Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(60 markah)
Jawab semua soalan.
1.

Sebagai pegawai kerajaan, guru tertakluk kepada Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Guru perlu memohon
kelulusan untuk melakukan kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan
kepada guru jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturanperaturan yang ditetapkan.
a

Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh guru jika


mereka ingin melakukan kerja sambilan.
[5 markah]

Jelaskan implikasi kerja sambilan terhadap tugas hakiki seorang

guru.
[10 markah]
2.

3.

4.

Penggunaan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


pedagogi abad ke-21 sangat penting dan meluas penggunaannya.
Penerapan kemahiran ini mampu melonjakkan kualiti pendidikan di
Malaysia.
a

Kemukakan elemen-elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi


yang perlu dikuasai guru.
[5 markah]

Jelaskan bagaimana seorang guru permulaan boleh meningkatkan


kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Guru Besar merupakan tonggak utama dalam menentukan kecemerlangan


sesebuah sekolah. Menerusi kepemimpinan beliau, organisasi sekolah
dapat digerakkan secara berkesan.
a

Terangkan jenis-jenis gaya kepimpinan Guru Besar yang berkesan.


[5 markah]

Analisis tret personaliti pemimpin berkarisma dalam kalangan guru.


[10 markah]

Kepelbagaian peranan yang dimainkan oleh seorang guru sekolah rendah


mampu menyediakan murid hari ini untuk dunia hari esok.
a

Nyatakan ciri-ciri guru yang berkompetensi global.


[5 markah]

Bincangkan sebab mengapa


menguasai kemahiran terkini.

guru

perlu

meneroka

ilmu

dan

[10 markah]

BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab dua soalan.
1.

Cikgu Rosnah sering menceritakan hal peribadinya kepada murid-murid


sehingga banyak topik pengajaran yang tertinggal. Hal ini menyebabkan
timbul perasaan tidak selesa dalam kalangan murid. Bertindak atas aduan
murid guru besar mendapati Cikgu Rosnah telah menyalahi kod etika
perguruan.

Berdasarkan situasi di atas, nilaikan akauntabiliti Cikgu Rosnah sebagai


seorang guru.
[ 20 markah ]
2.

Dalam era globalisasi peranan guru semakin mencabar dan kompleks.


Pada peringkat sekolah rendah, penyediaan modal insan mengikut acuan
negara merupakan keutamaan guru yang tidak boleh dianggap remeh.
Berikan justifikasi bagaimana seorang guru dapat memenuhi fungsi guru
sebagai penyampai ilmu dalam konteks pembinaan negara bangsa.
[ 20 markah ]

3.

Kajian tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan sebagai pendekatan


untuk meningkatkan amalan dan profesionalisme guru.
Perincikan implikasi kajian tindakan terhadap seseorang guru.
[ 20 markah ]

1.

BAHAGIAN A
( 60 markah )
Sebagai pegawai kerajaan, guru tertakluk kepada Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Guru perlu memohon
kelulusan untuk melakukan kerja sambiian. Kelulusan hanya akan diberikan
kepada guru jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturanperaturan yang ditetapkan.
a

Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh guru jika


mereka ingin melakukan kerja sambilan.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Kaum pendidik tergolong sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dan
merupakan sebahagian daripada pegawai kerajaan. Maka mereka wajib
mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Keiakuan dan Tatatertib)
1993. Oleh itu mereka tidak dibenarkan melakukan kerja sambilan pada
waktu pejabat. Mereka hendaklah memberi tumpuan kepada kerja hakiki
yang ditetapkan
Hujah-hujah lain:

Tidak menjejaskan kebergm^an pegawa1 itu sebagai seorang


pegawai perkhidmatan awam.
Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.
Jumiah = 5 markah

Jelaskan implikasi kerja sambilan terhadap tugas hakiki seorang

guru.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Guru tidak fokus terhadap tugas hakikinya. Masa guru banyak dihabiskan
dengan memberi tumpuan kepada kerja sambilan yang oeliau laksanakan.
Misalnya jika guru itu melaksanakan perniagaan online, beliau akan
menghabiskan masa menguruskan perniagaan dalam talian pada waktu
persekolahan dan mengabaikan tugas-tugas lain seperti memeriksa buku
latihan murid, membimbing murid lemah dan sebagainya.

Hujah-hujah lain:
*

Tidak membuat perancangan masuk ke kelas. Pengajaran dan


pembelajaran yang dilaksanakan sekadar memenuhi jadual dan
dilaksanakan secara sambil lewa.
Kerap mengambil cuti (seperti cuti sakit, cuti rehat dan sebagainya).
Kurang gembira dengan kerjaya keguruan.
Menolak tugasan dan tanggungjawab pengurusan yang diberikan.
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

2.

Penggunaan kemahiran Teknoloo1 Maklumat dan Komunikasi aalam


pedagogi abad ke-21 sangat penting dan meluas penggunaannya.
Penerapan kemahiran ini mampu meloniakkan kualiti pendidikan di
Malaysia.
a

Kemukakan elemen-elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi


yang perlu dikuasai guru.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut. namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti MS Word, MS
Power Point, MS Excel dan sebagainya. Guru seharusnya menguasai
kemahiran ini untuk memudahkannya melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dan melaksanakan tugas-tugas harian
hujah-hujah lain:

Kemahiran mengakses maklumat melalui laman sesawang.


Kemahiran menggunakan perisian-perisian pendidikan seperti Frog
(VLE) dan sebagainya.
Kemahiran menggunakan aplikasi rangkaian sosial seperti Facebook.
WeChat, Whatsapp dan sebagainya.
Kemahiran menggunakan aplikasi pengurusan kelas dalam talian
seperti aplikasi Edmodo, Schoology dan sebagainya.
Jumlah = 5 markah

b.

Jelaskan bagaimana seorang guru permulaan bol eh meningkatkan


kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.

Contoh hujah:
Guru permulaan boleh mengikuti kursus-kursus jangka pendek atau jangka
panjang berkaitan dengan kemahiran penggunaan TMK daiam pengajaran
dan pembelajaran. Kursus-kursus ini sama ada yang dianiurkan oleh KPM.
JPN, DPD atau agensi-agensi luar yang iain. Dengan ini guru akan dapat
meningkatkan kemahirann mereka dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran daiam bilik darjah
Hujah-hujah lain:

Guru kerap menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


daiam pengajaran dan pembelajaran.
Guru kerap menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam tugas-tugas harian.
Mengadakan kolaborasi dengan guru-guru yang berpengaiaman
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

3.

Guru Besar merupakan tonggak utama dalam menentukan kecemerlangan


sesebuah sekolah. Menerusi kepemimpinan beliau, organisasi sekolah
dapat digerakKan secara berkesan.
a
Terangkan
berkesan.

jenis-jenis

gaya

kepemimpinan

Guru

Besar

yang

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Kepemimpinan semula jadi. Dalam mana-mana bentuk kumpulan manusia,
akan muncul seorang yang berpengaruh untuk mengetuainya, walaupun
beliau bukannya dilantik secara formal. Seringkali, anggota kumpulan yang
tertua, paling berpengalaman, serta mempunyai kemahiran interpersonal
yang tinggi akan semula jadi dianggap dan diterima oleh ahli-ahli
kumpulan sebagai ketua mereka. Dalam konteks sekolah guru besar
biasanya akan terdiri dalam kalangan guru yang senior dan
berpengaiaman.

Hujah-hujah lain:
Kepemimpinan
berkarisma.
Pemimpin
berkarisma
mempamerkan
kemampuannya untuk menyelesaikan masalah atau mengharungi sesuatu
krisis dengan berjaya.
Kepemimpinan birokratik. Kepemimpinan birokratik amat berstruktur dan
berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah
ditetapkan dalam sesebuah organisasi.

Kepemimpinan teragin. Kepemimpinan teragih dianggap sebagai gaya


kepemimpinan yang paling sesuai untuk organisasi sekolah dan institusi
pendidikan di mana sebilangan besar ahli-ahli terdiri daripada golongan
profesional.
Jumlah = 5 markah
b
Analisis tret personaliti kepemimpinan berkarisma dalam kalangan
guru.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
peniiaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah
Pemimpin berkarisma dalam kalangan guru ialah mereka yang
mempamerkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah atau
mengharungi sesuatu krisis yang berlaku di sekolahnya dengan berjaya.
Hujah-hujah lain:

Pemimpin berkarisma dalam kalangan guru ialah mereka


berorientasikan pencapaian. Pencapaian cemerlang dalam kurikulum
dan kokurikulum rnenjadi fokus utama pemimpin yang berkarisma..

Pemimpin berkarisma dalam kalangan guru ialah mereka yang amat


sanggup berkorban dan bekerja untuk kecermerlangan orang-orang
di bawahnya. Beliau sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa
mengharapkan ganjaran kewangan.
Jumiah = 10 markah
nJumlah keseluruhan = 15 markah

4.

Kepelbagaian peranan yang dimainkan oleh seorang guru sekolah rendah


mampu menyediakan murid hari ini untuk dunia hari esok.
a

Nyatakan ciri-ciri guru yang berkompetensi global.

Rujuk Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
peniiaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Sentiasa berfikiran terbuka dan boleh menerima pandangan orang iain.
Guru yang berkompetensi global seharusnya tidak berfikiran sempit dan
sedia menerima kritikan dan teguran.

Hujah-hujah lain:
*
Perlu berwawasan dalam menentukan masa depan dirinya dan anak
muridnya
*
Mengamalkan Pembeiajaran Sepanjang Hayat untuk meningkat ilmu
dan kemahiran

Bersedia menerima perubahan-perubahan yang berlaku daiam dunia


pendidikan
Global
Berfikiran kreatif dan inovaiif dalam melaksanakan pengajaran dan
pembeiajaran
Jumlah = 5 markah
b

Bincangkan sebab mengapa guru perlu meneroka ilmu dan


menguasai kemahiran terkini.

Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan


Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh hujah:

Meningkatkan penguasaan ilmu dan pengetahuan isi kandungan


pelajaran Guru perlu menguasai ilmu dan kemahiran bagi memenuhi
keperiuan pendidikan masa depan. Pendidikan berdasarkan buku
teks sahaja tidak memadai memandangkan perkembangan
maklumat dan pengetahuan baharu sentiasa berlaku. Pembacaan
bahan-bahan ilmiah luar adalah penting supaya pengetahuan guru
sentiasa kemaskini dalam bidang ilmu khususnya dalam bidang
pengkhususan beliau.

Hujah-hujah lain:

Mengambil berat tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan


kemahiran yang terkini supaya dapat menyediakan pengalaman
pembelajaran murid secara bermakna.

Guru perlu mengamalkan sikap ingin 'belajar untuk mengajar

Menjadi pelajar sepanjang hayat seiring dengan perkembangan ilmu


pengetanuan bersifat global dan berubah.

Guru memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan bukan sahaja


kepada diri sendiri,
tetapi juga kepada diri murid-murid semasa berada di dalam bilik
darjan, di persekitaran sekolah, mahupun di luar sekolah.
Jumiah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

BAHAGiAN B
( 40 markah )
Jawab dua soalan.
1.

Cikgu Rosnah sering menceritakan hal peribadinya kepada murid-murid


sehingga banyak topik pengajaran yang tertinggal. Ha! ini menyebabkar
timbu! perasaan tidak selesa dalam kaiangan murid. Bertindak atas aduan
murid guru besar mendapati Cikgu Rosnah teiah menyalahi kod etika
perguruan
Berdasarkan situasi di atas, nilaikan akauntabiliti Cikgu Rosnah.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkafTi.
Contoh hujah:
Penilaian terhadap akauntabiliti Cikgu Rosnah terhadap diri dan tugasnya
secara menyeluruh boleh diperbincangkan sebagaimana berikut.
Akauntabiliti Cikgu Rosnah terhadap diri dan tugasnya antaranya adalah
akauntabiliti terhadap murid dan profesion perguruan. Tugas guru bukan
setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah
ditetapkan dalam kurikulum, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu
pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid.
Bahkan Guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan
sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu,
guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi
moral serta akhlak. Di samping melaksanakan tanggungjawab mendidik
murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan
tingkah laku diri sendiri. Faktor ini amat penting kerana guru hendaklah
menunjukkan teladan yang terbaik kepada murid-murid. Guru hendaklah
sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas dan
sederhana, lemah lembut dan mesra, rpiin dan tegas serta amanah dalam
menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa
dihormati oleh murid-murid.
Hujah-hujah lain:

Guru Rosnah juga harus mempunyai akauntabiliti terhadap diri


sendiri. Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati
oleh seiiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum
merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru waiib memelihara dan
mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan
bidang pendidikan amnya.
Cikgu Rosnan juga harus akauntabiliti terhadap tugas dar, Kerja.
Bagi melaksanakan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti
terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guru-guru

hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:membaca buku


yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam
kurikuium; memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
kepada murid-murid; merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami
oleh murid-murid;mengajar dan menyampaikan iimu pengetahuan
yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat
manfaat darinya; menyertai kursus dalam perkhidmatan dan
seminar pendidikan hagi meningkatkan prestasi dan kemahiran
mengajar.
Jumlah = 20 markah
2.

Dalam era globalisasi peranan guru semakin mencabar dan kompleks.


Pada peringkat sekolah rendah penyediaan modal insan mengikut acuan
negara merupakan keutamaan para pendidik yang ridak boleh dianggap
remeh.
Berikan justifikasi bagaimana seseorang guru dapat memenuhi fungsinya
sebagai penyampai ilmu dalam konteks pembinaan negara bangsa.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
peniiaian (rubrik) yang dilampirkan.
Contoh hujah:
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih
untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan
ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu
memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam
bidangnya.
Terdapat strategi-strategi yang relevan yang dapat dilaksanakan dalam
memenuhi fungsi guru sebagai penyampai ilmu, iaitu menguasai ilmu
pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.
Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta
mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Memperolehi ilmu
pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Di samping
itu, menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus
menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini
adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari
masa ke semasa.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan


perkembangan dan perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak
masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu perlu
memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan
kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan
dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai
agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan
semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu
mementingkan
nilai
kemasyarakatan
dan
perkembangan
sifat
perseorangan pelajar serta membawa perubahan semasa.
Manakala peranan guru bagi mewujudkan pembinaan negara bangsa,
aktiviti-aktiviti seperti seminar boleh meningkatkan tahap kesedaran dan
kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia.
Contohnya, guru boleh mengadakan seminar yang berkaitan dengan
kebudayaan pelbagai kaum supaya rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dapat lebih memahami antara satu sama lain. Seterusnya,
guru boleh memperbanyakkan program berkonsepkan patriotisme melalui
aktiviti kokurikulum untuk meningkatkan semangat patriotik murid.
Contohnya, guru boleh mengadakan program lawatan ke Tugu Negara
supaya murid-murid dapat mengetahui lebih sejarah tentang negara kita
dan lebih menyayangi Negara kita. Selain itu, guru boleh
memperbanyakkan pelaksanaan
Kem Motivasi, mengadakan seminar, ceramah dan gotong-royong untuk
menanam semangat peka terhadap sensitiviti pelbagai kaum. Contohnya,
murid-murid akan lebih peka terhadap isu-isu sensitiviti pelbagai kaum dan
tidak akan menyeluruh perasaan kaum lain sekiranya mereka menghadiri
aktiviti yang dijalankan oieh guru. Akhirnya, guru boleh mengadakan
aktiviti untuk memberi kefahaman yang menyeluruh tentang pentingnya
semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional. Contohnya,
guru boleh mengadakan ceramah tentang intergrasi dan memberi
bimbingan terhadap murid tentang kepentingan integrasi dalam negara
kita.
Hujah-hujah lain:

Tanggungjawab guru bukan sahaja untuk mengajar pengetahuan


tentang kandungan mata pelajaran semata-mata tetapi juga untuk
mengajar kemahiran hidup kepada pelajar

Pelajar perlu didedahkan dengan perubahan yang berlaku di


sekeliling mereka
dan kaedah dalam menangani perubahan tersebut
Jumlah = 20 markah
3

Kajian Tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan sebagai


pendekatan untuk meningkatkan amalan dan profesionalisme guru.
Perincikan implikasi kajian tindakan terhadap seseorang guru.
Rujuk Rubrik Pemarkahan
Perbincangan dinilai seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan
berikut, namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria
penilaian (rubrik) yang dilampirkan.

Contoh hujah:
Guru-guru
seharusnya
menjalankan
kajian
mempertingkatkan kualiti profesionalisme guru.

tindakan

demi

Kebaikan yang pertama ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dan


pemahaman amalan bilik darjah dan meningkatkan kemahiran mengajar.
Dengan kajian yang dijalankan, guru boleh menambah pengetahuan sedia
ada untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Guru
akan belajar bagaimana merancang pengajaran, membantu murid dalam
proses pembelajaran, mengurus bilik darjah, menilai hasil Kerja murid, dan
mengaplikasikan kepelbagaiar. kemahiran mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidikan Tindakan juga membolehkan guru menambah kejelasan teori,
bahasa dan pembelajaran. Guru sebagai penyelidik melibatkan diri dalam
menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan dengan pemasalahar,
yang dihadapi. Guru boleh mendapat ilmu dan sumber maklumat melalui
penyelidikan tindakan bagi meningkatkan amalan, kemahiran, teknik,
strategi dan perubahan pengajaran demi untuk memberi impak kepada
murid. Guru juga boleh bertindak sebagai penyeliaik semasa guru
membina teori tentang situasi kerja mereka melalui refleksi, inkuiri dan
tindakan.
Kebaikan yang ketiga ialah memudahkan kolaborasi dengan murid-murid
dan guru lain. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan, guru akan lebih
memahami apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa dalam
proses P&P dijalankan. Guru boleh melibatkan murid-mi'ndnya dalam
membuat keputusan perkaitan kurikulum dan pengajaran. Guru 'jerpeluang
berkolaborasi dengan guru lain Guru boleh meminta pandangan daripada
guru yang lebih pengalaman.
Selain itu, guru juga berpeluang mengembangkan komitmen bersama ke
arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti profesion. Dapatan kajian
boleh dikongsikan dengan guru lain di samping membina hubungan
dengan rakan sejawat dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Guru
serta pihak-pihak lain dapat mencari kesefahaman yang lebih baik tentang
pendidikan dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman
persekolahan.
Kesimpulannya, penyelidikan tindakan dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan seseorang guru dalam profesion mereka.

tahap

Hujah-hujah lain:

Kajian tindakan boleh memudahkan inovasi dalam kalangan guru


kerana mereka berusaha untuk mencari strategi baru kaedah dan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran
Kajian tindakan boleh mengelakkan guru daripada membuat
penghakiman berdasarkan andaian.
Jumlah = 20 markah