Anda di halaman 1dari 7

10 Cara Untuk Mencari Maklumat Menggunakan Enjin Carian Google, Yang

Mana 96% Orang Tidak Mengetahui Cara Ini


Pada zaman kini, di mana teknologi canggih dan sambungan Internet kelajuan tinggi
sudah menembusi hampir ke seluruh dunia, anda sudah boleh mencari tentang apa
sahaja. Dalam tempoh hanya beberapa minit, kita boleh mencari resepi pai yang lazat,
atau belajar mengenai teori fizik.
Namun, anda akan mendapat terlalu banyak maklumat melalui carian yang dibuat,
dan ianya bukan mengambil masa beberapa minit untuk mencari yang sebaiknya,
tetapi akan memakan masa sehingga berja-jam lamanya. Jadi, bagi memudahkan
proses pencarian, Bright Side senaraikan kaedah paling berkesan untuk carian Google.

1. Sama Ada Ini Atau Itu


Kadang kala kita tidak pasti carian yang spesifik mengenai apa yang kita perlukan,
tetapi, ianya tidak memberi masalah. Anda boleh sahaja memasukkan beberapa
pemboleh ubah yang berpotensi untuk menjadi carian anda, masukkan simbol "|",
atau anda boleh juga menggunakan "atau" / "or". Anda sudah boleh mengetahui, apa
yang anda inginkan selepas itu.

2. Mencari Menggunakan Sinonim


Bahasa kita kaya dengan sinonim. Kadang-kadang ia boleh menjadi sangat mudah
apabila membuat penyelidikan di atas talian. Jika anda perlu mencari laman web
mengenai subjek tertentu dan bukannya frasa mengenai perkataan tersebut,
tambah simbol "~" dalam carian anda.
Sebagai contoh, jika anda mencari istilah "healthy~food" anda akan mendapat hasil
kira-kira prinsip-prinsip pemakanan sihat, resipi memasak, serta pilihan tempat
makan yang sihat.

3. Mencari Laman Web


Kadang-kadang anda membaca satu artikel yang menarik di laman web dan anda
ingin kongsikan bersama rakan anda, atau ingin membacanya semula. Cara paling
mudah untuk mencari maklumat yang anda inginkan, adalah dengan mencari laman
web tersebut. Untuk melakukannya, taip alamat laman web tersebut, kemudian
masukkan perkataan utama atau keseluruhan ayat daripada artikel itu, dan apa
yang anda inginkan akan terus ditemui.

4. Kuasa Asterisk
Sudah semestinya kita sukar untuk mencari maklumat yang ada, jika ingatan kita
mengenai sesuatu perkara itu hanya samar-samar sahaja. Jika ini menjadi
penghalang, anda boleh gunakan simbol yang agak berkuasa ini, iaitu "*". Hanya
dengan menggunakan simbol di akhir perkataan atau ayat yang anda tidak boleh
ingat, anda sudah mampu untuk mencari maklumat yang anda inginkan.

5. Apabila Banyak Perkataan Yang Lupa


Jika perkataan yang anda lupa adalah melebihi separuh dari keseluruhan ayat,
anda boleh mencuba dengan menulis perkataan yang pertama dan terakhir untuk
ayat tersebut, masukkan "AROUND + (anggaran perkataan yang hilang)" di antara
mereka. Sebagai contoh, "kera di AROUND(4) kelaparan".

6. Carian Menggunakan Tempoh Masa


Ada ketikanya kita memerlukan pencarian segera akan sesuatu peristiwa yang
berlaku di antara tempoh masa tertentu. Untuk berbuat demikian, anda boleh
menambah tempoh masa dengan menggunkan tiga titik di antara tarik tersebut.
Sebagai contoh, jika ingin mengetahui mengenai sejarah Kuala Lumpur dari tahun
tertentu.

7. Mencari Tajuk Atau URL


Untuk membantu mencari kata kuci, dan tajuk bagi sesuatu artikel, taipkan
"intitle:" sebelum perkataan berkaitan apa yang diingini, tanpa anda ruang antara
perkataan tersebut. Jika ingin mencari URL pula, gunakan "inurl:"

8. Mencari Laman Web Yang Sama


Jika anda telah menemui sesuatu yang anda benar-benar suka di atas talian, dan ingin
mencari laman web yang sama, taip "related:" dan alamat web tersebut, sekali lagi
tanpa ruang di antara mereka.

9. Ayat Penuh
Dengan menggunakan pembuka dan penutup kata bagi ayat, ianya adalah cara
yang mudah dan berkesan bagi mencari sesuatu yang spesifik dan mengikut carian
seperti susunan perkataan tersebut.
Sebagai contoh, jika anda membuat carian, dengan tidak menggunakan pembuka
dan penutup kata, carian anda akan meliputi keseluruhan perkataan tersebut, dan
ianya tidak seperti yang anda inginkan.
Tetapi, jika, anda menaip "Jam Di Dinding Terus Berdetak" dalam tanda petikan,
anda akan menjumpai carian yang di dalam petikan itu sahaja. Ia adalah cara terbaik
untuk mencari lirik lagu, apabila anda hanya mengingati sebaris lirik sahaja.

10. Perkataan Carian Yang Tidak Perlu


Untuk meengeluarkan perkataan yang anda tidak inginkan dari carian anda, hanya
tambah simbol 'tolak' sebelum setiap perkataan. Contohnya, jika anda ingin
mencari buku yang menarik, tetapi tidak ingin membelinya, anda boleh tulis
seperti: interesting books -buy
Jadi, anda sudah boleh untuk mencari maklumat dengan mudah selepas ini, dengan
adanya 10 cara ini. Sudah pasti anda akan tergolong di antara 4% manusia yang
mengetahui cara ini. Jom kita mulakan carian dengan lebih mudah dan sistematik. Siakap Keli

Anda mungkin juga menyukai