Anda di halaman 1dari 2

Panduan Menulis Laporan

Langkah dalam proses kajian terakhir sebelum hasil kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah
penulisan pelaporan. Melalui proses pelaporan, anda akan dapat mengemukakan pengetahuan
yang diperoleh daripada kajian. Maklum balas dan komen-komen mengenai dapatan kajian
membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan. Walaupun terdapat beberapa cara atau gaya
penyampaian dan penulisan laporan, format penulisan pelaporan yang dicadangkan di sini adalah
umum dan boleh digunakan sebagai rujukan. Sebagai pengkaji, anda juga digalakkan mengkaji
cara dan gaya penulisan laporan kajian kes yang lain untuk memperdalami pengetahuan dan
kemahiran menulis laporan penyelidika. Berikut adalah secara umum panduan untuk penulisan
laporan anda:
1. Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
Pada muka surat pertama laporan, tuliskan tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan
tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.
2. Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan
tersebut.
3. Abstrak
Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.
4. Halaman kandungan
Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk yang berkenaan.
5. Latar belakang kajian
Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan, refleksi pengajaran, dan
pembelajaran lalu.
6. Pernyataan masalah / isu keprihatinan / fokus kajian
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji berserta sokongan daripada kenyataan-kenyataan,
penulisan, data, dan sebagainya.
7. Objektif kajian / tujuan kajian
Tinjauan dijalankan terhadap bahan-bahan kajian
8. Metadologi kajian
Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian, dan jenis penganalisisan
data.
9. Perancangan
Huraikan perancangan yang anda ingin laksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk
kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti, dan sebagainya. Perancangan anda perlu bersesuaian

dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.


10. Pelaksanaan perancangan
Huraikan cara anda melaksanakan perancangan anda serta kekangan yang dihadapi dalam
perancangan tersebut.
11. Dapatan kajian
Huraikan dan bincangkan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dilaksanakan.
12. Refleksi
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklum balas yang diterima daripada
proses renungan ini.
13. Kesimpulan dan cadangan
Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan seterusnya.
14. Rujukan
Nyatakan segala rujukan yang telah anda gunakan.
15. Lampiran
Sertakan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebenar sebagai lampiran. Contohnya soal
selidik, soalan temu ramah dan lain-lain.