Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 2: Penulisan Akademik

Kepemimpinan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama dalam


kalangan pemimpin dan dalam suatu kumpulan. Kepemimpinan juga merupakan
satu proses apabila seorang eksekutif boleh mengarahkan, membimbing dan
mempengaruhi tingkah laku serta kerja orang lain ke arah pencapaian matlamat
spesifik

dalam

satu-satu

keadaan

yang

telah

ditetapkan.

Sebagai

guru,

kepemimpinan penting kerana kepimpinan seorang guru dapat mempengaruhi,


memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku murid, rakan sekerja atau
subordinat untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Guru memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Menurut Nariati Rashid, Boon, Wong (2010), teori tingkah laku
memberikan tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses
kepemimpinan. Seorang guru yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dapat
mempengaruh tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama.
kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan
dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk
berusaha secaraa rela hati bagi mencapai matlamat bersama.
Menurut

teori

tingkah

laku,

tIngkah

laku

seorang

pemimpin

akan

mempengaruhi tingkah laku dan sifat pengikutnya. Oleh itu, amatlah penting bagi
seorang pemimpin untuk memilih gaya pemimpinan yang sesuai dan berkesan.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), pelopor teori tingkah laku telah
mengenalpasti terdapat dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi
orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai
matlamat organisasi dan perhatian dan penekanan terhadap perhunbungan baik
antara pemimpin dengan orang bawahan. Dalam teori tingkah laku, terdapat
pelbagai jenis gaya kepemimpinan. Antaranya ialah gaya kepimpinan autokratik,
gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan laissez-faire.
Bagi pemimpin yang bersifat autokratik, dia akan menentukan semua
matlamat dan dasar mengenai aktiviti termasuk peraturan, prosedur dan teknik.
Pemimpin yang autokratik mementingkan pelaksanaan tugas. Pemimpin autokratik

akan memimpin menggunakan sumber kuasa formal. Hal ini bermakna pemerintah
akan mentadbir dengan kuasa mutlak. Dalam organisasi sekolah, seorang Guru
Besar yang mengamalkan cara autokratik adalah seseorang yang tidak menerima
pandangan sesiapa. Oleh itu, guru atau kakitangan mesti mengakur semua arahan
Guru Besar. Sekiranya guru atau kakitangan menginkari arahan beliau, maka
tindakan atau dendaan akan dikenakan terhadapnya. Walaupun gaya pemimpinan
yang bersifat autokratik ini dapat menggerakkan guru dan kakitangan, tetapi gaya
pemimpinan ini akan memberi tekanan kepada guru dan kakitangan dan
menyebabkan perasaan tidak selesa.
Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan beban guru dan kakitangan
yang berurusan dengan Guru Besar. Bagi guru yang mengamalkan gaya autokratik,
pengajaran dan pembelajaran akan bersifat satu hala, iaitu hanya guru yang akan
memberi arahan dan menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru yang
bersifat autokratik ini akan menjadikan bilik darjah tidak dinamik dan tidak
menyeronokkan. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara
guru dengan murid. Murid yang belajar dalam bilik darjah ini akan berasa kuang
selamat dan berputus asa kerana guru yang berada dalam kategori ini tidak dapat
memenuhi Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif
terhadap pembelajaran dan guru.
Di samping itu, pemimpin yang bersifat Laissez-faire mempunyai gaya
pemimpin yang memberi kebebasan kepada kakitangannya. Gaya pemimpinan ini
memberi ruang kepada individu untuk berfikir lebih kritis dan kreatif. Walaupun
kebebasan telah diberikan kepada kakitangan ataupun murid, tetapi gaya
kepimpinan ini juga memberi kesan buruk iaitu menyebabkan kakitangan atau murid
bertindak sewenangnya.
Selain itu, bagi pemimpin yang bersifat demokratik pula akan bentuk
mengurus, mentabir dan memerintah adalah secara demokratik. Gaya pemimpin
yang bersifat demokratik bermaksud sesuatu perkara akan diputuskan melalui suara
majoriti. Pemimpin jenis ini bersifat lebih terbuka dan boleh menerima pandangan
orang lain. Di sekolah, Guru Besar berkongsi kuasa dengan guru dan guru
berpeluang mengambil bahagian untuk membuat keputusan bersama. Menurut Syed
Ismail dan Ahmad Subki (2012), amalan ini akan meningkatkan iklim persekolahan

yang kondusif dan membangkitkan rasa puas hati orang yang dipimpin. Hal ini
kerana guru atau kakitangan akan mempunyai perasaan kepunyaan dan kekitaan
apabila mereka mereka mengemukaan pandangan dan pandangan tersebut diterima
oleh pemimpinnya.
Pemimpin demokratik juga selalu menggalakkan kesemua kakitangannya
melibatkan diri dalam organisasinya. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan motivasi guru dan kakitangan di sekolah. Pemimpin demokratik juga
berperanan sebagai pembimbing yang baik. Sekiranya organisasi ini menghadapi
masalah, pemimpin akan membincangkan sesuatu masalah dengan kakitangan
bawahan untuk memcapai persetujuan tentang penyelesaian masalah tersebut.
Pemimpin sedar bahawa dia tidak dapat bekerja sendiri dan memerlukan sokongan
kumpulannya.
Dalam kelas, guru yang bersifat demokratik akan berkongsi kuasa dengan
murid dalam pengurusan aktiviti. Hal ini akan mewujudkan interaksi dua hala antara
guru dengan murid. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid
digalakkan untuk mengemukakan pendapat mereka dan soalan mereka kepada
guru. Hal ini secara tidak langsung dapat mengembangkan kreativiti murid dan
meningkatkan penglibatan aktif murid. Maklumat yang disampaikan

dengan

berkesan kerana murid dapat berfikir dengan kritis dan kreatif. Gaya pemimpinan
yang demokratik juga merangkumi strategi berpusatkan murid. Menurut Noriati
Rashid, Boon dan Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad (2012), strategi berpusatkan
murid mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan murid dalam
mengaplikasikan

konsep

sikap

yang

positif,

mewujudkan

motivasi

serta

memperkembangkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan.


Sebenarnya, banyak masalah disiplin berlaku berpunca daripada perebutan
kuasa antara guru dengan murid. Guru mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin
bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Namun, adakalanya tindakan guru
yang terlalu tegas terhadap murid telah memberi kesan yang tidak diingini. Tindakan
guru mungkin telah menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Hal ini
telah menyebabkan murid mula mencabar kewibawaan guru. Contohnya, murid
enggan memberi kerjasama kepada guru, bersikap degil dan melanggar peraturan
yang ditetapkan.

Teori tingkah laku ini juga dapat diaplikasikan dalam hubungan antara guru
dengan kakitangan sokongan sekolah. Dalam urusan pentadbiran pendidikan,
peranan kepimpinan adalah sangat penting. Pemimpin merupakan orang yang
mempunyai keupayaan serta kebijaksanaan sebagai seorang ketua dalam
menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Oleh itu, kuasa yang
ada pada seseorang pemimpin untuk mempengaruhi dan menggerakkan anggota
kumpulannya untuk mencapai matlamat.
Selain

itu,

seorang

pemimpin

perlu

mempunyai

pengetahuan

dan

pengalaman yang tinggi dalam pendidikan dan pengurusan. Contohnya, seorang


pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang
murid dan masyarakat, sifat dan masalah tingkah laku murid dan kakitangan,
kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi,
perkembangan politik semasa dan sebagainya. Sekiranya seorang pemimpin dalam
sesebuah sekolah tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap dalam bidang
tertentu, maka pengikutnya juga akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan
kepimpinannya.

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH


Seorang

pemimpin

harus

berusaha

untuk

meningkatkan

prestasi

organisasinya ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai seorang guru, adalah penting
untuk memiliki unsur-unsur kepimpinan supaya dapat membentuk budaya yang
cemerlang dalam sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah dapat ditentukan oleh faktor
pengurusan yang efesien. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga
kokurikullum adalah bergantung pada tonggak kepimpinan dan kebolehan
seseorang pentadbir.
Bagi mewujudkan budaya sekolah cemerlang, guru harus mempunyai
sosialisasi yang baik dengan rakan sekerja dan murid. Guru harus mempunyai
hubungan yang baik dengan guru lain supaya hubungan koloboratif antara guru
dapat diwujudkan. Hubungan yang baik antara guru dapat mewujudkan suasana
yang harmoni di sekolah. Hal ini dapat meningkatkan prestasi kerja antara guru

kerana guru telah bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan satu aktiviti
dan membimbing murid.
Selain itu, guru boleh mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan mengurus
bilik darjah dengan berkesan. Yang pertama sekali, guru harus membina hubungan
dengan murid agar murid mempunyai kepercayaan terhadap guru. Guru harus
memahami kehendak murid masing-masing dan mempunyai kemahiran untuk
berkomunikasi dengan murid dengan baik. Dengan ini, kerjasama antara guru
dengan murid dapat diwujudkan. Kerjasama memerlukan kesefahaman antara
kedua-dua pihak. Kerjasama antara guru dengan murid akan mengeratkan
hubungan antara kedua-dua pihak. Oleh itu, guru boleh merancang dengan
berkesan

dan

memasukkan

elemen

bekerjasama

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Guru harus sentiasa menggalakkan murid agar bekerjasama antara


satu sama lain untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Di samping itu, guru juga harus bersikap adil terhadap murid dan rakan
sekerja. Guru harus mengelakkan diri daripada bersangka buruk dan memilih kasih
serta elakkan daripada menyalahkan murid semasa membuat kesalahan. Dalam hal
ini, guru harus bersifat empati terhadap muridnya dan mengetahui faktor murid
bertindak demikian. Guru boleh membuat perancangan disiplin secara bertulis dan
formal dan menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat
daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang
diingini daripada murid. Menurut Abdullah Sani Yahaya (2006), disiplin bukan suatu
sekatan tetapi suatu cara teratur dalam melaksanakan warisan budaya bangsa yang
dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini.

Guru yang demokratik

mempunyai imej yang tidak garang, tidak kasar dan tidak terlampau tegas. Pada
masa yang sama, mereka akan bersikap adil terhadap semua murid.
Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk memberi pengiktirafan kepada
murid oleh guru. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamaar (2014), pengiktirafan
perlu digunakan selalu untuk meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid.
Perhatian khusus akan diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku
yang diingini. Dengan memberi pengiktirafan kepada murid, murid akan berasa
kepunyaan dalam bilik darjah. Dengan memberi pengiktirafan kepada murid juga,
perasaan dihormati juga akan dirasai oleh murid. Hubungan antara guru dan murid

harus dibina atas dasar mempercayai dan menghormati untuk menghasilkan satu
persekitaran yang kondusif.
Guru juga harus peka dengan emosi dan personaliti murid-muridnya supaya
dapat mengenali murid dengan lebih mendalam. Hal ini membolehkan guru untuk
memilih strategi dan pendekatan untuk mengurus, merancang dan melaksanakan
aktiviti dalam bilik darjah. Sekiranya guru dapat mengesan masalah yang dihadapi
oleh murid, guru boleh mencara altenatif untuk membantu murid mengatasi masalah
mereka. Setiap murid adalah unik dan mempunyai keistimewaan dan kebolehan
sendiri. Guru harus berusaha untuk mengenali anak muridnya murid akan berasa
bahawa guru mereka mengambil berat tentang mereka. Guru juga harus sedar
bahawa setiap murid mempunyai hak untuk belajar dan mencapai kejayaan.
Guru juga harus mempunyai kesedaran diri untuk sentiasa melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan dan sikap sebagai seorang pemimpin. Hal ini kerana
seorang pemimpin yang mempunyai imej yang baik dapat menjadi role model yang
boleh dicontohi oleh orang lain. Segala tingkah laku yang dlakukan oleh guru akan
diperhatikan oleh murid. Oleh itu, guru haruslah menunjukkan contoh yang terbaik
kepada murid. Contohnya, cara berkomunikasi dengan betul, cara untuk mengikut
peraturan dan juga cara melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran.
Guru juga harus dihormati oleh orang ramai supaya semua orang dapat mengakur
terhadapnya.
Seterusnya, guru juga harus sentiasa bersedia untuk belajar daripada
pemimpin yang lebih berpengalaman dan mempunyai ilmu yang banyak. Melalui
latihan dan pengalaman, bakal pemimpin juga akan belajar untuk membuat
keputusan, mendengar pendapat orang lain dan berupaya untuk menilai sesuatu
situasi untuk membuat keputusan. Dengan belajar dengan pemimpin lain, guru
dapat bersikap lebih professional, kaya dengan ilmu, bermoral teguh dan bertindak
atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Kesimpulannya, guru harus mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan
memainkan peranan masing-masing untuk membentuk budaya yang cemerlang
dalam sekolah.

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Asliza Musa. (2014, Januari 26). Guru paksa murid makan rumput. Utusan online.
Retrieved from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140126/dn_05/Guru-paksamurid-makan-rumput
Haliza Hamzah dan Joy Nesamaar. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah
laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati Rashid, Boon P.Y. dan Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad (2012)
Nariati Rashid, Boon,P.Y., Wong K.W. (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan
professional guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Noriati Rashid, Lee,K.C., Zulkifli Muhayudin, Zakiah Noordin. (2012). Falsafah dan
pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Syed Ismail dan Ahmad Subki. (2012). Asas kepimpinan dan perkembangan
professional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Tan, A.M., (2010). Panduan kerja kursus ilmu pendidikan:idea,contoh dan aplikasi
teori. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai