Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
Di era moden ini, revolusi teknologi kelihatan begitu menonjol dalam dua
perkara iaitu bidang maklumat dan komunikasi. Menurut Jamal MaMur Asmani
(2012), Kedua duanya mengalami peningkatan transformasi begitu dahsyat yang
mungkin tidak pernah dibayangkan sebelumnya. Kedua duanya telah menyerap
begitu dalam sehingga ke bidang bidang terkecil dari kehidupan manusia, tanpa ada
kekuatan lain yang mampu membendungnya. Oleh itu, dunia pendidikan haruslah
mampu memberi tindak balas secara dinamik, kreatif dan produktif.
Sejak dahulu lagi, negara negara maju saling berlumba dalam mengembangkan
teknologi maklumat dan komunikasi. Mereka kini bukan lagi hanya menjadi
pengguna, tetapi pengeluar yang mewarnai dunia dengan ciptaan ciptaan
menakjubkan dan mengagumkan. Oleh itu, tidak ada masa untuk bermalas malasan,
apatah lagi mundur ke belakang. Semangat penguasaan teknologi maklmat dan
komunikasi harus dinyalakan dan tetap membara dalam dada. Kita harus mendorong
pelajar pelajar untuk serius dalam mempelajari teknologi serta aktif melakukan
kajian dan ujian dalam usaha untuk dapat menjadi pengeluar teknologi yang unggul
di masa hadapan. Inilah perkara perkara besar yang nescaya akan membuatkan
bangsa kita dikenang dalam sejarah peradaban.
pengumpulan,
pengolahan,
penyimpanan,
penyebaran
dan
penyajian maklumat. Istilah komunikasi pada abad ke 20. Paduan kedua dua
teknologi ini telah berkembang pesat melampaui bidang teknologi yang lain.
2) Definisi Teknologi Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak
kepada pihak yang lain agar saling mempengaruhi di antara keduanya. Manusia
berkomunikasi untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Bentuk
umum komunikasi manusia termasuk bahasa isyarat, perbualan tulisan, gesture
(isyarat) dan broadcasting. Komunikasi boleh bersifat interaktif, transaktif,
bertujuan atau tidak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan perasaaan
seseorang atau kelompok dapat difahami oleh pihak lain.
Akan tetapi,
Input. Input ialah segala data, fakta dan maklumat yang masuk ke dalam
sistem. Input masuk melalui keyboard, mouse, magnetis card, dan skrin
ii)
sentuh.
Pemproses ialah nadi semua aktiviti komputer. Pemproses dalam
komputer ini disebut sebagai Unit Pemprosesan Pusat (CPU). Kecepatan
memproses bergantung pada tinggi rendahnya MHz, MIPS, MFLOPS,
iii)
iv)
B. Software
Software terdiri dari software sistem (sistem pengoperasian, Windows, Linux)
dan software aplikasi (pemproses kata, hamparan elektronik , dan pengelolaan).
C. Maklumat
Bentuk maklumat yang sering digunakan dalam istilah teknologi maklumat dapat
diklasifikasikan dalam bentuk data, teks, suara, bunyi, gambar, dan video, ataupun
dalam bentuk digital dan bukan digital. Sebuah maklumat boleh dikatakan berguna
jika ia tersedia semasa diperlukan, sesuai dengan keadaan, dan konsisten.
D. Pengaturcaraan
Pengaturcaraan merupakan tata operasi, tata cara salinan dan pemulihan, tatacara
keselamatan data, dan tatacara pembangunan sistem.
E. Manusia
Unsur manusia yang paling penting terbahagi kepada dua kategori, iaitu
pengguna (orang baru, sederhana pakar) dan profesional (pekerja sistem maklumat).
F. Komunikasi
Komunikasi di sini ialah proses penghantaran dan penerimaan data serta
maklumat (hardware, pengaturcaraan dan maklumat). Komunikasi merupakan suatu
perantaraan untuk menghantar dan mencapai maklumat. Persoalan yang timbul ialah
berapa cepat dan banyak maklumat yang dapat dihantar oleh alat penghantaran.
Perkembangan terkini menyebutkan bahawa penghantaran bergantung pada bahan
perantaraan atau jenis isyarat. Terdapat empat teknik penghantaraan, iaitu bahan
penghantaraan / jenis isyarat, kuprum (isyarat elektronik analog/digital, gentian optik
(isyarat cahaya), dan udara (isyarat mikro gelombang).
2) Komunikasi
Kemudahan komunikasi yang sering digunakan ialah modem, multiplexer,
concentrator, pemprosesan depan, bridge, gateway, dan network card. Istilah yang
sering digunakan dalam alat komunikasi ialah kabel : twisted pair, co-axial, gentian
optik, UTP. Kedua, Software : sistem pengoperasian rangkaian (NOS), alat
pemproses : alat input/output, topologi penghantaran : bintang, cincin, bus, dan
hybrid dan teknologi/protokol : ethernet, token ring, FDDI, ATM, ADSL.
3) Tahu guna
Menjadi pelajar berdikari merupakan salah satu tujuan utama dari aplikasi
TMK. Pelajar berdikari bermaksud pelajar menyedari pentingnya belajar walau di
mana pun dia belajar, di mana hal ini merupakan sarana untuk mngembangkan
potensi dan meraih prestasi. Pelajar berdikari tidak bergantung lagi pada guru, rakan,
persekitaran, bahan, dan lain lain. Dia mempunyai mentaliti pengembara yang
sedang mencari mutiara pengetahuan dengan tekun dan penuh ciptaan. TMK dalam
hal ini berfungsi untuk membantu konsep long life education atau pendidikan seumur
hidup dapat direalisasikan.
Fungsi TMK
Menurut Jamal MaMur Asmani (2012), TMK dapat dimanfaatkan untuk
meningkatkan pelbagai aspek penting dalam pendidikan. Berikut ialah beberapa
bentuk pemanfaatan TMK dalam bidang pendidikan.
1. Berkongsi Hasil Penelitian
TMK khususnya internet dalam hal ini, telah banyak digunakan sebagai sumber
maklumat untuk menyokong aktiviti pendidikan. Internet telah dimanfaatkan untuk
menyebarkan pelbagai hasil penelitian yang dilakukan di tempat yang berbeza. Hal
ini memungkinkan suatu hasil penelitian yang dilakukan pakar di suatu negara dapat
dimanfaatkan oleh orang lain.
2. Berunding dengan Pakar
Internet juga banyak dimanfaatkan untuk berunding dengan pakar pakar yang
berada di tempat lain. Jaringan global yang hampir tanpa batas ini menyebabkan
ruang dan jarak bukan lagi masalah. Seorang mahasiswa di Singapura yang sedang
melakukan penelitian dapat berunding dengan seorang pensyarah yang ada di Kuala
Lumpur. Hal yang sama juga dapat dilakukan dengan memanfaatkan penggunaan
emel, chatting ataupun mailing list di internet.
3. Perpustakaan Online
Perpustakaan online ialah perpustakaan dalam bentuk digital yang ditempatkan di
internet. Perpustakaan online memungkinkan seorang pelajar atau mahasiswa dapat
mengakses sumber sumber ilmu pengetahuan dengan mudah, tanpa harus dibatasi
oleh jarak dan waktu.
4. Perbincangan Online
Perbincangan online ialah perbincangan yang dilakukan di internet. Aplikasi
perbincangan online memungkinkan para pelajar dapat saling bertukar fikiran, tanpa
harus berkumpul di suatu tempat. Perbincangan online juga memungkinkan seorang
pelajar dapat berbincang dengan seorang pakar.
5. Kelas Online
Aplikasi kelas online dapat digunakan bagi lembaga lembaga pendidikan jarak
jauh seperti Universiti Terbuka dan sekolah sekolah terbuka (SMP Terbuka). Bahan
bahan pelajaran dibuat dengan interaktif dan menarik, agar kualiti belajar di kelas
online tidak kurang hebatnya dengan kualiti belajar di kelas biasa.
Jenis Jenis TMK
Menurut Prof Dr Ishak Abdul Hak (2015), TMK mengalami transformasi secara
berterusan. Setiap masa, lahir penemuan demi penemuan sebagai hasil uji kaji dan
penelitian manusia sepanjang zaman. Sesuatu yang lama, diharapkan dengan hasil
penelitian terbaru akan terjadi dialog, pembuktian, dan inovasi yang berterusan tanpa
henti. Oleh sebab itu, bermacam macam teknologi akan terus muncul secara dinamik
tanpa ada perkataan berhenti. Dunia barat yang terdapat begitu banyak research and
development (R&D) akan terus melakukan penelitian ilmiah secara intensif dan
ekstensif untuk mencipta perkara perkara baru yang hebat dan eksponsional.
yang digunakan untuk mendapatkan suatu maklumat yang diperlukan melalui media
elektronik ataupun cetak. Berikut ialah peralatan peralatan yang termasuk sebagai
peralatan terknologi maklumat.
1. Cash Register
Cash Register ialah alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
pembayaran. Alat ini seing dijumpai di bahagian pembayaran di kedai kedai.
2. Kalkulator
Kalkulator ialah alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat hasil
perhitungan angka.
3. Komputer
Komputer ialah peralatan berupa hardware dan software yang digunakan untuk
membantu manusia dalam mengolah data menjadi maklumat da manyimpannya
untuk ditampilkan di lain waktu. Maklumat yang dhasilkan oleh komputer ialah
tulisan, gambar, suara, video dan animasi.
4. Laptop/Notebook
Laptop/Notebook ialah peralatan canggih yang fungsinya sama dengan komputer,
tetapi bentuknya dapat dilipat dan dibawa ke mana mana kerana beratnya yang
ringan, bentuknya yang kecil, dan kuasa elektriknya yang menggunakan bateri
charger, agar dapat digunakan tanpa perlu menyambungnya ke suis.
5. Deskbook
Deskbook ialah peralatan sejenis komputer dengan bentuknya yang jauh lebih
praktis, iaitu CPU bersatu dengan monitor sehingga mudah diletakkan di atas meja
tanpa memakan banyak tempat. Namun, peralatan ini masih menggunakan sumber
elektrik kerana belum dilengkapi dengan bateri.
6. Personal Digital Assistant (PDA)
PDA ialah peralatan sejenis komputer, tetapi bentuknya sangat kecil sehingga
dapat dimasukkan dalam saku. Fungsinya juga hampir sama dengan komputer
peribadi yang dapat mengolah data. Bahkan, kini banyak PDA yang juga berfungsi
sebagai telefon bimbit.
7. Kamus Elektronik
Kamus
elektronik
ialah
peralatan
elektronik
yang
digunakan
untuk
menterjemahkan bahasa.
8. MP4 Player
MP4 player ialah peralatan yang dapat digunakan sebagai media penyimpanan
data, sekaligus sebagai alat pemain video, muzik, serta game.
9. Kamera Digital
Kamera digital ialah peralatan yang digunakan untuk menyimpan gambar atau
video dengan menggunakan kaedah penyimpanan secara digital atau disk.
B. Ragam peralatan teknologi komunikasi
1. Telefon
Telefon ialah peralatan teknologi komunikasi yang dapat digunakan untuk
berkomunikasi antara dua orang dengan menggunakan suara. Telefon dibahagikan
menjadi tiga jenis sesuai dengan bentuknya iaitu telefon rumah, telefon bimbit dan
fix phone cellular.
2. Facsimile (Fotokopi Jarak Jauh)
Facsimile ialah peralatan komunikasi yang digunakan untuk mengirim tulisan
pada sesama alat tersebut yang ada di tempat lain, melalui sambungan telefon.
Contoh jenama dari mesin facsimile ialah Canon, HP dan Epson.
3. Telegraf
Telegraf ialah peralatan komunikasi yang digunakan untuk mengirim kod melalui
jaringan telefon. Peralatan ini menjadi salah satu asal usul berkembangnya teknologi
moden, iaitu komputer dan internet.
4. Pager (Penyeranta)
10
Pager ialah peralatan komunikasi yang digunakan untuk menerima pesan teks
melalui jaringan tanpa kabel.
5. Walkie Talkie
Walkie Talkie lah peralatan komunikasi antara dua orang menggunakan peralatan
khusus tanpa kabel dan menggunakan gelombang
Komunikasi menggunakan alat ini tidak memerlukan kos atau tarif, namun
komunikasinya harus digunakan secara bergantian dan hanya dapat didengari oleh
orang lain pada gelombang yang sama. Komunikasi jenis ini sering dinamakan brikbrikan. Orang yang sering menggunakan komunikasi dengan alat ini ialah pihak polis
yang bertugas.
Cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Menurut Norazah Mohd Nordin (2009), terdapat pelbagai cabaran teknologi
maklumat dan komunikasi. Antaranya seperti berikut :
1. Tidak mempunyai prasarana yang memadai
Halangan utama bagi penerapan teknologi maklumat ialah tidak ada atau kurang
memadainya peralatan teknologi yang dimiliki. Ini merupakan satu cabaran penting
iaitu untuk menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna
kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan
keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
2. Banyaknya laman sesawang yang membahayakan moral
TMK bukan hanya menyediakan data dan maklumat yang positif. Di dunia maya,
berselerak laman sesawang yang dapat membahayakan moral. Kehadiran laman
sesawang ini sangat sukar untuk dicegah dan sesiapapun dapat mengakses dunia
maya dengan bebas. Pusat internet juga semkin banyak dan memudahkan para
pelajar untuk masuk ke dunia maya. Fenomena ini menimbulkan kebimbangan besar
bagi guru guru ketika mereka ingin mengembangkan TMK di sekolah.
3. Sedikitnya tenaga pakar dalam bidang teknologi
Tenaga pagar dalam bidang TMK di negara ini masih sangat sedikit. Belum tentu
satu institusi mempunyai seorang tenaga pakar. Ketika komputer rosak,
11
kebanyakannya ia akan dibawa ke pusat servis komputer. Hal ini tentu memerlukan
dana yang besar. Kos pembaikian dan perbaikan boleh membebankan manakala
keperluan terhadap peralatan komputer pula sangat mendesak.
4. Kekurangan bahan teknologi
Menurut Abdul Aziz Ahmad (2012), alatan berkomputer dan teknologi
berkembang secara pesat pada masa kini. Saban hari, pengeluar alatan berkomputer
memperkenalkan produk-produk baru yang mengadaptasi teknologi terkini. Namun
begitu, cabaran seterusnya adalah alatan berkomputer seperti komputer riba yang
dibekalkan oleh kementerian adalah terhad. Masalah komputer tidak mencukupi
untuk memberi peluang kepada semua guru menggunakan komputer merupakan
salah satu faktor yang menghalang penggunaan komputer dalam P&P. Dapatan
kajian juga mendapati melalui pemilikan komputer di rumah, pencapaian pendidikan
kanak-kanak meningkat dengan mendadak. Malangnya, tidak semua kanak-kanak
berpeluang memiliki sendiri komputer di rumah. Malahan, sesetengah kanak-kanak
tidak mendapat kemudahan infrastruktur asas seperti kemudahan elektrik dan talian
telefon. Kumpulan kanak-kanak ini cenderung untuk ketinggalan dalam literasi
TMK.
5. Latihan ICT
Menurut perangkaan KPM, hanya 35 % daripada guru telah dilatih dalam ICT
dan daripada mereka yang terlatih, hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh
mengintegrasikan ICT dalam p&p dan berkemahiran membina courseware. Adalah
manjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan kemudahan dan kepakaran ICT
yang mencukupi di Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru dan
maktab perguruan bagi memberi khidmat nasihat dan latihan kepada guru guru dalam
bidang ICT.
6. Faktor guru
Kesediaan guru prasekolah untuk mengintegasikan TMK dalam P&P merupakan
faktor yang menentukan kejayaan dan keberkesanan penggunaan TMK dalam P&P
KSPK. Bagi mencapai tujuan tersebut, sikap guru dilihat sebagai satu isu yang perlu
diperbaiki khususnya dalam penggunaan TMK. Melalui sikap ini juga, kemahiran
guru menjadi terbatas dan terhad sekaligus menjadi satu cabaran yang perlu dihadapi
12
13
14
15
Kesimpulan
Secara konklusinya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang
diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang
positif kepada golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru
dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian
teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
sesuatu medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan
kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para
pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu
wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan
komuniti pengajar yang lain.
16