Anda di halaman 1dari 2

Task 1: Proaktif

Proaktif merupakan salah satu ciri yang perlu ada dalam usahawan yang
berjaya. Hal ini kerana, ciri ini tergolong dalam salah satu ciri orang yang efektif.
Individu yang proaktif dianggap sebagai individu yang sering aktif dalam melakukan
tugas. Golongan ini tidak akan menunggu arahan daripada ketua untuk memulakan
tugas malah mereka sendiri telah melakukan tugas tersebut tanpa arahan. Individu
yang proaktif ini juga dianggap boleh menangani segala perubahan seperti perubahan
persekitaran semasa. Proaktif juga adalah seorang individu yang sentiasa berusaha
untuk berjaya. Kejayaan itu diperoleh apabila seseorang itu berinisiatif tnggi dan
bertanggunjawab terhadap kehidupannya. Individu ini akan berusaha mencari idea-idea
baharu mengikut keperluan semasa.
Antara usahawan yang mempunyai ciri proaktif ini ialah mendiang Steve Jobs
yang merupakan pengasas Apple Computer Corporation. Beliau dilahirkan di Los Altos,
Amerika Syarikat pada tahun 1955. Beliau merupakan antara orang yang terkaya
sebelum mencapai umur 30 tahun. Beliau mempunyai syarikat sendiri iaitu Apple
Computer Corporation yang mengeluarkan industri pengkomputeran Apple. Beliau juga
berkelulusan dalam Pysics di Reed College dan pernah menerajui NeXT Corporation
yang menawarkan program pendidikan sistem pengkomputeran.
Beliau dianggap sebagai seorang proaktif kerana dapat mengikuti segala
perubahan persekitaran semasa. Sebagai contoh, beliau memperkenalkan model-

model komputer yang mempunyai ciri-ciri yang unik, kreatif dan inovatif seiring dengan
peningkatan sistem teknologi pengkomputeran pada abad ke-21 ini. Selain itu, ciri
proaktif yang ditonjolkan oleh Steve Jobs ini ialah sentiasa mencari idea-idea baharu
beliau telah memperkenalkan telefon pintar iphone yang dianggap sebagai telefon
pintar yang paling digemari penduduk dunia. Pengenalan iPhone ini telah meningkatkan
pendapatan syarikat Apple dengan begitu mendadak. Sehingga kini telefon pintar
IPhone ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan di seluruh dunia
dan telah melancarkan model terbaru pada tahun 2015 iaitu IPhone 6S.