Anda di halaman 1dari 15

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GLUL 3113
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH

MATRIKS

TARIKH SERAHAN

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kes Tan lwn Persatuan Kelab Golf Bukit Kiara (PKGBK) (2011)

1.

Isu : Adakah wujud unsur mala fide sama ada pihak jawatankuasa Persatuan Golf
Bukit Kiara mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 untuk bertanding?

2.(a)(i) Mala fide bermaksud pentadbir melaksanakan kuasa budibicara dengan niat jahat atau
motif yang tidak baik. Ini termasuklah kes-kes yang melibatkan permusuhan atau
pentadbir mendapat manfaat untuk diri sendiri atau untuk saudaranya dari keputusan
yang dibuat berdasarkan kuasa budibicara tersebut. Beban pembuktian adalah terletak ke
atas pemohon untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya
dengan mala fide. Walaubagaimanapun, masih belum ada kes di Malaysia berkenaan
dengan mala fide oleh pentadbir dalam melaksanakan kuasa budibicaranya yang dapat
dibuktikan dan diterima mahkamah.

(ii) Tan boleh mencabar jawatankuasa PKGBK kerana arahan untuk membayar RM18,000.00
bercanggah dengan Akta Tatacara Persatuan yang cuma menggariskan mesti membayar
wang pertaruhan tidak melebihi RM10,000.00. Tan boleh mencabar pihak jawatankuasa
PKGBK dengan menyatakan jawatankuasa tersebut telah bertindak secara mala fide.
Mala fide bermaksud pentadbir melaksanakan kuasa budibicara dengan niat jahat atau
motif yang tidak baik. Disini jelas dapat dilihat wang beza sebanyak RM8,000.00 diminta
oleh pihak PKGBK dimana sepatutnya Tan hanya perlu membayar tidak melebihi
RM10,000.00

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

utuk bertanding dalam merebut jawatan presiden Persatuan Kelab Golf Bukit Kiara
PKGBK. Malah mengikut Akta Tatacara Persatuan calon yang bertanding utuk jawatan
presiden bagi mana-mana persatuan yang berdaftar mestilah membayar wang pertaruhan
tidak melebihi RM10,000.00. Sedangkan dalam kes ini Tan diarahkan untuk membayar
RM18,000.00. Dan apabila Tan gagal membayar wang tersebut, pihak jawatankuasa tidak
membenarkan Tan bertanding. Dalam kes ini dapat dilihat bahawa pentadbir
melaksanakan kuasa budi bicara dengan niat jahat atau motif yang tidak baik. Disini
ternyatalah pihak PKGBK melakukan mala fade ke atas Tan. Tetapi dalam kes ini dapat
dirujuk :

Nama Kes :
Kerajaan Malaysia lwn Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185

Fakta Kes :
Responden telah menerima notis tambahan cukai pendapatan yang dikeluarkan di bawah
seksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan untuk tahun 1979 hingga tahun 1984 bernilai lebih
dari satu juta ringgit. Responden menyatakan notis ini dikeluarkan dengan niat jahat
kerana hubungan antara responden dan pegawai penilai berkenaan adalah tidak baik. Ini
disebabkan responden telah membuat laporan terhadap pegawai penilai berkenaan kepada
Agensi Anti Rasuah dan pegawai tersebutlah yang mengeluarkan notis penilaian
responden.

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Keputusan Mahkamah :
Mahkamah Tinggi telah membatalkan notis penilaian tersebut tetapi apabila rayuan
dibuat ke Mahkamah Agung, keputusan Mahkamh Tinggi dibatalkan dan Mahkamah
Agung menerima notis yang dikeluarkan oleh pegawai penilai berkenaan. Mahkamah
Agung beranggapan bahawa pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicara dengan suci
hati dan untuk kebaikan umum. Responden juga gagal membuktikan tuduhan mala fide
yang dibuatnya.

(iii) Beban pembuktian atas di atas Tan. Ini berdasar kes Kerajaan Malaysia lwn Jagdis
Singh (1987) 2 MLJ 185, beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon untuk
membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala fide. Oleh
itu, Tan sebagai pemohon mesti membuktikan jawatankuasa PKGBK telah menggunakan
kuasa budibicara mereka secara mala fade semasa meminta Tan membayar wang
pertaruhan sebanyak RM18,000.00. Tindakan ini boleh dikatakan mala fade kerana wang
yang diminta oleh jawatankuasa PKGBK daripada Tan adalah bercanggah dengan
peruntukan Akta Tatacara Persatuan. Malah Tan tidak dibenarkan bertanding jawatan
presiden apabila gagal membayar wang tersebut. Maka Tan boleh mencabar keputusan
jawatankuasa PKGBK kerana berlakunya mala fide.

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

2.(b)(i) Adakah wujud unsur kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dari pihak
jawatankuasa PKGBK?

(ii) Kesilapan dari segi fakta dan undang-undang adalah keputusan berdasarkan kuasa
budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan
undang-undang atau fakta sesuatu kes.
Pihak jawatankuasa PKGBK telah melanggar Akta Tatacara Persatuan dengan
mengarahkan Tan membayar RM18,000.00 untuk bertanding jawatan presiden Persatuan
Kelab Golf Bukit Kiara. Sedangkan mengikut Akta Tatacara Persatuan calon yang akan
bertanding untuk jawatan presiden bagi mana-mana persatuan yang berdaftar mestilah
membayar wang pertaruhan tidak melebihi RM10,000.00. Kes ini dirujuk :

Nama Kes :
Metal Industries Employees Union lwn Registra of Trade Unions Malaysia (1982)
1 MLJ 46

Fakta Kes :
Seksyen 26 (3) Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan pekerja syarikat yang
menjadi ahli kesatuan sekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti haram industri
adalah tidak layak untuk menjadi ahli semula kecuali mendapat kelulusan dari Pendaftar.

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Berdasarkan seksyen tersebut, Pendaftar Kesatuan Sekerja telah mengeluarkan arahan


untuk memecat 61 orang ahli kesatuan sekerja yang menyertai aktiviti haram syarikat.

Keputusan Mahkamah :
Mahkamah memutuskan Pendaftar tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan
tersebut kerana kuasa Pendaftar hanyalah untuk meluluskan semula keahlian bagi ahliahli yang telah dipecat. Ianya adalah hak kesatuan sekerja untuk mengambil tindakan
memecat ahlinya yang menjalankan aktiviti haram industri dan bukan kuasa Pendaftar.

(iii)

Berdasarkan kes tersebut ternyata pihak jawatankuasa PKGBK telah melakukan


kesilapan dengan meminta wang pertaruhan sebanyak RM18,000.00 sedang mengikut
Tatacacara Akta Persatuan menyatakan setiap wang pertaruhan untuk bertanding jawatan
presiden bagi mana-mana persatuan berdaftar mestilah tidak melebihi RM10,000.00.
Maka Kesilapan dari segi fakta dan undang-undang adalah keputusan berdasarkan kuasa
budibicara adalah tidak sah jika pentadbir melakukan kesilapan dalam mentafsirkan
undang-undang atau fakta sesuatu kes. Dengan itu, Tan boleh mencabar keputusan pihak
jawatankuasa PKGBK kerana tidak mereka telah melampaui Akta Tatacara Persatuan.

1. Kesimpulannya, Tan boleh mencabar keputusan pihak jawatankuasa PKGBK. Disini


jelas menyatakan pihak PKGBK telah melakukan male fade terhadap Tan. Tetapi Tan
mesti membuktikan
Malaysia lwn

beban

pembuktian

keatasnya.

Berdasar

kes

Kerajaan

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185, beban pembuktian adalah terletak ke atas pemohon
untuk membuktikan pentadbir telah melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mala
fide. Tan sebagai pemohon mesti membuktikan

jawatankuasa PKPM telah

menggunakan kuasa budibicara mereka secara mala fade semasa


membayar

meminta Tan

wang pertaruhan sebanyak RM18,000.00. Tindakan ini boleh dikatakan

mala fade kerana wang yang diminta oleh jawatankuasa PKGBK daripada Tan adalah
bercanggah dengan peruntukan Akta Tatacara Persatuan. Malah Tan tidak dibenarkan
bertanding jawatan presiden apabila gagal membayar wang tersebut. Diisi jelas
menyatakan pihak jawatankuasa PKGBK menggunakan usur mala fade.
Berdasarkan Kes Metal Industries Employees Union lwn Registra of Trade Unions
Malaysia (1982) 1 MLJ 46 telah wujud kesilapan dari segi fakta dan undang-undang
dimana keputusan berdasarkan kuasa budibicara adalah tidak sah jika pentadbir
melakukan kesilapan dalam mentafsirkan undang-undang atau fakta sesuatu kes. Maka
Tan perlu membuktikan pihak jawatankuasa PKGBK telah melanggar Akta Tatacara
Persatuan. Ini dapat dibuktikan apabila pihak jawatankuasa PKGBK mengarahkan Tan
membayar RM18,000.00 untuk bertanding jawatan presiden Persatuan PKGBK. Malah
Tan juga gagal bertanding untuk jawatan presiden Persatuan PKGBK apabila dia gagal
membayar wang pertaruhan yang diminta oleh pihak jawatankuasa PKGBK. Keputusan
yang dibuat oleh pihak jawatankuasa PKGBK yang mengarahkan Tan membayar
RM18,000.00 telah melanggar Akta Tatacara Persatuan. Maka dengan itu telah wujud
unsur kesilapan dari segi fakta dan undang-undang dari pihak jawatankuasa PKGBK.

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kes Man lwn Pihak Berkusa Tempatan (PBT)


1.

Isu : Bolehkah Man bertindak untuk mencabar keputusan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) yang tidak meluluskan pelan rumah banglo 2 setengah tingkat?

2.(a)(i) Tindakan mencabar keputusan mana-mana pihak berkuasa mesti memerlukan fakta dan
akta yang tepat bagi memastikan keputusan pihak berkuasa tersebut dapat dicabar. Dalam
kes Man, pelan rumah banglo 2 setengah telah ditolak kerana tidak mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh PBT bahawa rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina
dikawasan kampong. Alasannya adalah untuk menggelakkan rasa iri hati di kalangan
penduduk. Merujuk kepada :
Subseksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172)

yang

menyatakan

bahawa

tiada

seorangpun

boleh menggunakan atau membenarkan sesuatu tanah atau


bangunan digunakan melainkan menurut rancangan tempatan.

Man hanya ingin membina sebuah rumah banglo 2 setengah dikampungnya dengan
menghantar pelan rumah tersebut kepada PBT. Tetapi pelan rumah tersebut ditolak
kerana pelan tesebut tidak memenuhi peraturan pihak

PBT dengan alasan

menggelakkan rasa iri hati di kalangan penduduk. Alasan yang diberikan agak tidak
munasabah. Tetapi dalam kes Man bolehkan dia dia mencabar keputusan PBT kerana
ada akta yang menetapkan bahawa Man tidak boleh membina rumah banglo melebihi
setingkat di kawasan kampung. Kes boleh dirujuk :

Nama Kes :
8

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5 CLJ

Fakta Kes :
Perayu, sebuah syarikat pemaju, ingin membangunkan sebidang tanah di bandar George
Town, Pulau Pinang, dan untuk itu telah memohon kebenaran merancang dari responden
pertama, iaitu pihak berkuasa tempatan perancangan. Melalui satu keputusan yang dibuat
pada 14 Oktober 1996 di bawah s. 21(3)(g) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta), dan kemudian melalui surat bertarikh 18 November 1996, responden pertama
mengarahkan perayu supaya mengekalkan bangunan sedia ada dan mendirikan
pembangunan yang dicadang di sekitar bangunan tersebut (arahan). Selain itu, surat
juga meminta supaya perayu mengemukakan semula pelan terpinda dalam tempoh dua
bulan. Arahan, bagaimanapun, tidak dipatuhi perayu. Sebaliknya, perayu memfailkan
rayuan kepada responden kedua, iaitu Lembaga Rayuan yang dilantik di bawah s. 36
Akta (Lembaga). Responden pertama membangkitkan bantahan awal bahawa Lembaga
tidak berbidangkuasa untuk melayani rayuan atas alasan bahawa arahan bukan satu
keputusan yang boleh dirayui di bawah s. 23 Akta. Bantahan, bagaimanapun, ditolak oleh

Lembaga yang memutuskan bahawa responden pertama tiada kuasa untuk mengeluarkan
arahan berdasarkan pentafsiran purposif s. 23(1) Akta. Berikutnya responden pertama
memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Lembaga, namun keputusan
Lembaga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan, antara lain, bahawa arahan
adalah ultra vires Akta berdasarkan prinsip casus omissus.

Keputusan Mahkamah :
9

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Keputusan Mahkamah Tinggi ini bagaimanapun telah diakas oleh Mahkamah Rayuan
semasa rayuan, atas alasan bahawa mahkamah tersebut telah melaksanakan tafsiran
undang-undang yang tidak dibenarkan. Perayu memperoleh kebenaran untuk merayu ke
Mahkamah Persekutuan, dan berikut itu mengajukan soalan berikut kepada yang arif
hakim-hakim di sini, iaitu: sama ada suatu arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa
tempatan di bawah s. 21(3)(g) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 kepada seorang
pemohon yang memohon kebenaran merancang di bawah Akta tersebut merupakan suatu
keputusan yang boleh dirayui di bawah s. 23 Akta.

(iii) Berdasarkan kes Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007)
5CLJ Man boleh mencabar keputusan Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Ini kerana Man
boleh bertindak demikian kerana berdasarkan kes tersebut, tindakan mencabar keputusan
PBT adalah dibenarkan. Tetapi kebarangkalian untuk Man memenangi kes ini agak tipis
kerana pelan rumah tersebut tidak memenuhi peraturan pihak PBT. Akan tetapi Man
boleh mencabar keputusan pihak PBT tersebut.

2.(b)(i) Isu : Adakah Man boleh menggunakan unsur keadilan asas dalam mencabar keputusan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

(ii) Keadilan Asasi ini adalah merupakan taraf minimum berkaitan dengan membuat
keputusan adil yang dikenakan ke atas mana-mana orang atau badan yang ada tugas
untuk bertindak secara kehakiman.

10

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Persoanlannya disini bolehkah Man menggunakan keadilan asasi apabila PBT menolak
pelan rumah banglo 2 setengah di kawasan kampng. Man telah memohon untuk membuat
rumah banglonya dengan mengemukakan pelan rumah tersebut. Tetapi permohonannya
ditolak kerana pelan rumah tersebut tidak memenuhi peraturan PBT. Alasan pihak PBT
tidak munasabah kerana rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina di kampung
bagi menggelakkan rasa iri hati dikalangan penduduk. Kes dirujuk :

Nama Kes :
Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan seng (1977) 2 MLJ 152.

Fakta Kes :
Dalam kes ini, pemohon adalah seorang pemegang lesen agen penghantaran. Lesennya
telah ditamatkan oleh Pegawai kanan kastam atas alasan bahawa dia telah didapati
bersalah kerana melanggar peruntukkan Akta Kastam. Pemohon telah mencabar

keputusan itu atas alasan dia telah tidak diberikan hak untuk didengar. Mahkamah
Persekutuan telah membatalkan keputusan pihak Kastam dan menegaskan bahawa
keadilan asasi terpakai dalam kes pembatalan agensi walaupun perkara tersebut tiada
peruntukkan dalam statut. Mahkamah mengambil kira keputusan yang dibuat dalam kes
Ridge lwn Baldwin dan menegaskan bahawa perbicaraan yang adil adalah penting kerana

11

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

ia boleh digunakan untuk menafsir hak-hak dalam pentadbiran. Prinsip undang-undang


dalam kes di atas telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Keputusan Mahkamah :
Mahkamah Persekutuan menyatakan adalah seperti berikut:
.the rule of natural justice that no man may be condemned unheard
should apply to every case where an individual is adversely affected
by an administrative

action, no matter whether it is labeled

judicial, quasijudicial, or administrative, or whether or not the


enabling statute makes provisions for the hearing.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan diatas jelas membuktikan
bahawa penggunaan prinsip Keadilan Asasi di Malaysia sangat luas. Mahkamah
menegaskan bahawa perbicaraan bukan hanya diberikan bergantung kepada tindakan
pentadbiran semata-mata tetapi perbicaraan mesti diberikan sekiranya seseorang
individu merasakan bahawa haknya terjejas atau teraniaya oleh tindakan pentadbiran.

(iii) Berdasarkan kes Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007)
5CLJ

Man boleh tindakan mencabar keputusan PBT kerana ia dibenarkan. Tetapi

kebarangkalian untuk Man memenangi kes ini agak tipis kerana pelan rumah tersebut
tidak memenuhi

peraturan pihak PBT. Ini

kerana

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

12

yang

Subseksyen 18(1)
menyatakan

Akta
bahawa

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

tiada

seorangpun

boleh menggunakan atau membenarkan

sesuatu

tanah atau

bangunan digunakan melainkan menurut rancangan tempatan. Akan tetapi Man boleh
mencabar keputusan pihak PBT tersebut. Tetapi kebarangkalian untuk memenangi kes
ini agak tipis.
Tetapi berdasarkan kes Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan seng (1977) 2 MLJ 152
Man boleh menggunakan unsur keadilan asasi. Keadilan asasi adalah merupakan taraf
minimum berkaitan dengan membuat keputusan adil yang dikenakan ke atas mana-mana
orang atau badan yang ada tugas untuk bertindak secara kehakiman. Bolehkah Man
menggunakan keadilan asasi apabila PBT menolak pelan rumah banglo 2 setengah di
kawasan kampng. Man telah memohon untuk membuat rumah banglonya dengan
mengemukakan pelan rumah tersebut. Tetapi permohonannya ditolak kerana pelan
tersebut tidak memenuhi peraturan PBT. Alasan pihak PBT tidak munasabah kerana
rumah banglo melebihi setingkat tidak boleh dibina di kampung bagi menggelakkan rasa
iri hati dikalangan penduduk. Man boleh menggunakan keadilan asasi kerana dalam kes
tersebut juga menyatakan perbicaraan bukan hanya diberikan bergantung kepada
tindakan pentadbiran

semata-mata tetapi perbicaraan mesti diberikan sekiranya

seseorang individu merasakan bahawa haknya terjejas atau teraniaya oleh tindakan
pentadbiran. Maka disini, Man mempunyai kebebasan asasi untuk mencabar keputusan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tersebut.

13

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Modul Undang-undang Pentadbiran. Keadilan Asasi. Bab 7.


Modul Undang-undang Pentadbiran. Kuasa Budi Bicara. Bab 8.
Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (2007) 5 CLJ
Kerajaan Malaysia lwn Jagdis Singh (1987) 2 MLJ 185
Kes Tan lwn Persatuan Kelab Golf Bukit Kiara (PKGBK) (2011)
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

14

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

15

Anda mungkin juga menyukai