yang akan dijalankan
adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh pengkaji pada ujian
pra. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan
berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai.

ER
G
AK
R I2 0
JA
HABA
A
S
HAF
T
AZ

UD
A
I O
IS U A
V
L

Rajah 2: Manual Penggunaan KAEDAH GERAFAZ SURAH AL ADIYAT


Peserta Kajian
Metodologi

25

4 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah di Banting .


Peserta terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan.
Terdiri daripada aras pencapaian sederhana dan lemah.
Pemilihan peserta adalah berdasarkan kerjasama yang paling
tinggi yang
diberikan kepada saya berdasarkan kehadiran ke kelas.
(Persampelan
Dimensional oleh Chua Yan Piaw, 2006

26

Etika Penyelidikan
Dalam memastikan etika penyelidikan dipatuhi, saya telah
membuat surat akuan peserta kajian dan surat kebenaran
menjalankan penyelidikan untuk ibu bapa atau penjaga para
peserta kajian. Dalam hal ini, semua nama dan maklumat peribadi
peserta kajian akan dirahsiakan. Langkah ini dilakukan demi
menjaga kerahsiaan dan maklumat peribadi daripada tersebar.

Teknik Mengumpul Data


Dalam mengumpul data, saya telah menggunakan tiga jenis
instrumen, iaitu menggunakan ujian pra dan ujian pasca, temu
bual dan borang soal selidik.

Teknik Menganalisis Data


Data-data yang telah dikumpulkan dianalisis berdasarkan analisis
kandungan. Borang soal selidik dianalisis hasil dapatan dan komen
daripada murid, ibu bapa atau penjaga, serta guru-guru
pembimbing.

Teknik Menyemak Data


Teknik semakan data yang digunakan adalah triangulasi sumber.
27

Antara sumber yang digunakan ialah peserta kajian, para ibu bapa
atau penjaga mereka, serta guru-guru pembimbing. Dalam hal ini,
temu bual dan borang soal selidik turut digunakan.

28

Pelaksanaan Tindakan
Bagi memudahkan penerangan bagi pelaksanaan tindakan bagi
kajian saya, saya telah mencipta manual penggunaan bagi
mengaplikasikan kajian ini.

Cara Aplikasi:

i.

Guru melaksanakan kaedah GERAK DAN HAFAZ (GERAFAZ) ini

mengikut kesesuaian tahap murid-murid dan mengambil kira


pandangan atau idea daripada mereka, seperti kaedah kata kunci.

ii.

Sekiranya

rangsangan,

murid

guru

cenderung

kepada

mana-mana

akan mengekalkan penggunaan tersebut

tanpa perlu beralih kepada rangsangan lain. Akan tetapi, jika


murid belum dapat menguasai ayat, guru boleh menggunakan
rangsangan lain untuk meningkatkan tahap ingatan mereka.

iii.

Selain kaedah-kaedah tersebut, guru juga menggunakan

pelbagai bahan dan kaedah bantu mengajar seperti Kira Jari 20 ,


Sahabat Hafaz gambar-gambar rangsangan, kad-kad ayat, sampul
surat

pos

dan

kotak-kotak

soalan

sebagainya.

29

untuk

permainan

dan

1) GERAK JARI 20

Rajah 2 : Jadual penggunaan kiraan jari 20


Peserta kajian akan diajar mengira jari 1 hingga 20 bagi
memudahkan mereka menghafal ayat secara praktikal dan
sistematik. Kaedah Gerak Jari 20 ini diadaptasi daripada kaedah
Mental Arithmatik yang menggalakkan penggunaan otak kiri
secara aktif. Murid boleh menghafal dengan mencongak dan
mengira kiraan hafalan menggunakan jari. Setelah selesai
menguasai kiraan jari peserta akan mula membaca ayat yang
ingin dihafal sebanyak 20 kali. Perserta kajian akan membaca ayat
yang ingin dihafal sebanyak 20 kali dengan betul dan bertajwid. Ia
memastikan para peserta untuk membetulkan bacaan tajwid dan
makhraj bacaan. Ia merupakan proses suai kenal dengan sebutan
ayat dan baris ayat .

30

Mental Arithmatik Kursus ini mengajar cara menggunakan


jari dan minda untuk mengira. Saya telah membuat beberapa
carian dalam beberapa kajian dan pembacaan. dan saya
mendapati, sebenarnya menggunakan keadah ini adalah lebih
cepat dari kalkulator dan lebih menajamkan minda. Fasa awal bagi
yang belajar akan menggunakan jari . Fasa seterusnya, setelah
mahir, abakus boleh dibayangkan dalam minda sahaja dan
pengiraan dapat dilakukan sangat pantas.

Kaedah mental arithmatik ini boleh dilihat di internet dan


kelas serta kursus yang diadakan di luar waktu sekolah. Ianya
perlu bermula dengan kiraan jari barulah beralih kepada kiraan
congak. Kaitannya dengan hafal Al Quran ialah mental aritmetik
mengaktifkan otak kiri. Hafal quran aktifkan kedua-dua otak. Hafal
quran dan mental aritmetik akan membantu aktifkan otak kiri dan
kanan. Apabila penggunaan otak kanan dan kiri digunakan secara
serentak maka penggunaan otak adalah ditahap optimum dan
seimbang.
Mental Arithmetik adalah latihan yang baik untuk
mengembangkan potensi otak kanak pada seorang kanak-kanak.
Mengikut buku New York Times dan Business Week Best Seller
yang bertajuk Why Right Brainers Will Rule The Future, jelas

31

menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berupaya untuk


menggarap potensi otak kanan mereka akan lebih cemerlang
dalam kehidupan mereka bila dewasa nanti berbanding dengan
yang tidak. Oleh itu ibubapa perlulah selalu memupuknya sendiri
di rumah kerana pengajaran di sekolah tidak banyak terarah
kepada otak kanak. Kajian menunjukkan pembelajaran di sekolah
lebih mengasah otak kiri kanak-kanak. Kaedah Mental Arithmetic
membuat kiraan matematik dengan menggunakan otak kanan,
iaitu daya imaginasi seseorang (dalam fikiran)
Merangsang serta menggilap potensi minda sehingga
berkembang dan mencapai fungsi yang maksima.
Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan.
Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran,
tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir. Minda
berupaya membina keajaiban.Ianya dapat dicapai sekiranya
mempunyai minda yang kuat Penekanan yang seimbang dalam
tiga aspek iaitu Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient
(EQ) dan Spiritual Quotient (SQ) jika dilatih seiring dengan al
Quran. Meningkatkan kemahiran latihan untuk motor halus.
Melatih kanak-kanak pra sekolah untuk bersedia menerima arahan
Menurut pakar Psikologi ingatan, George Miller, beliau
mendapati stor ingatan jangka pendek dapat menampung kira-kira

32

tujuh hingga sembilan kandungan secara efektif. Peserta ujian


akan menghafaz sebanyak 5 kali melihat teks dan 5 kali tanpa
melihat teks dan proses diulangi sehingga 20 kali bacaan ..
Membaca satu ayat sekurang-kurangnya 20 kali sebelum mula
menghafalnya. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang
kali 20 kali atau lebih sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Sebelum menghafal bahagian Al Quran seterusnya, harus diulang
bahagian yang sebelumnya.
Setiap bacaan hendaklah lanvar dan teratur sebelum beralih
kepada ayat seterusnya. Para peserta perlu menyusun dengan
sistematik di dalam minda agar tidak kabur dan keliru semasa
menggabung ayat hafalan. Ulangi proses ini pada setiap potongan
ayat sehingga selesai. Gabungkan hafalan setiap ayat dengan ayat
lain hingga menjadi surah yang lengkap. Para peserta menyusun
ayat dengan betul bagi menggabungkan ayat yang lengkap.
Jika perserta ujian ingin menambah ayat hafalan baru ,
maka sebelum peserta menambah dengan hafalan baru dengan
cara yang sebutkan proses di atas, maka peserta mestilah
membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga ayat terakhir
hafalan sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap
kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi
maka baru peserta boleh memulakan hafalan baru dengan metod

33

yang saya sebutkan di atas.


2) AUDIO VISUAL
Aplikasi kaedah latih tubi audio visual bagi hasil
pembelajaran aras satu bagi ayat hafazan surah Al Adiyat. Pengkaji
menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang
akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan
meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian
mengikut bacaan guru. Guru meminta pelajar mengulangi bacaan
tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat pelajar,
guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal
dari cakera padat. Guru menggunakan pita rakaman untuk
merakam bacaan pelajar kemudian guru memperdengarkan
bacaan tersebut kepada pelajar. Guru membetulkan kesalahan
pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga
dapat menghafaz ayat dengan betul. Guru meminta pelajar
membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara
kumpulan mengikut tahap pelajar. Pelajar dalam kumpulan berlatih
tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkat-peringkat
bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan
betul dan fasih. Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai
membaca ayat dengan bertajwid dan meminta pelajar menyebut
nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca. Guru

34

meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca


di hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat
dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

3) SAHABAT HAFAZ
Pendekatan menghafal dengan seorang teman penghafal
.Peserta hendaklah memilih seorang pasangan hafalan. Orang
yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang
keduayang mendengar bacaan. Orang yang menyemak hendaklah
memastikan bacaan ayat dan hukum tajwid dengan betul dan
tepat. Mereka juga perlu memastikan pasangan mereka
mengulang bacaan ayat sebanyak 20 kali menggunakan kaedah
Gerak Jari 20 yang tekah diperkenalkan. Orang yang kedua
membaca dengan disemak oleh orang yang pertama yang
menyemak pula. Bagi memantapkan lagi bacaan hafalan ,
pasangan boleh saling mengulang ayat yang kurang mantap
antara satu sama lain secara bergilir-gilir.

35

5.3 KAEDAH MENGUMPUL DATA


Menurut Mohd. Majid Konting (1990) kaedah penyelidikan
ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif
sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul maklumat
perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu
objektif penyelidikan yang telah dinyatakan. Kajian ini merupakan
kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra. Menurut Prof.
Madya Dr. Saat md. Yasin (2006), Reka bentuk kajian ialah
rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan, apakah rawatan yang akan diberikan kepada
kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data
ini dikutip.
UJIAN PRA - PEMERHATIAN

36

Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara


berstruktur. Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah
laku murid semasa kelas dijalankan:
1

Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di


beri
Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakar kertas
Berangan-angan
Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
Membuat kerja lain
Menggangu pelajar lain secara fizikal
Mencuba untuk menarik perhatian
Mengasah pensel
Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

2
3
4
5
6
7
8
9

Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam


bentuk jadual di bawah apabila pemerhatian dijalankan. Sebanyak
10 pemerhatian dijalankan dan nombor di catat pada petak di
mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti
yang dimaksudkan.
Pemerhatian

PERATUS

RESPONDE
Bil
1
2
3
4

N
R1
R2
R3
R4

1
/
/
/
/

/
/

5
/
/

/
/

37

6
/

7
/

/
/

8
/
/
/

9
/
/
/

10

/
/

70%
50%
60%
50%

Daripada jadual di atas, didapati hampir 5 orang pelajar telah


menjalankan paling banyak aktiviti dan di antara aktiviti tersebut
adalah merangkumi berfikiran di tempat lain, berangan-angan,
berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
5.4 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA
KITARAN SATU - UJIAN TASMIK HAFAZAN SURAH AL ADIYAT
Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan, pengkaji
menggunakan kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini
dijalankan seminggu selepas kaedah pemerhatian digunakan.
Dalam ujian ini,

setiap pelajar Tahun Empat

Usaha dikehendaki

membaca surah Al Adiyat 1 hingga 11 di hadapan pengkaji seorang


demi seorang.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan
kepada pelajar Tahun Empat Usaha;
Jadual 1: catatan hafazan surah hafazan al Adiyat
BIL RESPONDE
1
2
3
4

N
R1
R2
R3
R4

/
/
/
/

/
/
/
/

/
/
/
/

/
/

Jadual 2: bilangan ayat hafazan surah al Adiyat

38

10

11

BIL
1
2
3
6

RESPONDEN
R1
R2
R3
R4

BILANGAN AYAT
4
6
3
5

CATATAN
LEMAH
SEDERHANA
LEMAH
LEMAH

Jadual 3 : Markah ujian pra kemahiran menghafaz sebahagian


ayat Surah Al Adiyat
Peserta Kajian 1
Markah

Peratus (%)
4/11

Peserta Kajian 2
Markah
36.4

6/11

Peserta Kajian 4
Markah

Peratus (%)

Peratus (%)
4/11

54.5

Peserta Kajian 5
Markah

36.4

Peratus (%)
4/11

36.4

Daripada keputusan ujian ini, didapati, sorang pelajar berada pada


tahap baik iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan
sederhana. Manakala lima orang pelajar berada pada sederhana
dan seorang orang pelajar pada tahap lemah. Tahap sederhana
adalah pelajar

tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat

menghafaz dengan lancar, hanya menghafaz sebahagian dari ayat


hafazan dan kurang bertajwid. Pelajar yang lemah pula adalah
pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya masih
kurang fasih membaca.
Jadual 4 : Ujian susunan ayat surah al Adiyat

39

BIL
1
2
3
4

RESPONDEN
R1
R2
R3
R4

BILANGAN AYAT
8
11
6
7

CATATAN
SEDERHANA
BAIK
LEMAH
LEMAH

Saya juga melakukan ujian susunan ayat hafazan surah Al


Adiyat dari ayat 1 hingga ayat 11 setelah menghafaz secara cara
biasa. Ujian menunjukkan bahawa hanya seorang sahaja dapat
menyusun ayat dengan betul di tahap baikk. Manakala hanya
seorang calon dapat menyusun di tahap sederhana dan di tahap
lemah iaitu 4 orang calon ujian. Secara keseluruhan, murid dapat
membaca dengan baik namun ujian penyusunan ayat hafazan
menunjukkan bahawa calon ujian tidak dapat menyusun ayat
walaupun telah menjalani pembelajaran dan pengajaran dengan
baik dan betul.
Jadual 5: Markah peserta kajian bagi ujian pra susunan ayat-ayat
Surah Al Adiyat

40

JUMLAH SUSUNAN AYAT


100

100
90
80

72.7

70
54.5

60
50

35.3

40
30
20
10
0
PESERTA A

PESERTA B

PESERTA C

Rajah 1 :Contoh jawapan ujian

41

PESERTA D

42

5.5 PERANCANGAN CARA MENYEMAK DATA


REKA BENTUK KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Stephen


Kemmis. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian
tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh
penyelidik

dalam

situasi

sosial

bertujuan

untuk

membaiki

kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

proses dan mutu pengajaran

pemahaman dan penguasaan pengajaran

situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara


kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau
kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.

35

Langkah-langkah:
5 minit (Pembiasaan)
Baca secara pandang sebanyak 20 kali, untuk membetulkan tajwid,
baris dan makhraj sebutan.
15 minit (Hafaz dan gabung)
-Ketika menghafaz, hafaz mengikut potongan yang telah dibuat.
-Baca setiap potongan 20 kali secara pandang, kemudian 20 kali
tanpa pandang.

36

-Setiap kali satu ayat berjaya dihafaz, baca 20 kali tanpa pandang,
sebelum beralih kepada baris potongan seterusnya.
-Ulangi proses di atas sehingga selesai semua ayat hafazan.
10 minit (Pengukuhan)
-Gabungan ayat hafazan itu dengan yang ayat lain.
-Apabila ia berjaya dihafaz, cuba baca kesemuanya tanpa pendang
(tanpa gagap & sangkut) sebanyak 20 kali.
Lingkaran pertama (Program Gerak jari 20)
1. Merancang
Memilih ayat hafazan, menyediakan jadual bagi bacaan ayat
hafazan.
2. Bertindak
Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar

mengikutinya beramai-ramai sebanyak 20 kali.


Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 20 kali

secara individu.
3. Memerhati
Memerhati

keadaan

kelas,

merekod

soalan

pencapaian

pelajar. Catat jangkaan.


4. Merefleksi
Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan
aktiviti

hafazan

secara

individu.

dibuat.

37

Penambahbaikan

perlu

Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz)


1. Mengubah rancangan
Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan
secara individu
2. Bertindak
Pelajar dipasangkan

dengan

seorang

memperdengarkan

bacaan dan seorang mendengar dan menilai hafazan.


3. Memerhati
Suasana

kelas

diperhatikan.

Catat

kesan-kesan

yang

diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Kesan kaedah


direkodkan keatas hafazan pelajar.
4. Merefleksi
Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada
pelajar yang gagal. Apa yang perlu pengkaji lakukan?

Lingkaran ketiga (Audio Visual)


1. Mengubah rancangan

38

Mengubah

cara

teknik

hafazan

dengan

menggunakan

teknologi iaitu dengan menggunakan ABBM yang menarik


untuk menarik perhatian pelajar dan meningkatkan minat
untuk menghafaz.
2. Bertindak
Paparan video ayat hafazan dengan cara bacaan atau
tarannum yang menarik Menggunakan kad imbasan ayat
hafazan kepada pelajar. Pelajar membaca dengan tarannum
yang diperdengarkan tadiPelajar menyelesaikan puzzle ayat
hafazan yang diberikan oleh guru
3. Memerhati
Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku
pelajar.
4. Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang. Kawalan kelas baik.
Pelajar menunjukkan minat yang tinggi.

39

5.5 JADUAL PELAKSANAAN DATA


Bil.

Aktiviti

Tempoh

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

Perlaksanaan
1 minggu

2
3

data awal
Menulis proposal kajian
Menjalankan Kajian Awal- permasalahan yang

1 minggu
1 minggu

wujud dalam hafazan diperincikan dari setiap


4

aspek
Analisis kajian awal untuk mengetahui

1 minggu

bilangan pelajar yang perlu dikaji


Merancang tindakan

1 minggu

Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan


kajian yang akan dilaksanakan. Dilakukan
secara individu dan juga berkumpulan
6

Mengemaskini kertas kerja kajian tindakan dan

1 minggu

menghantar kertas kerja


5.6 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL

PERKARA

HARGA SETIAP
UNIT

JUMLAH

Catatan

1.

KERTAS A4

RM 9.00

RM 9.00

2.

KERTAS WARNA

RM 5.00

RM 5.00

3.

KAD MANILA

Rm 1.00

RM 5.00

4.

PEN MARKER

RM 3.50

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN


ANGGARAN KOS UNTUK SEORANG PESERTA
6.1

CARA PENGUMPULAN DATA

40

RM 7.00
RM26.00
RM6.50

Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan dengan jelas


tentang cara pengumpulan data yang sesuai untuk menjawab
soalan

kajian.

Dalam

melaksanakan

kajian

ini

saya

telah

menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul data. Kaedah


tersebut terdiri daripada kaedah pemerhatian, kaedah temubual,
dan dokumen yang terdiri daripada dokumen lembaran kerja dan
jurnal refleksi guru.
6.1

Pemerhatian

Menurut Choong Lean Keow (2011), pemerhatian ialah proses


melihat

sendiri

mendengar

perkara

daripada

yang

pihak

berlaku

ketiga

dan

samada

bukannya
pengutipan

hanya
data

dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Saya telah memilih


kaedah

pemerhatian

ini

sebagai

salah

satu

cara

untuk

mengenalpasti masalah murid dan melihat keberkesanan kajian


saya terhadap responden.Pemerhatian dilakukan sebanyak dua
fasa iaitu sebelum dan semasa kajian dijalankan. Sebelum kajian
dijalankan, pemerhatian dilakukan bagi mengenal pasti masalah
utama yang timbul dalam diri murid tersebut. Pada fasa kedua
pula, pemerhatian dilakukan terhadap hasil kerja responden dan
juga motivasi mereka dalam menyempurnakan tugasan yang
diberikan.Saya telah membuat pemerhatian terhadap murid saya
sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran hafazan Al Quran.

41

Melalui

pemerhatian

mendapati

bahawa

yang

telah

murid-murid

saya

jalankan,

kurang

saya

memberi

telah

tumpuan

terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Apabila saya meminta


mereka untuk membuat lembaran kerja yang telah diedarkan
terdapat murid yang mengalami masalah di dalam menentukan
susunan nombor ayat.

42

6.2

Temubual

Mengikut Patton (1990) pula, temubual diadakan apabila pengkaji


hendak mengetahui apa yang ada di minda seseorang. Dalam
kajian ini, temubual dijalankan untuk mendapatkan maklum balas
yang lebih mendalam berkaitan pencapaian yang diperoleh oleh
responden dan menilai minat serta motivasi mereka dalam
mempelajari bidang hafazan Al Quran.
Temubual yang telah saya jalankan adalah untuk mengumpul
maklumat daripada responden adakah penggunaan Gerafaz Surah
Al Adiyat ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid
menghafal Surah Al Adiyat dengan betul. Hasil dapatan daripada
temubual ini dapat dijadikan tindakan susulan dan
penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa
akan datang.
Bagi menyokong kajian yang telah dijalankan saya telah
menjalankan temubual secara berstruktur terhadap responden.
Saya telah menjalankan temubual ini secara individu. Saya telah
memanggil seorang demi seorang responden saya untuk
mengelakkan jawapan mereka dipengaruhi oleh responden lain.
Saya juga telah menjalankan temubual sebanyak dua peringkat.
Peringkat pertama saya telah menjalankan temubual secara tidak

43

berstruktur untuk mengetahui pengetahuan asas mereka mengenai


cara hafalan dan tahap minat mereka menghafal surah-surah
pendek Al Quran di kelas Tahun 4 dan peringkat kedua pula adalah
temubual secara berstruktur dijalankan selepas saya membuat
penambahbaikan di dalam pengajaran dan memperkenalkan
Gerafaz Al Adiyat ini.

44

6.3

Dokumen

Bogdan dan Biklen (1998) merujuk istilah dokumen sebagai bahanbahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari serta memo
dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai
maklumat sokongan kepada temubual dan pemerhatian. Data
berbentuk dokumen yang telah digunakan di dalam kajian saya
terbahagi kepada dua iaitu jurnal refleksi pengajaran dan juga
lembaran kerja.
6.3.1
Refleksi

Jurnal refleksi pengajaran


pengajaran

yang

dibuat

adalah

bertujuan

untuk

memastikan saya sentiasa sedar apa yang berlaku di dalam


pengajaran dan pembelajaran saya. Saya akan menulis refleksi
pengajaran dan pembelajaran ini di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Penulisan refleksi ini membolehkan saya
untuk menilai kembali kekuatan dan kelemahan yang terdapat di
dalam pengajaran saya serta dapat membuat penambahbaikan
serta membuat tindakan susulan terhadap pengajaran saya yang
terdahulu.
6.3.2

Lembaran Kerja

Lembaran kerja yang telah saya sediakan akan diberikan kepada


murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dan akan dibetulkan oleh guru sekiranya terdapat kesilapan.

45

Lembaran kerja ini akan membantu saya untuk menganalisis tahap


penguasaan kemahiran mereka mengenal pasti kedudukan nombor
ayat surah dengan betul.

Di dalam lembaran kerja yang telah

diberikan kepada mereka saya telah menggunakan susunan ayat


yang ringkas supaya akan wujud kebolehpercayaan di dalam kajian
saya.
7.1

KEPUTUSAN, ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

Analisis data dan interpretasi akan memberi makna kepada data


terutama dalam konteks kajian yang dilaksanakan ( Chow Fook
Meng

dan

Jaizah

Mahamud,

2011).

Justeru,

saya

telah

mengumpulkan dan menganalisis maklumat atau data yang telah


diperolehi untuk menjawab soalan kajian yang telah ditetapkan dan
seterusnya membuat kesimpulan terhadap analisis data tersebut.
Bahagian

ini

akan

menerangkan

dapatan

hasil

kajian

yang

diperoleh daripada data yang telah dikumpulkan daripada ketigatiga instrumen.


7.1

Soalan Kajian 1 :

a) Bagaimanakah kaedah GERAFAZ SURAH AL ADIYAT dapat


membantu murid tahun 4 menghafaz surah Al Adiyat ?
Untuk menjawab soalan kajian ini, tiga cara pengumpulan
data telah digunakan iaitu temubual, dokumen lembaran kerja dan

46

juga

pemerhatian.

Analisis

temubual

menunjukkan

bahawa

responden memberikan respon yang positif terhadap gerafaz al


adiyat ini. Keempat-empat daripada mereka memberitahu bahawa
mereka lebih senang untuk menghafal surah Al Adiyat selepas
menggunakan Gerafaz Al Adiyat. Mereka dapat menyusun ayat-ayat
surah Al Adiyat dengan betul dan mudah selepas menggunakan
kaedah ini secara betul dan mengikut cara yang ditunjukkan

47

Analisis lembaran kerja pula menunjukkan bahawa responden


menunjukkan peningkatan markah yang agak ketara dan lebih baik
daripada lembaran kerja yang diberikan sebelum ini. Mereka telah
dapat mengaplikasikan penggunaan formula warna yang telah
diajar semasa membuat latihan di dalam lembaran kerja. Analisis
kepada

pemerhatian

menunjukkan

bahawa

mereka

dapat

menghafal surah Al Adiyat dengan betul tanpa meminta bantuan


daripada guru dan juga rakan mereka.
7.1.1

Analisis data temubual

Temubual telah dijalankan ke atas responden sebanyak dua


sesi secara individu. Temubual sebelum dijalankan berkisarkan
tentang pengetahuan asas responden mengenai minat dan cara
menghafal surah yang telah ditetapkan secara individu. Manakala
temubual

selepas

adalah

berkisar

mengenai

maklum

balas

daripada responden mengenai teknik menghafal Gerafaz Surah Al


Adiyat

selepas

menghafal

menggunakan

teknik

ini.

Berikut

merupakan bukti hasil temubual yang telah saya jalankan ke atas


mereka :
TB 1 : Adakah kamu berminat hafal surah-surah Al Quran dan
kenapa?
R1

Ya , kerana saya boleh baca surah di dalam solat.

48

R2

Ya, kerana saya dapat pahala kalau saya dapat menghafal


dan membaca ayat Al Quran

R3

Ya, kerana saya boleh masuk syurga kalau hafal ayat Al


Quran.

R4

Tidak sebab susah nak hafal dan tak berminat nak hafal

TB 2 : Bagaimana cara kamu menghafal surah-surah yang telah


ditetapkan oleh

ustaz sebelum ini?

R1

Saya ulang ayat banyak kali sampai saya ingat ayat


tersebut.

R2

Saya menghafal dengan kawan saya sama-sama dengan


bertukar-tukar giliran dengar dan baca.

R3

Saya tutup Al Quran sambil hafal ayat dan buka semula Al


Quran kalau saya lupa ayat yang nak dihafal

R4

Saya hafal kalau ustaz suruh depan saya dan saya susah
hafal seorang diri
Berdasarkan analisis ke atas soalan-soalan temubual yang

telah dijalankan ke atas keempat-empat responden, mereka telah


memberitahu bahawa mereka telah dapat membaca ayat hafalan
surah dengan baik dan mengetahui cara menghafal surah yabg
telah

ditetapkan

dengan

cara

yang

tersendiri.Saya

dapat

mengenalpasti tahap minat di dalam menghafal surah secara temu


bual individu dan mengambil langkah proaktif dengan menerapkan
unsur menarik dan inovasi di dalam teknik menghafal surah pilihan.
Para peserta mempunyai pendapat yang berbeza semasa memberi

49

jawapan bagi soalan tahap minat menghafal surah. Ini mungkin


kerana

pengetahuan

sedia

ada

dan

juga

pengajaran

sesi

pengajaran dan pembelajaran yang lepas yang berkesan. Saya juga


dapat megenal pasti teknik menghafal oleh para peserta secara
individu yang menggunakan corak menghafal yang hampir sama
tetapi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Para
peserta menggunakan kaedah pengulangan yang biasa digunakan
oleh semua peserta tetapi mereka menggunakan strategi yang
berbeza seperti hafalan berpasangan, hafalan individu, dan tasmiq
bersama guru.
7.1.2

Analisis Lembaran Kerja

Lembaran kerja dibuat bertujuan untuk melihat tahap penguasaan


kemahiran murid di dalam mengenalpasti kedudukan dan susunan
ayat dengan betul sebelum menghafal surah yang telah ditetapkan.
Guru telah memberikan lembaran kerja kepada murid sebanyak
beberapa sesi sebelum dan selepas penggunaan teknik Gerafaz
Surah Al Adiyat. Lembaran kerja ini telah menggunakan aktiviti
menyusun ayat mengikut nombor ayat dengan betul dan mengisi
tempat kosong bagi ayat yang mempunyai sebutan dan perkataan
yang hampir sama di hujung ayat.
Jadual

menunjukkan

keputusan

yang

diperolehi

oleh

responden semasa menjalankan aktiviti lembaran kerja sebelum

50

dan selepas teknik Gerafaz Al Adiyat

diperkenalkan kepada

responden. Latihan 1 dan 2 merupakan hasil ujian sebelum Gerafaz


Al Adiyat diperkenalkan kepada peserta manakala latihan 3 dan 4
merupakan hasil selepas Gerafaz Al Adiyat digunakan. Hasil
keputusan yang diperolehi oleh responden telah diperhatikan.
Lembaran 1 menunjukkan responden masih tidak dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul. Masih terdapat beberapa kesalahan
yang telah dilakukan oleh mereka. Selepas itu, guru telah
memberikan lembaran 2, 3 dan 4 kepada responden untuk melihat
peningkatan penguasaan kemahiran menyusun nombor ayat dan
mengisi tempat kosong bagi ayat surah Al Adiyat

.
Jadual 3 : Keputusan lembaran kerja
Responden

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

R1

3/11

5/11

11/11

11/11

R2

4/11

6/11

11/11

11/11

R3

2/11

5/11

11/11

9/11

R4

3/11

5/11

9/11

11/11

51

Keempat-empat lembaran kerja yang telah diberikan kepada


keempat-empat responden ini merupakan aktiviti menyusun ayat
mengikut urutan nombor ayat dan mengisi tempat kosong bagi ayat
yang mempunyai sebutan dan bunyi yang hampir sama di hujung
ayat.Selepas membandingkan markah yang telah diperolehi oleh
keempat-empat responden di dalam lembaran latih tubi yang telah
diedarkan, saya dapat membuat rumusan bahawa mereka telah
menguasai kemahiran menyusun ayat hafalan dengan betul dan
tidak terkeliru di dalam menyusun ayat yang hampir sama bunyi di
hujung ayat. Ini membantu murid untuk menghafal ayat surah Al
Adiyat

dengan

lebih

lancar

dan

mudah.

Selepas

saya

memperkenalkan kaedah pengajaran berbantukan teknik Gerafaz Al


Adiyat, keputusan mereka telah menunjukkan peningkatan yang
positif.

R3 dan R4 kedua-duanya memperolehi keputusan yang

sama di dalam latihan yang keempat iaitu sebanyak 11/11


manakala R1 berjaya mengekalkan markah yang sama iaitu 9/11.
7.1.3

Analisis data pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian sebanyak dua fasa. Fasa


yang pertama adalah sebelum kajian dilakukan. Manakala fasa
yang kedua pula ialah selepas kajian dijalankan. Sebelum kajian
dilakukan saya telah memerhatikan tingkah laku mereka di dalam
kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran manakala fasa kedua

52

yang dijalankan pula pemerhatian yang dilakukan ke atas mereka


selepas pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknik
Gerafaz

Al

Adiyat.

Berikut

merupakan

pemerhatian

selepas

pengajaran dan pembelajaran berbantukan Gerafaz Al Adiyat


dijalankan :
Jadual 4 : Analisis pemerhatian (proses
pembelajaran)
Bil
1

Aspek yang dinilai

R2

R3

R4

Murid dapat memberi perhatian semasa


menggunakan kaedah Gerafaz.
Al Adiyat dengan betul dan baik.

R1

Murid menjawab soalan yang telah


diberikan
dengan betul setelah menggunakan
Teknik Gerafaz
Surah Al Adiyat.

Murid menggunakan teknik Gerafaz Al


Adiyat
semasa mengisi tempat kosong bagi
ayat hampir
sama bunyi dan sebutan

Murid menggunakan teknik Gerafaz Al


Adiyat
bagi menghafal surah Al Adiyat secara
keseluruhan
dan dapat menghafal dengan lancar
dan baik

53

Instrumen pemerhatian yang telah menjawab soalan kajian


saya

yang

pertama

pembelajaran.

Mereka

ialah

pemerhatian

telah

dapat

dari

aspek

menguasai

proses

pembelajaran

dengan baik. Terdapat empat items yang telah di senaraikan di


dalam pemerhatian. Item pertama dibuat untuk melihat adakah
murid dapat murid dapat mengenal pasti kedudukan nombor surah
Al Adiyat dengan betul dan baik..Item kedua pula murid menjawab
soalan

yang

menggunakan

telah
Teknik

diberikan
Gerafaz

dengan

Surah

Al

betul

Adiyat.

Item

setelah
ketiga

merupakan murid menggunakan teknik Gerafaz Al Adiyat semasa


mengisi tempat kosong bagi ayat hampir sama bunyi dan
sebutan . Manakala item yang keempat ialah murid menggunakan
teknik Gerafaz Al Adiyat bagi menghafal surah Al Adiyat secara
keseluruhan dan dapat menghafal dengan lancar dan baik

Berdasarkan item pertama, keempat-empat responden telah


murid dapat murid dapat mengenal pasti kedudukan nombor surah
Al Adiyat dengan betul dan baik . Item yang kedua pula
menunjukkan R1, R2, R3 dan R4 dapat menjawab soalan latihan
yang diberikan dengan betul selepas menggunakan teknik Gerafaz
Al Adiyat.

54

Berdasarkan

item

menggunakan tidak

ketiga,

R1

dan

R2

dilihat

murid

teknik Gerafaz Al Adiyat semasa mengisi

tempat kosong bagi ayat hampir sama bunyi dan sebutan tersebut.
Manakala R3 dan R4 merujuk Penanda murid menggunakan teknik
Gerafaz Al Adiyat semasa mengisi tempat kosong bagi ayat hampir
sama bunyi dan sebutan . Hal ini kerana apabila ditanya kepada R1
dan

R2

mereka

menyatakan

bahawa

mereka

sudah

dapat

mengingat beberapa ayat tanpa menggunakan teknik Gerafaz Al


Adiyat dan menggunakan teknik lama yang telah biasa mereka
gunakan. Hal ini menunjukkan bahawa teknik yang telah diajar oleh
saya telah membantu responden untuk menghafal surah Al Adiyat
dengan lebih lancar dan tersusun.
7.2

Soalan Kajian 2

Adakah amalan guru menggunakan kaedah GERAFAZ SURAH AL


ADIYAT dapat membantu murid tahun 4 menghafaz surah Al Adiyat?
Untuk menjawab soalan kajian 2 ini saya telah menggunakan
tiga data yang terdiri daripada dokumen refleksi guru, pemerhatian
dan juga temubual. Analisis dokumen refleksi guru menunjukkan
guru

telah

pengajarannya

membuat
setelah

penambahbaikan
mengenalpasti

dalam
kekuatan

amalan
dan

kelemahannya. Analisis pemerhatian terhadap tingkah laku murid


menunjukkan tingkah laku negatif murid seperti suka termenung,

55

suka meniru rakan sudah dapat dikurangkan kerana mereka lebih


menumpukan perhatian untuk menggunakan teknik Gerafaz untuk
menghafal ayat surah dan sewaktu menjalankan lembaran kerja.
Analisis temubual pula menunjukkan jawapan daripada keempatempat responden tersebut telah menunjukkan bahawa Gerafaz Al
Adiyat dapat membantu guru dalam mengubah amalan di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Untuk menerangkan dengan lebih
lanjut tentang data-data tersebut akan saya huraikan seperti di
bawah :

7.2.1
Jurnal

Analisis dokumen refleksi guru

refleksi

merekodkan

pengajaran

apa

yang

dibuat

berlaku

adalah

sepanjang

bertujuan
pengajaran

untuk
dan

pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, catatan refleksi pengajaran


ini juga membantu guru untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan

yang

terdapat

di

dalam

pengajaran

dan

pembelajarannya supaya langkah penambahbaikan dapat diambil


dan dijalankan oleh guru.
Sebagai seorang guru yang proaktif dan kreatif, guru seharusnya
sentiasa membuat refleksi untuk sentiasa memperbaiki kelemahan

56

yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah


dijalankan supaya objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan dapat dicapai secara optimum.
Berdasarkan
menghafal

ayat

permasalahan
surah

Al

murid

Adiyat

di
saya

dalam

kemahiran

telah

membuat

penambahbaikan di dalam pengajaran saya dengan menggunakan


pengajaran berbantukan teknik Gerafaz Al Adiyat. Saya telah
menyeragamkan teknik hafalan murid dengan memberi teknik yang
lebih tersusun dan sistematik agar responden lebih mudah dan
cepat

menghafal

ayat..

Penambahbaikan

terhadap

amalan

pengajaran dan pembelajaran ini telah menunjukkan perubahan


yang positif dalam kalangan murid-murid tersebut sebagaimana
yang telah dicatat dalam jurnal refleksi berikut :

Tarikh : 22 Julai 2016


Kelas: 4 Usaha
.Setelah saya memberikan penerangan kepada mereka
tentang cara penggunaan Gerafaz Al Adiyat

57

tersebut barulah

mereka faham dan dapat mengingat ayat-ayat surah Al Adiyat


dengan lebih baik dan bilangan hafalan ayat lebih banyak dan
baik.

Setelah

memastikan

mereka

faham

dengan

cara

penggunaan Teknik Gerafaz Al Adiyat tersebut saya telah


memberikan kepada mereka latih tubi dan lembaran kerja untuk
mereka mengaplikasikan penggunaan Teknik Gerafaz Al Adiyat
tersebut. Sewaktu membuat latih tubi tersebut mereka banyak
bertanya kepada saya kiraan nombor menggunakan jari kerana
mereka cuba mengadaptasi kiraan jari bagi menghafal ayat surah
Al Adiyat . Saya telah meminta mereka untuk merujuk petunjuk
gambar yang telah diletakkan di hadapan mereka. Sedikit demi
sedikit mereka mula faham untuk menggunakan Teknik
Gerafaz Al Adiyat tersebut dan akhirnya mereka faham
bagaimana untuk menghafal dan mengira jari bagi mengahafal
surah tersebut...

58

Tarikh : 28 Julai 2016


Kelas : 4 Usaha
.....Alhamdulillah, setelah beberapa sesi menjalankan kajian ini
saya dapat melihat perubahan terhadap murid-murid saya. Apabila
saya meminta mereka untuk menjalankan aktiviti di dalam
lembaran yang diedarkan mereka semakin yakin ,bersemangat
dan seronok. Ada di antara mereka yang memberitahu saya
bahawa mereka sudah tidak sabar untuk menjawab latihan yang
diberikan. Perkara yang paling menyeronokkan adalah apabila
melihat

mulut

mereka

terkumat

kamit

dan

sudah

dapat

menghafal ayat-ayat Surah Al Adiyat dengan lancar dan


fasih sebutan ayat semasa ujian tasmik surah Al Adiyat.
Mereka

bersaing

untuk

menghafal

samada berpasangan atau individu

surah

secara

sihat

Keadaan kelas menjadi

semakin ceria dan terkawal apabila ada di antara mereka yang


sudah mahir dan boleh menjadi rakan turus kepada murid yang
lain...
Peningkatan kefahaman murid ini dicatatkan dalam refleksi
yang bertarikh Julai 2016 dicatatkan selepas guru menjalankan
pengajaran dan pembelajaran Hafazan Al Quran yang bertajuk
Surah Al Adiyat. Kemahiran murid-murid dapat dilihat apabila

59

mereka dapat meminimakan kesalahan menyusun nombor ayat


Surah Al Adiyat dan mengisi tempat kosong bagi menyempurnakan
ayat yang mempunyai hujung ayat hampir sama bunyi dan
sebutan.. Apa yang paling menggembirakan ialah apabila melihat
mulut mereka terkumat kamit menghafal menghafal ayat-ayat
surah dengan menggunakan kaedah Jari 20 yang membantu
mereka menghafal dengan lebih lancar dan mudah.
7.2.2

Pemerhatian dan analisis pemerhatian

Persoalan kajian ini telah diperkukuhkan lagi dengan dapatan


melalui instrumen pemerhatian yang telah dijalankan. Pemerhatian
tersebut dijalankan ke atas tingkah laku mererka sepanjang
menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya
murid telah menunjukkan perubahan yang agak ketara dari segi
tingkah laku mereka sebelum dan selepas bahan ini diperkenalkan.
Mereka juga lebih menumpukan perhatian untuk merujuk
Penanda Jawi Berwarna dan secara tidak langsung tingkah laku
kurang berdisiplin dapat dikurangkan. Hal ini kerana sebelum kajian
ini dijalankan murid seringkali cuba untuk meniru rakan mereka
yang berada di sebelah dan juga sentiasa termenung apabila
soalan latihan diberikan.
Jadual 5 : Data Pemerhatian (Tingkah Laku)

60

Bil
1

Aspek yang dinilai

R4

Murid meniru rakan yang berada di


sebelah
sewaktu menjawab latihan yang
diberikan.

R3

Murid menjawab soalan yang telah


diberikan
dengan betul.

R2

Murid termenung sewaktu membuat


latihan yang
diberikan.

R1

Murid banyak bertanya kepada guru


tentang kiraan Jari 20 menggunakan
jari.

Terdapat empat aspek yang dinilai di dalam pemerhatian


tingkah laku ini. Aspek yang pertama ialah murid termenung
sewaktu membuat latihan yang diberikan. Aspek kedua pula ialah
murid menjawab soalan dengan betul. aspek ketiga yang cuba
dilihat ialah murid meniru rakan yang berada di sebelah sewaktu
menjawab latihan yang diberikan. Dan aspek keempat pula ialah
murid banyak bertanya kepada guru tentang kiraan

Jari 20

menggunakan jari.
Bagi aspek pertama didapati sebelum teknik Gerafaz Al
Adiyat diperkenalkan keempat-empat responden sering termenung

61

sewaktu membuat latihan yang diberikan. Hal ini menunjukkan


bahawa keempat-empat responden tidak mempunyai teknik yang
spesifik dan standard untuk menghafal surah tersebut yang telah
menyebabkan mereka kurang fokus dan banyak bermain, setelah
PdP berbantukan surah Al Adiyat diperkenalkan murid dilihat kurang
termenung dan lebih menumpukan perhatian untuk menggunakan
teknik tersebut.Aspek kedua pula menunjukkan keempat-empat
responden dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul
berbanding sebelumnya. Aspek ketiga pula menunjukkan tingkah
laku keempat-empat responden meniru rakan yang berada di
sebelah sewaktu membuat latihan dapat dikurangkan. Hal ini
kerana mereka akan sentiasa merujuk Penanda Jawi Berwarna
semasa membuat lembaran kerja. Bagi aspek yang keempat pula,
di dapati R1, R2, R3 dan R4 kurang bertanya kepada guru tentang
kiraan

Jari 20 menggunakan jari.. Hal ini membuktikan bahawa

guru telah dapat mengubah amalan sedia adanya sehingga


menyebabkan murid dapat menunjukkan kesan yang positif.
7.2.3

Analisis temubual

Instrumen ketiga yang telah menjawab soalan kajian saya ialah


temubual.

Jawapan

daripada

keempat-empat

responden

menunjukkan bahawa Penanda Jawi Berwarna dapat membantu


guru

dalam

mengubah

amalan

62

didalam

pengajaran

dan

pembelajarannya. Mereka dapat memahami isi pelajaran yang


diberikan oleh guru melalui penerangan di dalam kelas.
TB 3 : Adakah kaedah Gerafaz Al Adiyat menyeronokkan dan
kenapa?
R1

ya, Saya ulang ayat banyak kali sampai saya ingat ayat
tersebut.

R2

Saya menghafal dengan kawan saya sama-sama dengan


bertukar-tukar giliran dengar dan baca.

R3

Saya tutup Al Quran sambil hafal ayat dan buka semula Al


Quran kalau saya lupa ayat yang nak dihafal

R4

Saya hafal kalau ustaz suruh depan saya dan saya susah
hafal seorang diri
Hasil temubual yang telah dijalankan ke atas mereka

mendapati

bahawa

keempat-empat

responden

mengatakan

bahawa teknik Gerafaz Al Adiyat yang menggunakan kaedah Kira


Jari 20 membantu mereka untuk menghafal ayat surah Al Adiyat
dengan lebih lebih baik dan lancar. Mereka juga menyatakan
bahawa mereka sangat seronok sewaktu menggunakan Teknik
Gerafaz Al Adiyat ini.

63

R1, R3 dan R4 menyatakan bahawa mereka faham dengan


penggunaan Teknik Gerafaz Al Adiyat ini setelah mendapat
penerangan daripada guru. Manakala R2 pula menyatakan bahawa
mengalami sedikit kekeliruan pada awalnya tetapi setelah diberi
penerangan yang lebih mendalam responden lebih faham tentang
cara penggunaan Teknik Gerafaz Al Adiyat ini. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan
Teknik Gerafaz Al Adiyat ini dapat menjadikan murid lebih seronok
untuk belajar dan secara tidak langsung akan mengubah amalan
sedia

ada

guru

seterusnya

mewujudkan

pengajaran

dan

pembelajaran yang dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

64

8.1

RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai objektif kajian


yang telah ditetapkan. Kajian ini telah dimulakan dengan saya
membuat tinjauan awal untuk mengenalpasti permasalahan yang
dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran hafazan surah Al Adiyat.
Bertitik tolak dari permasalah ini saya telah membuat refleksi ke
atas diri sendiri tentang amalan pengajaran yang telah saya
gunakan sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, saya telah merancang untuk membuat penambahbaikan
terhadap amalan pengajaran saya dengan berbantukan bahan yang
diberi nama Teknik Gerafaz Al Adiyat bagi membantu murid
mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka dalam mengahafal
surah Al Adiyat. Maka saya telah melaksanakan tindakan yang telah
saya rancang sepanjang tempoh saya menjalani latihan mengajar
di sekolah.
Setelah saya melaksanakan tindakan tersebut, saya telah
membuat

refleksi

pembelajaran

sekali

saya.

lagi

Hasilnya

bagi

menilai

pengajaran

pengajaran

dan

dan

pembelajaran

berbantukan Teknik Gerafaz Al Adiyat ini dapat membantu murid


menyusun

urutan

nombor

ayat

dan

seterusnya

kemahiran

responden menghafal surah Al Adiyat dengan betul dan lancar.


Mereka juga dapat menghafal bilangan ayat dengan lebih banyak

65

berbanding ujian kali pertama dan bacaan lebih baik dan lancar.
Responden juga dapat mengenal pasti dan membeza sebutan
hujung ayat yang mempunyai sebutan yang sama bunyi dan
sebutan. Selain itu, apa yang dapat dilihat murid juga seronok
menjalankan

aktiviti

latih

tubi

bersama-sama

dengan

menggunakan bahan ini. Secara tidak langsung tingkah laku negatif


murid dapat dikurangkan dan dapat dikawal oleh guru dengan baik.
Hal

ini

dapat

melancarkan

lagi

proses

pengajaran

dan

mengubah

pengajaran

dan

pembelajaran saya.
Amalan

ini

juga

dapat

pembelajaran rutin guru kearah pengajaran yang lebih berkesan.


Bahan yang dibina juga sangat membantu murid untuk menghafal
ayat-ayat surah Al Adiyat dengan lebih cekap dan optimum
penggunaan masa dan tenaga. Ia juga boleh digunakan di dalam
Surah Hafazan yang lain sebagai batu loncatan untuk menghafal
surah dengan lancar dan baik.. Perkara ini secara tidak langsung
akan

dapat

meningkatkan

prestasi

akademik

murid-murid

terutamanya dalam mata pelajaran Tilawah Al Quran yang kian hari


kian hilang. Oleh itu pengenalan kepada Gerafaz Al Adiyat

ini

diharapkan dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran


dalam menghafal surah dengan lebih sistematik dan teratur.

66

Sebagai seorang guru Pendidikan Islam, guru seharusnya


berusaha untuk memastikan murid-murid sentiasa bermotivasi
untuk belajar dan menanam minat yang mendalam di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam khususnya mata pelajaran Tilawah Al
Quran Hafazan kerana sekiranya tidak dicegah daripada sekarang
dikhuatiri murid akan terus ketinggalan dan lama kelamaan ayat Al
Quran ini akan terus terkubur begitu sahaja. Usaha ini sangat
dituntut untu melahirkan murid yang berkualiti dan celik akal pada
masa akan datang.
Soalan-soalan kajian yang telah dibuat juga telah dapat
dijawab dengan instrumen-instrumen yang telah dikemukakan dan
data-data yang saling menyokong seperti yang terdapat dalam
kajian. Data-data yang menyokong antara satu sama lain ini adalah
merupakan triangulasi. Saya mengharapkan supaya kajian ini dapat
membantu

saya

untuk

sentiasa

membuat

refleksi

terhadap

pengajaran di dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melahirkan


murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya

sesuai

dengan

kehendak

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.
Namun begitu, kajian ini perlu diteruskan lagi dengan
membuat beberapa penambahbaikan terhadap Gerafaz Al Adiyat
ini supaya penggunaannya boleh diperluaskan lagi dan tidak

67

terbatas setakat menyambung huruf jawi tunggal sahaja dan perlu


diubahsuai mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.

68

9.1

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pelaksanaan

kajian

ini

dilihat

mampu

memperbaiki

amalan

pengajaran guru bagi mengurangkan masalah dan meningkatkan


kemahiran menghafal surah pilihan dalam kalangan murid Tahun 4.
Kajian ini sesuai digunakan oleh guru kepada semua murid dan juga
murid tahun tahap dua. Walaubagaimanapun, pelaksanaan kajian
tindakan yang dijalankan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada
beberapa batasan kajian.
Berdasarkan batasan kajian tersebut, beberapa cadangan
lanjutan yang dicadangkan oleh pengkaji yang mana ianya boleh
dijalankan dan dibuat penambahbaikan oleh para pengkaji lain
pada masa akan datang. Antara cadangan penambahbaikan yang
dapat dilaksanakan untuk kajian yang seterunya ialah pertama
pengkaji mencadangkan supaya bahan ini boleh dipelbagaikan
dalam bentuk perisian multimedia supaya menjadi lebih menarik
dan mudah difahami oleh murid. Pembaharuan terhadap Gerafaz Al
Adiyat

ini

boleh

dijalankan

dengan

menggunakan

perisian

komputer dan mengaplikasikan alatan ICT seperti audio dan audio


visual. Dengan bunyi-bunyian dan visual, murid-murid akan lebih
seronok dan berminat untuk menggunakan perisian tersebut
berbanding

dengan

kad

yang

berbentuk

2D

seterusnya

meningkatkan lagi penglibatan mereka di dalam pengajaran dan


pembelajaran.

69

Penambahbaikan yang kedua ialah pengkaji mencadangkan


supaya di samping bahan ini, pengkaji lain boleh menggunakan kad
ayat yang berbentuk 3D sebagai bahan bantu sokongan terhadap
Gerafaz Al Adiyat. Selain daripada bahan yang telah dibina ini,
murid boleh menggunakan bahan berbentuk 3D tersebut untuk
menyambung ayat secara turutan dan menarik dan dengan
menggunakan kaedah sentuhan secara tidak langsung akan
merangsang ingatan mereka dengan lebih cepat.
Akhir kata, saya berasa sangat bangga kerana murid-murid
tersebut telah dapat menghafal surah Al Adiyat dengan baik dan
menunjukkan

kemajuan

dan

peningkatan

prestasi

selepas

menggunakan teknik Gerafaz Al Adiyat. Saya sangat berharap


dengan kajian yang telah saya jalankan ini dapat membantu lebih
ramai lagi murid-murid yang tidak dapat menghafal surah-surah
pilihan

dengan

lebih

berkeyakinan

dan

bersungguh-sungguh.

Semoga kajian ini akan dapat diteruskan oleh pengkaji-pengkaji


yang lain sebagai rujukan dan panduan kepada mereka dan dapat
membuat penambahbaikan ke atas bahan tersebut pada masa
akan datang.

70

10.0 RUJUKAN
Abu Mazaya Al-Hafiz. 2007. Kaedah Mudah Dan Cepat Menghafaz Al
Quran, Al-Hidayah

Publications

Abdul Qadir Leong. Haji. (2005). Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani.


Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Abdul Halim Muhammadi. (t.t.). Kertas Konsep Kelas Tahfiz
Ummah. Bandar Baru Bangi.
Adam Bin Sahimin. (2009). Modaliti Seni Sebagai Pengukuh Asertif.
Kuching, Sarawak: IPGM

KBL (ms. 22-35)

Ahmad Bin Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam:Falsafah


Pedagogi dan Metadologi. Fajar

Bakti Sdn.Bhd.

Donald J. Treffinger. (2009). Creativity Is Too Difficult to Measure.


Centre for Creative Learning, Inc. : National Association for Gifted
Children. Mahyuddin Ashaari, Haji. (t.t), Pendidikan

sekolah

Rendah, Menengah dan Tahfiz ABIM; Rasional, Falsafah, Kurikulum


dan

Operasi.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri . 2013. Hafazan Al-Quran , Pustaka


Cahaya Kasturi Sdn Bhd\\

71

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri . Iqra Dalam Membentuk Manusia


Hebat. ( Kuala Terengganu,

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu

Terengganu, 1431h/2011m)
Farhanah Binti Rapihi (2012) Penggunaan Kaedah Fahamms Surah
Asy-Syams Dalam

Meningkatkan Kemahiran Menghafaz Surah

Asy-Syams, Koleksi Artikel Penyelidikan

Tindakan Pismp

Pendidikan Islam Amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan


Tindakan

Ipg Kbl Tahun 2012, Ms 256-267.

Mohammad Asraff Ayob (2015) Mudahnya Menghafal Al Quran


Menggunakan Kaedah Jibril

PTS Publication & Distribution Sdn

Bhd.
Mohammad Subki Abd Rahman. 2011. 33 Amalan Mendidik Anak
Soleh, Shah Alam : Pts Publications Sdn Bhd
Mohd Farhan Abdullah al-hafiz. Ust Hj. (2008). Kaedah Menghafaz
Al-Quran Jilid 2: Surah- surah Pilihan (Dewasa). Selangor: Bestari
Production.
Mohd Solleh Ab. Razak . 2013. Anakku Seorang Hafiz, Telaga Biru
Sdn Bhd
Mohd Yakub@Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan Saidi Mohd. (2008).
Keupayaan Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat:

72

Kajian di Beberapa Buah Sekolah Menengah

Terpilih di Negeri

Terengganu.
Yusuf Al-Aqsary. (2010). Teknik Ingatan Kaedah Mengatasi Lupa dan
Lemah Ingatan.

Selangor. Jasmin Publications.

Zahazan Mohamed .2006. 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam AlQuran : Khasiat Dan

Khaifiat Beramal . Kuala Lumpur : Telaga

Biru Sdn Bhd


Zulkifli Mohamad Al-Bakri . 2013. Hebatnya Kuasa Hafazan, Pts
Islamika Sdn Bhd.

73

Anda mungkin juga menyukai