Anda di halaman 1dari 6

IBADAH

Maksud Tawaf
Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan bermula dari sudut Hajaratul Aswad dan berakhir
pada sudut yang sama menurut syarat-syaratnya.

Jenis-jenis Tawaf
Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) disunatkan bagi mereka yang
mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran atau sekadar menziarahi Makkah. Tawaf ini
disunatkan dilakukan setibanya di Makkah dan harus dilewatkan sehingga sebelum
berwukuf.

Tawaf Sunat
disunatkan dilakukan
pada bila-bila masa

Tawaf Nazar mesti


ditunaikan oleh
mereka yang berniat
nazar pada sesuatu
yang dihajati

Lafaz Niat Tawaf:


Ya Allah Aku Hendak Tawaf Baitullah Al Haram Tujuh Keliling
Tawaf. (Yang Berkaitan) Maka Permudah Bagiku Dan
Terimalah Diriku Kerana Allah

Tawaf Wada(Tawaf Selamat Tinggal) wajib


dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan
Makkah lebih dari 2 marhalah (lebih kurang 91
kilometer) dan lebih.

Tawaf Tahallul dilakukan oleh Jemaah haji yang


luput wuquf di Arafah bagi melepaskan dirinya
daripada larangan-larangan ihram. Selepas melakukan
tawaf, diwajibkan mengerjakan saie sekiranya tidak
dilakukan selepas Tawaf Qudum (bagi yang berihram
Haji Ifrad atau Haji Qiran) dan bercukur atau
bergunting.

INFO TAMBAHAN

Syazarwan adalah jubin


yang dibina di bawah dinding
Kaabah.Tingginya lebih kurang
dua kaki dan ianya diletakkan
untuk menandakan saiz asal
Kaabah yang sikurangkan
ketika binaan Quraisy
berbanding binaan Nabi
Ibrahim. Justeru, ia adalah
sebahagian daripada Kaabah.

Tawaf Rukun (Tawaf Ifadhah) mesti dilakukan oleh


jemaah haji setelah masuk waktunya (bermula selepas
separuh malam 10 Zulhijjah), sekiranya tidak dilakukan
sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurna
hajinya

Tawaf Tahiyyat al-Bait disunatkan dilakukan bagi


menghormati Kaabah sewaktu memasuki Masjidil
Haram

Hijr Ismail

pada asalnya

termasuk dalam binaan


Kaabah yang dibina oleh Nabi
Ibrahim. Tetapi ia dikeluarkan
dari Kaabah ketika binaan
Quraisy. Jadi, solat di
dalamnya menyamai solat di
dalam Kaabah.

Hajaratul Aswad adalah


sepotong batu yang berasal
dari syurga. Warna asalnya
adalah lebih putih dari susu.
Dikatakan ia menjadi hitam
kerana luruhnya dosa manusia
yang mengucupnya. Sesiapa
yang ingin mengucupnya
hendaklah meletakkan
mukanya ke atas kepingan itu.

Syarat Sah
Tawaf

Suci dari hadas besar dan


kecil
Menutup aurat
Menjadikan Kaabah disebelah
kiri dan berjalan ke hadapan
Cukup 7 kali pusingan dengan
yakin
Bermula dan berakhir di
sudut Hajaratul Aswad
Mengekalkan Niat tawaf
Dilakukan dalam Masjidil
Haram dan diluar binaan
Kaabah, Hijr Ismail dan
Syazarwan

Istilam Hajratul Aswad dan kemudian mengucup tapak tangan atau isyarat
dengan tapak tangan ke arahnya sambil bertakbir lalu mengucup tapak tangan
tersebut pada setiap permulaan Tawaf

Beridtiba' ( memakai ihram dalam keadaan


bahu kanan dinampakkkan) bagi Tawaf yang
diikuti Sa'ie bagi lelaki sahaja

SUNAT- SUNAT
TAWAF

Mengucup Hajaratul
Aswad pada permulaan
Tawaf

Berjalan kaki

Pusingan Tawaf Asas Kepada Hukum Alam


ORBIT PLANET
Al-Quran jelas menceritakan secara saintifik kepada kita bahawa sistem yang berada di angkasa
lepas bergerak di atas orbit atau landasan masing-masing. Bumi mengelilingi matahari pada arah
Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan juga mengelilingi galaksi
pada arah Tawaf. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain
selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan
Sunnatullah atau pergerakan fitrah.

Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan;
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa
lepas).
[Surah Al-Anbiya 21:33]

PRINSIP TANGAN KANAN


Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik
ini secara tidak langsung mampu menghasilkan
tenaga yang menuju ke atas. Daya besar inilah
yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil
Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada
pusingan tawaf yang kerap di sana berkurun kurun lamanya menghasilkan satu gelombang
tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.
Gambar 1 : Prinsip Tangan Kanan

OLAHRAGA
Atlet olahraga juga berlari pada arah pusingan tawaf atau anti -clockwise kerana
berhubung kait dengan kecepatan masa ketika berlari.

ELEKTRON
Allah telah menciptakan zarah atom yang
hanya mampu dilihat di bawah kanta iaitu
mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing
di atas paksinya sendiri kemudian berpusing
mengelilingi nukleus atom pada arah Tawaf.
Unsur-unsur yang konkrit, cair dan bergas
juga terbina daripada jutaan gabungan zarah
atom dan ini bermakna Hukum Pusingan
Tawaf diaplikasikan hampir ke semua benda
yang ada di alam semesta ini.

SEL TUBUH BADAN MANUSIA


Sel tubuh badan kita contohnya sitoplasma (cytoplasma) yang berada di dalam sel,
beredar mengelilingi nukleus pada arah Tawaf (anticlokwise) juga.

TUMBUH-TUMBUHAN
Jika kita perhatikan ketika pertumbuhan berlaku, pergerakan ini juga mengikut arah
pusingan Tawaf. Tumbuhan menjalar juga meman jat pada arah Tawaf.

Bertapa hebatnya aturan Allah ke atas segala makhluk ciptaanNya di muka bumi
ini yang kita dapat lihat daripada contoh-contoh di atas yang merupakan
sebahagian sahaja dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Jika kita mengkaji dengan
lebih mendalam pastinya tidak akan terhitung oleh kita segala kekuasaan dan
keagungan Allah.

TEKS : Nurul Aina Nazihah Bt Nazmi


(ASASI KEJURUTERAAN)

RUJUKAN
Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji(2006), IBADAT HAJI UMRAH DAN ZIARAH, Lembaga Tabung
Haji : Bahagian Bimbingan Jabatan Haji
N. M. TUAH ISKANDAR al-Haj , UMRAH & ZIARAH
Nur al-Din (1995), al-Hajj Wa al-Umrah Fi al-Fiqh al-Islamiah. t.tp
Sheikh Abdullah Basmeih(2001), TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN KEPADA PENGERTIAN ALQURAN, Kuala Lumpur : Darul Fikir
http://www.thepatriots.my/pergerakan-tawaf-antara-islam-dan-sains-2/

Anda mungkin juga menyukai