Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA

(TAHUN 2016)
TARIKH
MASA
TEMPAT

: 28/12/2015 (Isnin)
: 2.00 petang
: Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN
1. Pn. S.Kannagi
2. Pn. Madevi
3. Cik Logkeethathaevy
4. Pn. R.Thanam
5. Pn. K.Tangkesvary
6. Cik GV.Sugashini
7. Cik R.Kalpana
8. Cik A. Vimalah
9. Cik M.Revathi
10. Pn. Sree Jaya

Agenda

Agenda

Penasihat
GPK1
Pengerusi/Ketua Panitia

UCAPAN PENGERUSI

1.1

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
kali pertama bagi tahun 2016.

1.2

Pengerusi turut menerangkan objektif mesyuarat hari ini iaitu menjelaskan


bahawa mesyuarat diadakan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan
dengan panitia Bahasa Melayu seiring dengan perancangan awal tahun
persekolahan.

UCAPAN PENASIHAT

2.1

Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru dan membincangkan tentang


perkembangan Panitia Bahasa Melayu di sekolah ini.

2.2

Beliau mengimbas dan mengumumkan keputusan UPSR 2015 iaitu kelulusan 71.4%
untuk matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan 100% untuk Bahasa Melayu
Penulisan. Beliau amat berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata
pelajaran ini.

2.3

Beliau turut menerangkan tentang dasar dan polisi Kementerian Pelajaran seperti

2.4
2.5

2.6

Program NKRA iaitu Program LINUS dan MBMMBI. Memaklumkan tentang saranan
jabatan berdasarkan pekeliling-pekeliling yang diedarkan.
Seterusnya, beliau menekankan tentang visi dan misi KPM pada tahun 2015 serta usaha
yang diperlukan oleh semua guru untuk menjayakannya.

Beliau juga meminta agar para guru melengkapkan diri mereka dengan ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam tentang teknik mengajar. Beliau juga meminta
guru-guru Bahasa Melayu mempelbagaikan kaedah dan strategi pelajaran.
Beliau turut menyatakan postmortem bagi setiap ujian adalah untuk membantu
guru-guru mengetahui kelemahan murid dan untuk mengambil tindakan susulan
untuk mengatasi kelemahan murid dalam sesuatu topik.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

3
3.1
3.2

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS
Pn. Thanam selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cik A. Vimalah mencadangkan minit mesyuarat tersebut lalu disokong oleh
Pn. Madevi.

- Tindakan: Setiausaha panitia


Agenda

4
4.1

PERKARA BERBANGKIT
Tiada

Agenda

5
PERLANTIKAN AJK BARU BAGI TAHUN 2016
5.1
Guru- guru yang dilantik AJK bagi panitia Bahasa Melayu bagi tahun 2016
adalah seperti berikut:
5.2

Agenda

Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Ajk

:
:
:
:

Pn. S.Kannagi
Cik S.Logkeethathaevy
Pn. R.Thanam
Semua guru Bahasa Melayu

6.1

TOV DAN SASARAN TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6


Pengerusi menerangkan tentang target dan pencapaian setiap kelas.
GPMP (Bahasa Melayu).

6.2

Tahun
1
2
3
4
5
6 (UPSR)

BM (PEMAHAMAN)
TOV
ETR
-

BM (PENULISAN)
TOV
ERT
-

6.3

Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dinasihatkan untuk memberi keutamaan


kepada PdP yang dijalankan supaya dapat mencapai ETR yang disasarkan.

6.4

Program peningkatan bagi setiap kelas untuk matapelajaran Bahasa Melayu harus
dirancangkan supaya tiada murid yang ketinggalan.
Setiap guru Bahasa Melayu dikehendaki merancang satu program peningkatan yang
sesuai dan memberikan satu salinan kertas kerja kepada setiausaha pada 10.2.2016.

- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu


Agenda

7
7.1

DASAR KURIKULUM

7.2

Pengerusi selaku Ketua Panitia menjelaskan bahawa pada tahun 2011, dasar Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1 dan
terus diaplikasikan sehingga ke tahun 2016 ini.

7.3

Pengerusi juga meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan.
Semua dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk.
atau kssronline.com
Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti PROTIM,
LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

8.1

RANCANGAN PELAJARAN

8.2

Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),


rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada.

8.3

Bagi tahun 1, 2, 3, 4 dan 5, format KSSR perlu digunakan manakala tahun 6 sahaja yang
akan menggunakan format KBSR.

8.4

Pengerusi memberitahu bahawa semua DSKP dan HSP boleh dimuat turun melalui laman
web www.moe.gov/bpk.
Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat mungkin
untuk pemantauan.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

9
9.1

BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

9.2

Pengerusi menjelaskan bahawa Buku Persediaan Mengajar (BPM) pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3, 4 dan tahun 6.
Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM dan RPH sehari sebelum pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

10
10.1

PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

10.2

Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan pengurusan
stok panitia.
Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan dan
seterusnya perkara tersebut akan diusulkan kepada Guru Besar selaku Penasihat.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

11
11.1

PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

11.2

Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada murid-

murid tahun 6.
- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

Agenda

12
12.1

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

12.2

Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mengikut tahap murid.

12.3

Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan
semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan disediakan
untuk tujuan P&P.
Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik minat
murid.

Agenda

- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

13
13.1

HAL-HAL LAIN

13.2

Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan.

Diharap semua guru dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya dan


mengembleng tenaga untuk menjayakan segala rancangan yang dibuat agar dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam pelajaran serta mengharumkan nama
sekolah dengan pencapaian akademik yang baik.
Agenda

- Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

14
14.1

UCAPAN PENANGGUHAN

14.2

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
masa, tenaga dan idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa
Melayu ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

(PN. R.THANAM)
SETIAUSAHA PANITIA
SJK(T) LADANG TELUK BARU

(CIK S.LOGKEETHATHAEVY)
KETUA PANITIA
SJK(T) LADANG TELUK BARU

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai