Anda di halaman 1dari 11

Komputer merupakan satu mesin yang menerima data (input) dan kemudiannya memprosesnya

menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan
atau dikeluarkan melalui printer dan lain-lain (output).
KompuKomputer merupakan satu mesin yang menerima data (input) dan kemudiannya
memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan
masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dan lain-lain (output).
Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana
luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam
mendefinasikan termininologi komputer.
Generasi Pertama-Tiub Hampagas
( 1942 - 1958 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat
mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat
kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Generasi Kedua-Transistor
(1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk
memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk
dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti
FORTRAN dan COBOL.

Generasi Ketiga-Litar Elektrik


(1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang
diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru
perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
Generasi Keempat
(1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan SkalaBesar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh
dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD
ROM ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Generasi Kelima
( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan
kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.

2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas
diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.ter
sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya
bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan
termininologi komputer.

Generasi Pertama-Tiub Hampagas


( 1942 - 1958 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat
mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat
kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

Generasi Kedua-Transistor

(1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk

memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.


4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk
dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti
FORTRAN dan COBOL.

Generasi Ketiga-Litar Elektrik


(1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang
diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru
perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Generasi Keempat
(1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan SkalaBesar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh
dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD
ROM ).
5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

Generasi Kelima
( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan
kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas
diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.

sejarah.jpg (12557 bytes)

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:


a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu


hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih
besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini
mewujudkansistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan
tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam
perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat
menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan


abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab
bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada
beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batubatu itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat
dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak,
darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier
diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan
menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642.
Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah
banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian.
Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'.


Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma
secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang
dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh
menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan
seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana
dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai
kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa
tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the
analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan
projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea
Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari
ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang
dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri
tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801.
Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas.
Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor
binari dalam pemprosesan data.

Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat


input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk
membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk
kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan
dan sistem akuan kereta.

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal


dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan
sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian
wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti
elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di
samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan
terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

Selepas tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya.


Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini
adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan
memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima


generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

Generasi Pertama (1940 - 1959)


Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum
untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti
mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub
vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan
operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang
banyak sehingga
kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan
sekelilingnya.

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli


sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat.
Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) .
Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator
And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer


menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan
(stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini
juga
menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas
pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC


(Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan
penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC.
EDVAC
menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.

Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator)


memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan
ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia
masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge,
England.

Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I


(Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk
memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk
storan. UNIVAC I
digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas
kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan
perniagaan muncul selepasnya.

Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan
diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan
murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah
terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga
diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus
yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama
komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan
tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa


peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang
lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua


terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada
kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada
tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam
generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor
kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke
dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala
besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih
dikenali dengan panggilan cip.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip
yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan
harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam


generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II,
IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua
peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan
kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi
komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1.


Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam
di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan
BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia
lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya.
Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar
(very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih
pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar
sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju
ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga
mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas
komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding
kerangka utama.

Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum
wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer
generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit
pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas
dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar


supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks.
Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak
manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri,
mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu
keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai
"artificial intelligence".

Anda mungkin juga menyukai