Anda di halaman 1dari 24

Topik

Apakah itu
Pengurusan?

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan maksud pengurusan;

2.

Mengenal pasti fungsi-fungsi pengurusan;

3.

Menilai peranan pengurus;

4.

Mengenal pasti beberapa kemahiran utama seorang pengurus; dan

5.

Membincangkan perspektif yang berlainan dalam pengurusan.

X PENGENALAN
Sebelum kita mempelajari dengan lebih mendalam tentang aspek-aspek
pengurusan, kita haruslah memahami erti pengurusan terlebih dahulu.
Mari kita lihat perbezaan di antara golongan profesional dengan pengurusan.
Doktor, akauntan, jurutera, arkitek, peguam dan sebagainya adalah beberapa
contoh golongan profesional. Misalnya, seorang doktor berkhidmat untuk
pesakitnya dengan menggunakan keupayaan serta kepakarannya. Beliau tidak
akan mengarahkan orang lain untuk melakukan pekerjaan tersebut bagi
pihaknya.
Jururawat pula berperanan sebagai pembantu doktor. Dia tidak memiliki
kelayakan dan keupayaan yang serupa dengan seorang doktor untuk
menjalankan pekerjaannya. Oleh itu, seorang jururawat sekadar membantu
doktor memeriksa pesakit. Dengan kata lain, seorang doktor tidak boleh
memberi tugas hakikinya kepada jururawat atau pembantunya yang lain.
Perkara ini adalah sama untuk golongan profesional yang lain.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Golongan profesional sememangnya berbeza daripada golongan pengurusan.


Seorang pengurus seharusnya bijak mengarah orang lain untuk melaksanakan
kerja dengan cekap dan berkesan. Dengan erti kata lain, pengurusan bermaksud
memastikan sesuatu tugas itu dijalankan dengan baik sehingga selesai. Ini
bermakna bahawa seorang pengurus tidak semestinya tahu cara untuk
melaksanakan kerja tertentu tetapi perlu berperanan sebagai penyelaras dengan
memastikan tugas itu dijalankan dengan lancar. Contohnya, seorang pengurus
kilang kasut tidak semestinya tahu dengan terperinci cara untuk memasang
kasut; namun, dia perlu memastikan semua sumber yang telah diperuntukkan
kepadanya termasuk sumber manusia iaitu pekerja-pekerja di bawah
kawalannya berfungsi dengan baik dan objektif organisasi yang telah ditetapkan
dapat dicapai. Seterusnya, seseorang pengurus harus memastikan bahawa
objektif-objektif ini dicapai secara cekap dan berkesan.

1.1

DEFINISI PENGURUSAN
SEMAK KENDIRI 1.1

Pada pendapat anda, apakah maksud pengurusan?

Pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses memantau dan


menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan selaras dengan
matlamat organisasi.

Keberkesanan sebenarnya adalah pencapaian matlamat yang membolehkan


objektif sebuah organisasi menjadi kenyataan atau secara ringkasnya,
melakukan sesuatu yang betul.
Kecekapan pula adalah melaksanakan kerja dengan usaha, kos dan pembaziran
yang minimum atau dengan kata lain, melakukan sesuatu dengan betul.
Sebuah organisasi akan berjaya hasil daripada pengurusan yang cekap dan
berkesan.
Seseorang itu boleh dikatakan cekap tetapi tidak berkesan atau berkesan tetapi
tidak cekap dalam menguruskan tugas-tugas yang tertentu. Kedua-dua elemen
tidak saling bergantung antara satu sama lain. Katakan seorang pekerja kilang
telah menemui jalan pintas untuk membuat sesuatu kerja pada kos yang rendah.
Namun demikian, dalam usahanya untuk menjimatkan kos dia telah menyimpang

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

daripada objektif etika syarikat. Misalnya, dia bertindak dengan membuang sisa
pengeluaran kilang ke dalam sungai padahal salah satu daripada objektif etika
syarikatnya adalah untuk memelihara alam sekitar. Oleh itu, pekerja kilang
tersebut melalui tindakannya telah menyimpang daripada objektif organisasinya.
Walaupun dia cekap, dia tidak berkesan.
Sebaliknya, seorang pekerja boleh dianggap berkesan tetapi tidak cekap sekiranya
dia menggunakan kaedah lama untuk menangani isu pengurusan, sedangkan
terdapat cara yang lebih cekap yang boleh diguna pakai tanpa menyimpang
daripada matlamat asal organisasi. Misalnya dalam menyampaikan maklumat,
seorang pekerja menghantar surat melalui pos dan bukannya emel. Walaupun
tindakannya itu tidak bertentangan dengan objektif organisasi, dia telah
membazirkan sebahagian daripada sumber yang diperuntukkan kepadanya.
Oleh itu, definisi pengurusan tidak sempurna tanpa kedua-dua elemen yang
penting ini iaitu kecekapan dan keberkesanan.

1.2

SIAPAKAH PENGURUS?

Terdapat tiga cara untuk kita memahami pengurus. Cara tradisi untuk
menganalisa tugas pengurus ialah dengan melihat fungsi-fungsi kerja yang
dilakukan oleh pengurus. Pendekatan kedua ialah dengan melihat peranan
pengurus dan cara ketiga ialah dengan menganalisa kemahiran yang diperlukan
oleh seseorang pengurus.
Pengurus adalah seorang individu yang bertanggungjawab secara langsung
untuk memastikan bahawa setiap tugas dilaksanakan oleh orang atau pekerja
di dalam sesebuah organisasi.

1.2.1

Fungsi-fungsi Pengurusan

Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses memantau dan menyelaras sumber


dengan cekap dan berkesan selaras dengan matlamat organisasi. Dengan kata
lain, pengurusan merujuk kepada proses mendelegasikan tugas kepada pekerja
untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Pengurus terlibat dalam beberapa aktiviti asas. Aktiviti-aktiviti ini boleh
dikategorikan mengikut fungsi-fungsi pengurusan seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 1.1.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Rajah 1.1: Fungsi-fungsi pengurusan


Sumber: Diadaptasi daripada Lewis et al. (2001).

Management, challenges in the 21st century

Jadual 1.1 berikut menerangkan setiap fungsi pengurusan.


Jadual 1.1: Fungsi-fungsi Pengurusan
Fungsi-fungsi
Pengurusan

Penerangan

Perancangan

Menentukan objektif yang perlu dicapai dalam jangka masa tertentu


dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif tersebut.
Semua peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi perlu
terlibat dalam proses perancangan. Para pengurus perlu
membangunkan objektif-objektif yang selaras dengan strategi
keseluruhan organisasi.

Pengorganisasian

Menentukan tugas-tugas yang perlu dibuat; siapa yang melaksanakan


dan menyelaraskan tugas; bagaimana tugas dikategorikan; siapa yang
melaporkan dan kepada siapa; dan di mana keputusan perlu dibuat.
Pengurus perlu menyusun atur maklumat, sumber dan aliran kerja
organisasi secara logik dan berkesan agar dia mampu bertindak secara
positif terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran perniagaan.

Kepimpinan

Ini melibatkan memotivasikan pekerja bawahan; memilih saluran


komunikasi yang paling efektif; menangani konflik; dan mengarah
serta membimbing orang lain dengan niat untuk mencapai kesemua
objektif organisasi. Pemimpin berkesan pada masa kini perlu
berwawasan dalam membayangkan masa hadapan, serta berkongsi
wawasannya dengan pekerja lain dan menggalakkan mereka untuk
merealisasikan wawasan tersebut.

Pengawalan

Mengukur prestasi dalam semua objektif yang telah ditetapkan,


memastikan sebab-sebab penyimpangan berlaku dan mengambil
tindakan yang sewajarnya di mana perlu. Pengawalan merupakan
satu fungsi yang penting dalam proses pengurusan kerana ia
menyediakan kaedah atau cara bagi memastikan bahawa organisasi
bergerak ke arah pencapaian objektifnya.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Proses pengurusan di setiap peringkat organisasi melibatkan perancangan,


pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sumber dalam sebuah
organisasi. Seseorang pengurus tidak semestinya tahu cara melaksanakan tugas
yang tertentu tetapi dia hanya berperanan sebagai penyelaras dalam memastikan
operasi dapat berjalan dengan lancar.
Sebagai contoh, seorang pengurus dalam kilang pengeluaran pakaian tidak perlu
tahu dengan mendalam kaedah untuk membuat pakaian. Namun demikian, dia
perlu memastikan setiap sumber di bawah pengawalannya seperti modal, kilang
dan tenaga manusia berfungsi dengan betul dan matlamat organisasi tercapai.
Walau bagaimanapun, kesemua fungsi yang dinyatakan di atas adalah bertujuan
untuk menunjukkan klasifikasi di dalam pembelajaran pengurusan. Secara
realitinya, anda harus tahu bahawa keempat-empat fungsi pengurusan tersebut
adalah saling bergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, sebuah
organisasi yang mempunyai struktur yang baik tidak mungkin berkembang
tanpa perancangan yang rapi. Organisasi tidak akan maju seandainya ia
dipimpin oleh pengarah yang cekap tetapi mempunyai sistem pengawalan yang
lemah. Oleh itu, semua peranan adalah sama pentingnya dalam sesebuah
organisasi.

1.2.2

Peranan Pengurus
AKTIVITI 1.1

Pada pandangan anda, apakah peranan-peranan yang perlu dilakukan


untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya?

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat pelbagai cara bagi mengenal
pasti seorang pengurus. Seseorang pengurus boleh dikenalpasti bukan sahaja
melalui fungsi-fungsi yang dilaksanakannya tetapi melalui cara-cara yang lain
juga. Seorang profesor dalam pengurusan, Prof Henry Mintzberg, telah
menjalankan satu analisis terperinci tentang pengurus dengan cara berjalan di
sekitar tempat kerja dan memerhati pengurus membuat kerja. Beliau mendapati
pengurus bukan sahaja merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
tetapi memainkan peranan-peranan penting lain seperti yang dijelaskan di
bawah (Lewis, P. S. et al; 2001):

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

(a)

Peranan sebagai Tunggak


Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas istiadat. Misalnya, naib
canselor sebuah universiti mesti terlibat dalam majlis pelancaran program
di universiti, manakala ketua sebuah jabatan bertanggungjawab untuk
melayan para pelanggannya.

(b)

Peranan sebagai Pemimpin


Secara tidak langsung, seorang pengurus memainkan peranan sebagai
seorang pemimpin. Setiap pengurus mesti berfungsi sebagai pemimpin
dalam memberi motivasi dan semangat kepada orang bawahannya.
Pengurus harus memimpin ahli-ahli unitnya untuk melaksanakan kerja
dengan berkesan ke arah pencapaian matlamat unit dan juga organisasi, di
samping menyelesaikan masalah-masalah dan isu yang timbul.

(c)

Peranan sebagai Pegawai Perhubungan


Seorang pengurus turut berperanan untuk menyampaikan maklumat yang
relevan kepada pihak di luar unit dan juga di luar organisasi. Pengurus
juga akan memperuntukkan masa untuk berinteraksi dengan pihak di luar
organisasinya. Oleh yang demikian, seseorang pengurus berperanan
sebagai saluran komunikasi di antara jabatannya dengan jabatan-jabatan
lain di dalam mahupun di luar organisasi.
Contohnya, seorang pengurus sumber manusia mungkin menghubungi
pengurus kewangan untuk menyemak dana yang diperuntukkan untuk
pengambilan pekerja baharu dalam organisasi sebelum pengambilan
pekerja dimulakan.

(d)

Peranan sebagai Jurucakap


Pengurus sesebuah organisasi lazimnya berperanan sebagai jurucakap.
Sebagai contoh, seorang penyelia akan memastikan pengurus operasi
dibekalkan dengan maklumat terkini tentang operasi kilang pengeluaran.
Pada masa yang sama, pengurus besar sebuah kilang akan melobi pihak
berkuasa tempatan untuk mendapatkan tender yang baharu.

(e)

Peranan sebagai Perunding


Tiada organisasi yang bebas daripada masalah. Mahupun terdapat pelbagai
kerumitan, seorang pengurus harus mencari jalan keluar bagi setiap
masalah yang timbul. Oleh kerana seorang pengurus berperanan sebagai
perunding, maka kebanyakan masanya akan dihabiskan dalam
perbincangan dengan kakitangan organisasi. Contohnya, seorang pengurus
akan berunding dengan wakil kesatuan pekerja untuk mencapai perjanjian
secara baik berkaitan gaji pekerja.

TOPIK 1

(f)

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Peranan sebagai Pencetus Idea


Dua pakar pengurusan, Sumantra Ghoshal dan Christopher Bartlett
(Dessler, G; 2001), menegaskan peranan tambahan pengurus adalah sebagai
pencetus tindakan korporat dan transformasi. Selain itu, seorang pengurus
yang cemerlang adalah seseorang yang dapat menyemai tiga proses yang
membawa para pekerjanya ke arah mencapai inisiatif perubahan. Sekarang
mari kita lihat ketiga-tiga proses tersebut. Proses-prosesnya adalah seperti
berikut:
(i)

Proses Keusahawanan
Pengurus akan cuba memperbaiki prestasi unitnya dan apabila beliau
mendapat idea yang bagus, beliau akan melancarkan program agar
ideanya itu boleh menjadi kenyataan.
Penyelidikan yang dijalankan di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah
menunjukkan bahawa seorang pengurus yang berjaya adalah seorang
yang menumpukan sepenuh masa dan tenaganya untuk memupuk
pekerja-pekerjanya supaya berfikir sebagai usahawan. Untuk
mencapai objektif ini, pengurus perlu memberi kuasa, menyokong
dan memberi insentif kepada para pekerjanya untuk mencapai hala
tuju mereka masing-masing.

(ii)

Proses Pembangunan Keupayaan


Dalam dunia yang berpusatkan teknologi, konglomerat perlu
mengoptimakan kelebihannya sebagai sebuah pertubuhan yang
besar. Ia bukan sahaja perlu menggunakan sepenuhya kelebihankelebihan dari segi skala ekonomi tetapi juga dari segi peningkatan
pengetahuan dan keupayaan para pekerjanya.
Seorang pengurus yang berjaya akan mewujudkan persekitaran
kondusif yang mendorong pekerjanya untuk sanggup menanggung
tanggungjawab tambahan. Dia juga memberi perhatian dalam
menyediakan latihan dan bimbingan yang diperlukan oleh
pekerjanya untuk membina motivasi diri. Selain itu, seorang
pengurus yang berjaya akan memberi ruang kepada pekerjanya
untuk membuat kesilapan semasa latihan dijalankan. Pekerja tidak
seharusnya gentar tentang hukuman bagi kesilapan yang dilakukan,
malah mereka digalakkan untuk belajar daripada kesilapan masingmasing.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

(iii) Proses Reformasi


Seorang pengurus yang berjaya akan mengenal pasti keadaan yang
mungkin menggugat strategi organisasi dan andaian lain yang dibuat.
Dengan kata lain, seorang pengurus mampu menyemai sikap
bertanya di kalangan subordinatnya. Antara soalan yang ditanya
adalah mengapa sesuatu itu dilakukan dalam cara tertentu dan sama
ada terdapat alternatif lain untuk membuat sesuatu.

1.2.3

Kemahiran Seorang Pengurus

SEMAK KENDIRI 1.2


Apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus?

Apabila sebuah organisasi menyenarai pendek kakitangan untuk jawatan


pengurusan, ia akan memilih individu yang memiliki kemahiran teknikal, antara
perorangan dan konseptual. Maka, pendekatan ketiga dalam memahami tugas
pengurus adalah dengan cara menganalisa kemahiran yang diperlukan dalam
menjalankan tugas.
Rajah 1.2 menunjukkan tiga jenis kemahiran penting yang diperlukan pada
setiap peringkat pengurusan. Anak panah menghala ke atas menunjukkan jenis
kemahiran yang semakin diperlukan oleh pengurusan atasan; manakala anak
panah menghala ke bawah menunjukkan kemahiran yang diperlukan oleh
pengurusan bawahan atau pengurus lini.

Rajah 1.2: Kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

(a)

Kemahiran Konseptual
Kemahiran konseptual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk melihat
keadaan organisasi secara menyeluruh serta impak bahagian-bahagian
berlainan terhadap organisasi, sama ada secara keseluruhan ataupun antara
satu sama lain. Ia juga melibatkan pemerhatian bagaimana organisasi
menyesuaikan diri atau terpengaruh dengan faktor persekitaran luaran
seperti masyarakat, tekanan ekonomi, pelanggan dan persaingan. Seorang
pengurus yang cekap mampu mengenal pasti, memahami dan
menyelesaikan pelbagai jenis masalah dan perspektif kritikal yang lain.
Keperluan bagi kemahiran konseptual menjadi semakin penting apabila
seseorang pengurus itu berada di tahap yang lebih tinggi dalam hierarki
pengurusan.

(b)

Kemahiran antara Perorangan


Kemahiran antara perorangan merupakan kebolehan untuk bekerja dengan
baik bersama orang lain. Pengurus dengan kemahiran antara perorangan
yang baik mampu bekerja dengan lebih berkesan dalam sebuah kumpulan,
mengalakkan pekerja-pekerja lain memberi input dan maklum balas serta
peka dengan keperluan dan pandangan orang lain. Pengurus itu juga
secara tidak langsung akan menjadi seorang pendengar dan ahli
komunikasi yang baik. Kemahiran antara perorangan adalah penting di
semua peringkat pengurusan. Namun demikian, pengurus di peringkat
bawahan akan lebih tertumpu kepada penyelesaian masalah teknikal,
manakala pengurus di peringkat pertengahan dan atasan akan berurusan
terus dengan mereka yang terlibat.

(c)

Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merupakan kebolehan dalam mengaplikaskan
beberapa prosedur, teknik dan pengetahuan khusus yang diperlukan
dalam sesuatu tugas. Misalnya bagi seorang penyelia kilang kasut,
kemahiran teknikal yang diperlukan termasuklah yang berkaitan dengan
langkah-langkah yang terlibat dalam pengeluaran kasut dari peringkat
permulaan sehinggalah produk akhir itu siap. Bagi seorang pemaju
perumahan pula, kemahiran teknikalnya termasuklah kemahiran dalam
cara menyiapkan pembangunan di sebuah taman perumahan.
Kemahiran teknikal adalah amat penting bagi pengurus peringkat bawahan
kerana mereka menyelia pekerja-pekerja di sektor pengeluaran dan
perkhidmatan. Seseorang pengurus seharusnya mempunyai pengetahuan
teknikal di samping kemahiran dalam melatih pekerja baru dan membantu
mereka menyelesaikan pelbagai masalah. Kemahiran dan pengetahuan
teknikal diperlukan dalam menangani masalah operasi yang tidak mampu
diatasi oleh pekerja bawahan. Namun, semakin tinggi kedudukan

10 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

pengurus dalam hierarki organisasi, semakin kurang pula kemahiran


teknikal yang diperlukan.

SEMAK KENDIRI 1.3


Apakah kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan oleh seorang
pengurus?

1.3

JENIS-JENIS PENGURUS

Kebanyakan organisasi mempunyai pelbagai jenis pengurus. Di universiti,


contohnya, terdapat naib canselor, timbalan naib canselor, dekan, timbalan
dekan, ketua jabatan dan ketua program. Di samping itu, terdapat pegawaipegawai lain seperti pengurus sumber manusia, bendahari, ketua sekuriti dan
sebagainya. Manakala di sektor korporat, terdapat presiden, naib presiden,
pengurus operasi, pengurus jualan, pengurus kewangan, penyelia dan lain-lain.
Kesemua pegawai yang disebutkan tadi tergolong sebagai pengurus kerana
mereka merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal pekerja-pekerja
dan tugas-tugas dalam organisasi dengan tujuan mencapai matlamat organisasi
tersebut. Terdapat berbagai cara untuk mengkategorikan pengurus. Kita boleh
membezakan pengurus antara satu sama lain berdasarkan peringkat, kedudukan
dan fungsi mereka dalam organisasi.
Pengurus peringkat atasan merupakan pengurus tertinggi dalam sesebuah
organisasi. Jawatan yang diberi termasuklah presiden, ketua pegawai eksekutif,
naib presiden atau ketua pegawai kewangan.
Di bawah pengurus atasan adalah pengurus peringkat pertengahan. Lazimnya
mereka di peringkat ini dikenali sebagai pengurus.
Pengurus peringkat bawahan atau pengurus lini merupakan pengurus paling
rendah dalam hierarki pengurusan. Mereka juga dikenali sebagai penyelia. Ini
termasuklah penyelia pengeluaran yang menyelia pekerja di kilang.
Kesemua peringkat ini mempunyai persamaan. Pengurus di semua peringkat
merancang, menyusun, memimpin dan mengawal pekerja-pekerja dan tugastugas dalam organisasi. Pengurus juga meluangkan masa bersama golongan
pekerja melalui perbualan dan pemantauan; mempengaruhi dan memberi
motivasi; dan menghadiri persidangan dan mesyuarat jawatankuasa bersemuka
dengan pengurus lain.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

11

Namun demikian, terdapat dua perbezaan utama di kalangan ketiga-tiga


peringkat pengurusan ini. Pertamanya, pengurus atasan dan pertengahan
mempunyai seorang atau beberapa orang pengurus sebagai pekerja bawahan
mereka. Ringkasnya, pengurus atasan mengurus pengurus-pengurus lain
dibawahnya. Pengurus bawahan atau pengurus lini hanya mengurus pekerja
biasa sahaja. Pengurus di peringkat masing-masing menggunakan masa mereka
secara berlainan. Pengurus atasan meluangkan kebanyakan daripada masanya
untuk merancang dan mendefinisi matlamat. Pengurus di peringkat pertengahan
bertugas untuk mendefinisikan matlamat projek tertentu untuk dilaksanakan
oleh pengurus bawahan. Pengurus bawahan atau pengurus lini pula memberi
arahan dan mengawal orang bawahan mereka dalam memastikan sesuatu projek
itu berjaya.

SEMAK KENDIRI 1.4


Berdasarkan apa yang anda telah pelajari, kenal pasti perbezaan antara
ketiga-tiga peringkat pengurusan dan berikan jawapan anda dalam
bentuk jadual.

LATIHAN 1.1
Terangkan setiap fungsi pengurusan yang telah anda pelajari.

1.4

EVOLUSI TEORI PENGURUSAN

Dari awal abad ke-19 sehingga abad ke-20, pihak pengurus dan cendekiawan
telah membentuk satu rangka kerja teori untuk menerangkan apa yang mereka
percaya sebagai amalan pengurusan yang baik. Usaha mereka telah membawa
kepada lima kelas perspektif pengurusan yang berlainan  klasikal,
kemanusiaan, kuantitatif, sistem dan kontemporari. Setiap perspektif adalah
berasaskan beberapa andaian berlainan terhadap objektif organisasi dan
perlakuan manusia. Rajah 1.3 di bawah akan membantu anda memahami urutan
kronologi perspektif-perspektif tersebut.

12 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Rajah 1.3: Evolusi teori pengurusan

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa penting atau perlunya untuk


mempelajari sejarah pembangunan atau evolusi pemikiran pengurusan.
Pengajian sejarah membolehkan kita belajar daripada kesilapan lampau, agar ia
dapat dielakkan pada masa akan datang. Sejarah juga membolehkan kita belajar
daripada kejayaan mereka yang terdahulu agar kejayaan tersebut boleh diulangi
pada masa hadapan. Paling penting sekali, kita seharusnya memahami mengapa
peristiwa-peristiwa itu berlaku demi memperbaiki keadaan organisasi kita pada
masa hadapan.

1.4.1

Perspektif Klasikal

Perspektif ini mula diperkenalkan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia
tertumpu kepada pendekatan rasional dan saintifik dalam pengajian pengurusan
serta mencari beberapa jalan penyelesaian untuk membentuk organisasi yang
lebih cekap. Terdapat tiga kelas kecil di bawah perspektif ini iaitu pengurusan
saintifik, pengurusan birokratik dan pengurusan pentadbiran.
(a)

Pengurusan Saintifik
Pendekatan ini wujud sewaktu produktiviti dianggap kritikal oleh
golongan perniagaan. Perniagaan pada ketika itu sedang melalui
perkembangan yang pesat tetapi para peniaga menghadapi masalah
kekurangan pekerja yang ketara. Oleh itu, pihak pengurusan berusaha
untuk mencari cara-cara untuk memperbaiki prestasi pekerja secara
berterusan. Tumpuan kepada peningkatan kecekapan pekerja dikenali
sebagai pendekatan pengurusan saintifik. Beberapa penyelidik telah
menyumbang ke arah pengurusan saintifik termasuk Frederick Winslow
Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry Gantt.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

13

Frederick Taylor (18561915), seorang jurutera mekanik, berpendapat


bahawa kebanyakan masalah timbul akibat daripada amalan pengurusan
yang buruk dan juga berpunca daripada masalah pekerja. Beliau
menyarankan agar pihak pengurusan berubah dan kaedah transformasi ini
hanya boleh dicapai menerusi penyelidikan saintifik. Beliau mengesyorkan
keputusan yang dibuat berasaskan peraturan ikut kebiasaan digantikan
dengan prosedur yang ditetapkan selepas setiap keadaan telah dianalisa.
Beliau telah diberi gelaran Bapa Pengurusan Saintifik hasil daripada
teorinya yang menyatakan bahawa produktiviti pekerja boleh diperbaiki
melalui amalan pengurusan berdasarkan penyelidikan saintifik. Untuk
meningkatkan prestasi pekerja, Taylor menjalankan penyelidikan bertajuk
Kajian Masa dan Pergerakan.
Hasil dari kajian tersebut, Taylor telah mengenal pasti lima prinsip
pengurusan yang mampu meningkatkan kecekapan pengeluaran seperti
berikut:
(i)

Menggunakan pendekatan saintifik dalam menentukan amalan


terbaik dan bukan bergantung kepada peraturan ikut kebiasaan;

(ii)

Memilih pekerja yang sesuai dalam melaksanakan tugas tertentu.


Sesuai di sini merangkumi aspek-aspek mental dan juga fizikal;

(iii) Melatih dan meningkatkan tahap pekerja agar mereka dapat


melaksanakan tugas yang diberi selaras dengan prosedur-prosedur
yang ditetapkan;
(iv) Memberi insentif kewangan demi memastikan pekerja melaksanakan
tugas dengan sewajarnya; dan
(v)

Memindahkan
kesemua
tanggungjawab
perancangan
pengorganisasian daripada pekerja kepada pengurus.

dan

Taylor bukan berseorangan dalam penyelidikan ini. Rakannya yang


bernama Henry Gantt (18611919) telah menumpukan perhatian kepada
sistem kawalan dalam penjadualan pengeluaran. Carta Gantt masih
digunakan sehingga ke hari ini dalam merancang jadual projek dan juga
disesuaikan dalam aplikasi penjadualan berkomputer.
Gandingan suami isteri Frank (18681924) dan Lillian Gilbreth
(18781972) juga telah berusaha untuk mengembangkan pendekatan
pengurusan saintifik ini. Lillian merupakan perintis dalam bidang
psikologi industri dan telah memberikan banyak sumbangan terhadap
bidang pengurusan sumber manusia. Beliau yakin sekiranya pengurusan

14 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

saintifik digunakan secara meluas, keupayaan setiap pekerja dapat


dipertingkatkan dengan ketara.
(b)

Pengurusan Birokratik
Pengurusan birokratik merupakan pendekatan pengurusan berlandaskan
garis panduan, hierarki, pembahagian kerja yang jelas dan juga peraturan
dan prosedur. Max Weber (18641920), seorang ahli teori sosial berbangsa
Jerman, telah memperkenalkan beberapa konsep birokratik. Antara
komponen birokrasi termasuklah:
(i)

Autoriti dan tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas;

(ii)

Kedudukan dalam sebuah organsasi yang distrukturkan menurut


hierarki;

(iii) Kenaikan pangkat berdasarkan kelayakan;


(iv) Merekodkan semua tindakan dan keputusan pentadbiran demi
memastikan kesinambungan peraturan organisasi;
(v)

Pengasingan pemilikan dan pengurusan; dan

(vi) Semua pekerja tertakluk kepada garis panduan secara sama rata
tanpa bias.
Pendekatan birokratik ini berusaha ke arah peningkatan kecekapan dan
memastikan kesinambungan bagi semua operasi dalam sebuah organisasi.
Pendekatan ini berlainan daripada pengurusan saintifik yang hanya
memfokuskan pekerja sebagai seorang individu. Namun demikian, prinsip
yang pada asalnya digunakan untuk meningkatkan kecekapan ini boleh
juga mengakibatkan ketidakcekapan berlaku. Garis panduan yang ketat
akan melambatkan proses pembuatan keputusan. Ini mengakibatkan
organisasi tidak mampu untuk bertindak balas dengan pantas kepada
keperluan persekitaran dan kadangkala boleh mencetuskan konflik dalam
melakukan tugas secara profesional.
(c)

Pengurusan Tadbir
Pendekatan pengurusan tadbir tertumpu kepada organisasi secara
keseluruhannya. Antara penyumbang kepada pendekatan ini termasuklah
Henri Fayol, Mary Parker Follett dan Chester I. Barnard.
Henri Fayol (18411925), seorang Perancis, dianggap sebagai pelopor teori
pentadbiran setelah memperkenalkan prinsip-prinsip organisasi dan
beberapa fungsi pentadbiran. Sumbangannya yang paling relevan adalah
dalam memberikan definisi dan peranan seorang pentadbir.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

15

Fayol mentakrifkan pentadbiran dan pengurusan sebagai perancangan,


pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Beliau telah
mengenal pasti 14 prinsip pengurusan iaitu:
(i)

(ii)

Pembahagian Kerja
Konsep ini bersangkutan dengan pengkhususan kerja, berdasarkan
andaian-andaian berikut:
x

Tiada orang yang boleh melakukan semua kerja;

Setiap kerja memerlukan kemahiran yang berlainan; dan

Pengulangan kerja dapat meningkatkan kecekapan.

Autoriti
Hak untuk mengarah dan berkuasa untuk dipatuhi. Di sini, autoriti di
pejabat perlulah dibezakan dengan autoriti peribadi.

(iii) Disiplin
Berdasarkan penghormatan dan pematuhan.
(iv) Paduan Arahan
Seorang pekerja sepatutnya menerima arahan daripada seorang ketua
sahaja.
(v)

Kesatuan Arah
Seorang ketua dan satu arah tujuan bagi satu aktiviti yang
mempunyai objektif yang sama.

(vi) Kepentingan Umum Perlu Mengatasi Kepentingan Peribadi


Kepentingan individu tidak sepatutnya mengatasi kepentingan
organisasi.
(vii) Imbuhan
Pembayaran gaji berasaskan pelbagai faktor.
(viii) Pemusatan
Pemusatan kerja bergantung kepada situasi dan saluran komunikasi
yang formal.
(ix) Rantaian Skalar
Ini berkaitan dengan garis kuasa dan saluran komunikasi formal.

16 X

(x)

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Teratur
Semua sumber diperuntukkan pada tempat dan masa yang betul.
Pekerja yang terlibat dalam melakukan kerja yang khusus juga harus
ditugaskan di lokasi yang sama sekiranya boleh.

(xi) Ekuiti
Semua pekerja mendapat layanan yang adil dan saksama seberapa
mungkin.
(xii) Kestabilan dari Segi Tempoh Kerja
Pengurusan sepatutnya menjadikan
produktif sebagai satu keutamaan.

pengekalan

pekerja

yang

(xiii) Inisiatif
Pengurusan harus menggalakkan inisiatif pekerja dalam aktiviti
baru/tambahan.
(xiv) Esprit de corps
Satu terma yang dipinjam daripada bahasa Perancis, yang membawa
maksud sifat setia kawan di kalangan kumpulan. Ia menekankan
kepada suasana harmoni dan penyatuan dalam sesebuah organsiasi.
Mary Parker Follet (18681933) merupakan seorang yang terlatih dalam bidang
falsafah dan sains politik. Pendekatan beliau tertumpu kepada penglibatan
pekerja dan perkongsian maklumat di kalangan para pengurus. Dia
menitikberatkan kepentingan matlamat bersama di kalangan orang bawahan
demi mengurangkan konflik di kalangan individu. Idea Follet bertentangan
dengan idea yang diketengahkan oleh pengurusan saintifik tetapi selari dengan
pengurusan moden. Pendekatannya tertumpu kepada individu dan bukan
teknik kejuruteraan. Follet menekankan beberapa isu yang relevan bagi tahun
1990an seperti kemanusiaan, etika, autoriti dan kepimpinan untuk memberi
inspirasi kepada golongan pekerja agar mereka cemerlang dalam pekerjaan
mereka. Antara konsepnya yang utama termasuklah agihan kuasa, memimpin
pekerja dan bukan mengarah mereka serta membenarkan pekerja untuk
bertindak mengikut keadaan.
Chester I. Barnard (18861961) pula memperkenalkan konsep organisasi tidak
formal. Beliau percaya organisasi bukan sekadar mesin dan perhubungan tidak
formal boleh dijadikan alat yang mantap dan aset kepada organisasi sekiranya
ia diuruskan dengan betul. Beliau juga memperkenalkan Teori Penerimaan
Autoriti yang menyatakan bahawa pekerja mempunyai pilihan dalam menuruti
arahan daripada pihak pengurusan. Pengurus sepatutnya melayan pekerjanya

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

17

dengan baik sebab penerimaan pihak berkuasa di kalangan orang bawahannya


adalah kritikal dalam menjayakan sebuah organisasi.
Secara keseluruhannya, perspektif klasik terhadap pengurusan adalah sangat
penting dan memberi organisasi kemahiran asas untuk meningkatkan
produktiviti dan meraih sokongan padu daripada golongan pekerja.

1.4.2

Perspektif Kemanusiaan

Mary Parker Follet dan Chester Barnard merupakan pengasas utama pendekatan
kemanusiaan dalam pengurusan. Pendekatan ini memberi penekanan terhadap
pentingnya pemahaman gelagat manusia, keperluan pekerja, sikap pekerja
dalam persekitaran kerja dan juga proses-proses interaksi sosial dan
berkumpulan. Antara kategori dalam pendekatan kemanusiaan adalah 
pergerakan perhubungan manusia, pandangan sumber manusia dan pendekatan
sains kelakuan.
(a)

Pergerakan Hubungan Manusia


Pendekatan ini berdasarkan premis bahawa kawalan berkesan datang
daripada pekerja individu dan bukannya daripada kawalan ketat pihak
berkuasa. Pendekatan ini berasal daripada penyelidikan yang dijalankan di
Western Electric Companys Hawthorne Works di Chicago di antara 1927
dan 1932. Penyelidikan itu dipantau oleh Elton Mayo dan Fritz
Roethlisberger, dua ahli psikologi dari Universiti Harvard. Pada asalnya,
penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara keadaan
fizikal dan pengeluaran. Cahaya penyinaran suhu dan faktor-faktor lain
berkaitan persekitaran kerja dipilih sebagai keadaan fizikal. Kesimpulan
asal yang diperoleh oleh para penyelidik bercanggah dengan keputusan
yang mereka jangkakan.
Tiga siri eksperimen telah dilaksanakan dan hasil kesemua ujian didapati
bercanggah dengan apa yang dijangkakan. Dalam ujian pertama, radiasi
cahaya dijadikan sebagai situasi fizikal. Andaian yang dibuat adalah tahap
keterangan cahaya mampu meningkatkan pengeluaran pekerja. Namun
demikian, didapati bahawa output pengeluaran semakin bertambah, sama
ada cahaya diterangkan atau dimalapkan. Ini bermakna bahawa terdapat
faktor-faktor lain yang menyebabkan peningkatan produktiviti. Perkara
yang sama terjadi dalam eksperimen kedua dan ketiga di mana keadaan
fizikal lain telah dipilih. Keputusan ini tidak dapat menerangkan dengan
jelas sebab-sebab peningkatan dalam pengeluaran.

18 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Secara kesimpulannya, penyelidikan Hawthorne menunjukkan bahawa


produktiviti pekerja bertambah kerana mereka menerima layanan istimewa
daripada pihak pengurusan. Perhubungan manusia berkait rapat dengan
peningkatan dalam pengeluaran. Tekanan kumpulan juga mampu
memberi kesan kepada perlakuan seseorang. Kualiti kumpulan sangat
berkesan dalam menentukan output seorang pekerja. Imbuhan wang pula
tidak memberi kesan yang banyak berbanding kualiti, sentimen dan
jaminan kumpulan. Pada kesimpulannya, penyelidikan Hawthorne telah
memulakan satu era baru; di mana pengurusan mula sedar bahawa
manusia ini sememangnya kompleks dan merupakan input berpengaruh
dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi.
(b)

Pendekatan Sumber Manusia


Pendekatan ini menekankan bahawa poduktiviti pekerja akan bertambah
apabila kepuasan pekerja dari segi keperluan asas dipenuhi. Pergerakan ini
bolehlah disamakan dengan ladang tenusu di mana lembu-lembu yang
selesa akan menghasilkan susu yang lebih banyak. Dari kaca mata
pengurusan pula, pekerja yang puas hati akan meningkatkan prestasi kerja
mereka. Pendekatan ini menggabungkan struktur kerja dengan beberapa
teori motivasi.
Antara pakar motivasi utama bagi pendekatan ini adalah Abraham Maslow
dan Douglas McGregor (sila rujuk Topik 7 di bawah tajuk Motivasi).

(c)

Pendekatan Sains Sosial


Pendekatan sains sosial telah membangunkan teori perlakuan manusia
berdasarkan kaedah-kaedah saintifik dan pembelajaran. Ia berpunca dari
beberapa bidang seperti sosiologi, psikologi, antropologi, ekonomi dan
bidang-bidang lain dalam memahami gelagat pekerja dan interaksi dalam
sesebuah organisasi.
Pendekatan ini boleh dilihat dalam kebanyakan syarikat. Sektor-sektor
ekonomi serta sosiologi telah banyak mempengaruhi bagaimana pengurus
mendalami strategi dan struktur sesebuah organisasi. Psikologi juga telah
mempengaruhi pendekatan pengurusan melalui motivasi, komunikasi,
kepimpinan dan pengurusan staf.

1.4.3

Pendekatan Pengurusan Kuantitatif

Pendekatan ini bermula sewaktu era Perang Dunia Kedua, di mana teknik
kuantitatif digunakan dalam perang untuk mengendali kapal dan bom bagi
tentera British. Ketiga-tiga konsep utama dalam pendekatan ini adalah
pengurusan sains, pengurusan operasi dan pengurusan sistem maklumat.

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

19

(a)

Pengurusan Sains
Pendekatan ini dikemukakan untuk mengatasi pelbagai masalah yang
timbul semasa Perang Dunia Kedua. Sekumpulan ahli matematik, fizik dan
sains telah dibentuk untuk mengatasi isu-isu militari tersebut. Oleh sebab ia
melibatkan isu-isu berulang dalam pemindahan peralatan dan manusia
secara pantas dan berkesan, teknik-teknik tersebut telah digunakan oleh
beberapa firma yang besar.

(b)

Pengurusan Operasi
Pendekatan ini merujuk kepada sektor pengurusan yang tertumpu kepada
pengeluaran produk dan perkhidmatan. Mereka yang terlibat dengan
pengurusan operasi menggunakan beberapa teknik kuantitatif dalam
mengatasi isu-isu berkaitan pembuatan. Antara kaedah yang biasa
digunakan termasuk ramalan, pemodelan inventori, pemprograman linear
dan bukan linear dan teori-teori pusingan, penjadualan, simulasi dan
analisis pulangan modal.

(c)

Pengurusan Sistem Maklumat


Pendekatan ini merupakan subsektor baru dalam pendekatan pengurusan
kuantitatif. Beberapa sistem telah direka bentuk untuk menyediakan
maklumat yang relevan kepada pengurus pada masa dan kos yang
sewajarnya. Dengan terciptanya komputer digital berkelajuan tinggi, ia
membuka peluang kepada pengurusan untuk mengguna pakai peralatan
tersebut. Sistem-sistem komputer ini mengumpul maklumat untuk
membantu pihak pengurusan membuat keputusan.

1.4.4

Pendekatan Kontemporari

Pengurusan secara semulajadi adalah kompleks dan dinamik. Unsur-unsur bagi


setiap pendekatan yang telah dibincangkan masih digunakan sehingga ke hari
ini. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang paling menonjol
tetapi akhir-akhir ini, terdapat beberapa perubahan dalam pendekatan tersebut.
Dua teori utama di bawah perspektif ini adalah teori-teori sistem dan
kontingensi.
(a)

Teori Sistem
Satu sistem merangkumi beberapa bahagian berkait rapat yang pada
amnya berfungsi untuk mencapai objektif yang sama. Fungsi sistem adalah
untuk mengubah input yang terdapat dari persekitaran luaran kepada
output. Lima komponen sistem ini adalah seperti berikut:

20 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

(i)

Input
Peralatan, orang, kewangan atau sumber maklumat yang digunakan
untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan.

(ii)

Proses Transformasi
Penggunaan teknologi pengeluaran untuk mengubah input kepada
output.

(iii) Pengeluaran
Terdiri daripada beberapa produk dan perkhidmatan sebuah
organisasi.
(iv) Maklum Balas
Keputusan yang akan mempengaruhi proses kitaran berikutnya.
(v)

Persekitaran
Termasuk pengaruh sosial, politik dan ekonomi.

Idea-idea untuk sistem yang mempengaruhi tetapan minda pengurusan


merangkumi:
(i)

Sistem Terbuka
Satu sistem yang berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk terus
bertahan.

(ii)

Sistem Tertutup
Satu sistem yang tidak berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk
terus bertahan akan menemui kegagalan.

(iii) Entropi
Kecenderungan satu sistem untuk menjadi lupus.
(iv) Sinergi
Individu, kumpulan dan organisasi yang boleh mencapai kejayaan
yang lebih seandainya mereka bekerjasama berbanding dengan
bekerja secara bersendirian.
(v)

Subsistem
Bahagian-bahagian sistem yang saling bergantungan.

TOPIK 1

(b)

APAKAH ITU PENGURUSAN?

21

Pendekatan Kontingensi
Pendekatan pengurusan klasikal diandaikan sebagai pandangan universal.
Konsep pengurusan dianggap universal di mana amalan pengurusan ialah
sama untuk semua keadaan. Dalam pengajian perniagaan, pandangan
alternatif telah timbul.
Seorang itu mempelajari pengurusan dengan melalui masalah-masalah yang
diutarakan dalam kajian kes. Pendekatan kontingensi menggabungkan
pemerhatian universal dengan pemerhatian kes. Dalam pendekatan ini,
tindakan pengurus bergantung kepada beberapa kontingensi yang berlaku
dalam organisasi.

LATIHAN 1.2
Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)
1.

Seorang pengurus berfikiran moden tidak akan melaksanakan


fungsi-fungsi pengurusan yang klasik.

2.

Kemahiran konseptual merupakan kemahiran paling penting bagi


pengurus di peringkat bawahan.

3.

Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para pengurus sehingga


mereka tidak diberikan peluang untuk kenaikan pangkat adalah
disebabkan mereka tidak peka terhadap orang lain.

4.

Bagi kebanyakan pengurus, pengetahuan, kemahiran dan


kebolehan yang mendatangkan kejayaan semasa kerjaya awal
mereka tidak semestinya akan membantu mereka berjaya sebagai
seorang pengurus.

5.

Pengurusan saintifik memberi tumpuan kepada produktiviti


seorang pekerja.

22 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Soalan-soalan Aneka Pilihan


1.

Fungsi pengurusan manakah yang melibatkan pemantauan pembaikan


dan mengambil tindakan pembetulan sekiranya perlu?
A.
B.
C.
D.

2.

Apakah perbezaan antara pengurus tradisional dengan pengurus


masa kini?
A.
B.
C.
D.

3.

Realisasi kerja
Menghadapi saingan
Mengurus beberapa individu, projek dan proses
Memimpin

Antara berikut yang manakah BUKAN langkah yang terlibat dalam


merealisasikan kerja?
A.
B.
C.
D.

5.

Pengalaman penuh yang diperoleh pengurus.


Cara pengurus melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan tradisional.
Jumlah bilangan fungsi pengurusan tradisional yang dilaksanakan.
Hanya pengurus tradisional akan melaksanakan fungsi pengurusan
tradisional.

Apakah unsur-unsur baru dalam fungsi-fungsi pengurusan semasa


yang tidak menjelaskan fungsi-fungsi pengurusan secara tradisional?
A.
B.
C.
D.

4.

Perancangan
Penyusunan
Kepimpinan
Pengawalan

Menentukan objektif-objektif yang perlu dicapai.


Merancang bagaimana untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Mengumpul dan mengurus maklumat yang diperlukan demi
membuat keputusan terbaik.
Menilai tahap saingan di pasaran.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk menetapkan objektif yang selaras


dengan objektif organisasi, perancangan dan juga pelaksanaannya?
A.
B.
C.
D.

Pengurusan tinggi
Pengurusan pertengahan
Pengurusan rendah/bahagian
Ketua pasukan

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

23

Pengurusan adalah satu seni mengarah orang lain melaksanakan kerja


dengan mengutamakan aspek keberkesanan dan kecekapan pelaksanaannya.

Keberkesanan adalah pencapaian matlamat yang membolehkan objektif


organisasi menjadi kenyataan atau secara ringkasnya melakukan sesuatu
yang betul.

Kecekapan pula adalah melaksanakan kerja dengan usaha, kos dan


pembaziran yang minimum atau dengan kata lain melakukan sesuatu
dengan betul.

Fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada perancangan, penyusunan,


kepimpinan dan pengawalan. Pengurus memainkan berbagai jenis peranan
dalam sebuah organisasi.

Peranan-peranannya termasuk sebagai tunggak, ketua, pegawai perhubungan,


jurucakap, perunding, pencetus idea, pembangunan keupayaan dan penggalak
transformasi.

Kemahiran pengurusan adalah penting untuk memastikan kejayaan seorang


pengurus. Ia merangkumi kemahiran-kemahiran konseptual, interpersonal
dan teknikal.

Pengurus pula boleh dibahagikan kepada tiga jenis: pengurusan atasan,


pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan.

Evolusi pengurusan berkembang seiring dengan tamadun awal manusia di


Mesir, China dan Babylon.

Kaedah pengurusan pada waktu itu berlainan dengan kaedah pengurusan


pada hari ini.

Pengurusan moden berkembang dengan pesatnya selepas kemunculan


Revolusi Perindustrian di Eropah.

Pada amnya, terdapat dua sistem yang terkenal dalam perbincangan


berkaitan dengan trend atau pengurusan tetapan minda, iaitu sistem rasional
dan sistem sosial.

Antara tokoh terkenal dalam sistem rasional termasuk Henri Fayol, Max
Weber dan Frederick Taylor, manakala dalam sistem sosial pula adalah Elton
Mayo, William Ouchi dan Henry Mintzberg.

24 X

TOPIK 1

APAKAH ITU PENGURUSAN?

Keberkesanan

Kepimpinan

Kecekapan

Pengawalan

Kemahiran interpersonal/antara
perorangan

Penyusunan

Kemahiran konseptual
Kemahiran teknikal

Pengurusan saintifik
Perancangan