Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN : BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI

Pengenalan : 5 Kaedah
Menurut Azizah (2010), membaca menjadi asas penting bagi semua bidang
pengetahuan yang akan membolehkan seseorang mendapat pendidikan di
sepanjang usianya. Kebanyakan ilmu pengetahuan adalah didapati di dalam
bentuk tulisan. Oleh itu seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca
bermula daripada usia yang masih kecil terutamanya pada waktu berada di
prasekolah. Dengan sebab itu, minat membaca perlu dipupuk dan diransang
daripada usia yang masih kecil lagi agar terbina asas yang kukuh yang akan
menimbulkan minat yang berterusan untuk membaca. Tambahan pula,
menurut Koh Soo Ling (2006), murid tahun satu yang mengalami masalah
dalam membaca dan menulis di dalam Bahasa Melayu berkemungkinan akan
berterusan

mengalami

masalah

yang

sama

di

sepanjang

zaman

persekolahan mereka.
Ini turut dipersetujui oleh Azizah (2010) yang telah memetik berita daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah disiarkan oleh akhbar Berita
Harian (2009) di mana kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum
mampu membaca dan menulis. Dengan sebab itu, bagi memupuk minat di
kalangan kanak-kanak untuk membaca, maka penulis mengemukakan 5
kaedah yang difikirkan sesuai untuk meransang kanak-kanak agar berminat
untuk membaca iaitu melalui kaedah sesi bercerita, mewujudkan sudut
bacaan,

peranan

perpustakaan,

ibu

kedai

bapa
buku

dan

dan

guru

pesta

sebagai
buku

dan

model,

mengunjungi

penggunaan

alatan

multimedia.
1. Sesi bercerita sebagai suatu amalan.
Menurut Abdul Halim et.al (2013) kanak-kanak sukakan cerita dan
kesan daripada mendengar cerita akan dapat memupuk minat kepada
buku. Aktiviti bercerita boleh dimulakan di rumah oleh ibu bapa ke atas
anak yang masih kecil sebelum tidur terutamanya membaca buku

cerita bergambar. Ibu bapa sewajarnya meluangkan masa 15 mint


sebelum anak tidur dengan membaca buku cerita yang cantik dan
menarik

ilustrasinya.

Sambil

bercerita,

ibu

bapa

seharusnya

menggerakkan jari mereka kepada tulisan yang dibaca walaupun mata


anaknya hanya melekat kepada gambar di buku sahaja. Ini secara
tidak langsung telah menanam suatu tanggapan di dalam diri anak
bahawa tulisan yang terdapat di dalam sesebuah buku adalah penting
untuk menceritakan gambar yang dilihat.
Menurut Abdul Halim et.al (2013) lagi, untuk menjadikan suatu sesi
bercerita itu menarik yang akan dapat merangsang minat kanak-kanak
untuk membaca adalah dengan memilih bahan bacaan yang hendak
dijadikan

sumber

bercerita

agar

sesuatu

mesej

yang

hendak

disampaikan berjaya. Antara pemilihan sesuatu buku cerita adalah :


a. Cerita bergambar
Kanak-kanak akan mudah memahami cerita melalui gambar
yang terdapat di dalam buku cerita. Secara tidak langsung ia
akan

merangsang

kanak-kanak

untuk

memiliki

buku

dan

membacanya.
b. Cerita berkonsep
Cerita berkonsep sangat sesuai dibacakan kepada kanak-kanak
ketika mempelajari sesuatu tema pada setiap minggu dan
konsep cerita yang berlainan pada setiap minggu akan menanam
minat di dalam diri kanak-kanak untuk hadir ke sekolah.
c. Cerita fiksyen
Kanak-kanak amat mengemari cerita fiksyen seperti cerita
Doraemon.

Kepakaran

guru

dan

ibu

bapa

sekali

sekala

membawa cerita fiksyen akan memberikan dorongan untuk


kanak-kanak berfikir.
d. Cerita bermaklumat
Buku cerita yang bermaklumat adalah penting untuk diceritakan
kepada kanak-kanak kerana ia berguna kepada percambahan
pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dan
guru perlu bijak untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang
terdapat di dalam sesebuah buku cerita dan dengan kemajuan

sains dan teknologi pada kini, kebanyakan buku cerita yang


bermaklumat telah dicetak dengan cetakan yang menarik yang
mempunyai ilustrasi yang mampu meransang kanak-kanak untuk
menerokainya.
e. Cerita klasik
Kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan lima dan enam
tahun amat menyukai cerita-cerita klasik seperti Cinderalla, di
mana mereka mampu menghayati pengembaran dalam epik ini.
Ini secara tidak langsung akan menanam minat mereka untuk
memilik buku cerita klasik dan berusaha untuk membacanya.
2. Mewujudkan sudut bacaan
Menurut Abdul Halim et.al (2013) amalan membaca akan menjadi
berkesan untuk diamalkan sekiranya terdapat sudut bacaan di rumah
atau di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu menempatkan bahan
bacaan yang pelbagai dan sesuai dengan kanak-kanak seperti buku
cerita, kamus bergambar dan majalah. Kanak-kanak akan teruja
apabila terdapat bahan-bahan bacaan yang menarik minat mereka di
sesuatu sudut yang direka dan mereka boleh membacanya pada waktu
lapang.
Begitu juga, menurut Jenny (2016) guru juga boleh mewujudkan sudut
bacaan yang bentuk baru seperti sudut sejarah dan patriotik yang
akan mendedahkan kepada kanak-kanak kepada pelbagai agama, adat
resam, kebudayaan dan kepercayaan dari pelbagai kaum di negara ini.
Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
sabar, toleransi dan hormat menghormati apabila mereka membaca
bahan-bahan tersebut kerana kebanayakan bahan bacaan yang
menceritakan tentang budaya dan adat sesutu kaum mempunyai
gambar dan ilustrasi yang menarik yang mampu meransang minat
untuk membaca.
3. Ibu bapa dan Guru sebagai model.

Menurut Abdul Halim et.al (2013) ibu bapa dan guru perlulah terlebih
adahulu mnejadi model sebagai seorang yang suka membaca dengan
mengamalkan membaca buku kerana ia akan membentuk sikap postif
dalam diri kanak-kanak terhadap tabiat suka membaca. Menurut Wong
Kiet Wah (2013) faktor pesekitaran merupakan kuasa luaran yang
boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Persekitaran merujuk
kepada

pengalaman

seseorang

baik

di

kanak-kanak
rumah,

sekolah

ketika
atau

berinteraksi
masyarakat.

dengan
Oleh

itu

persekitaran kanak-kanak yang dikelilingi dengan ibu bapa dan guru


yang suka membaca akan mendorong kanak-kanak untuk turut
mengisi masa dengan membaca.
4. Mengunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku
Menurut Abdul Halim et.al (2013) ibu bapa seharusnya menjadikan
aktiviti mengunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku sebagai
aktiviti

mingguan atau bulanan untuk meransang minat anak-anak

pada bahan bacaan. Ibu bapa atau guru boleh menggalakkan kanakkanak mendaftar sebagai ahli perpustakaan desa, sekolah, cawangan
atau perpustakaan awam agar mereka boleh meminjam buku. Ibu bapa
atau guru boleh memainkan peranan dengan membantu kanak-kanak
memilih bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan mereka.
Menurut Faisal Syarifudin (2005) buku memainkan peranan yang
penting di dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Orang ramai
boleh membeli buku yang dijual di pasaran sama ada di kedai buku
atau pesta. Namun begitu, orang ramai masih boleh mendapat buku
untuk

dibaca

secara

percuma

di

perpustakaan

dengan

cara

meminjamnya. Di kalangan dunia Islam sendiri telah terbukti bahawa


buku dan perpustakaan telah menjadi peradaban sejak munculnya
sarjana-sarjana Islam sehingga lahirnya perpustakaan yang masyhur
seperti Baitul Hikmah.
Oleh itu menurut Kosam Rimbarawa (2001) kelesuan tindakan pegawai
yang menguruskan perpustakaan (pustakawan) di dalam menarik

minat kanak-kanak untuk mengunjungi perpustakaan perlu diperbaiki.


Pustakawan seharusnya merancang aktiviti yang dapat menarik minat
ibu bapa dan guru untuk membawa kanak-kanak mengunjungi
perpustakaan sama ada di sekolah atau di perpustakaan awam.
5. Penggunaan alatan multimedia
Menurut Zailani et.al (2012) pengajaran dan pembelajaran membaca
yang dilaksanakan menerusi penggunaan perisian multimedia lebih
menunjukkan

kesan

yang

lebih

berkesan

berbanding

dengan

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tradisional. Ini


adalah kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
akan berlaku dalam bentuk dua hala ia mampu menarik penglibatn
kanak-kanak untuk terlibat secara aktif di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Penggunaan aplikasi multimedia
berpotensi untuk meransang dan menarik minat kanak-kanak kerana
kanak-kanak mudah terpegun dan tertarik bukan sahaja kepada alatan
multimedia itu sendiri, bahkan kepada paparan grafik, interaktif,
warna, persembahan dan kesan bunyi yang mengasyikkan. Ini secara
tidak langsung telah menanam minat di kalangan kanak-kanak untuk
menguasai pembacaan disebabkan kaedah yang digunakan amat
menarik perhatian mereka.
Kerangka Rancangan Pengajaran
Kelas :

Prasekolah 1

Tarikh:

1.3.2016

Hari :

Selasa

Masa :

30 minit

Bilangan murid : 15 orang ( 4 Tahun)


Modul

Teras Asas

Tajuk :

Konsep nombor

Tunjang :

Sains dan Teknologi

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran :

Memahami nombor 4, 5 dan 5


Menceritakan

apa

yang

didengar

semula

menggunakan ayat.
Menyebut nombor 4, 5 dan 6 dengan betul.
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran murid dapat :
1) murid dapat menyebut nombor 4, 5 dan 6 dengan betul
2) murid menunjukkan bilangan nombor 4, 5 dan 6 dengan
betul
Alatan / BBM : Slide tayangan aplikasi

Elite Kids. Peralatan multimedia

(komputer dan LCD Projector) dan kad nombor 4 sebanyak 5 keping, kod
nombor 5 sebanyak 5 keping dan kad nombor 6 sebanyak 5 keping.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam plan
rancangan pengajaran ini menggabungkan kaedah bercerita kembali dan
menonton tayangan multimedia serta bermain kad nombor. Cara dijalankan
pengajaran dan pembelajaran ini adalah seperti berikut :
1. Guru akan menayangkan slide daripada program Elite Kids Tahap Satu
bagi unit 5 iaitu Mari Menyanyi nombor 4, 5 dan 6.
2. Semasa slide ditayangkan guru meminta murid memberi perhatian
terhadap paparan yang dipaparkan.
3. Guru meminta murid agar menceritakan kembali dan melakonkan
kembali aksi yang dilihat di dalam paparan yang ditayangkan.

4. Guru mengedarkan 5 keping kad gambar nombor

4, 5 keping kad

gambar nombor 5 dan 5 keping kad gambar nombor 6 yang berukuran


saiz A4 untuk dipegang oleh para murid (setiap orang murid akan
mendapatkan satu keping kad).
5. Guru menayangkan kembali slide dan meminta murid menyanyi
bersama sambil melakukan aksi berdasarkan lagu yang didengari iaitu:
4............ 5............ 6
Mari kita kira jari
4...........5.............6
Mari kita tepuk tangan
4...........5.............6
Hentak kaki kiri kanan
4...........5..............6
Anak ibu sangat pandai
6. Guru meminta murid yang memegang kad nombor 4 mengangkat
nombor tersebut dan menyebutnya dengan kuat. Manakala yang
memegang nombor lain tidak mengangkat tangan. Begitu seterusnya
apabila yang memegang kad nombor 5 dan 6 dipanggil untuk
mengangkat kad mereka dan menyebutnya dengan kuat.
7. Guru menyuruh murid menukar-nukarkan kad nombor yang ada
ditangan mereka sesama mereka dan aktiviti nombor 6 di atas
diulang sehingga kesemua murid mampu memegang setiap nombor
ayang berbeza 4,5 dan 6.
8. Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran tentang konsep
nombor 4, 5 dan 6 yang telah dipelajari oleh murid pada hari tersebut.

Kreativiti di dalam menjalankan aktiviti


Untuk menjalankan aktiviti yang dirangka di dalam rancangan pengajaran
dan pembelajaran di atas, penulis telah menggabungkan kaedah bercerita
dengan menggunakan peralatan multimedia agar objektif pembelajaran
yang dirancang dapat dicapai. Melalui penggunaan alatan multimedia di
atas, dijangka murid akan tertarik dengan paparan dan kesan bunyi yang
terhasil sehingga mereka akan terikut untuk menyebut dan melakukan aksi
sebagaimana yang dilihat di dalam tayangan tersebut. Ini secara tidak

langsung dapat menarik minat mereka untuk menyebut dan membaca


tulisan yang keluar menerusi paparan itu.
Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dalam
rancangan pengajaran harian di atas, dijangka dapat memperlihatkan
perkembangan Komunikasi dan Bahasa kerana kanak-kanak itu akan
mendengar arahan dan memberi tindak balas terhadap arahan yang telah
dikeluarkan oleh guru di samping mereka akan mempamerkan keseronokan
untuk bermain kad nombor sambil belajar dengan bercerita sesama mereka
tentang permainan yang telah dijalankan.
Tambahan pula standard kandungan yang digunakan adalah salah satu
daripada standard kandungan Sains dan Teknologi iaitu Awal Matematik
dijangka dapat memperlihatkan perkembangan kemahiran Kognitif iaitu
kemahiran mendengar, memilih dan mengecam nombor yang sesuai dengan
nombor

yang

terdapat

pada

kad

nombor

apabila

dipanggil

untuk

mengangkat nombor tertentu.


Begitu juga, kanak-kanak itu dijangka akan menggunakan kemahiran motor
halus mereka untuk merasai bentuk nombor 4, 5

dan 6 dengan jari dan

seterusnya menggunakan kemahiran motor kasar apabila mereka perlu


mengangkat kad nombor itu apabila diminta berbuat demikian dan
menukarkannya sesama mereka agar setiap orang daripada mereka
berpeluang menyentuh dan mengangkat nombor yang berlainan. Ini
merupakan perkembangan bagi kemahiran

Fizikal dan Estetika. Aktiviti

bermain sambil belajar di atas juga dijangka dapat membina keyakinan


kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dan mereka akan saling
membantu antara satu sama lain kerana aktiviti yang dijalankan adalah di
dalam bentuk berkumpulan. Perkembangan ini adalah merupakan kemahiran
sosioemosi.
Bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologiawal matematik di atas terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi

oleh murid-murid agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang


berkesan dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditentukan. Peraturan-peraturan itu adalah seperti berikut :
1)

Murid-murid di minta duduk di tempat duduk yang telah ditentukan

sebelum dimulakan proses pengajaran dan pembelajaran.


2)

Murid-murid tidak dibenarkan menyentuh peralatan multimedia dan

kad-kad nombor yang telah disediakan sehingga mendapat arahan daripada


guru.
3)

Murid-murid

dikehendaki

memberi

perhatian

terhadap

sebarang

arahan yang dikeluarkan oleh guru tentang tatacara aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan permainan yang hendak dijalankan.
4)

Semasa

menjalankan

aktiviti

permainan

itu,

murid-murid

tidak

dibenarkan bangun daripad tempat tunduk yang telah ditetapkan bagi


mengelak keadaan menjadi kelam kabut.
5)

Semasa menjalankan aktiviti permainan itu juga, murid-murid tidak

dibenarkan membaling kad-kad nombor sama ada ke arah murid-murid yang


lain atau ke arah yang lain.
6)

Sebelum

mengangkat

kad

nombor,

murid-murid

dikehendaki

melakukan pengecaman terhadap nombor yang terdapat pada kad nombor


yang dipegang dengan menyentuh nombor yang tertera pad kad nombor itu
menggunakan jari masing-masing.
7)

Murid-murid juga dikehendaki menukarkan kad nombor yang dipegang

dengan murid yang lain sehingga dapat memegang kad nombor yang lain.
8)

Murid-murid yang telah menyelesaikan aktiviti yang diberikan tidak

dibenarkan bangun atau menggangu murid yang lain, bahkan dikehendaki


menunggu di tempat yang ditentukan sehingga diarahkan bangun oleh guru.

9)

Semua murid dikehendaki menyerahkan kembali kad nombor yang

telah digunakan dan

disimpan di dalam bekas yang telah ditentukan.

Pergerakan semasa menyimpan alatan mainan adalah seorang demi seorang


bagi menggelakkan keadaan menjadi tidak teratur.
Untuk

menjalankan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

sains

dan

teknologi-awal matematik yang menggunakan kaedah bermain di atas, guru


perlulah memainkan peranan dengan berkesan bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Peranan-peranan guru
tersebut adalah :
1) Merancang aktiviti permainan yang sesuai dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak dicapai kerana tanpa aktiviti permainan yang
sesuai, ia tidak akan dapat menarik minat murid untuk belajar dan
seterusnya akan menggagalkan objektik pengajaran dan pembelajaran yang
hendak dicapai.
2) Memastikan bahan-bahan alatan mainan yang hendak

digunakan

mencukupi dan peralatan multimedia berada dalam keadaan baik


3) Guru perlu memastikan alatan mainan yang hendak dijadikan aktiviti
bermain di dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu telah siap
disediakan sebelum aktiviti dijalankan agar aktiviti permainan

yang

dirancang dapat berjalan dengan sempurna.


4) Guru perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid tentang cara
permainan dan peraturan permainan yang telah ditentukan agar murid
benar-benar memahami tatacara aktiviti permainan yang hendak disertai.
5) Guru perlu memastikan murid memberi perhatian terhadap arahan yang
dikeluarkan dan memastikan murid menjalankan aktiviti mainan sambil
belajar itu dengan tertib dan teratur tanpa mengganggu murid yang lain
kerana kegagalan murid memberi perhatian akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu.

6) Guru perlu memastikan murid-murid menyimpan kembali alatan mainan


yang telah digunakan di dalam bekas penyimpanan yang telah ditentukan.
Ini akan melatih murid-murid menjadi berdisiplin dan menyayangi harta
sekolah.

Kesimpulan
Kegagalan menguasai kemahiran membaca akan menyebabkan berlakunya
masalah keciciran di dalam pelajaran. Semua pihak perlu berganding bahu
terutamanya ibu bapa dan guru untuk memastikan agar kanak-kanak yang
berada di pra sekolah mampu menguasai kemahiran asas 3M. Pengajaran
bacaan di peringkat prasekolah perlu diberikan penekanan kerana kanakkanak mudah dibentuk pada usia yang masih muda dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik
atau kaedah yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan
seterusnya membaca adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan permainan. Permainan adalah merupakan salah satu kaedah
boleh yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti
belajar sambil bermain membantu kanak-kanak yang masih kecil memahami
sesuatu pengajaran dan pembelajaran yan hendak disampaikan. Kanakkanak amat berminat untuk mencuba sesuatu yang baharu tambahan pula
jika ia dilakukan secara berkumpulan dan terdapat pelbagai alatan mainan
yang beraneka warna dan bentuk yang boleh menarik perhatian mereka.
Melalui aktiviti bermain sambil belajar pelbagai bentuk kemahiran dapat
digabung jalinkan di dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, pembelajaran yang dijalankan sambil bermain amat
sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana kanak-kanak suka mempelajarai
sesuatu yang baharu melalui aktiviti bermain. Ini adalah bertepatan dengan
kaedah Islam di man ulama telah berkata bahawa umat Islam hendaklah

agar sentiasa bermain dengan anak-anak yang berumur di dalam lingkungan


tujuh tahun ke bawah.
(2505 patah perkataan)
RUJUKAN
1)

Azizah

Bt

Zain

(2010),

Penggunaan

Bacaan

Berulang

Dapat

Mempertingkatkan Kelancaran Dan Kefahaman Dalam Kalangan KanakKanak Prasekolah, Proceedings of the 4th International Conference on
Teacher Education: Join Conference UPI &UPSI Bandung, Indonesia, 8-10
November 2010.
2) Faisal Syarifudin (2005), Peranan Buku Dan Perpustakaan Dalam
Demokratisasi Informasi, Berkala Ilmu Perpustakaan dan Informasi-Volume
11, Nomor 2, 2005.
3) Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), HDPS3203 Bahasa, Literasi dan
Komunikasi

Kognitif,

Open

University

Malaysia,

Meteor

Doc.Sdn.Bhd.

Selangor.
4) Sharifah Nor Puteh, Aliza Ali (2013), Belajar Melalui Bermain, Maxima
Press Sdn. Bhd. Selangor.
5) Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd
Rashid, Azlina Ahmad (2013), Perkembangan Kanak-Kanak, Oxford Fajar Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai