Anda di halaman 1dari 21

APA ITU IDENTITI ???

Apabila kita melihat persekitaran, didapati terdapat pelbagai objek, tumbuh-tumbuhan,


haiwan dan manusia yang perbagai jenis dan rupa. Lantas terfikir oleh kita bagaimana kita
membezakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan paling penting adalah makhluk sejenis kita?
Bagaimana kita mengenali dia sebagai siapa? Jawapan bagaimana kita mengenali dia
sebagai siapa adalah kerana wujudnya perbezaan dikalangan kita semua. Perbezaan ini
mewujudkan identiti kepada setiap benda yang ada disekitar kita. Gabungan perbezaan setiap
indvidu jika dilihat dari perpektif sebagai sebuah komuniti yang besar membentuk suatu
gabungan interaksi harmonis yang menjadi nilai sepunya kepada komuniti. Nilai-nilai
sepunya ini menjadi identiti bagi kumpulan tersebut untuk mereka dikenali oleh kumpulan
yang lain. Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, identiti adalah
sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu sebagai memperkenalkannya atau yang membezakannya
daripada yang lain. Ini bermaksud identiti adalah sebagai suatu tanda pengenalan yang
membezakan suatu dengan yang lain. Sebagai contoh nama yang diberi kepada setiap manusia
sebagai tanda identiti yang membezakannya dengan orang lain. Perlu diberi perhatian disini
juga tentang sifat-sifat yang boleh disama ertikan dengan ciri-ciri. Ini menunjukkan bahawa
dalam mengenal suatu sifat atau ciri-ciri tertentu menjadi rujukan utama dalam menganalisa
dan menentukan identiti.
Manakala perkataan sosial dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi yang
sama membahagikannya kepada empat perkara. Perkara pertama menyatakan sebagai semua
perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Kedua, ia berkaitan dengan persahabatan,
pergaulan dan aktiviti. Perkara ketiga membawa maksud keadaan manusia yang suka dengan
pergaulan. Manakala yang keempat adalah aktiviti perjumpaan dan keramaian. Jika
dirumuskan keempat-empat maksud sosial ini membawa maksud tentang segala perkaitan
elemen-elemen penting dalam masyarakat dan interaksi yangberlaku dalam masyarakat.
Di dalam The Value of Difference (Chris, 2004), Chris menjelaskan bahawa identiti
merupakan kunci utama dalam dunia kontemporari hari ini. Identiti berkembang sejak Perang
Dunia Kedua sehingga ke Perang Dingin merupakan warisan penjajahan, migrasi, globalisasi,
gerakan sosial menjadi perdebatan dalam kajian-kajian kemanusiaan dan sains sosial.
Persoalan tentang identiti menjadi isu yang penting dan menyumbang kepada banyak konflik
didunia hari ini. Identiti adalah suatu yang dipunyai oleh individu samada persamaan atau
perbezaan. Ia merupakan suatu pengenalan yang kukuh tentang susuatu individu berkait rapat
1

dengan sifat fizikal dan nilai sepertimana yang dinyatakan oleh Week dalam artikel bertajuk
The Value of Difference (Chris, 2004). Berdasarkan kepada rujukan itu, Chris Weedon
menegaskan bahawa identiti merupakan kunci utama dalam senario semasa hari ini. Persoalan
identiti mula berkembang sejak perang dunia kedua lagi. Ia merupakan hasil daripada kesan
penjajahan, migrasi, globalisasi, gerakan sosial yang menjadiperdebatan dalam kajian
kemanusiaan dan sains sosial. Keadaan ini menyebabkan isu-isu identiti menjadi penting
dalam konflik dunia hari ini yang melibatkan tentang individu, sosial, institusi, gender
(jantina), kewarganegaraan, sivil, budaya, negara dan pelbagai lagi.
Abdul Rahman Embong (1999) menjelaskan identiti adalah sesuatu yang individu, ia
melibatkan cara bagaimana individu cuba mengerti dunia sekitarnya. Ia sebenarnya berkait
dengan identiti kolektif membentuk identity masyarakat kerana hidup bermasyarakat adalah
ciri-ciri utama kewujudan manusia. Menurut beliau lagi, identiti yang ditunjulkan ini akan
diterima menjadi identiti individu atau masyarakat setelah ia diinternalisasikan oleh individu
atau masyarakat itu, yakni apabila ia berubah menjadi identiti takrifan harian melalui
pengalaman kehidupan sehari-hari individu itu sebagai pelaku sosial. Identiti, menurut Abdul
Rahman lagi, adalah suatu yang berinteraksi dan berkait rapat dengan pelbagai sumber seperti
sejarah, agama, geografi sosial, memori kolektif, alam sekitar, khayalan peribadi dan pelbagai
lagi yang berhubungan dan menpunyai pengaruh terhadap perilaku dan aktiviti manusia.
Merujuk kepada Athusser dalam buku sama (Criss, 2004), identiti adalah properties yang
dipunyai oleh sesuatu dan dipunyai dan diketahui individu (atau suatu entiti) berdasarkan
sifatnya yang disedari olehnya. Berdasarkan kepada konsep tersebut proses mengenal pasti
identiti adalah melalui proses menjustifikasikan sesuatu dalam pelbagai aspek seperti bahasa,
ideologi sebagai asas. Proses penjustifikasian bermula dengan memasukkan elemen individual
kedalam ideologi dan ideologi praktikal bersama sifat individu dan hubungan perlakuannya.
Beberapa elemen terkandung dalam membentuk identiti adalah kepercayaan, ilmu
pengetahuan, keluarga, undang-undang, politik, budaya dan media dalam aspek ideologi dan
menjadi subjek kepada suatu identiti.
Bentuk identiti yang diperlihatkan oleh suatu individu berdasarkan apa yang
dijelaskan pada perenggan terdahulu menjadikan individu sebagai tersebut. Ia dikenali sebagai
Performativity oleh Judith Butles. Butles menjelaskan fenomena ini adalah apa yang terjadi
didalam kehidupan seharian kita. Apa yang penting diperkatakan oleh Butles adalah identiti
diperlihatkan dengan pelbagai tanda pengenalan seperti simbol, sign, pakaian dan juga
amalan. Berikutan itu Chris (2004) mengenalpasti bahawa dalam membicarakan identiti ini, ia
2

melibatkan pelbagai perkara seperti kelas sosial, gender, seksualiti, bangsa, bahasa, ciri-ciri
visual seperti warna kulit, paras rupa serta asal usul sesuatu bangsa. Gidden menghujahkan
identiti sebagai suatu yang berpunca daripada maksud pelaku dan perlakuan yang dibawa oleh
individu sebagai usaha mewujudkan dirinya (Manuel.C, 1997). Berdasarkan pendapat Gidden
ini, identiti adalah suatu subjek dan aktiviti yang yang dilakukan oleh subjek itu sendiri
berdasarkan gerak kerja subjek itu untuk memperkenalkannya kepada orang lain. Berdasarkan
pendapat Gidden itu, Manuel mengembangkan identiti kepada suatu institusi adalah juga
boleh berpunca daripada pelaku sosial yang dominan membentuk maksud atau ciri-ciri
tertentu dalam institusi dan membentuk identiti bila maksud atau ciri-ciri yang ada disatukan
dalam kelompok itu. Menurut beliau identiti akan menjadi lebih berpengaruh berbanding
peranan suatu institusi.
Bagi Calhoun pula, dalam buku bertajuk Social Theory and The Politics of Identity
yang dirujuk dalam tulisan Manuel menjelaskan identiti terbit dari maksud dan pengalaman.
Beliau memberikan analogi berikut bahawa kita semua mengenal manusia bukan berdasarkan
nama, bahasa dan budaya yang berbeza tetapi berdasarkan pengetahuan yang didapati atau
ditemui dalam pencarian ke atas seseorang. Manuel lebih menjurus kepada punca terbitnya
suatu identiti berbanding membicarakan identiti itu sendiri. Punca kepada terbitnya identiti itu
adalah suatu yang penting. Identiti adalah daripada pengalaman dan dirinya seseorang sebagai
pelaku sosial. Ia terbit daripada individu itu sendiri dan mendefinisikan identiti sebagai
maksud simbolik berdasarkan tujuan seseorang samada oleh pelaku atau daripada orang lain.
Identiti boleh dibentuk berdasarkan tujuan tertentu. Pembentukan ini boleh dilakukan dengan
menggunakan nilai sejarah, geografi, biologi, peranan yang dimainkan oleh institusi tertentu,
pengalaman lepas, harapan, instrumen lain seperti ideology dan agama sebagai kepercayaan.
Gabungan-gabungan material atau elemen tersebut disesuaikan dengan keperluan, maksud
dan keadaan masyarakat serta perlu sesuai dengan suasana semasa (Manuel,1997).
Identiti individu boleh berkembang menjadi identiti kolektif sesuatu masyarakat.
Identiti individu sebagai pelaku sosial bermula daripada pengaruh budaya setempat/
masyarakat yang membawa kepada maksud tertentu yang menjadi cerminan kepada seluruh
masyarakat itu. Marthy dan Appleby dalam tulisan mereka, Fundamental Observed yang
dirujuk dalam buku Manuel telah membahaskan identiti dalam aspek keagamaan sebagai satu
pembinaan dan gabungan kolektif pelakuan individu dengan norma-norma dari peraturan
tuhan (yang diinstitusikan) untuk menjalankan urusan ketuhanan dan kemanusiaan. Agama
menjadi tunjang kepada pembentukan identiti dalam masyarakat yang berkepercayaan.
3

Perkara ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Rached Gannouchi, seorang intelektual
pergerakan islam Tunisia yang menegaskan bahawa nilai-nilai agama, sejarah dan tamadun
menjadi syarat penerimaan modenisasi oleh masyarakat Islam di Tunisia (Manuel, 1997).
Memetik pendirian Hassan Al-Banna, seorang ketua dan pengasas gerakan Islam yang
dibunuh pada tahun 1949 dalam tulisan yang sama, menjelaskan bahawa Al-Quran adalah
prinsi putama dan agung, Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh, manakala mati di jalan
Allah (Tuhan) adalah impian yang agung.
Kedua-dua rujukan pada perenggan sebelum ini (Manual dan Chris) menyentuh secara
tidak langsung bagi maksud identiti sosial secara terperinci. Tetapi bagi Lindar Martin dan
Eduardo Mendieta menjelaskan bahawa identiti sosial adalah melibatkan aspek-aspek seperti
bangsa, gender, seksualiti dan gerakan-gerakan bersifat politik (2003). Mereka memberikan
contoh tentang isu-isu etnik, seksualiti dan kenegaraan telah menjadi isu penting dalam
gerakan-gerakan politik semenjak revolusi budaya di Amerika Syarikat sejak 1960-an.
Perkara yang sama juga menjadi punca kepada konflik-konflik didunia adalah kerana
perbezaan identiti. Dalam tulisan mereka menjelaskan bahawa individu membentuk identiti
bukan berdasarkan kepada pilihan sendiri tetapi lazimnya terhasil akibat penjajahan, bangsa,
seksualiti dan konflik berdasarkan sejarah kumpulan (kaum) dan struktur sosial. Stuart Hall
dalam buku ini juga telah menjelaskan identiti sebagai nama yang diberi kepada sesuatu
secara berbeza berdasarkan kedudukan kita dalam masyarakat dengan merujuk pengalaman
lepas yang dilalui. Sosial pula merujuk kepada warna kulit, bentuk badan, bahasa, peranan
bahasa dan tempat kelahiran. Untuk memahami identiti, kajian tentang psikologi, budaya,
politik, falsafah dan sejarah perlu dikaji dengan teliti untuk difahami. David Halperin (Linda,
2003) menjelaskan bagi pembentukan sejarah juga perlu difahami dalam kajian ini.
Selain daripada unsur fizikal perlu dianalisa dalam pengkajian tentang identiti sosial
ini, perkara yang spritual juga harus diambil kira seperti kepercayaan yang melibatkan agama,
pengharapan yang merupakan wawasan dan pengalaman yang dilalui oleh suatu kaum atau
masyarakat. Perkara ini seperti mana yang dijelaskan oleh Fanon dalam tulisan Linda (2003).
Berdasarkan kepada tulisan mereka (Linda dan Eduardo), kebanyakan ahli-ahli teori hari ini
meletakkan tidak kurang empat perkara yang membentuk sosiali dentiti seperti bangsa (race),
kelas, nasionaliti, seksualiti, biologi, tempat atau lokasi, ekonomi (capital) dan negara bangsa
(nation state). Jika berdasarkan kepada beberapa rujukan diatas pemahaman tentang identiti
sosial ini boleh dijelaskan dalam pelbagai dimensi yang cukup luas dan pelbagai merangkumi
seluruh kehiduapan sosial manusia. Namun, bagi merumuskan definisi identiti sosial secara
4

umumnya ia boleh dinyatakan sebagai suatu keadaan, sifat, struktur sosial, gambaran kolektif
yang terhasil dari interaksi dan gabungan pelakuan, nilai individu-individu dalam suatu
kelompok. Interaksi dan gabungan pelakuan dan nilai ini amat dipengaruhi oleh elemenelemen yang bertentangan seperti bangsa (race), kelas, nasionaliti, seksualiti dan pelbagai lagi
seperti yang dinyatakan oleh ahli-ahli teori.
PEMBENTUKAN IDENTITI
Identiti sosial ini bukanlah suatu benda yang kekal sifatnya jika difahami daripada
bahan rujukan yang digunakan untuk menulis perbincangan ini (Abd.Rahman, 1999). Beliau
menjelaskan identiti adalah sesuatu yang bersifat cair dan berubah-ubah berdasarkan
parameter identiti seperti budaya, agama. Ia sentiasa diberi takrifan baru akibat daripada
pelbagai keadaan yang sentiasa berubah seperti pemodenan dan pembangunan ekonomi.
Berdasarkan rujukan daripada para sarjana, didapati terdapat banyak faktor yang membentuk
dan mengubah identiti sosial dalam sesuatu wilayah. Antara yang dikenal pasti diri individu,
faktor

migrasi,

sifat

fizikal,

kesan

daripada

penjajahan,

gender

dan

seksualiti,

kewarganegaraan, ideologi, kepercayaan dan agama, ilmu pengetahuan, undang-undang,


keluarga, kelas sosial, bangsa dan ciri-ciri visual seperti paras rupa dan warna kulit, asal usul
bangsa, sejarah, geografi, pengalaman, bahasa, budaya, media, wawasan, globalisasi dan
gerakan sosial. Ia boleh bertukar dan berubah keadaannya secara sengaja atau tidak. Sebabsebab yang dikenal pasti ini boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sebagai faktor
tetap dan faktor boleh ubah. Jika diperhatikan kepada bilangan bilangan faktor yang
menyumbang kepada pembentukan suatu identiti sosial dalam sesebuah negara adalah sangat
banyak. Justeru tidak dapat dipastikan secara pasti faktor manakah yang membentuk identiti
sosial dalam suatu negara atau wilayah. Ini kerana manusia adalah makhluk sosial yang
sentiasa terpengaruh dengan persekitarannya. Disamping mempunyai kehendak dan persepsi
yang berbeza berasaskan teori pilihan rasional dalam pelbagai hal untuk berhadapan dengan
persekitaran yang pelbagai (Abd. Rahman, 1999).
Kebanyakan ahli teori cenderung untuk membicarakan hanya empat aspek seperti ras,
kelas, jantina (gender) dan nationaliti (kewarganegaraan) dalam merujuk kepada identiti sosial
ini seperti (Linda, 2003). Hal ini mungkin bagi menbicarakan isu dan rencana identiti sosial
secara global dan diadaptasi keatas semua Negara. Ia juga mungkin sesuai untuk kajian keatas
negara Eropah yang penduduknya dari ras yang hampir sama yang berbeza keadaannya dari
negara-negara sebelah timur yang mempunyai masyarakat berbilang etnik dan pernah dijajah
5

oleh kuasa asing. Walaupun hakikat pembentukan identiti sosial bermula dari individu sebagai
faktor sosial yang berkembang kepada perlakuan identiti kolektif bagi seluruh ahli
masyarakat/kelompok (seperti yang didefinisikan oleh Abd. Rahman dan Gidden), namun
peranan institusi memainkan peranan yang cukup berkesan dalam membentuk identiti sosial
dalam dalam masyarakat. Perkara ini dibuktikan oleh Shamsul (1999) tentang pembentukan
identiti orang melayu oleh penjajah British yang bukan sahaja berjaya menguasai politik
malah aspek pemikiran juga. Identiti melayu yang dibentuk oleh berasaskan ilmu Kolonial
telah diterima oleh orang melayu sebagai identiti bangsa melayu. Walaupun hakikatnya ia
terbina dari kaca mata penjajah.
BAGAIMANA IDENTITI DIBENTUK?
Pembentukan identiti merupakan satu proses pembangunan (development) personaliti
dan peribadi seseorang individu. Proses ini berlaku secara berterusan dan ianya akan
mempengaruhi satu tahap kehidupan seseorang individu yang menyebabkan orang itu dikenali
melalui ciri-ciri dominannya. Pembentukan identiti seseorang individu juga memerlukan
suatu unsur kesinambungan dan keunikan yang berbeza daripada umum. Seperti contoh, tabiat
yang telah menjadi sa tu kebiasaan kepada seseorang akan mengundang kepada amalan
tersebut dikaitkan kepada orang itu atau individu berkenaan akan dilabelkan dengan ciri-ciri
tabiat tersebut. Oleh itu, pembentukan identiti akan mempengaruhi seseorang tersebut
menganggap bahawa ianya merupakan satu entiti yang berlainan dan berasingan daripada
yang lain. Dengan itu, setiap individu yang berbeza antara satu sama lain akan wujud.
Proses pembentukan identiti boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor external (luaran)
dan internal (dalaman) terutamanya persekitaran di sekeliling individu tersebut. Rajah berikut
mengilustrasikan

elemen-elemen

faktor

dalaman

pembentukan identiti seseorang.

dan

luaran

yang

mempengaruhi

Asuhan keluarga
dan saudara-mara
Dalaman
Agama
Faktor-faktor

Pengaruh
persekitaran

Luaran

Budaya dan Etnik

Nasional

RAJAH 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN IDENTITI


FAKTOR DALAMAN
I.

Asuhan keluarga dan saudara-mara


Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti seseorang individu

kerana ibu bapa merupakan orang pertama yang mengenali anak mereka dan cara mereka
membesarkan anak akan membuahkan ciri-ciri personaliti yang berlainan dalam setiap
individu. Anak-anak akan belajar pasal hubungan, nilai-nilai moral dan akhlak diri dengan
hanya melihat cara kehidupan keluarganya. Ini akan memberi kesan dalam pertumbuhan
emosional dan kognitif dalam seseorang individu.
Ibu bapa mengajar nilai-nilai moral melalui perlaksanaan nilai tersebut dalam
kehidupannya kerana kanak-kanak belajar pasal apa yang dilakukan lebih daripada apa yang
diberitahunya. Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk menetapkan sempadan kepada
setiap anak-anaknya dan ini akan membantu dalam pembangunan identitinya kemudian. Hal
ini kerana kanak-kanak meluangkan kebanyakan masanya di rumah berbanding dengan
sekolah. Rumah turut merupakan sebuah tempat yang penting dan berkekalan dalam hati
anak-anak kecil atas sebab ianya merupakan tempat di mana hubungan yang erat dibina dan
membolehkan anak-anak kecil meluahkan kata-kata hatinya serta be ourselves (menjadi diri
sendiri). Struktur keluarga yang kukuh akan memberikan kanak-kanak satu persekitaran
7

pembesaran yang selamat dan aman serta membenarkan kanak-kanak tersebut bertumbuh
secara natural (semula jadi).
Contohnya, ibu bapa yang sering menjadi orang yang meluangkan banyak masanya
dengan anak akan menghasilkan anak yang merupai ciri-ciri ibu bapanya. Kebanyakan anak
kecil akan membesar untuk menjadi seseorang yang positif dan menginginkan hubungan
kekeluargaan yang erat apabila tua nanti. Apabila keadaan ini adalah disebaliknya, anak
tersebut akan membesar menjadi dengki, cuba menarik perhatian ibu bapanya dengan
melakukan pelbagai perkara yang tidak senonoh dan kurang menginginkan sebuah keluarga
kerana anak tersebut tidak mempunyai sebarang sokongan yang dia boleh bergantung pada.
Oleh itu, keluarga merupakan asas kepada pembentukan identiti seseorang individu.
Melalui pengalaman yang positif dan pengajaran awal, kanak-kanak akan belajar untuk
menjadi seseorang individu yang mempunyai identiti khusus tersendiri.
II.

Agama
Agama merupakan kepercayaan dan amalan yang biasanya dipegang oleh seorang

individu yang melibatkan pematuhan kepada kepercayaan yang dikanunkan serta iman dan
pengalaman ilahi. Stryker dan Serpe (1982) meyatakan bahawa identiti berdasarkan agama
meramalkan jumlah masa yang dicurahkan dalam aktiviti agama, dan ciri-ciri khas identiti
agama akan dikenalpasti berdasarkan komitmen kepada peranan hubungan dengan agama.
Penganut agama yang soleh akan mengamalkan pengajaran agama dan mengenal pasti diri
mereka melalui agama yang dianutinya. Agama merupakan satu faktor dalaman kerana agama
merupakan satu perkara peribadi yang harus dihormati oleh orang lain dan cara orang itu
membawa diri akan mencerminkan agama yang dipraktikkan olehnya. Di kalangan sebuah
masyarakat berbilang kaum, individu akan dikenal pasti melalui agamanya kerana setiap
amalan agama adalah berbeza. Ajaran agama akan memberi kesan kepada hasil pembentukan
identiti setiap individu.
FAKTOR LUARAN
i.

Pengaruh persekitaran
Identiti juga boleh dilahirkan melalui pelbagai situasi atau sebagai alternatif, melalui

individu dalam keadaan yang tertentu. Pengaruh persekitaran merujuk kepada hubungan
bersama kawan, majikan dan orang lain yang memberi sesuatu impak kepada perubahan
8

personaliti peribadi seseorang individu. Melalui persekitaran yang majmuk, identiti individu
adalah pelbagai dan berlainan untuk setiap situasi atau orang yang berbeza. Ahli teori
psikologi kognitif sosial, Markus (1977) memahami identiti sebagai skema dalaman kognitif
yang menyimpan maklumat dan makna-makna berkenaan dan menggunakan maklumat
tersebut untuk mentafsirkan pengalaman dan kefahaman mereka. Orang tersebut akan
mempunyai ciri-ciri identiti yang berlainan apabila berkomunikasi atau berada di kalangan
kategori hubungan yang lain. Contohnya, individu mungkin dikenali sebagai periang dan
pelawak di kalangan kawan-kawan rapatnya tetapi individu tersebut dilabel sebagai rajin dan
orang yang menepati masa di kalangan rakan pekerja serta majikannya. Oleh itu, manusia
yang kognitif mampu mentafsirkan keadaan atau situasi kemudian meningkatkan sensitiviti
dan penerimaan isyarat tertentu untuk tingkah laku yang sesuai. Individu menyedari
kepentingan dan impak setiap tindakan dan tingkah lakunya apabila berada dalam
persekitaran yang berbeza. Pembawaan karakter yang sesuai adalah diperlukan untuk
pengenalpastian peranan individu dalam sesuatu persekitaran. Dengan itu dinyatakan, ramai
ahli teori identiti membuat hipotesis bahawa semakin tinggi kekerapan sesuatu identiti relatif
berbanding ciri-ciri identiti lain yang diterapkan dalam diri, semakin besar kebarangkalian
tingkah laku yang sesuai akan dipilih mengikuti harapan yang dikaitkan pada identiti tersebut.
ii.

Budaya dan Etnik


Identiti budaya ialah perasaan dan hubungan seseorang individu bersama kumpulan-

kumpulan atau budaya tertentu. Begitu juga dengan identiti etnik, individu akan
mengidentifikasikan dirnya dengan etnik tertentu, biasanya berdasarkan keturunan atau
genealoginya. Individu membentuk identiti sosial melalui perhubungan mereka dengan
kumpulan-kumpulan tertentu. Setiap budaya dan etnik mempunyai ciri-ciri khas yang unik
dan membezakan ia daripada budaya dan etnik lain. Apabila seseorang itu dipengaruhi oleh
sikap, tabiat, kepercayaan dan idea-idea etnik atau budayanya, orang itu membenarkan dirinya
dilabel melalui keturunannya.
Apabila individu membesar di tempat atau kawasan yang diduduki oleh masyarakat
majmuk, individu tersebut lebih cenderung untuk mempraktikkan gaya-gaya atau kualiti
etniknya untuk membezakan dirinya dari orang lain. Contohnya, individu tersebut mungkin
boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan tetapi individu akan memilih untuk bercakap
dalam bahasa ibundanya di rumah atau dalam kalangan orang yang sama ras.

iii.

Nasional
Negara merupakan satu entiti yang membahagikan manusia dalam kumpulan-

kumpulan tertentu berdasarkan tempatnya di bumi. Identiti nasional pula merupakan satu
konsep etika dan falsafah dimana ahli-ahli sebuah negara berkongsi satu identiti yang umum.
Identiti nasional adalah lebih jelas dan mudah dibezakan jika dibandingkan bersama
penduduk negara asing. Selalunya, rakyat yang berkongsi identiti nasional yang sama akan
mempunyai asal keturunan yang seiras.

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL


Melalui Teori Perkembangan Psikososial Erikson, Erik Erikson (1968) menegaskan
bahawa identity provides one with a sense of being at home in ones body, a sense of
direction in ones life, and a sense of mattering to those who count. Identiti memberi satu
perasaan kesejahteraan kepada seseorang dan memberi tunjuk arah dalam menjalani sesebuah
kehidupan tersebut.Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individuindividu di persekitaran kanak-kanak. Hal ini kerana, perkembangan identiti seseorang
bermula dari peringkat umur kanak-kanak hingga ke dewasa. Dalam teori ini, Erikson
memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial seseorang. Dalam Gambar 1
dibawah menunjukkan peringkat-peringkat seseorang yang mengalami perkembangan identiti.
Bermula dengan pada peringkat umur bayi hingga peringkat dewasa tua, setiap peringkat
mengalami proses sosialisasi yang berbeza. Semakin tinggi peringkat atau semakin meningkat
umur semakin tinggi kerumitan mengenal identiti seseorang.

10

GAMBAR 1: PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL


Pada peringkat bayi (umur 18 bulan kebawah), merupakan satu peringkat paling awal
perkembangan psikososial. Peranan ibu bapa amat penting pada peringkat ini dan identiti bayi
tersebut dipengaruhi oleh kualiti penjagaan yang diberikan oleh ibu bapanya seperti cara
jagaan, cara memberi makanan, kasih sayang dan sebagainya. Jika ibu bapa tersebut berjaya
memberikan keselesaan kepada bayi mereka secara konsisten maka bayi tersebut akan
mempunyai perasaan keselamatan yang terjamin manakala jika ibu bapa gagal memberi
penjagaan yang sebaiknya dan dipengaruhi oleh emosi maka bayi tersebut akan mengalami
trauma atau ketakutan terhadap kehidupan sekelilingnya. Konflik peringkat ini adalah
Amanah vs Ketidakpercayaan (Trust vs Mistrust). Jelas sekali, jika kita sebagai bayi tidak
mendapat keperluan kita dipenuhi, kita akan menjadi tidak pasti dengan alam sekitar kita dan
takut akan penjaga kita. Untuk perkembangan yang sihat dan pergerakan ke peringkat
seterusnya, kita memerlukan keperluan fizikal dan emosi kita dipenuhi secara konsisten.
Pada peringkat zaman kanak-kanak kecil (18 bulan hingga 3 tahun), kanak-kanak mula
mempunyai rasa kawalan peribadi. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan kawalan diri
melalui kemahiran fizikal dan berdikari seperti berjalan tanpa bantuan, berkomunikasi secara
lisan dan menjadi pottytrained. Kawalan ini melalui pemilihan pemakanan, pakaian, mainan
dan sebagainya. Jika kanak-kanak tersebut berjaya pada peringkat ini maka kanak-kanak
11

terebut mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan mempunyai rasa selamat dengan diri
sendiri. Sebaliknya, jika mereka gagal maka mereka lebih merasai keraguan dalam diri sendiri
dan berasa tidak selamat dengan persekitarannya. Krisis kanak-kanak ini beralih kepada
Autonomi vs Shame . Ini boleh menjadi satu peringkat rapuh, terutama kerana usaha kanakkanak untuk menguasai kemahiran (seperti makan diri sendiri, menggunakan tandas dan
bukannya lampin, dan lain-lain). Jika kanak-kanak malu atau malu pada ketidakmampuan
mereka untuk menguasai lebih banyak tugas dewasa, ia boleh menjejaskan harga diri kanakkanak. Untuk bergerak ke peringkat seterusnya, kanak-kanak memerlukan dorongan dan
sokongan daripada orang dewasa bagi membantu mereka mengembangkan pemikiran dan
tingkah laku.
Pada peringkat pra-sekolah (3 hingga 5 tahun), kanak-kanak mula berinteraksi sosial
selain ibu bapa dan keluarga mereka. Mereka mula mempunyai rakan-rakan sebaya untuk
belajar dan bermain di sekolah. Pada peringkat ini, mereka mula mempunyai rasa untuk
mengeksplorasi keadaan sekeliling dan mula pandai meniru apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Hal ini kerana kanak-kanak menjadi terpesona dengan tingkah laku orang dewasa
seperti memandu, bercakap di telefon, melaksanakan kerja-kerja rumah seperti pembersihan
dan memasak, dan lain-lain. Jika mereka berjaya, mereka mempunyai keupayaan dan
kebolehan memimpin orang lain. Jika gagal, mereka mempunyai rasa keraguan diri, rasa
bersalah dan kekurangan inisiatif. Oleh itu, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami krisis
kepada Inisiatif vs Rasa bersalah . Pada ketika ini, kanak-kanak mengalami perkembangan
kreatif dan pemikiran kognitif serta pemikiran moral. Oleh itu, apabila kanak-kanak berbuat
jahat, kanak-kanak boleh menjangka hukuman dan mula berasa bersalah. Kanak-kanak perlu
pandai membezakan antara perkara yang betul dan salah dalam kehidupan mereka supaya
mereka dapat menjadi orang yang berguna.
Pada peringkat umur 6 hingga 11 tahun, kanak-kanak mula mempunyai rasa bangga
terhadap percapaiannya di sekolah. Pemikiran kanak-kanak mula berkembang dengan
persekitaran baru di sekolah. Peranan guru-guru amat penting pada peringkat ini kerana
kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah. Kemahiran baru
mula mengembangkan pemikiran kognitif kanak-kanak. Pada peringkat ini, mereka
mengalami krisis Industri vs Rendah Diri. Dengan galakan dari ibu bapa, guru-guru dan
rakan-rakan, mampu membimbing kanak-kanak untuk berjaya dalam bidang pelajaran,
olahraga, dan sebagainya. Sebaliknya, jika mereka gagal mendapatkan galakan dari interaksi

12

sosial tersebut maka kanak-kanak tersebut mungkin mempunyai keraguan dan tidak
mempunyai keyakinan tinggi dalam diri mereka.
Pada peringkat remaja (12 hingga 18 tahun), kebebasan diberi keutamaan pada
golongan ini. Mereka cuba untuk berdikari bagi mendapatkan keyakinan diri melalui
meneroka dunia baru melalui kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Pada peringkat
ini, remaja mula mengalami perubahan diri untuk meningkat dewasa. Kedatangan baligh
membawa kesedaran seksual dan keinginan untuk percubaan. Krisis dalam fasa ini adalah
Identity vs Peranan Confusion. Ia adalah fasa penerokaan di mana remaja berusaha untuk
menentukan identiti mereka (identiti ego) dan apa yang remaja mahu dalam kehidupan
mereka seperti (kerjaya, pendidikan, dan lain-lain). Oleh itu, remaja mula mempelajari
perkara-perkara baru bagi mendapatkan bimbingan/arah di masa hadapan. Jika mereka
berjaya, remaja ini akan mempunyai semangat yang tinggi dalam diri dalam kebebasan dan
kuasa. Kegagalan remaja pada peringkat ini akan menyebabkan remaja mengalami
kepercayaan tidak pasti dan perasaan tidak selamat serta kekeliruan peranan pada masa akan
datang.
Pada peringkat awal dewasa (19 hingga 40 tahun), seseorang mula untuk mencari
rakan kongsi. Ia menjadi tumpuan utama atau perjuangan baru apabila seseorang telah
diselesaikan krisis identiti remaja mereka. Keutamaan pada peringkat ini adalah untuk
mencapai kejayaan dalam perhubungan dengan seseorang. Perjuangan peringkat ini adalah
Intimacy vs Pengasingan . Jika mereka berjaya pada peringkat ini maka mereka dapat
perhubungan keintiman pada tahap yang mendalam dengan seseorang. Jika tidak
menyelesaikan perjuangan ini, mereka mungkin mengalami pengasingan daripada orang lain.
Hubungan yang paling penting pada peringkat ini adalah bersama rakan-rakan adalah
permulaan hubungan yang komited dalam usaha membangunkan hubungan yang selamat dan
komited di masa hadapan. Pada peringkat ini, perasaan semangat identiti diri amatlah kuat
atau menonjol. Jika berlakunya hubungan kekurangan komited maka berlakunya pengasingan
emosi, kemurungan dan kesepian seseorang itu.
Pada peringkat dewasa (40 hingga 65 tahun), lebih tertumpu kepada kerjaya dan
keluarga. Erikson percaya bahawa banyak kehidupan kita membuat persediaan untuk
peringkat ini. Apabila kita telah berjaya menyelesaikan konflik dewasa muda, kita
menghampiri konflik baru di masa dewasa pertengahan. Pada peringkat ini, kerja-kerja yang
paling penting kepada kehidupan adalah cenderung untuk mengambil berat dengan
13

produktiviti dan pertumbuhan peribadi. Ketakutan terbesar pada peringkat ini adalah perasaan
tidak bermakna atau tidak aktif. Juga peringkat "krisis pertengahan umur," kita cenderung
untuk berjuang untuk mencari tujuan kita atau makna yang lebih besar dalam kehidupan.
Perjuangan ini dikenali sebagai Generativity vs Stagnation. Kejayaan dalam hidup akan
menyebabkan seseorang merasai telah menyumbang sesuatu kepada dunia. Manakala,
kegagalan pula akan menyebabkan perasaan menjadi tidak produktif dan tidak terlibat dengan
dunia sekelilingnya. Hal ini kerana kurang mempunyai interkasi sosial terhadap orang di
sekelilingnya.
Pada peringkat berusia (65 tahun dan ke atas), seseorang telah memasuki akhir
dewasa. Erikson percaya pada waktu ini adalah sebagai waktu pemulihan daripada dewasa
pertengahan. Pada peringkat akhir ini, seseorang cenderung untuk memikirkan tentang
kehidupan dan pencapaian mereka atau kekurangan daripadanya, penyesalan, dan
merenungkan kematian mereka. Yang tidak dapat dielakkan kematian adalah sesuatu yang kita
perlu menghadapi dan menerima dalam peringkat ini. Hubungan yang paling penting
peringkat ini adalah dengan semua manusia. Perjuangan peringkat akhir ini adalah Integriti vs
berputus asa. Seseorang yang berjaya dalam kehidupan akan merasai kepuasan hidup dan
mengenang jasa atau kebijaksanaan mereka yang telah disumbangkan. Sebaliknya, kegagalan
seseorang akan menyebabkan kekesalan, kepahitan, putus asa, dan perasaan bahawa hidup
mereka telah sia-sia.

14

PERBINCANGAN IDENTITI SAYA


Oleh : Nor Shazana
Identiti seseorang bermula sejak lahir lagi sehinggalah meningkat dewasa dan umur berusia.
Keluarga merupakan salah satu agen sosialisasi paling dekat dengan seseorang yang mampu
membentuk sesuatu personaliti dengan gaya hidup seharian mereka. Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran anak-anak mereka.
Namun begitu, setiap keluarga mempunyai gaya hidup dan pembelajaran yang sangat berbeza.
Contohnya, ibu bapa yang mempunyai cara percakapan yang lembut akan mempengaruhi
anak-anak untuk bercakap di dalam nada yang rendah dan lembut. Berlainan pula jika ibu
bapa yang mempunyai gaya percakapan dengan menggunakan nada yang tinggi dan
menggunakan kekerasan sebagai hukuman dalam pembelajaran anak-anak, maka tidak
mustahil anak-anak akan bercakap dalam nada tinggi, memukul dan menendang sebagai tanda
protes. Seperti peribahasa ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi, membawa maksud
sedikit sebanyak perangai anak akan dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya.
Setiap kanak-kanak memerlukan dorongan dan sokongan terutama daripada ibu
bapanya untuk membuat sesuatu perkara seperti dalam soal pembelajaran, pertandingan sukan
dan sebagainya. Kanak-kanak masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menerima dan
menolak sesuatu perkara. Oleh itu, ibu bapalah perlu mencorakkan perjalanan anak-anak
mereka. Jika ibu bapa gagal memberi dorongan dan sokongan sepenuhnya kepada anak-anak
mereka maka identiti anak-anak mereka tidak mempunyai semangat dan tidak mempunyai
keyakinan diri dalam membuat sesuatu yang baru. Hal ini menyebabkan kanak-kanak mula
rasa malas, mudah mengalah, trauma, kemurungan, pendiam dan sebagainya.
Selain itu, identiti seseorang juga boleh berubah mengikut peredaran masa.
Contohnya, Ahmad merupakan seorang pendiam (introvert) di dalam kelas. Guru kaunseling
di sekolah Ahmad mendapati Ahmad sukar untuk bergaul dengan rakan sekelas-sekelasnya
telah bertindak untuk memberi bimbingan dan nasihat kepada Ahmad. Dengan sedikit
dorongan, Ahmad mula bertindak untuk memasuki pelbagai persatuan dan pertandingan bagi
membolehkan dirinya untuk mula bergaul dengan orang lain. Ahmad mendapat keyakinan diri
daripada guru-guru dan rakan-rakan yang sering membantu dan ingin melihat Ahmad
berubah. Akhirnya, Ahmad mula menjadi salah seorang pelajar yang menonjol di sekolahnya.

15

Tekanan merupakan salah satu cara diberikan kepada seseorang untuk menjadi yang
terbaik di dalam sesuatu perkara. Hal ini menyebabkan seseorang perlu bekerja lebih keras
bagi mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pekerjaanya. Contohnya tekanan pelajar
yang menghadapi peperiksaan awam. Guru-guru perlu memberi tekanan supaya para pelajar
bersungguh-sungguh di dalam pelajaran dan mendapatkan keputusan yang baik di dalam
peperiksaan. Selain itu, seorang ibu memberi tekanan kepada anak-anaknya untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya dapat memasuki Universiti dan menjadi orang yang berguna.
Namun begitu, tekanan diri yang melampau juga boleh menyebabkan identiti
seseorang berubah ke arah negatif. Contohnya tekanan di tempat kerja. Orang bawahan
seperti golongan proletariat yang ditindas oleh orang atasan seperti golongan borjouis yang
mempunyai kuasa dan kekayaan. Golongan borjouis mula menindas dengan menyuruh
golongan proletariat untuk melakukan kerja-kerja yang berat dan tidak diberi upah yang
setimpalnya. Hal ini menyebabkan kebanyakan golongan proletariat mempunyai masalah
tekanan jiwa dan fizikal yang boleh menyebabkan kematian. Sesetengah daripada mereka
menjadi kemurungan, dan tidak mempunyai keyakinan untuk meneruskan hidup. Sehingga
terdapat sebahagian daripada mereka yang membunuh diri sendiri. Di Jepun, kebanyakan
golongan pekerja mempunyai tekanan yang tinggi sehingga mereka mengambil keputusan
untuk membunuh diri. Salah satu tempat yang popular di Jepun untuk membunuh diri adalah
di hutan Aokigahara yang mencatatkan kadar kematian setiap tahun. Pada tahun 2003,
seramai 73 mayat ditemui di hutan tersebut.
Oleh itu, seseorang perlu belajar untuk mengatasi tekanan dengan sebaiknya.
Golongan pekerja perlu mencari solusi untuk melakukan kerja dengan mudah dan cepat.
Mereka perlu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif supaya pekerjaan tersebut menjadi
mudah. Mereka juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan golongan atasan supaya
mudah untuk berurusan kelak. Bagi golongan pelajar pula, mereka perlulah belajar secara
bijak seperti menyanyi bagi mengingati formula-formula kimia, sejarah, fizik dan sebagainya.
Penggunaan simbol-simbol dan ayat teringkas dapat membantu mereka mengulangkaji
pelajaran. Ibu bapa perlulah memberi dorongan dengan sewajarnya dengan menyediakan
makanan-makanan

yang

mempunyai

pelbagai

khasiat

yang

dapat

mempengaruhi

perkembangan otak anak mereka.


Saya juga menerima pelbagai tekanan daripada pelbagai arah seperti pembelajaran,
masalah keluarga, masalah diri sendiri yang turut mempengaruhi perubahan emosi dan mental
16

saya. Oleh itu, saya perlu mencari solusi agar tekanan yang diterima ini perlu dijadikan
sebagai cabaran hidup setiap individu. Bagi meredakan tekanan yang dihadapi, saya boleh
menyanyi walaupun saya tahu suara saya tidak begitu sedap didengari. Saya juga boleh
bermain game di komputer bagi menghilangkan atau melupakan seketika rasa marah dan
emosi yang saya hadapi ketika itu. Sebagai manusia kita tidak akan lari dengan pelbagai ujian,
jadi saya perlu menyahut cabaran ini dan akan melangkah ke hadapan bagi mengatasinya
masalah ini.
Kesimpulannya, identiti seseorang sudah terbentuk sejak kecil dan boleh berubah tidak
kira tempat dan masa. Perubahan identiti seseorang ke arah yang lebih baik menjadikan
seseorang itu lebih bermotivasi, berkeyakinan tinggi dan sebagainya. Sebaliknya, seseorang
yang mengalami perubahan identiti ke arah negatif menyebabkan seseorang itu mengalami
tekanan jiwa, kemurungan, dan lain-lain. Oleh sebab itu, seseorang perlulah belajar untuk
mengekalkan diri di tahap positif dan menangani tekanan dengan bijak.

Oleh : Puteri
Dalam kehidupan di dunia ini, banyak orang yang menghadapi tekanan. Pada pendapat
saya, tekanan adalah sebahagian daripada asam garam hidup yang dialami semua orang.
Bezanya ialah cara seseorang mengendalikan tekanan supaya tidak mendatangkan masalah
sama ada kepada diri sendiri mahupun orang di sekeliling. Tekanan ialah reaksi badan untuk
menyesuaikan diri terhadap perubahan pada persekitaran. Tekanan berlaku dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di rumah, sekolah, atau tempat kerja. Malah, ketika bersama-sama orang
tersayang juga kita boleh mengalami tekanan. Namun, apabila terperangkap dengan pelbagai
bentuk tekanan, tindakan susulan untuk mengurangkan tekanan antara seseorang biasanya
tidak sama. Misalnya, ada orang yang minum kopi, menghisap rokok, berjalan-jalan di pusat
beli-belah, makan coklat, malah ada yang termenung dan menangis.
Bagi saya, tekanan merupakan antara elemen yang diperlukan dalam kehidupan. Hal
ini demikian kerana tekanan boleh mendorong kita agar mampu menjalankan tugas dengan
baik. Sungguhpun demikian, tekanan yang berlebihan akan mendatangkan kesan negatif
kepada kesihatan tubuh badan. Bahkan, tekanan yang berlebihan juga akan membahayakan
diri sendiri dan orang lain juga. Contohnya, tekanan yang serius boleh menyebabkan
berlakunya histeria, tindakan membunuh diri, mencederakan orang lain, dan sebagainya.
17

Secara

ringkasnya,

tekanan

boleh

dibahagikan

kepada

empat

jenis,

iaitu

tekanan fizikal ( apabila badan letih selepas aktiviti fizikal yang lasak ), mental ( gangguan
emosi dan perubahan tingkah laku ), tekanan oksidatif ( kesan radikal bebas ) dan
tekanan metabolik( kesan apabila badan tidak sihat )
Antara tanda tekanan yang sering dihadapi ( mungkin secara tidak disedari )
termasuklah perubahan emosi sama ada kecewa, marah, risau, tidak sabar, kerap letih tanpa
sebab, resah keterlaluan, reaksi melampau, makan berlebihan, kerap merokok, tidur tidak
lena, sakit kepala, masalah seksual, sakit belakang, sakit otot, atau menghidapi masalah kulit.
Sebenarnya, ada tekanan yang dapat diramalkan akan berlaku. Bagi pelajar, tekanan biasanya
berlaku ketika musim peperiksaan seperti PMR, SPM, dan STPM. Sehubungan dengan hal
itu,

bagi

mengurangkan

atau

mengatasi

masalah

tekanan,

seseorang

itu

perlu

mendapat rehat yang secukupnya, mengatur masa tidur dan bangun, serta rajin melakukan
senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Senaman boleh membuatkan kita berpeluh
dan hal ini mampu mengurangkan tekanan. Selain itu, minumlah banyak air mineral atau air
kosong kerana badan yang tidak cukup air akan mudah mengalami tekanan.
Ya. Tidak dapat dinafikan memang saya suka dengan aktiviti lasak dan ekstrem. Bukan
white water rafting sahaja, malah saya suka mencuba semua jenis aktiviti lasak yang ekstrem
seperti mendaki gunung dan bukit, rock climbing dan sebagainya. Bagi saya, aktiviti ekstrem
ini mencabar diri saya dan ia bagus untuk meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti lasak juga
meningkatkan semangat berpasukan dan mampu mengekalkan stamina badan. Aktiviti lasak
ini kadang-kadang tidak boleh dilakukan secara berseorangan, mesti ada ahli kumpulan yang
lain. Bila kita dah bekerja dengan ahli yang ramai, maka ia akan dapat memupuk semangat
berpasukan yang tinggi seperti mana yang perlu ada di dalam aktiviti white water rafting.
Mereka yang berminat dengan aktiviti lasak harus mencuba dan usah risau dengan perasaan
takut cedera atau sebagainya. Bagi saya, sekiranya sesuatu aktiviti itu merbahaya, mestilah
mereka tidak suruh kita mencubanya. Lagipun taklimat akan diberikan sebelum melakukan
sebarang aktiviti. Apa yang penting, kita mestilah mengikuti segala arahan keselamatan yang
diberikan. Sebab utama saya gemar melakukan aktiviti yang lasak selain daripada minat dan
hobi ialah kerana melakukan aktiviti lasak ini juga merupakan salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan. Sebenarnya banyak cara yang digunakan untuk mengurangkan
tekanan, namun bagi saya pula, aktiviti ini adalah sebagai salah satu cara untuk

18

mengurangkan tekanan. Lagipun, adrenalin ketika melakukan aktiviti lasak itu membuatkan
kita berasa senang dan memberi kepuasan kepada diri.
Namun demikian, yang lebih penting adalah dengan mengamalkan pemakanan yang
seimbang dan mendapat khasiat yang mencukupi, terutama zink ( daripada tiram, daging,
telur, kekacang dan dadih, serta vitamin B-kompleks ). Makanan yang seimbang akan
menjadikan kita mendapat zat yang mencukupi dan hal ini akan mengurangkan
kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat tekanan. Apabila mengalami tekanan, seseorang
itu tidak dapat berfikir dengan jelas atau secara rasional. Akibatnya, dia boleh membuat
keputusan atau melakukan tindakan yang kurang bijak. Tekanan yang tidak dikawal boleh
memberi pengaruh yang tidak baik kepada diri, keluarga dan rakan-rakan di sekeliling. Dalam
usia yang muda seperti remaja atau pelajar, tekanan haruslah ditangani dengan baik, terutama
bagi beberapa masalah yang sering dihadapi oleh golongan pelajar seperti kewangan,
hubungan dengan keluarga, cinta monyet, perubahan fizikal, dan sebagainya.

Oleh : Jessy Wong


Siapakah anda? merupakan soalan yang berlegar dalam fikiran semua orang apabila
ditanya oleh orang lain. Apakah ciri-ciri saya yang boleh dikongsi bersama orang? Adakah
saya beritahu nama saya, umur, atau pekerjaan saya? Tetapi jawapan yang biasa diberi adalah
identiti sosial yang dijangka oleh masyarakat umum kerana terdapat lebih lagi dalam diri
seseorang daripada apa yang dilihat. Identiti memainkan peranan penting dalam menentukan
watak seseorang. Identiti individu terdiri daripada keturunan keluarga, etnik, agama,
pengalaman, persekitaran dan sebagainya yang melahirkan individu tersebut. Pada pandangan
saya, identiti seseorang tidak akan berubah begitu sahaja apabila orang tersebut mengalami
tekanan.
Setahu semua, Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan antara kaumkaum yang paling terkenal untuk datang ke Tanah Melayu adalah kaum Cina yang berasal dari
China dan kaum India yang berasal dari negara India. Dalam banyak karya tempatan yang
telah saya baca, penulis selalu memasukkan isu identiti sebagai tema. Pedatang asing ke
Tanah Melayu pada ketika itu mengalami identiti krisis apabila mereka memijak kaki ke tanah
baru. Mereka telah kehilangan identiti nasional apabila mereka berhijrah ke negara baru untuk
memulakan hidup mereka. Salah satu masalah utama yang yang dihadapi oleh mereka adalah
19

penerimaan oleh warga tempatan. Mereka mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dalam
persekitaran yang asing. Watak-watak dalam karya tempatan selalu cuba melahirkan
persekitaran yang merupai negara asal mereka supaya mereka berasa lebih seperti rumah.
Walaupun karya-karya ini adalah fiksyen semata-mata, perkara yang dialami oleh mereka
boleh dikaitkan dengan pengalaman nenek moyang saya sendiri kerana perkara dan kejadian
yang berlaku adalah benar.
Sebagai faktor tarikan, pihak British pada ketika itu menawarkan kedai todi dan
pembinaan kuil di estet-estet, tempat warga India akan bekerja sebagai buruh di Tanah
Melayu. Hal ini kerana pihak British memahami bahawa orang-orang asing yang bakal
dibawa masuk ingin mengekalkan serba sedikit identiti negara asal mereka. Orang dari India
minat meminum todi, sejenis arak dan mereka juga soleh dalam menyembah Tuhan mereka.
Oleh itu, mereka sudi datang ke Tanah Melayu dengan adanya benda-benda yang
mengingatkan mereka tentang negara asal mereka. Setelah banyak tahun mereka mengidap di
negara ini, datang pula keinginan untuk menjadi sebahagian dari negara ini. Keinginan ini
berasal dari identiti nasional baru yang dibentuk. Tekanan dan stress yang dialami tidak akan
mengubah identiti seseorang tetapi membentuk ianya menjadi lebih baik kerana individu
tersebut mendapat pengalaman dan memori dalam proses kelahiran identiti baru yang
dimilikinya.
Proses mencari identiti menjadi lebih sukar apabila dunia semakin maju. Manusia
cepat lupa diri dan mengejar idealisme yang dibina atas rekaan materialisme. Seperti dalam
karya Shih-Li Kow Seeking Frangipani, ianya bercerita tentang kisah seorang lelaki bandar
yang terperangkap dalam kehidupan serba pantas. Lelaki ini cuba mencari identiti melalui
tempat tinggalnya tetapi sayangnya, rumah dia dibina dan direka bentuk oleh ahli professional
dan kawan-kawan yang dia ada merupakan orang yang ingin mengaut faedah dari
kekayaannya. Tekanan ini berasal daripada masalah kehilangan identiti dan boleh dikatakan,
lelaki ini hilang motif hidup apabila dia sesat mecari siapakah dirinya sebenar.
Oleh itu, identiti memainkan peranan penting dalam setiap individu kerana ianya boleh
mebina atau membinasakan seseorang manusia. Pelbagai tekanan akan sentiasa muncul dan
menjadi cabaran kepada kita untuk menghadapinya tetapi keupayaan kita untuk mengharungi
cabaran tersebut akan memberi ganjaran kepada kita, iaitu ciri personaliti yang baru mengikut
situasi dan keadaan stres yang kita hadapi.

20

KESIMPULAN
Identiti merupakan satu cara manusia mendefinisikan diri mereka dalam dunia yang
kompleks. Pada pandangan saya, identiti individu merupakan benda yang tidak boleh
dirampas atau dimiliki oleh orang lain dan identiti adalah sangat personal kepada setiap orang.
Walaupun idea identiti adalah umum di setiap lapisan masyarakat, identiti adalah peribadi
kerana ianya dibentuk melalui pengalaman dan ciri-ciri setiap individu. Bak kata orang,
manusia akan meninggalkan segala-galanya apabila dia meninggal sekaligus memadamkan
apa-apa memori yang dia miliki. Saya rasa identiti merupakan satu-satunya benda yang
manusia akan tinggalkan di bumi apabila dia meninggal kerana orang yang masih hidup akan
mengingati arwah melalui identitinya. Oleh itu, identiti merupakan satu entiti deklarasi yang
akan kekal dan dan mewakili seseorang individu sampai bila-bila masa.

21