Anda di halaman 1dari 1

Objektif di sebalik penurunan atau penetapan syariah dapat dilihat sendiri mener

usi dua sumber utama kepada umat Islam iaitu al-Quran dan hadis.
Ia bertitik-tolak dari firman Allah SWT yang menjelaskan motif kebangkitan junju
ngan besar Nabi Muhammad SAW melalui firman-Nya: Dan tidak Kami utuskanmu (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya': 107)
.
Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkataan 'rahmat' itu bermaksud kebaikan, kem
aslahatan dan keharmonian.
Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan k
epentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah.
Maqasid syariah juga dapat dijejaki menerusi ayat-ayat al-Quran. Kita akan menda
pati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan
penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang mel
aksanakannya. Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan.
Biasanya, ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang a
kan menimpa mereka yang melakukannya.
Sebagai contoh, dalam persoalan solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari
pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat
dan penderhakaan kepada Allah SWT dalam kehidupan mereka.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya solat itu boleh mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar. (al-Ankabut: 45)
Demikian juga dalam persoalan puasa, Allah SWT menjelaskan objektif pensyariatan
nya kepada umat Nabi Muhammad dan umat nabi-nabi yang terdahulu adalah untuk mem
bentuk jiwa yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpua
sa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu (se
ntiasa) bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Begitu juga dari sudut undang-undang, Islam menjelaskan objektif di sebalik pens
yariatan qisas terhadap mereka yang melakukan pembunuhan secara sengaja. Firman
Allah SWT: Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) kehidupan bagi kamu. (
al-Baqarah: 179)
Dari sudut ekonomi pula, Islam sangat menggalakkan supaya umat Islam membudayaka
n derma, sedekah, hibah, wakaf dan sebagainya untuk berkongsi nikmat harta yang
telah Allah SWT kurniakan kepada mereka.
Harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak berkemampuan untuk me
mbina hidup mereka. Bahkan, Allah SWT mewajibkan umat Islam yang telah cukup sya
rat-syaratnya untuk membayar zakat kepada asnaf-asnaf.
Objektif pensyariatannya dinyatakan dalam firman Allah SWT: ..... Supaya harta i
tu jangan beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu. (al-Hasyr:
7)

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0203&pub=Utusa


n_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz4PDfX2uM4
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai