Anda di halaman 1dari 6

PENSEJARAHAN INDIA PADA ZAMAN MODEN

Ketika pensejarahan Islam mula berkembang di India dan mengalami revolusi, pengajian
sejarah di Eropah sudah berkembang dengan pesat dan muncul sebagai satu disiplin ilmu yang
tinggi yang bersifat autonomi.1 Pensejarahan india pada zaman moden terbahagi kepada dua
zaman iaitu pensejarahan pada zaman penjajahan dan pensejarahan selepas penjajahan. Semasa
zaman penjajahan, bidang pensejarahan India telah didominasikan oleh bangsa Eropah kerana
mereka lebih berkuasa di India. Antara Negara barat yang pernah menjajah India ialah Belanda,
Francis, British dan sebagainya.2 pensejarahan zaman penjajahan di India bermula sekitar tahun
1825.

Pensejarahan pada masa ini telah meninggalkan unsur-unsur yang melibatkan

mitos,lagenda kepercayaan karut dan penulisan sejarah yang bersifat mengagung-agungkan


seseorang raja seperti yang banyak berlaku dalam pensejarahan zaman awal dan selepas
kedatangan Islam. Pemilihan sumber amat penting untuk mempengaruhi pandangan
penyeluruhan serta tafsiran terhadap sesuatu kajian.3 Ini kerana,karya pada zaman ini amat
mementingkan ketepatan isi, fakta, atau sumber yang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh sikap
prejudis atau sumber.
Pensejarahan di India pada zaman penjajahan telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Sekiranya dikaji dengan teliti, pengaruh agama dalam pensejarahan India pada zaman ini adalah
1 Arbaiyah Mohd Noor.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka,.2002.hlm.223.
2 Azharudin Mohd Dali,Tamadun India,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pusaka,2004.hlm.17.
3 Ishak Saat,Ilmu Sejarah,Antara Tradisional Dan Moden.Karisma Publication,Shah
Alam,2007. hlm. 38.
1

amat kurang berbanding dengan pensejarahan pada zaman awal. Pensejarahan India pada zaman
ini lebih banyak dipengaruhi oleh faktor luaran separti pengaruh kuasa barat dan pengaruh
penulisan pada zaman klasik.
Pengaruh agama dalam pensejarahan semasa zaman penjajahan adalah amat kurang
ataupun semakin berkurangan. Pengaruh atau unsur-unsur agama ini dapat dilihat melalui karyakarya yang dihasilkan oleh sejarawan barat.

Antaranya karya sejarawan eropah yang

mengandungi unsur agama ialah Hukum Manu yang telah diterbitkan oleh Sir W.Jones. Hukum
Manu merupakan karya klasik India yang telah diterjemah dari bahasa Sanskrit kepada bahasa
inggeris. Karya ini telah diterjemah oleh Charles Wilkins dan dibantu oleh Sir W.Jones. 4 Dalam
Hukum Manu tersebut,terdapat hukum Hindu yang setanding dengan cerita mitos. Dalam karya
beliau ini juga, ia mengandungi dasar perundangan Hindu yang dimulai dengan sebuah Theogoni
yang berbeza dengan mitologis bangsa lain.Hukum Manu ini juga dikatakan menyimpang
daripada tradisi Hindu. Walau bagaimanapun,Hukum Manu yang diterbitkan oleh Sir W. Jones
ini tetap mengandungi moral. Selain itu,terdapat karya lain yang dihasilkan oleh Sir W. Jones
mengandungi unsur-unsur agama iaitu karyanya yang berjudul Object Of Enquiry During My
Residerce in Asia. Dalam karya ini,ia mengandungi hokum-hukum Hindu dan Islam.Karya ini
dihasilkan oleh Jones melalui kajian peribadinya deagan cara mengumpul,menghimpun,dan
menjinakkan timur.5 Hal ini memmbuktikan bahawa pengaruh agama dalam penulisan sejarah
pada zaman penjajahan masih ada walaupun hanya sedikit dan tidak mempengaruhi secara
langsung dalam penulisan sejarah India oleh sejarawan barat.

4 Edward W.Said,Oreientalisme,Bandung:Penerbit Pustaka 2001.hlm.103.


5 G.W.F.Hegel,Filsafat Sejarah,Yogjakarta:Pustaka Pelajar 2001.hlm.210 dan 219.
2

Pengaruh luaran merupakan pengaruh yang sangat besar dalam penulisan sejarah India
pada zaman penjajahan. Corak pemikiran orang-orang barat terhadap negara India pada zaman
penjajahan telah mempengaruhi pensejarahan India oleh sejarawan Eropah khususnya British.
Pada zaman ini, para sejarawan Eropah menulis sejarah India mengikut acuan pemikiran mereka
sendiri. Walau bagaimanapun,corak pendekatan sejarawan Eropah pada masa ini terlalu
menumpukan kepada keagungan British di India sehinggakan mereka mendakwa kemajuan di
India adalah berpunca daripada pemerintahan British di India bukan disebabkan rakyat tempatan.
Antara tokoh penulisan pada zaman ini ialah James Tod, Mountstuart Elphinstone,James Mill
dan banyak lagi.6 Dalam karya James Mill A History Of British India pada tahun 1818,beliau
telah menyatakan keraguan India mempunyai ketamadunan sebelum penjajahan British. Ini
kerana Mill berpendapat bahawa pemerintahan, pentadbiran, dan institusi undang-undang India
tidak mematuhi konsep ketamadunan yang sebenar.Mill berpendapat bahawa orang Eropah pada
zaman feudal adalah sangat agung bagi masyarakat India.7 Manakala, dalam karya Mountstuart
Elphinstone Histort Of India tahun 1814, beliau menyatakan bahawa segala urusan
perdagangan di India bukan diusahakan oleh masyarakat tempatan.Dalam hal ini, beliau
mengatakan segala urusan perdagangan itu telah diusahakan oleh orang Greek dan Arab.8
Kuasa autonomi yang di miliki oleh orang barat juga telah mendorong dalam
pensejarahan India semasa zaman penjajaan British. Semasa zaman penjajahan,kuasa Eropah
bukan sahaja menguasai ekonomi,politik dan sosial tetapi juga dalam bidang pensejarahan di
6 Arbayiah Mohd Noor,Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Puataka,2002.hlm.223.
7 Ibid,hlm.224.
8 Ibid.
3

India. Hal ini menyebabkan sejarawan Eropah bangkit untuk menghasilkan karya mereka
berdasarkan pemikiran mereka masaing-masing. Antara sejarawan yang muncul pada zaman ini
ialah James Mill, Sir Mountstuart Elphinstone, James Tod, Vincent Arthur Smith dan banyak
lagi. Pada zaman ini, orang-orang Eropah telah menjadikan penulisan sejarah sebagai tempat
untuk menunjukkan kekuasaan mereka di India. Di samping itu, penulisan sejarah pada zaman
ini juga telah dijadikan oleh sejarawan Eropah sebagai tempat untuk mermasukkan kritikan
mereka terhadap masyarakat India. Contohnya, karya yang dihasilkan oleh James Mill dan
Mountstuart Elphinstone telah menyatakan kritikan mereka terhadap masyarakat

India.

Sejarawan ini juga telah menyifatkan masyarakat Eropah sebagai masyarakat kelas pertama dan
masyarakat India adalah masyarakat kelas kedua.
Selain itu,terdapat juga pengaruh penulisan karya zaman klasik dalam pensejarahan India
pada zaman penjajahan. Pada zaman ini, banyak karya India klasik telah diterjemahkan oleh
sejarawan Eropah dalam bahasa mereka. Contahnya karya Hukum Manu yang diterjemahkan
oleh Charles Wilkins dari bahasa Sanskrit kepada bahasa inggeris. Beliau merupakan orang
pertama yang mahir dalam bahasa Sanskrit. Beliau telah dibantu oleh Jones untuk
menterjemahkan Hukum Manu tersebut.9 Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengubahsuaian
yang dilakukan oleh mereka dalam isi kandungan karya yang diterjemahkan.
Semangat nasionalisme juga merupakan faktor yang mendorong dalam pensejarahan di India
pada zaman moden. Tujuan utama penulisan sejarah pada masa ini ialah untuk meningkatkan
semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Antara tokoh nasionalisme yang
menghasilkan karya pada masa ini ialah Mahatma Ghandi. Nama sebenar beliau ialah Mohandas
Karamchand Ghandi. Pada tahun 1908, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk Hind
9 Edward W. Said,Orientalisme,Bandung:Dewan Bahasa dan Pustaka,2001.hlm.103.
4

Swaraj yang membawa maksud kebebasan India. Dalam karya ini,ia mengandungi satu
kritikan yang sangat hebat bukan sahaja ditujukan kepada British tetapi juga tamadun
perindustrian moden dari masyarakat di barat secara keseluruhannya. Selain itu,untuk
meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan,Mahatma Ghandi
juga telah menghasilkan karya yang bertajuk satyagraha. Penulisa karya ini adalah hasil
daripada suntikan peristiwa yang berlaku di Johannesburg. Dalam karya ini, ia mengisahkan
tentang perjuangan beliau di Afrika Selatan.
Pengaruh intelektual turut mempengaruhi penulisan sejarah India oleh masyarakat
tempatan. Pendidikan yang tinggi serta pengetaahuan yang luas telah membuka minda beberapa
sejarawan tempatan untuk menghasilkan karya-karya sejarah di India. Antara tokoh intelektual
tempatan yang menulis pensejarahan India pada zaman moden ialah Romesh Chandra Dutt.
Beliau merupakan sejrawan tempatan yang mmpunyai corak pemikiran liberal. Beliau telah
menulis sejarah tentang pada tahun 1874 sehingga 1880. Ronesh Chandra Dutt telah
menghasilkan 4 buah novel sejarah. Salah satunya ialahRing Veda yang kemudiannya di
terjemah ke dalam bahasa banggali. Selaian itu,Dutt juga telah menerbitkan A History Of
Cilisation In Ancient india dalam 3 edisi. Romesh Chandra Dutt turut menghasilkan 2 karya
sosial iaitu Sangar (1886) dan Samaj (1894)yang mengisahkan tentang perkahwinan semula balu
da perkahwinan antara Kasta yang berbeza. 10 Dr. Surendra Nath Sen juga merupakan sejarawan
moden dan di lahirkan daripada kelas pertengahan. Dr surendra Nath Sen lahir pada tahun 1890

10 S. P. Sen,HistoriansAnd Historiography In Modern India,Institute Of


Historical,1993. hlm. 332.
5

dan lulus ujian kemasukkan university Calcutta pada tahun 1906 da 1908. 11 Antara karya beliau
ialah Adiministrative History Of The Marathas dan juga Military System Of The Marathas.
Implikasi daripada sikap bangsa-bangsa Eropah yag memandang rendah terhadap sejarah
India telah melahirkan kesedaran di kalangan intelektual tempatan India. Hal ini kerana mereka
mula sedar bahawa mereka perlu mengubah semula sejarah yang telah ditulis oleh sejarawan
Eropah. Oleh itu, masyarakat tempatan cuba menulis semula sejarah India dalam bahasa inggeris
dan bahasa mereka sendiri. Teknik dan kaedah moden dalam penulisan sejarah telah digunakan. 12
Sejarawan tempatan juga telah memperbetulkan semula kesilapan fakta yang diberi oleh
sejarawan Eropah. Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pensejarahan India pada zaman moden
juga di pengaruhi oleh sikap pihak British Terhadap sejarah India.

11 Ibid.hlm352.
12 Arbaiyah Mohd Noor,Ilmu Sejarah dan Pensejarahan,Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka,2002.hlm.224.
6

Anda mungkin juga menyukai