Anda di halaman 1dari 7

KHIDMAT SOKONGAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Khidmat sokongan merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai kepakaran dan


keperihatan dalam kerja kerja sosial . Mereka terdiri daripada para professional yang
mahir dalam bidang tertentu dan bekerja secara berpasukan dan tidak berdasarkan
bayaran. Mereka dikenali sebagai Pasukan pelbagai Disiplin. Khidmat Sokongan biasanya
dalam bentuk bantuan atau pertolongan seperti khidmat kepakaran, penasihat, kemudahan,
perundangan, kewangan atau psikologi dalam menangani murid- murid pendidikan khas
bagi mencapai matlamat pendidikan.
Perkembangan khidmat sokongan telah bermula sekitar tahun 1970-an apabila ahliahli psikologi percaya bahawa konsultasi perlu dipermudahkan. Menjelang tahun 1980-an
khidmat sokongan mula mendapat perhatian dalam pendidikan khas (Cook &Friend,1991a)
Beliau juga telah mendefinisikan khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara
langsung sekurang-kurangnya antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat
keputusan untuk mencapai matlamat yang sama.
Menurut Pfeiffer, S. 1 (1981). khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi
setiap anggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid
khas,guru,ibu bapa dan murid-murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang muridmurid khas bukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga
menghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah. Khidmat
sokongan dalam pendidikan khas telah diperluaskan dalam kalangan guru-guru khas, guruguru biasa, ibu bapa, murid dan agensi khidmat masyarakat. Penglibatan keluarga menjadi
agenda yang penting dalam tahun

1990-an. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya

kolaborasi kumpulan pelbagai disiplin. Usaha ini diperlukan kerana sumbangan dan peranan
mereka yang berbeza-beza dapat membantu kanak-kanak tersebut. Pihak-pihak yang
terlibat dalam kolaborasi pendidikan khas di sekolah ialah kaki tangan sekolah seperti guru
besar, guru pendidikan khas, pentadbir dan staf sokongan sekolah, pakar-pakar perubatan,
terapi, jurupulih, patologis, jururawat, motivator, ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga.
persatuan-persatuan dalam komuniti, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

KOLABORASI PELBAGAI PIHAK DAN AGENSI


IBU BAPA
Peranan ibu bapa terhadap anak-anak pendidikan khas ialah mereka perlulah peka
terhadap perkembangan anak-anak. Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang
berkesan, peranan ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak
mereka. Sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak
mereka. Ibubapa seharusnya memberi latihan kepada anak mereka sewaktu anak mereka
berada di rumah dan memastikan anak mereka sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi.
Ibu bapa juga perlulah mengetahui cara untuk menangani anak-anak mereka yang memiliki
kecacatan dari segi mental, emosi dan fizikal. Ibu bapa juga perlulah mengesan dengan
kadar segera masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka kerana kemungkinan masalah
itu dapat dipulihkan. Ibu bapa juga perlulah mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar
perubatan tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Mereka juga perlulah
memasang strategi yang sesuai untuk anak-anak mereka yang menghadapi masalah untuk
membentuk kelakuan anak-anak itu .
Ianya mampu memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak dengan
seimbang dari aspek tingkah laku dan efektif. Ada segelintir ibu bapa malu mempunyai anak
yang ada kad OKU dan tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka terpaksa memikul
beban seumur hayat mereka dengan jenama OKU tersebut. Sebahagian Ibu bapa
beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar bersungguh-sungguh kerana mereka
sedar anak mereka memang begitu. Memadai hanya pergi ke sekolah , bergaul dengan
rakan dan ibu bapa boleh membuat tugas lain sementara anak ke sekolah. Itulah tanggapan
yang paling pahit untuk diterima oleh seorang guru Pendidikan Khas. Perasaan kasih
sayang itu bertukar kepada kasihan maka sebab itu anak mereka tidak dapat menunjukkan
perkembangan dan kebolehan yang sebenar mengikut keupayaan mereka. Kesibukan ibu
bapa sehingga mengurangkan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka. Bosan
menghantar anak mereka ke sesi terapi yang pada mereka tidak membawa makna apaapa. Pada hal mereka tidak menyedari perkembangan yang berlaku pada anak-anak
mereka. Malahan ibu bapa tidak menjalankan sesi tersebut di rumah secara berterusan .
Selain itu, penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas juga dapat memberikan
semangat kepada murid-murid khas. Mereka juga akan berasa lebih yakin pada diri sendiri
kerana ada yang menyokong mereka. Penglibatan ibu bapa juga dapat meningkatkan lagi
perkembangan anak-anak mereka.

GURU

Peranan pihak sekolah seperti guru-guru juga amat penting dalam program pendidikan
khas. Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik,
pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru
sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Profesion guru
merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis
Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut
ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas
yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang
sangat tinggi. Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar
kerana tugas utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan
berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang
bermoral

tinggi.

Untuk

mencapai

objektif

ini,

guru sebagai

pengajar

hendaklah

merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang
telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat
menambah baikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang
baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambah baikkan diperlukan. Oleh
sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik
minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin
bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas,
menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai
pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan
keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab
untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah
penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga
perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan
terbaru mereka dapat diperbaharui. Guru juga berperanan penting untuk membentuk kanakkanak pendidikan khas supaya mereka pandai berdikari dan menguruskan diri. Mereka juga
perlulah berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif. Ini kerana jika guru pendidikan khas

seorang yang mempunyai ciri-ciri begini ia dapat menarik minat murid-murid berkeperluan
khas. Guru pendidikan khas juga perlulah membawa murid-murid berkeperluan khas
melawat kawasan luar agar dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang dunia luar.
Selain itu, untuk melancarkan lagi perkembangan program pendidikan khas kerjasama
guru pendidikan khas sangat penting. Guru pendidikan khas dan juga guru biasa perlulah
berkongsi pendapat untuk mencapai objektif dalam pendidikan khas. Mereka juga boleh
bertuka-tukar bahan untuk mengajar. Hal ini dapat menjimatkan lagi masa dan tenaga. Maka
ketahuilah bahawa peranan guru juga sangat untuk merealisasikan aspirasi pendidikan
khas.

KOMUNITI

Komuniti berperanan dalam menerima dan mengambil berat tentang golongan orang
kurang upaya (OKU). Komuniti harus lebih bersifat terbuka dan merendah diri dalam
membantu

dan

menghulurkan

bantuan

kepada

golongan

OKU.

Komuniti

yang

bertanggungjawab harus bersedia melibatkan diri dalamsegala program yang dianjurkan


untuk golongan OKU.

BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Peranan badan-badan bukan kerajaan ialah untuk mengesan dan menjalankan rawatan,
pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga memberi
bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak berkeperluan khas serta mereka juga
memberi penerangan kepada ibu bapa, para professional dan orang ramai. Mereka juga
berperanan untuk memberi asuhan-asuhan kepada kanak-kanak berkerperluan khas dan
kanak-kanak cacat anggota dan mental. Kanak-kanak ini diberi latihan mental dan fizikal.
Badan-badan bukan kerajaan juga menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi
murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan
kepada ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan ini. Mereka juga membantu murid
berkeperluan khas seperti murid-murid sindrom down mendapat pelajaran serta latihan

kemahiran hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Badan kerajaan ini
juga menjalankan aktiviti seperti mengesan murid-murid buta untuk didaftar dan dirujuk.
Mereka juga menjalan program tindakan awal early intervention, menjalankan program pra
sekolah, memberi nasihat kepada ibu bapa dan menjalankan program penglihatan terhad.
Terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti
Malaysian Care, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan,
Persatuan Orang Buta Malaysia, Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Cleft Lip and Palate
Association of Malaysia, NURY, TASPUTRA PERKIM dan Persatuan Kebangsaan Autisme
Malaysia (NASOM).

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi bantuan dari segi perkhidmatan
kepada orang kurang upaya yang bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Mereka
menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang mendaftar dengan mereka sahaja.
Mereka juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memainkan peranan dalam menggalakkan pelbagai
kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. Kod Amalan Akses Bagi Orang
Kurang Upaya Ke bangunan Awam dirangka bagi menwajibkan bangunan baru mempunyai
kemudahan akses kepada OKU. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan
kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan
sebagainya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan pelbagai program untuk menjaga,
membantu dan menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang upaya
menjalani yang normal kehidupan. Mengadakan bantuan alat tiruan seperti anggota tiruan,
tongkat, kaki palsu, tangan palsu, kalipers, kerusi roda , alat pendengaran, cermin mata
khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan
dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan. Usaha telah diambil
untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra orang kurang upaya seperti
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan bebas dari halangan.
Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat
(EPC). Elaun insentif kepada OKU yang bekerja dan berpendapatan kurang daripada

RM750 sebulan bagi individu untuk menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini
bertujuan menggalakkan OKU berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi
keperluan asas kehidupan OKU dan tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang
lain.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan,
pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan
tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan
pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan nasional dan
potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan pemulihan seperti latihan pra
vokasional, kelas akademik tidak formal, pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar
diberikan kepada individu orang kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan
diberi kepada orang kurang upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.

PAKAR PERUBATAN

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalami


kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan
terhadap kanak-kanak ini ialah untuk memulih atau mengubati kecacatan yang dialami.
Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran dan
melatih mereka untuk bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanakkanak buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan
teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar
perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas
(exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri
perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa
atau sekolah khas dilakukan oleh ahli perubatan.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau
kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan
kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau
kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan

diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah


perubatan dengan tujuan untuk memastikan kecacatan atau kekurangan yang ada pada
seseorang itu tidak bertambah teruk. Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat
memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada
murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada
seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk mendapat dan berjaya dalam
pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang
memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak
berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai
keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah.
Terdapat enam pakar perubatan yang terlibat dalam pendidikan khas iaitu pediatrik,
neurologi,

terapi

pertuturan,

terapi

fizikal,

audiologi

dan

oftomologi.

Pediatrik

bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dengan


mengesan punca masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal. Pakar neurologi pula mendiagnostik dan mengubati
penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Ia juga mengawal
hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan ubat Ritalin untuk
mengawal kanak-kanak hiperaktif. Pakar oftomologi akan menaksirkan penglihatan
pelajar.Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan yang berbeza daripada kanakkanak normal mereka memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak
normal. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran pula akan
dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran kanak-kanak tersebut.
Terapi pertuturan pula diadakan untuk mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan
dan bahasa kanak-kanak.Terapi pertuturan ini akan menggunakan pelbagai pendekatan,
teknik dan cara untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak
yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Terapi fizikal pula adalah untuk
menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup
serta kemahiran untuk membantu diri.
RUJUKAN
Cook, L, & Friend, M. (1991a). Principles for the practice of collaboration in schools.
Preventing School Failure, 35(4), 6-9.

Pfeiffer, S. 1 (1981). The problems facing multidisciplinary teams as perceived


by team members. Psychology in the Schools, 18, 330-333.

Anda mungkin juga menyukai