1.0 PENGENALAN
Sejarah Eropah memperlihatkan suatu rentetan cerita yang sangat panjang dari satu
peristiwa kepada satu peristiwa. Masyarakat di negara-negara Eropah sebelum
kemunculan suatu gerakan yang mengubah negara ini ke arah yang lebih cemerlang,
penduduknya masih terikat dengan kekuatan golongan raja, golongan konservatif,
gereja, dan elit bangsawan. Sememangnya, realiti yang terpaksa dihadapi ini telah
membawa kepada ketidakadilan dan ketidaksamaan dalam masyarakat. Hal ini
membawa munculnya suatu perasaan tidak puas hati oleh golongan bawahan yang
akhirnya mendorong mereka untuk menuntut hak-hak mereka yang dihimpit
ketidakadilan dan kekerasan, maka tercetusnya revolusi. Menurut Funk & Wagnalls
New Encyclopedia, revolusi adalah sebuah perubahan sosial atau politik dengan
menggunakan kekerasan dan secara paksa, serta dipengaruhi oleh kekejaman dan
persenjataan. Revolusi juga bermaksud suatu perubahan sistem politik, namun secara
cepat dan menyeluruh, melalui cara-cara di luar kebiasaan dan atas pengingakaran
terhadap golongan pemerintah.1
Karl Marx berpendapat bahawa, revolusi ialah lokomotif atau kereta api
sejarah. Menurutnya lagi, suatu revolusi yang muncul dalam sesebuah pemerintahan
atau negara mampu untuk mempercepatkan perubahan ke arah lebih baik atau
sebaliknya. Eropah yang melalui pelbagai zaman untuk mencapai kejayaan turut tidak
terkecuali menerima pelbagai bentuk revolusi-revolusi. Pada penghujung abad ke-18,
Perancis telah mengalami zaman perubahan dan sekaligus telah membawa kepada
kebangkitan revolusi. Kebangkitan revolusi atau lebih tepat dikenali sebagai Revolusi
Perancis 1789 yang berlaku telah membawa perubahan bukan sahaja kepada negara
Perancis itu sendiri, malah perubahan ini juga turut dirasai di seluruh dunia Barat.
Rentetan daripada itu, adalah wajar dikatakan bahawa Revolusi Perancis adalah
merupakan permulaan kepada sebuah kelahiran suatu unsur pemodenan kepada
Eropah. Revolusi ini menjadi titik peralihan dari masyarakat feudal kepada
masyarakat Perancis moden dan peristiwa ini menjadi panduan kepada negara-negara
lain.2
Perancis itu sendiri, iaitu Revolusi 1848, sama ada melihat Revolusi 1848 ini sebagai
suatu kejayaan mahupun kegagalan.
dan pejuang yang terlibat pada masa itu. Hal ini telah menjadikan revolusi 1830
tergantung kerana matlamat tidak tercapai dan golongan pemikir dan revolusioner
pada ketika ini masih mencari jalan untuk keluar daripada corak pemerintahan yang
bercorak konservatif. Mereka yang sentiasa mahukan pemerintahan bercorak adil dan
bersifat sejagat sentiasa melihat bahawa pemerintahan beraja Eropah sentiasa penuh
dengan muslihat dan golongan atasan atau bangsawan masih lagi mendominasi segala
kekuasaan dan kemewahan. Secara umumnya, revolusi yang berlaku pada 1830 adalah
suatu permulaan kepada suatu tahap revolusi yang semakin meledak dari semasa ke
semasa dan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Oleh itu, adalah tepat jika dikatakan bahawa Revolusi 1848 sememangnya
dilihat sebagai satu kebangkitan yang ada hubungannya dengan perkara yang telah
berlaku pada tahun-tahun sebelumnya iaitu tahun 1820 dan 1830. Dari sudut bentuk
revolusi di antara revolusi 1830 dengan revolusi pada tahun 1848, dapat dilihat
bahawa perbezaan hanya dibezakan dari segi darjah kehebatan sahaja. Pada tahun
1848, perbezaan pendapat di kalangan pemikir dan pejuang anti-status quo nyata
bertambah hebat daripada tahun sebelumnya. Idea-idea baru mula muncul, seperti idea
radikal sosialis5 yang dilihat sebagai pesaing hebat kepada idea liberalisme6 yang
sudah meresap terlebih dahulu. Jika dilihat kepada kawasan atau tempat berlakunya
revolusi, sudah pastinya tahun 1848 telah mencatatkan jumlah kawasan yang lebih
besar dan luas berbanding tahun 1830. Revolusi 1848 telah berlaku di Perancis, Itali,
Jerman, Austria, Bohemia dan Hungary dan hanya Sepanyol dan Rusia yang tidak
terlibat dengan revolusi. Selain itu, kebangkitan juga berlaku di Switzerland,
Denmark, Rumania, Poland dan Ireland.
5 Sosialisme mengutamakan persamaan kedudukan ekonomi di kalangan
ahli masyarakat secara keseluruhan. Menurut faham sosialis, persamaan
dari segi politik dan sosial adalah tidak bermakna tanpa persamaan dalam
bidang ekonomi. Slogan sosialisme ialah dari seseorang menurut
kemampuannya, untuk seseorang menurut sumbangannya.
6 Satu aliran pemikiran yang memainkan peranan penting dalam revolusi
1848. Suatu fahaman yang bersetuju dengan pemulihan dalam
pemerintahan negara. Liberalisme adalah memihak kepada konsep
pemerintahan menurut Perlembagaan, kuasa Dewan Perwakilan, dan ini
bercanggah sama sekali dengan konsep pemerintahan Monarki yang sedia
wujud di Eropah.
Merebaknya revolusi ke negara besar Eropah pada tahun 1848 ini adalah
merupakan suatu kejutan kepada golongan pemerintah di mana mereka tidak
seharusnya memandang ringan terhadap revolusi yang berlaku pada peringkat awal.
Kemunculan Revolusi 1848 sememangnya suatu lembaran baru buat negara-negara
Eropah. Pertarungan antara pemikiran-pemikiran radikal dan sederhana telah menjadi
faktor berlakunya revolusi ini. Kedua-dua pihak sentiasa mempunyai sangkaan
bahawa sekiranya idea serta tindakan mereka berjaya, maka masyarakat Eropah akan
menempuh satu zaman yang baru dan lebih cemerlang. Mereka juga melihat bahawa
tahun 1848 adalah tahun yang mampu untuk melahirkan suatu yang baru dan
bermakna serta dianggap suatu tahap yang penting.
Namun begitu, ledakan revolusi-revolusi yang berlaku pada tahun 1848 bukan
hanya menggambarkan matlamat tidak tercapai tetapi ada di antara ahli sejarah yang
melihat bahawa tahun 1848 adalah sebagai satu titik belokan tempat sejarah moden
yang gagal untuk membelok.7 Oleh itu, terdapat pelbagai perkara yang boleh dirungkai
bagi mengenalpasti faktor berlakunya revolusi ini. Pencetus revolusi pada tahun 1848
adalah kerana faktor ekonomi, pemikiran, dan faktor kepesonaan yang ditimbulkan
oleh revolusi itu sendiri. Faktor-faktor ini semuanya saling berkait antara satu sama
lain sehingga mencetuskan jangkitan revolusi dari satu tempat ke tempat yang lain di
negara-negara Eropah. R.R Palmer dalam bukunya A History of The Modern World
menjelaskan bahawa Revolusi 1848,
Walaupun revolusi-revolusi 1848, menggegarkan seluruh benua, tidak
mempunyai kekuatan penggerak yang mencukupi, kegagalan dan kejayaannya
berlaku dalam masa yang singkat dan pantas. Kesannya yang utama sebenarnya
ialah memperkuatkan lagi kumpulan konservatif yang melihat semua revolusi dengan
penuh kembimbangan.8
Oleh itu, perbincangan secara menyeluruh berkenaan Revolusi 1848 tidak
hanya terletak pada perjalanan sesuatu revolusi, tetapi perbincangan mengenai faktor
7 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 65.
8 R.R Palmer, Joel Colton. A History Of The Modern World, 1950, New York:
McGraw-Hill Seventh Edition, Hlm 501
terjadinya revolusi, kejayaan, kegagalan serta kesan Revolusi 1848 ini adalah menjadi
panduan yang lebih penting untuk diketengahkan. Revolusi 1848, walaupun singkat
namun ianya mempunyai kekuatan yang tersendiri dan impak revolusi ini turut
memberi kesan kepada beberapa perubahan yang berlaku di negara-negara Eropah.
Oleh itu, dengan tercetusnya revolusi 1848, para liberal percaya bahawa satu
era yang lebih cemerlang akan lahir di Eropah jika fahaman liberal ini dijadikan
landasan pemerintahan dan kehidupan. Ideologi liberalisme ini telah meresapi
pemikiran rakyat-rakyat di Perancis yang kebanyakkan berjuang dan memberontak
atas ideologi liberalisme atau tuntutan terhadap suatu kebebasan. Golongan
revolusioner dan golongan menengah sentiasa mengharapkan kejatuhan sistem beraja
yang dilihat telah menyekat kebebasan sistem pemerintahan yang adil. Hal ini kerana,
pemerintahan yang bersifat diktator ini sememangnya telah mewujudkan suatu
perasaan tidak puas hati rakyat dan sekaligus telah mendorong para liberal untuk
menentang feudalisme. Fahaman ini sememangnya telah menguntungkan pelbagai
lapisan masyarakat dan hal ini telah dibuktikan dalam kejayaan Revolusi Perancis
yang akhirnya telah berjaya menghapuskan sistem pemerintahan beraja.
3.1.2 SOSIALISME
Aliran pemikiran lain yang turut tersebar di negara-negara Eropah adalah
sosialisme. Sosialisme adalah satu aliran pemikiran yang menekankan tentang
persamaan kedudukan ekonomi
Kesamarataan dalam ekonomi yang dituntut oleh para sosialis ini telah
memperjuangkan hak-hak serta nasib pekerja-pekerja. Dua orang revolusioner
Blanqui dan Blanc12 telah terlibat secara aktif dalam Revolusi 1848, adalah merupakan
para sosialis yang berpendapat bahawa kuasa pemerintahan sepatutnya diperoleh
terlebih dahulu dan kemudian konsep sosialisme mampu dijelmakan. Aliran pemikiran
sosialis adalah turut merupakan salah satu faktor yang menyebabkan revolusi berlaku
kerana para sosialis di Eropah adalah merupakan golongan yang berusaha kuat untuk
11 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 69
12 Mereka pernah terlibat dalam penghasilan penulisan radikal atau
percubaan merampas kuasa atau kedua-duanya sekali. Penglibatan Blanc
dalam Revolusi 1848 di Paris juga dilihat merupakan suatu pembaharuan
yang baru apabila beliau telah mengenengahkan idea-idea dalam bukunya
yang bertajuk The Organization of Labour yang akhirnya membawa
kepada pembentukan Bengkel Kebangsaan pada 27 febuari 1848.
10
NASIONALISME
Jika diperhatikan kepada Revolusi 1848, sememangnya revolusi ini tidak akan mampu
untuk digerakkan tanpa adanya tenaga penggerak yang terdiri daripada golongan
pekerja industri, artisan dan pelajar itu sendiri. Namun begitu, persoalan yang sering
timbul adalah apakah, siapakah dan bagaimanakah golongan bawahan ini mampu
digerakkan? Bagi menjawab persoalan ini, sudah semestinya beberapa sarjana akan
mengemukan beberapa ideologi yang menjadi pendorong kepada revolusioner ini.
Namun begitu, suatu pencetus utama tidak seharusnya diketepikan dalam mengupas
persoalan ini iaitu kemunculan semangat nasionalisme dalam negara Eropah. Apakah
semangat nasionalisme dan sejauhmanakah semangat ini mampu mencetuskan
revolusi? Nasionalisme adalah satu prinsip unit budaya homogen yang dilihat sebagai
asas kehidupan politik. Ianya tidak tertakluk kepada hal semulajadi, dan tidak juga
14 Rene Albrecht Carrie, Europe Since 1815, New York: Harper And Row
Publishers, 1962, Hlm 86
11
berada di dalam hati manusia, serta tidak juga menjadi pra-syarat kepada kehidupan
manusia secara umum. Nasionalisme adalah satu fenomena, dan bukan suatu ajaran
yang disampaikan oleh para nasionalis, dan ianya wujud dalam set tertentu keadaan
sosial.15
Sejak dari tahun 1800, Nasionalisme itu sendiri telah dilihat sebagai satu idea
atau semangat yang sangat berkuasa. Hal ini kerana, nasionalisme ini mampu untuk
mempengaruhi keseluruhan Eropah dalam bersatu atas nama bangsa dan negara.
Nasionalisme di Eropah dilihat bermula sejak Napolean Bonarparte menentang Rusia
yang akhirnya ditumpaskan dengan taktik tipu helah pengunduran16 yang dilakukan
oleh Rusia. Beliau akhirnya dikalahkan oleh satu pakatan kuasa Eropah dalam Perang
Antarabangsa pada 18 Oktober 1813.17 Kekalahan Napolean pada ketika ini yang telah
membawa kepada Kongres di Vienna tahun 1815 dilihat sebagai pencetus semangat
nasionalisme atau di sini bermulanya bibit-bibit nasionalisme. Bagi memperjelaskan
hal ini, dapat kita saksikan bahawa Kongres Vienna adalah merupakan satu
penyelesaian yang telah menitikberatkan pembahagian sempadan negara bagi
mengutamakan prinsip imbangan kuasa. Namun, penyelesaian ini sama sekali tidak
mengendahkan semangat kebangsaan yang telah diperhebat oleh Revolusi Perancis
dan Napolean Bonaparte.18
15 Stefan Auer, Russian and Euro-Asian Bulletin: Two Types of Nationalism
in Europe?, Melbourne: The Contemporary Europe Research Centre, 1997,
Hlm 1
16 Taktik ini digunakan oleh tentera Rusia yang disangka oleh tentera
Perancis akan pengundurannya. Namun, ini telah menyebabkan kemaraan
tentera Perancis ke kawasan pendalaman Rusia. Kekurangan bekalan
makanan, musim sejuk yang menyebabkan haiwan tunggangan mati,
serta kenderaan turut terpaksa ditinggalkan telah menyaksikan suatu
kesukaran yang amat jelas kepada tentera Perancis. Seterusnya,
pengunduran tentera Perancis telah berlaku dan sekaligus menyebabkan
Perancis menerima kekalahan ke atas Rusia.
17 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 55
18 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 72
12
13
yang diperolehi oleh golongan pekerja disebabkan berlakunya revolusi industri ini.
Revolusi industri adalah berbeza daripada revolusi yang lain, kerana revolusi ini tidak
datang secara mengejut, cepat dan menukarkan keadaan dengan cara mendadak.
Sebaliknya, revolusi perindustrian telah menjalani proses yang agak lama. Revolusi
industri pada dasarnya adalah proses menukar cara pengeluaran daripada
menggunakan tangan kepada jentera atau mesin. Revolusi Industri juga dilihat sebagai
suatu revolusi yang turut membawa kesan kepada pemikiran dan peraturan politik.,
sosioekonomi dan sistem nilai di Eropah.
Kemunculan zaman Revolusi Industri telah menyebabkan perkembangan
sistem kilang
bandar. Pada masa permulaan Revolusi Industri, kedudukan para pekerja dikatakan
tidak begitu terjamin kerana kedudukan mereka menjadi sulit semasa kemelesetan
ekonomi dan keadaan ini telah menimbulkan keresahan kumpulan pekerja. Terdapat
sarjana yang berpendapat bahawa Revolusi Industri adalah faktor kebangkitan
golongan revolusioner dan pendapat ini dibangkitkan oleh Bruun. Menurut Bruun,
kedatangan industrialisme pada awalnya yang dianggap sebagai satu permulaan
zaman gemilang apabila manusia akan mendapatkan tenaga kerja baru dalam bentuk
jentera. Namun, anggapan ini meleset sama sekali apabila golongan pekerja ini
terpaksan bekerja dalam jangka masa yang panjang dengan kadar bayaran yang tidak
setimpal. Menurut Bruun juga, gelombang revolusi-revolusi 1848 adalah suatu
pergolakan sosial yang pertama selepas tumbuhnya sistem kilang dan perkembangan
industri.20
Kenyataan yang menyokong bahawa Revolusi Industri juga dilihat sebagai
salah satu faktor yang mencetuskan Revolusi 1848 adalah dapat dilihat revolusirevolusi yang berlaku telah melibatkan golongan pekerja di bawah pengaruh
pemikiran sosialisme telah mengancam peraturan harta hak milik perseorangan. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa melalui kemunduran ekonomi dan kesempitan hidup
serta penindasan yang dilakukan terhadap kumpulan pekerja ini, mereka yang diresapi
fahaman sosialisme sudah mulai bangkit dan melakukan perarakan, perhimpunan,
serta sekatan-sekatan bagi menuntut hak-hak mereka. Walaupun terdapat bantahan dan
20Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 74
14
15
Revolusi 1848 merupakan satu fenomena yang berlaku secara pantas dan tiba-tiba di
negara-negara Eropah. Revolusi 1848 yang berlaku secara mendadak ini dilihat
mencapai kejayaan apabila kemunculannya berjaya menggegar seluruh benua.
Kejayaan revolusi yang dikatakan menggegar seluruh benua adalah kerana Revolusi
1848 ini berlaku serentak iaitu pada tahun 1848, dan melibatkan beberapa siri revolusi
yang berlaku dalam negara-negara dan tempat-tempat yang berasingan di Eropah.
Tahun 1848 itu sendiri dilihat sebagai tahun revolusi di mana revolusi berlaku seperti
suatu jangkitan dari satu tempat ke tempat yang lain. Merebaknya api revolusi yang
dimulakan dari Perancis ke negara-negara Eropah yang lainnya seperti Itali, Jerman
dan Austria adalah merupakan sebuah kejayaan revolusi yang tidak seharusnya di
pandang ringan begitu sahaja. Hal ini kerana, bukan mudah bagi seorang revolusioner
mencetuskan api revolusi yang begitu membara sehingga dirasakan oleh wilayahwilayah yang lainnya, dan akhirnya mampu memberikan satu dorongan yang padu
dalam memperlihatkan bahawa revolusi ini suatu yang tidak mustahil dilakukan dan
penuntutan terhadap sesuatu dan penyebaran idea-idea baru memerlukan revolusi
sebagai landasan yang paling utama.
Revolusi 1848, dari sudut menggegarkan dunianya, dapat ditekankan bahawa
revolusi ini adalah merupakan revolusi yang tidak tertumpu kepada satu kawasan
semata-mata. Walaupun revolusi pada tahun 1830 turut melibatkan beberapa buah
negara, namun ianya tidak sebanyak dan sebesar penglibatan negara-negara bagi
Revolusi 1848 itu sendiri. Merebaknya api revolusi ini dapat disaksikan apabila di
kalangan negara besar Eropah, hanya Sepanyol dan Rusia yang tidak mengalami
sebarang persengketaan dan bebas daripada revolusi pada tahun 1848 ini. 23 Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa hampir seluruh negara-negara Eropah telah menerima
jangkitan revolusi yang merebak, dan negara-negara seperti Perancis, Itali, Jerman,
Austria, Bohemia dan Hungary, Switzerland, Denamrk, Romania, Poland dan Ireland
adalah antara yang terkesan dengan kebangkitan ini.
Para sarjana juga turut menggelarkan tahun 1848 sebagai tahun revolusi adalah
sebagai tindak balas kepada bilangan dan pelbagai kebangkitan yang melanda
16
17
Revolusi 1848 dianggap sebagai sebuah revolusi yang berjaya adalah kerana
berlakunya beberapa perubahan yang dituntut oleh para revolusioner selaras dengan
idea-idea yang dibawa bersama mereka. Oleh itu, jika melihat daripada pelbagai
konteks kejayaan, walaupun dalam jangka masa singkat dan pantas, masih terdapat
beberapa perubahan yang berlaku disebabkan pemberontakan tahun 1848 ini. Revolusi
1848, walaupun tidak berkisar kepada konteks kejayaan secara menyeluruh, namun
jika ingin dibandingkan dengan dimensi pergerakannya pada masa tersebut ianya telah
menunjukkan pemberontakan ini perlu dilakukan bagi membersihkan orde lama
sebanyak yang mungkin. Orde lama ini telah mula wujud di dunia Eropah sejak sekian
lama.25 Lanjutan daripada matlamat ini, akhirnya penduduk negara-negara Eropah
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah melancarkan beberapa siri
revolusi untuk membuat tuntutan-tuntutan terhadap keadilan dan keperluan hak
mereka yang selama ini tidak di ambil peduli. Terdapat juga usaha untuk
membersihkan pemerintahan yang tidak telus dan adil.
Dimulakan dengan revolusi pertama yang berlaku dan antara revolusi yang
paling dominan yang menyebabkan beberapa pemberontakan di negara-negara lain,
iaitu revolusi di Perancis pada tahun 1848 yang bermula pada bulan Febuari.
Pemberontakan yang berlaku hasil daripada gabungan antara puak sosialis dan
republik adalah untuk menentang pemerintahan Louise Philippe26 disebabkan
pemerintahannya yang tidak memuaskan. Majlis Makan Malam di Paris adalah satu
peristiwa yang penting yang digariskan sebagai pencetus kepada revolusi ini, kerana
larangan Guizot selaku Perdana Menteri Perancis pada ketika ini terhadap majlis ini
kerana beliau melihatnya sebagai suatu kebimbangan akan kebangkitan golongan
revolusioner. Kemaraan golongan revolusioner yang terdiri daripada golongan pekerja
dan pelajar telah mencetuskan revolusi yang berbentuk perarakan di jalan-jalan raya
sambal melaungkan slogan serta sepanduk-sepanduk mereka.
25 H Rene Albrecht Carrie, Europe Since 1815, New York: Harper And Row
Publishers, 1962, Hlm 84
26 Louis Philippe (1773-1850) adalah adik kepada Louis XVI. Dia adalah
daripada keluarga Orleans yang merupakan keluarga saingan kepada
golongan diraja Bourbon. Louise adalah seorang yang liberal sama seperti
ayahnya.
18
19
20
kegagalan yang abadi dan kekecewaan pengalaman politik yang berlaku pada tahun
1848 ini telah menjadi pendorong kepada pembentukan negara Jerman yang lebih
bersifat realiti pada tahun berikutnya.
golongan
pemerintah
terpaksa
menggunakan
kekerasan
untuk
21
telah menjadi penglihatan ciri dalam revolusi tahun 1848 ini dan seterusnya telah
memainkan peranan penting dalam wabak revolusi dan pembangunan selanjutnya. 34
Kemenangan kepada golongan pekerja adalah apabila berlaku pembelaan yang
akhirnya telah merubah nasib-nasib golongan ini. Di Perancis, pembentukan Bengkel
Kebangsaan itu sendiri telah menunjukkan banyak perubahan yang positif terhadap
golongan pekerja ini. Perubahan yang berlaku semasa revolusi dia atas tuntutantuntutan para revolusioner telah dikekalkan walaupun revolusi telah berakhir telah
menandakan penrubahan secara mutlak terhadap nasib pekerja. Golongan pekerja ini
bukan sahaja mempunyai hak untuk bekerja, tetapi hak mereka sebagai pekerja juga
mula terjamin. Pemerintahan Louis Bonaparte kemudiannya telah menunjukkan
bahawa pelbagai perubahan ke atas golongan pekerja yang telah berlaku seiringan
dengan penambahbaikan keadaan sosial masyarakat seperti pengakutan dan
perindustrian.35 Sebagai kesannya, pengangguran di negara Perancis adalah semakin
berkurang.
Selain itu, keadaan pekerja di Perancis juga dilihat lebih terbela dengan adanya
pembentukan yang lebih banyak terhadap kelab-kelab politik dan persatuan
perdagangan pekerja di ibu negara.36Sementara di Norway, penubuhan Kesatuan
Pekerja telah dilakukan oleh golongan Kristian dan guru sekolah sosialis Marcus
Thrane.37 Kesatuan Pekerja ini telah mencapai pelaksanaan dan hasil yang tinggi pada
tahun 1851, iaitu dengan mempunyai lebih 30,000 orang ahli. Beberapa perubahan
yang berlaku ke atas golongan pekerja Eropah telah memperlihatkan betapa kesan
yang dibawa oleh Revolusi 1848 yang merupakan satu kemenangan buat golongan
pekerja. Selain itu, penggantian dan pelaksanaan beberapa skim bantuan kerajaan
34 Selim Kurt, The Revolution of 1848 And Its Reflection To Modern
Political Mentality, Journal History School, 2014, Hlm 364
35 McDougal Littell, Nationalist Revolutions Sweep The West, 17891900,
2010, Mcdougal Littell Inc, Hlm 687
36 Jonathan Sperber, The European Revolutions, 1848-1851, 2005, United
Kingdom: Cambridge University Press.
37 Jonathan Richard Hill, The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and
France, Eastern Michigan University: Senior Honors Theses, 2005.
22
yang tertentu dari semasa ke semasa bagi kepentingan para pekerja di Eropah. Dasar
perumahan untuk pekerja, rancangan ganti rugi para pekerja, penubuhan kesatuankesatuan sekerja serta perkara-perkara lain seumpamanya telah melahirkan sistem atau
aspek-aspek sistem yang sering disebut negara kebajikan.38 Oleh itu, jelaslah bahawa
Revolusi 1848 sememangnya membawa suatu kejayaan kepada golongan pekerja
yang berjuang demi membela nasib, dan mengembalikan hak-hak mereka sebagai
pekerja. Kejayaan golongan ini dapat dilihat melalui perubahan-perubahan yang
dilakukan selepas tamatnya pemberontakan.
23
kepada tercetusnya satu lagi siri revolusi yang dasyat iaitu Revolusi 1848 ini sendiri.
Jika dilihat dari aspek idea nasionalisme ini sendiri, sudah pastinya terdapat unsur
penyatuan dan kesamaan matlamat sesuatu bangsa yang berjuang bersama menggapai
satu matlamat akhir yang sama. Sememangnya, penyatuan inilah yang dianggap
sebagai satu kejayaan besar kepada golongan revolusioner.
Menggariskan kejayaan yang dikecapi dari segi aspek penyatuan melalui idea
nasionalismenya adalah terdapat pada negara Jerman dan Itali. Hal ini dapat
diperhatikan oleh perjuangan kedua-dua buah negara yang mengalami proses
penyatuan sebagai sebuah negara bangsa semasa revolusi. Tuntutan untuk menjadi
sebuah negara bangsa yang kuat serta perjuangan atas nama bangsa juga adalah
merupakan salah satu unsur penyatuan yang dipandang sebagai kejayaan yang unggul
dalam Revolusi 1848 ini. Walaupun negara Jerman dan Itali terbahagi kepada
beberapa daerah atau negeri yang berbagai-bagai pemerintahan yang berlainan, hal ini
tidak sesekali melemahkan idea nasionalisme yang semakin merangsang. Negara Itali
turut tidak terkecuali untuk memperoleh kejayaan melalui penyatuan rakyatnya
sehingga tercetusnya revolusi negara Itali pada tahun 1848 ini. Oleh kerana negara
Itali hampir satu per tiga daerahnya berada di kekuasaan Austria, maka unsur antikuasa asing telah memainkan peranan yang sangat mustahak dalam revolusi di Itali.
Bermula dari perasaan anti-kuasa asing inilah tercetusnya suatu semangat yang
bersifat penyatuan atau nasionalisme kepada bangsa Itali itu sendiri kerana negara Itali
adalah terdiri daripada rakyat yang sama bahasa pertuturannya serta agamanya.
Rakyat Itali dalam revolusi 1848, walaupun matlamat perjuangan yang antara
golongan sederhana, golongan radikal nasionalis, golongan bawahan serta golongan
agama ini berbeza-beza, namun dapat dilihat bahawa matlamat akhir yang ingin
dicapai bersama adalah pengusiran kuasa asing di Itali.
Pengundurkan Austria pada 23 Mac 1848 adalah suatu kejayaan dan
merupakan suatu perkabaran yang baik buat rakyat Itali. Penyatuan yang paling
berjaya di negara Itali adalah apabila terdapat gandingan tenaga antara golongan
atasan dan bawahan untuk menentang tentera Austria. Rakyat Itali berganding bahu
dalam menghulurkan bantuan ketenteraan yang terdiri daripada sukarelawan dari Itali
utara dan tengah serta bala tentera dari negeri di Itali ke Kota Milan adalah untuk
Pertempuran Waterloo pada 18 Jun, 1815.
24
berjuang bersama atas semangat nasionalisme dan mempunyai matlamat akhir yang
sama, iaitu mengusir orang asing di negara Itali. Oleh itu, adalah wajar jika dikatakan
bahawa kejayaan Revolusi 1848 di Itali adalah dapat dilihat daripada penyatuan
rakyatnya dalam membawa Itali ke arah negara yang bebas dan republik. Melalui
penyatuan Itali, rakyat Itali sememangnya telah terhutang budi kepada diplomasi yang
dilakukan oleh Ketua Menteri Cavour, yang telah menjadi Perdana Menteri Piedmont
dari tahun 1852 hingga 1860. Melalui pakatan diplomatik yang bijaksana dengan
Perancis, Sardinia-Piedmont telah berjaya mengalahkan tentera Austria pada tahun
1859. Selain daripada penglibatan tentera biasa, sebilangan besar sukarelawan tentera
di bawah pimpinan Giuseppe Garibaldi telah turut sama menyertai peperangan ini.
Garibaldi adalah seorang tokoh utama dalam penyatuan Itali. Hal ini kerana, beliau
sendiri diperintahkan dan bertempur dalam pelbagai kempen ketenteraan yang telah
membawa kepada pembentukan Itali yang bersatu. Salah satu keputusan paling
penting revolusi pada tahun 1848 adalah pembukaan Parlimen Itali yang pertama di
Torino dalam 1861 dan proses ke arah pembentukan sebuah negara Itali yang bebas
dengan menyertai Rom.40
Selain Itali, Revolusi 1848 telah meninggalkan kesan jangka panjang kepada
Jerman apabila berlakunya pembentukan negara-negara Jerman pada tahun selepas
revolusi. Hal ini dilihat adalah merupakan rentetan daripada kekalahan dan kegagalan
Jerman untuk bersatu dengan Prussia pada tahun sebelumnya. Revolusi yang berlaku
di Jerman, memperlihatkan penggabungan yang ketara apabila Prussia yang tidak
menghadapi masalah bangsa percampuran dan rata-rata masyarakat Prussia adalah
terdiri daripada mereka yang berbangsa Jerman. Permulaan yang sangat
memberangsangkan apabila kedua-dua idea liberalisme dan nasionalisme bergerak
seiring dan seolah-olah mendapat nafas baru apabila negara Jerman turut terkesan
dengan revolusi yang dimulakan di Perancis.41 Di Jerman, kebanyakkan golongan
pertengahan yang terdiri daripada peguam, doktor dan guru telah berusaha untuk
40 Selim Kurt, The Revolution of 1848 And Its Reflection To Modern
Political Mentality, Journal History School, 2014, Hlm 374
41 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 87-96
25
medapatkan kekuasaan politik dan demi mengukuhkan institusi liberal serta menuntut
semua hak-hak yang diketepikan oleh pemimpin yang memerintah. Oleh itu, golongan
pertengahan ini melihat, dengan menggulingkan pemerintahan kerajaan atau
pemimpin yang dianggap sebagai langkah pertama untuk memperoleh pemerintahan
bercorak liberal serta usaha untuk membentuk suatu penyatuan kebangsaan juga
ditekankan.42
Penyatuan rakyat Jerman adalah dapat digambarkan dalam perhimpunan awam
di Berlin, yang rata-ratanya disertai oleh rakyat Jerman yang nasionalis dan liberal.
Sungguhpun berdepan dengan kegagalan penyatuan negara Jerman melalui Parlimen
Frankrut,43 hal ini tidak dilihat sebagai kegagalan secara menyeluruh oleh rakyat
Jerman, sebaliknya penyatuan rakyat yang sedia wujud melalui satu idea nasionalisme
yang tercetus sejak awal lagi sehingga menyebabkan revolusi adalah merupakan
kejayaan yang sebenar-benar kejayaan. Di sebalik pembentukan negara Jerman, rakyat
Jerman perlu berterima kasih atas usaha Otto Von Bismarck yang telah menggunakan
dasar Realpolitik yang dilihat berjaya ke arah mewujudkan negara Jerman. Pada tahun
1870, Prussia telah menewaskan Perancis dan menduduki Alsace dan Lorraine.
Januari 1871, sebuah perhimpunan yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin di
negeri-negeri Jerman, wakil-wakil rakyat, menteri-menteri Prusia dan Bismarck telah
berkumpul di Hall of Mirror di Versailles, untuk mengisytiharkan empayar Jerman
yang baru yang diketuai oleh Kaiser William I dari Prusia. Pembentukan negara
Jerman yang baru dengan kejayaan Bismarck menyatukan rakyat dan wilayah-wilayah
Jerman yang terpisah telah baru memberi penekanan yang kuat kepada pemimpin
Jerman pada ketika ini untuk memodenkan perindustrian terutamanya sistem mata
wang, perbankan, sistem undang-undang dan kehakiman di Jerman.
Revolusi pada tahun 1848 telah memberikan kesan terhadap perkembangan
sejarah Eropah moden, dengan meletakkan sesetengah negara dalam perjalanan ke
liberalisme dan lain-lain di satu laluan, akhirnya telah membawa kepada perpaduan
42 Ibid, Hlm 14
43 Keith Robbins, Britain And Europe 1789-2005, London: Hodder
Education, 2005, Hlm 92
26
27
beberapa sarjana melihat perkara yang berbeza-beza terhadap Revolusi 1848 ini
terutamanya soal kejayaan dan kegagalannya. Persoalannya yang timbul disini adalah
sejauhmanakah kegagalan Revolusi 1848 ini dan mengapa revolusi ini dianggap gagal
oleh sesetengah sarjana. Soal kegagalan sudah pasti berkait dengan kepincangan di
sana sini serta punca kegagalan itu sendiri yang perlu diberi perhatian. Oleh itu,
Revolusi 1848, yang berlaku serentak dan secara tiba-tiba, sudah pastinya mempunyai
banyak kekurangan dan kepincangan dalam gerakan atau perjalan revolusi itu sendiri.
Ketiadaan kekuatan penggerak yang mencukupi adalah merupakan kegagalan
bagi Revolusi 1848 kerana hal ini telah menyebabkan revolusi yang telah dicetuskan
tidak memperoleh matlamat terakhir seperti yang diinginkan oleh golongan
revolusioner yang radikal ini. Selain itu, golongan revolusioner yang terdiri daripada
golongan bawahan juga menerima nasib yang sama akibat daripada kekalahan
revolusi ini sekaligus menyebabkan penuntutan hak-hak tidak diendahkan sama sekali.
Sememangnya kekuatan penggerak sesuatu revolusi ini dianggap penting dalam
menentukan hala tuju revolusi ini sama ada ianya mencapai kemenangan ataupun
sebaliknya. Jika kita menyingkap zaman sewaktu berlakunya Revolusi Perancis 1789,
sudah pastinya dapat kita lihat revolusi ini telah mencapai kejayaan meruntuhkan
kerajaan monarki disebabkan kekuatan penggeraknya yang terdiri daripada golongan
borjoius, golongan profesional dan petani yang bersatu. Oleh itu, hal ini amat
bertetapan sekali dengan perbincangan mengenai Revolusi 1848 yang dilihat gagal
kerana ketiadaan kekuatan penggerak yang dapat meletakkan revolusi ini pada tahap
yang berjaya.
28
revolusi ini. Walaupun revolusi Perancis ini turut digerakkan oleh kaum pekerja dan
pelajar yang ramai melalui perhimpunan di jalan-jalan raya, sekatan, serta laungan
slogan di sepanjang jalan, namun hal ini masih belum cukup untuk mencapai kejayaan
dalam pemberontakan. Hal yang sama juga dilihat dalam revolusi di Austria yang
berlaku di Hungary yang melibatkan suatu gerakan revolusi yang bersifat
nasionalisme oleh bangsa Magyar dan revolusi ini memperlihatkan suatu perjuangan
yang hanya melibatkan kepentingan bangsa sendiri dan matlamat akhir bangsa
Magyar ini berbalik kepada kepentingan kepadanya dan bukan demi membela nasibnasib petani atau golongan bawahan secara keseluruhan. Tanpa kekuatan yang cukup
oleh golongan Magyar ini akhirnya mereka ditumpaskan pada Ogos 1949 dan ini
merupakan kegagalan buat mereka dan kegagalan dalam revolusi.
Revolusi di Jerman dan Itali turut dilihat mempunyai kekangan dalam
perjuangan gerakan revolusinya kerana tiada kekuatan penggerak yang mampu
membuatkan mereka bersatu secara menyeluruh bagi mencapai satu matlamat yang
sama. Di Jerman, walaupun kelas menengah dan bekerja bersatu pada masa
pemberontakan di Berlin, di bawah satu matlamat yang sama menghapuskan elit
konservatif, tetapi setiap kelas mempunyai sebab-sebab yang sangat berbeza untuk
mencapai
matlamat
tersebut.46
Pemberontakan
yang
bersifat
nasionalisme
29
kesan psikologi kepada para revolusioner yang akhirnya mempengaruhi setiap aspek
di Eropah pada pemikiran dan aktiviti selepas 1850.47
Oleh itu, jelaslah bahawa kegagalan Revolusi 1848 adalah kerana kekurangan
kekuatan penggerak yang dianggap suatu yang paling penting dalam perjalanan
revolusi. Penggerak yang dibincangkan disini adalah merujuk kepada kekuatan tenaga
para revolusioner dan ideologi serta idea yang menggerakkannya. Penggerak juga
dapat memperlihatkan seorang ketua yang mengepalai setiap revolusi. Ketiadaan
kekuatan penggerak berlaku apabila pekerja terpaksa berlawan tanpa ketua kerana
ketua ditangkap, bersembunyi dan menjadi tawanan, dan hal yang sama terjadi kepada
Blanqui yang ditangkap sekaligus melemahkan golongan revolusioner yang lainnya. 48
Walaupun revolusi 1848 telah menggegarkan dunia dengan kemunculannya yang
mengejut dan tiba-tiba, namun perancangan yang rapi masih tidak terlihat dalam
setiap gerakan revolusi yang dilakukan. Kenyataan ini telah disokong oleh Stearn
yang kemudiannya dilihat memberikan petua bagi menjayakan revolusi,
Revolusi yang berjaya selalunya diarahkan oleh kumpulan yang bermula
tanpa para pengikut yang ramai tetapi menampung kekurangan ini dengan
perancangan dan pengendalian yang teliti, tidak ada kumpulan yang
sedemikian itu muncul pada tahun 1848.49
Oleh kerana, setiap golongan terlalu terpesona dengan jangkitan revolusi di negaranegara Eropah, hal ini telah menyebabkan setiap golongan bangkit memberontak demi
kepentingan golongan mereka sahaja kerana matlamat akhir yang berbeza.
Nasionalisme dalam konteks ini, jika diperhatikan juga turut mampu menjadi
penyebab yang menggagalkan liberalisme dan radikalisme.50
47 Gordon A. Craig, Europe Since 1815, New York: Holt, Rinehart And
Winston, 1971, Hlm 142.
48 Anthony Wood, Europe 1815-1960, Paris: Longman Group Limited,
1964, Hlm 130-132
49 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 101
50 Ibid, Hlm 102
30
antara
rakyat
biasa
dengan
pihak
bersenjata
sememangnya
31
kerakusan menuntut pembaharuan adalah tidak kemana tanpa mempunyai satu unsur
kekuatan yang setanding dengan pihak lawan.
Kegagalan yang sama dilihat berlaku di Itali, Bohemia dan Hungary yang
akhirnya telah tumpaskan oleh kekuasaan Tentera Kebangsaan. Sememangnya
Revolusi 1848 yang tidak berlaku tidak menjalani perancangan secara rapi dan
meletus secara tiba-tiba. Hal ini adalah suatu pemangkin kepada gerakan yang hebat
pada awalnya, namun tidak memberikan kemenangan yang mutlak kepada golongan
ini yang akhirnya hanya terbunuh, dihukum bunuh, dan di buang negara adalah
menjadi penamatnya. Negara Itali dengan Kebangkitan Lima Hari dan peperangan
Itali-Austria, Bohemia dengan pemberontakan golongan Czech dan Hungary dengan
pemberontakan bangsa Magyar masing-masing telah ditumpaskan oleh Tentera
Kebangsaan dan sekaligus memberikata kata putus iaitu kekalahan golongan
revolusioner ini. Sokongan rakyat yang terhad serta ketiadaan kekuasaan serta
kekuatan ketenteraan telah menyebabkan revolusi-revolusi yang berlaku di negaranegara Eropah menerima kegagalan. Hal ini sememangnya dipersetujui oleh sarjana
Stearns yang turut melihat bahawa faktor kekurangan ketenteraan adalah merupakan
penyebab mengapa Revolusi 1848 dikatakan gagal dan tidak berjaya. 52 Oleh itu,
Revolusi 1848 tidak hanya dilihat gagal dari sudut ketiadaan penggeraknya, namun
kegagalannya juga dilihat dari aspek kekuatan ketenteraannya.
32
33
nasionalisme
serta
memperjuangkan
penyatuan
Jerman
sememangnya melalui jalan buntu.54 Jerman pada tahun 1848 menghadapi kegagalan
untuk menyelesaikan penyatuan yang bersifat liberal. Liberal nasionalisme juga gagal.
Kegagalan ini juga adalah kerana tiada kesepakatan daripada pelbagai pihak yang
sememangnya telah meletakkan suatu penyelesaian itu di jalan buntu. Di wilayah
Austria juga menerima nasib yang sama, apabila dikatakan pergerakan revolusi yang
dilancarkan tidak mampu untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama.
Pemberontakan yang dilakukan atas nama bangsa, sememangnya tidak melibatkan
mana-mana golongan yang tidak setaraf dengan ketamadunan mereka. Pergerakan
revolusi bangsa telah berlaku dalam wilayah Austria itu sendiri seperti Hungary dan
Bohemia yang dikatakan telah berjaya melakukan suatu pemberontakan berasaskan
bangsa bagi menuntut kebebasan, dan penyatuan ini dianggap suatu permulaan yang
baik buat mereka. Namun begitu, tanpa penyatuan yang utuh dengan melibatkan
pelbagai lapisan masyarakat, telah menyebabkan kedudukan mereka goyah dan
akhirnya mereka ditumpaskan oleh Tentera Kebangsaan.
34
yang
terpaksa
menanggung
kekalahan
berbanding
mengecapi
kemenangan. Oleh itu bagi membincangkan kesan Revolusi 1848 ini, adalah wajar
untuk kita melihat kesan kepada setiap revolusi yang berlaku dan membincangkan
kesan yang paling dominan yang dirasakan oleh semua negara-negara Eropah yang
terlibat. Revolusi 1848, seperti yang kita semua sedia maklum, perjuangan serta
pergerakannya rata-rata adalah menuntut pembaharuan, pemulihan, kesamarataan, dan
kebebasan daripada kuasa pemerintah. Kuasa pemerintah ini adalah terdiri daripada
mereka yang konservatif dan sentiasa melihat tuntutan-tuntutan rakyat adalah sebagai
suatu ancaman kepada kekuasaan mereka.
Oleh itu, semarakknya api revolusi pada tahun 1848 ini adalah suatu petanda
yang tidak baik kepada golongan konservatif ini. Mereka sentiasa melihat golongan
revolusioner ini dengan penuh kebimbangan dan usaha untuk membersihkan golongan
ini perlu dilakukan. Kebimbangan golongan konservatif terhadap revolusi telah
bermula sejak awal lagi. Hal ini telah dibuktikan selepas kekalahan Napoleon
Bonaparte, apabila beberapa kuasa besar yang dahulunya di bawah kekuasaan
Perancis seperti Austria, Prusia, Rusia, Britain telah berusaha untuk mengekalkan
kedudukan politik melalui sistem perimbangan kuasa.55 Selepas kejatuhan Bonarparte,
pemulihan pemerintahan daripada cara revolusioner kepada pemerintahan yang
55 Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan,
2003, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm 63
35
bercorak konservatif telah dilakukan. Kuasa Eropah pada masa ini hanya mahu
menyokong raja yang sah keturunan daripada keluarga atau wangsa diraja. Perubahan
secara keseluruhan ke arah pemerintahan bercorak konservatif telah berlaku sebelum
tercetusnya Revolusi 1848 ini lagi.
Revolusi 1848, turut memperlihatkan watak-watak golongan konservatif yang
sentiasa menghalang usaha para revolusioner untuk melakukan pemulihan. Bermula
pada revolusi di Perancis, apabila Louis Phillppe yang merupakan golongan
konservatif sentiasa melihat golongan revolusioner sebagai ancaman kepada
pemerintahannya yang tidak memuaskan hati rakyat itu. Namun begitu, kegagalan
Louis Philippe mendamaikan revolusi telah menyebabkan beliau melarikan diri ke
England. Jika diperhatikan di negara Jerman, golongan konservatif yang sentiasa
berasa tidak senang dengan golongan revolusioner ini sentiasa akan memberi ancaman
ketenteraan kepada para pemberontak. Hal ini bertujuan untuk menghapuskan dan
memberikan hukuman yang sewajarnya kepada pemberontak kerana telah mencabar
kedudukannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila revolusi yang tercetus di Berlin yang
mana rakyat mahukan satu republik di Jerman telah mendatangkan kemarahan raja.
Raja kemudiannya telah mengarahkan bapa saudaranya iaitu Friedrich Wilhelm untuk
menghapuskan revolusi di Berlin dan akhirnya revolusi ini ditumpaskan. Para 13 000
pemberontak dikerah ke Berlin untuk mengembalikan semula kekuasaan raja.
Sememangnya golongan konservatif dan golongan diraja sudah melihat
bahawa revolusi yang berlaku di Berlin ini bukan suatu permulaan, dan golongan ini
perlu sentiasa di pantau agar ledakan api revolusi ini tidak menular sehingga memberi
kejayaan buat golongan ini. Sememangnya, pihak konservatif yang sentiasa takut
terhadap pergolakan yang semakin berkembang, dilihat akan mula menggunakan
kekerasan yang serius untuk cuba menghentikan orang ramai dan revolusi. 56
Gambaran yang sama juga dilihat oleh golongan konservatif di Itali dan Austria.
Apabila golongan konservatif telah berusaha untuk menghapuskan setiap siri
pemberontakan yang berlaku di negara-negara mereka. Oleh itu, tahun 1848 adalah
tahun kemenangan bagi pihak konservatif yang sentiasa tidak senang dengan
pergerakan golongan revolusioner ini. Kejayaan yang diperolehi oleh Jeneral
56 Jonathan Richard Hill, The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and
France, Eastern Michigan University: Senior Honors Theses, 2005, Hlm 16
36
Windischratz di Bohemia adalah suatu tamparan yang hebat kepada puak revolusi.
Kebimbangan golongan konservatif ini semakin menular apabila di Itali, Jeneral
Radetzky turut memperoleh kejayaan pertama dan sekaligus memperkuat keyakinan
konservatif di Austria serta usaha mengembalikan semangat Maharaja Ferdinand yang
telah layu di Innsbruck.57 Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa rata-rata revolusi-revolusi
di negara-negara Eropah yang berlaku pada tahun 1848 ini telah digagalkan oleh
konservatisme.
Selepas Revolusi 1848 tamat, dapat disaksikan bahawa kebimbangan golongan
koservatif terhadap revolusi-revolusi ini masih ada dan sukar untuk dipadam. Tahun
1850, telah wujud era baru konservatisme dengan pelbagai reaksinya. Pada tahun
1815, apabila kekuasaan Gereja Roman telah dipulihkan semula, Paus telah
melakukan konkordat
pendidikan dilihat membangun selepas tahun 1850 di Perancis dan England. Namun,
fasa revolusi 1848 adalah berbeza sama sekali dengan fasa konservatisme pada tahun
sebelumnya iaitu antara 1815 hingga 1830. Perubahan yang berlaku ke atas Perancis
selepas tahun 1848 ialah tidak lagi menjalankan pemerintahan yang bercorak monarki,
walaupun Perancis selepas 1848 telah menjalankan kekuasan di bawah puncak kuasa
Napolean III.58 Malahan, kepada negara Jerman pula, kekuatan golongan konservatif
juga adalah sukar dipadamkan. Seperti yang kita lihat, terutamanya dalam kes Jerman,
kestabilan dalaman parti konservatif adalah merupakan faktor penting unsur
pemulihan konservatif di Jerman dan pemulihan ini melambangkan perpecahan buat
golongan revolusioner.59
57 Carlton J.H Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1971, Hlm 784.
58 David Thomson, Europe Since Napoleon, Australia: Penguin Books Ltd,
1957, Hlm 233.
59 Willem Cleven, The Failure of a Revolution France, Germany and The
Netherlands in 1848: A Comparative Analysis, Utrecht University, 2008,
Hlm 51
37
38
gambaran bahawa kegagalan Revolusi 1848 yang berlaku di Austria bukan lah
merupakan suatu kegagalan yang mutlak buat golongan pekerja. Meskipun tumpas di
tangan golongan konservatif, namun pemansuhan sistem perhambaan dan pembayaran
kepada tuan tanah tetap dilakukan.
39
persefahaman sosial dan rakyat dan yang penerimaan terhadap pemikiran sosial. Teori
ini dipertahankan sehingga 1870-an bersama-sama dengan penampilan Marx dan
Engels, yang bersatu idea-idea sosialisme sebagai bingkai teori dan teori-teori
Proudhon turut digantikan dengan idea-idea mereka. Idea-idea Marx dan Engels telah
membawa penubuhan Kesatuan Republik Sosialis pada tahun 1917 dan memberikan
kesan kepada Perang Dunia Kedua serta merupakan pencetus utama Perang Dingin
sehingga 1990-an. Oleh itu, jelaslah bahawa Revolusi 1848, tidak hanya merubah hal
pentadbiran yang berkaitan dengan undang-undang dan kekuasaan semata-mata,
namun perubahan dari aspek sosial juga turut mengalami perubahan
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, setelah meneliti perbincangan mengenai Revolusi 1848 ini,
dapat disimpulkan bahawa sememangnya revolusi yang berlaku adalah merupakan
suatu rentetan daripada revolusi yang sebelumnya. Revolusi 1848 dikatakan
menggegarkan dunia kerana telah merebak ke negara-negara Eropah yang lainnya
seperti Austria, Itali dan Jerman. Revolusi yang berlaku secara tiba-tiba ini dikatakan
kurang perancangan yang rapi dan telah mengundang kepada kekalahan. Oleh itu,
untuk merumuskan perbincangan berkenaan Revolusi 1848 ini adalah penting untuk
melihat kepada kegagalan dan kejayaannya. Para sarjana telah mengemukakan
beberapa pandangannya berkenaan kegagalan dan kejayaan Revolusi ini, dan rataratanya telah bersetuju dengan mengatakan bahawa Revolusi 1848 ini adalah
merupakan suatu kegagalan mutlak disebabkan tiada perancangan, kegopohan,
matlamat yang tidak sama dan lain-lain. Namun, aspek kejayaan Revolusi 1848 ini
pula tidak seharusnya di ketepikan. Hal ini kerana, walaupun kejayaannya yang tidak
menonjol seperti Revolusi Perancis, namun ianya masih memberikan beberapa
perubahan dari segi aspek politik, pemerintahan dan sosial.
Perbincangan mengenai kesan Revolusi 1848 ini pula, jika disimpulkan dapat
disaksikan bahawa revolusi ini turut memberikan impak yang besar kepada negaranegara yang terlibat. Namun, terdapat pembahagian ke atas kesan yang melanda
negara-negara yang terlibat, sama ada ianya merupakan kesan jangka panjang atau
kesan jangka pendek. Menguatkan golongan konservatif dikatakan sebagai kesan yang
paling ketara adalah kerana setiap revolusi yang berlaku adalah merupakan suatu
ancaman kepada golongan konservatif ini. Oleh itu, zaman pemulihan kekuasaan raja
40
dan golongan konservatif ini adalah dilihat tidak wajar dicemari oleh para
revolusioner. Golongan konservatif sentiasa melihat pemberontak ini dengan penuh
rasa kebimbangan dan sekaligus akan cuba menghapuskan golongan ini walaupun
terpaksa menggunakan kekerasan. Namun, terdapat juga pelbagai kesan lain yang
turut diperolehi selepas tamatnya Revolusi 1848 di negara-negara Eropah. Kesankesan ke atas Revolusi 1848 ini sememangnya telah memperlihatkan keberhasilan
revolusi ini dalam memberikan perubahan kepada negara, pemerintah serta
masyarakatnya.
41
8.0 RUJUKAN
A.J Grant, Harold Temperley, Lillian M. Person. 1956. Europe in The Nineteenth and
Twentieth Centuries (1789-1950). London: Longman Green and Co.
A.J.P Taylor. 1954. The Struggle For Mastery In Europe 1848-1918. Oxford: At The
Claredon Press.
Anthony Wood. 1964. Europe 1815-1960. Paris: Longman Group Limited.
Carlton J.H Hayes. 1971. Eropah Moden Hingga 1870. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Charles Breunig. 1970. The Age of Revolution and Reaction 1789-1850. London:
George Weidenfeld & Nicolson.
Furet Francois. 1989. Revolusi Prancis. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Gordon A. Craig. 1971. Europe Since 1815. New York: Holt, Rinehart And Winston.
Haslinda Hassan. 2000. Sekularisme: Sejarah Kelahiran Dan Kesannya Terhadap
Peradaban Islam Dengan Penumpuan Terhadap Serangan. Kuala Lumpur:
Master Thesis, Universiti Malaya.
Jacques Droz. 1971. Europe Between Revolution 1815-1848. London: Collin Clear
Type Press.
42
Jonathan Richard Hill. 2005. The Revolutions of 1848 in Germany, Italy, and France.
Eastern Michigan University, Senior Honors Thesis.
Jonathan Sperber. 2005. The European Revolutions 1848-1851. United Kingdom:
Cambridge University Press.
Keith Robbins. 2005. Britain And Europe 1789-2005. London: Hodder Education.
Margaret Lamb. 1974. Nationalism. London: Heinemann Educational Books.
McDougal Little. 2010. Nationalist Revolutions Sweep The West, 17891900.
Mcdougal Littell Inc.
Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Arus Pemerintahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
R.R Palmer, Joel Colton. 1950. A History Of Then Modern World. New York:
McGraw-Hill Seventh Edition.
Rene Albrecht Carrie. 1962. Europe Since 1815. New York: Harper And Row
Publishers.
Rofiqi. 2013. Konsep Islam Revolusioner Dalam Pemikiran Ali Syariati.
Undergraduate Thesis, UIN Sunan Ampel Surabaya.
Selim Kurt. 2014. The Revolution of 1848 And Its Reflection To Modern Political
Mentality. Journal History School.
Sivachandralingam Sundara Raja. 2002. Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Stefan Auer. 1997. Russian and Euro-Asian Bulletin: Two Types of Nationalism in
Europe? Melbourne: The Contemporary Europe Research Centre.
Willem Cleven. 2008. The Failure of a Revolution France, Germany and The
Netherlands in 1848: A Comparative Analysis. MA Comparative History,
Utrecht University.
Zulkarnain Abdul Rahman. 2002. Tamadun Rusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.